Saturday, July 26, 2008

SIBUK BUAT VIDEO KLIP

Sekarang di kampus ini. Pelajar-pelajar semester akhir. Sibuk. Bukan sebab tugasan ilmiah. Tapi sibuk angkat panggilan jawatankuasa satu program. Sebagai peringatan untuk muat naik video klip. Mereka ini artis-kah? Atau. Selebriti-kah? Atau. Pembaca berita-kah? Atau. Mister Ubi-kah? Ini cerita lain.

Kalau orang di luar kampus hendak popular, ada macam-macam program realiti yang boleh disertai. Bagaimana dengan kami yang berada dalam kampus nun jauh di sini?

Kami juga ada alasan untuk popular. Kami juga ada program realiti tersendiri. Untuk kami-kami sahaja.

Baru-baru ini, kami berpeluang untuk menyertai program realiti yang bertujuan untuk mengetengahkan bakat-bakat (is-kabat?) dari kampus ini. Bakat dari pelbagai sudut. Penampilan, latarbelakang dan pelbagai lagi. Maka, para majikan yang memerlukan pekerja yang berdedikasi dan fresh graduated, sila layari laman ini untuk menyaksikan rakaman video klip 1 minit mengenai pelajar pilihan anda.

Kalau dah namanya program realiti, mesti la ada para pengundinya. Tidak perlu lagi bazirkan kredit telefon anda. Hanya klik di pautan dan undi calon pilihan anda. Secara atas talian. Mudah bukan? Jadi, apa lagi. Segera la mengundi.

**Kami di atas mewakili peserta-peserta program. Bukan aku. Aku bukan semester akhir. Jangan susah-susah taip "fikrikacak" di kolum search. Sampai mati korang tak jumpa.

1 comment:

  1. wahhh...is kabat..lama tak dengar istilah ni
    ingat lagi kau ye

    ReplyDelete

Komenlah Aku