Wednesday, June 04, 2008

SEMUA ORANG BOLEH JADI NOSTRADAMUS : PASCA PENGUMUMAN KEJAM.

Kalau boleh, saya malas mahu bercerita mengenai kenaikkan harga petrol dan diesel di Malaysia seperti yang diumumkan oleh Pak Lah. Kenaikkan RM0.78 bagi harga petrol dan RM1.00 bagi harga diesel, sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan seharian saya pada masa akan datang. Bukan sahaja saya, malah ramai lagi yang akan merasai perbezaan perubahan dalam rutin harian mereka.

Kalau marah-marah pun, bukan harga petrol boleh turun semula.

Selepas jam 12.01am tanggal 5 Jun 2008 ini, saya seakan sudah boleh menjangkakan perubahan yang bakal saya rasai dalam rutin harian saya. Duduk-duduk termenung di beranda rumah tadi, terkenang-kenang apa yang bakal saya hadapi ini benar-benar akan berlaku dan saya kena akur.

Sah-sah pada musim cuti semester ini, banyak jemputan perkahwinan yang bakal saya “miss” oleh kerana kekangan kewangan. Bukan apa, belanjawan saya benar-benar terganggu dek kenaikkan ini. Terlebih dahulu ucapan tahniah dan mohon kemaafan kepada bakal mempelai seperti Zen dan Shazi, atas ketidakhadiran saya nanti. Kalau saya datang, maka itu satu kejutan bagi saya dan juga anda.

Sah-sah juga tiket pulang ke utara akan naik mendadak dengan penuh perasaan kejam. Jika dahulu dengan menaiki bas Durian Burung ialah RM65.00++, selepas kenaikkan ini saya jangkakan harga tiket akan naik sehingga RM80.00++ sehala. Kalau macam ini, saya pulang ke selatan dari satu kali per semester ke satu kali per tahun lah alamatnya.

Peniaga-peniaga tanpa segan silunya dan dengan penuh rasa takzim akan menaikkan harga barangan sesuka hati ayah tiri sebelah cicit angkat diorang. Barangan yang tiada kena mengena dengan kenaikkan petrol juga akan turut mengalami kenaikkan.

“Aci, ni apa pasal ini tosei pun naik harga? Aci masak guna petrol ka?”
“Ah Soh, ini milo ais apa pasal sudah naik RM2.00 pulak? Bancuh guna petrol ke?”
“Wah Kak! Kuih dah naik 50sen sebiji ke? Akak goreng guna petrol ke?”
“Nasi goreng kampung RM4.00? Pakcik dah hilang akal ke ape?”


Dan jawapan mereka tetap sama.

“Apa boleh buat, minyak naik harga...”

Dan yang paling penting, kenaikkan ini akan membataskan peluang aku untuk berpoya-poya. RM2,250.00 yang bakal aku perolehi setiap semester akan tidak terasa kewujudannya. Pengeluaran wang akan menjadi seperti air. Mengalir laju. Alahai, lepas ini apa pula mereka bakal naikkan ye?

Jangan naikkan harga kentang dan ubi kayu ye. Bakal makanan ruji kita tu nanti.

P/S : Dengan kenaikkan harga beras Faiza Basmathi 100% di pasaran tempatan, dari RM30.00 ke RM60.00, makan malam keluarga kami terpaksa dicatu kepada makanan berasaskan tepung seperti jemput-jemput, pisang goreng, mee hoon sup, mee goreng atau lempeng. Mereka kata kita kena ubah cara hidup. Mereka ubah ke cara hidup mereka? Haram....

7 comments:

  1. MEREKA takkan ubah cara hidup sbb dh berzaman2 dorang mewah atas duit rakyat.

    ReplyDelete
  2. hakikatnya...

    KITA TELAH MENOLONG CARA HIDUP 'MEREKA' DENGAN MENJADIKAN 'MEREKA' SEMAKIN KAYA SEDANGKAN KITA SEMAKIN TERSEKSA huhu aku x nak dok mesia la cmni uwaaaaa

    ReplyDelete
  3. tu ar..ko taw win, ade satu tempat parking murah kat kawasan ofis aku..sehari flat rate, rm4..arini pnyela bongok..jadi rm5..WTF!!! konfem aku merempit pasni..haha

    ReplyDelete
  4. "Kalau marah-marah pun, bukan harga petrol boleh turun semula."

    aku suka ayat ni. sgt setuju.

    ReplyDelete
  5. insyaAllah harga tiket LRT akan melambung selepas ini...

    ReplyDelete
  6. Insya Allah rezeki kita akan dimurahkan Tuhan. Amin.

    ReplyDelete

Komenlah Aku