Monday, January 28, 2008

KISAH KEMENANGAN DAN KEHILANGAN


Pelbagai perkara berlaku sepanjang 2,3 hari ini.
~
Semalam siang, negara jiran kita, Indonesia kehilangan bekas pemimpin mereka yang disanjungi, Suharto. Setelah 32 tahun memerintah Indonesia, pastinya segala keputusannya memberi kesan dan berbekas dalam hati rakyatnya. Pastinya mereka merasakan kehilangan. Takziah diucapkan. Acara berkabung selama seminggu di Indonesia.
~
Semalam juga menjadi saksi bahawa band indie yang baru terjun ke mainstream juga boleh memenangi Juara Lagu ke-22. Tahniah diucapkan kepada Estranged atas kemenangan malam tadi. Itu Kamu memang rocks! Ramalan dan telahan beberapa orang rakan nampaknya tersasar jauh. Mungkin ramai yang tidak masukkan Estranged sebagai pemenang, tapi inilah keajaiban muzik yang ingin ditonjolkan TV3. Magic. Atau konspirasi? Entah. Tengok gambar lagi di sini.
~
Malam ini band Hujan akan mengadakan persembahan di Sintok. Tiket berharga RM15 dijual dengan jayanya. Adakah saya akan sertai?
~

3 comments:

  1. aku sudah jangka estranged akan menang.. itu hint utk artis2 lama, sila jgn bertanding lg thn hadapan.. anda sudah tua.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Ye ke anda jangka Estranged menang?

    Mcm bukan lahir dari hati anda jek?

    ReplyDelete

Komenlah Aku