Kami jarang makan malam di luar. Jika malas nak masak sekali pun, kami akan order makan menggunakan servis penghantaran atau bungkus makanan di kedai dan makan di rumah. Walaupun penularan COVID sudah mula mereda, namun trauma dengan tempat sesak masih bersisa. Dan oleh kerana jarang berada di luar, kemahiran sosial kami suami isteri mula berkarat.
Bila berada dalam masyarakat, kami mengalami kejanggalan sosial.
Baru-baru ni, saya balik ke kampung untuk ziarah emak yang sedang dirawat di hospital. Seharian menghabiskan masa di hospital dan pelbagai urusan, kami pulang ke rumah setelah matahari terbenam. Dan ayah dah pesan awal awal untuk makan terus di luar sebab di rumah takde apa apa untuk dimakan.
Jadinya setelah ronda ronda, kami ambil keputusan untuk singgah di sebuah medan selera. Di sini urusan pesanan makanan adalah secara servis kendiri. Kau tanda sendiri menu pilihan dalam kertas pesanan yang disediakan, bawa dan bayar terus di kaunter. Elok juga cara begini, tak perlu pelayan nak tunggu lama kita fikir nak makan apa dan kita tak rengsa tengok pelayan tercegat sebelah kita menunggu kita fikir nak makan apa.
Bila tiba giliran saya untuk bayar, tiba-tiba juruwang bertanya, "Abang duduk mana?"
Bukan main mesra lagi juruwang ni. Ringan mulut memulakan perbualan. Kadang-kadang perbualan ringan begini yang buat kita sebagai pelanggan rasa selesa dan ingin datang kembali.
"Duduk Taman Bukit Mutiara. Yang sebelah KPJ Dato Onn tu. Tapi rumah orang tua saya la. Saya sekarang duduk Putrajaya."
Panjang lebar saya jawab. Bila orang mula berbuat baik, saya melihat ini sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjawabnya juga dengan baik, malah lebih baik dan penuh kesantunan. Namun juruwang itu nampak resah bila mendengarkan jawapan saya.
.
.
.
"Errrr... Bukan macam tu bang. Maksud saya abang duduk meja mana? Nanti makanan kami hantar ke meja abang terus."
.
.
.
Insert - Ya Allah, aku pasrahkan diriku sepenuhnya pada saat ini, kepada penguasa di langit dan di bumi, kerana aku ikhlas Ya Allah, aku ikhlas
.
Krik.
.
Krik.
.
Krik.
Nampak gaya aku memang kena mula bersosial kembali la. Berkarat sangat dah ni.
Monday, October 09, 2023
KEJANGGALAN SOSIAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku