Thursday, May 19, 2011

SEDIKIT NASIHAT YANG TAK TAHU LA BERGUNA ATAU TIDAK

Aku ada satu rahsia.

Meh dekat sini meh.

Tapi rahsia ini aku nak bagitau budak-budak lelaki saja. Dah la lelaki, yang belajar akauntansi sahaja pula tu. Anda tergolong dalam golongan ini, teruskan membaca.

Korang mesti rasa yang korang susah nak dapat kerja bila dah habis belajar nanti kan? Atau paling tidak korang mesti rasa yang lepas habis belajar akaun, kau kena kerja firma audit walaupun korang tak suka bidang audit. Oleh sebab nak dapat title "Akauntan Bertauliah", korang pun menghadapi masa 3 tahun dengan perasaan tak suka pada kerja. Pathetic kan? Tolong buang tanggapan itu kerana sebenarnya ada kerja lain yang selayaknya selain dari bidang audit.

Jika anda tekad nak lari dari bidang audit, saya cadangkan (cuma cadangan) anda masuk bila komersil tetapi dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi di dada :

1) Anda kena belajar UBS Accounting System. Bukan nak promote cuma kebanyakkan syarikat sekarang menggunakan sistem perakaunan yang ini. Jadi ia menjadi satu kelebihan untuk anda berbanding orang lain jika anda master atau paling kurang pun terer selok belok trick dalam sistem perakaunan ini.

2) Anda perlu mahir dalam full set of account. Maknanya anda tahu buat akaun bermula dari dokumentasi sehingga laporan kewangan serta analisis dibuat. Ya, ini wajib. Belajar dan tuntutlah ilmu dimana-mana sahaja (pengalaman kerja) dari mana-mana majikan yang boleh beri anda pengalaman ini. Biasanya kerja di firma perakaunan la.

Anda lelaki, terer UBS dan mahir full set of account. Kombinasi 3 benda ini boleh menjadikan anda seorang yang berharga suatu hari ini. Jangan harapkan balasan ini jika anda tidak boleh korban masa balik kerja atau bekerja di firma yang menawarkan gaji underpaid. Dan galas tanggungjawap dengan hati yang terbuka. Absorb seberapa banyak pengalaman dan suatu hari nanti anda boleh demand tentang gaji anda.

Oh, sebab apa aku cakap pasal benda ini. Kerana sesuatu yang ajaib berlaku kepada aku hari ini. Shockin' news bebeh!

2 comments:

  1. nek gaji ke bro???

    ReplyDelete
  2. Kejadahnya naik gaji.... Probition pon blum lepas lagi... Huhuhu. Kita cite next week. Tunggu benda dah confirm. kang cite benda tak jadi malu la aku... Huhuhu....

    ReplyDelete

Komenlah Aku