Seperti yang diceritakan kepada penulis. Diadaptasi dari kisah benar. Diolah agar menjadi lebih misteri dan mudah dihadam.
Mat (Bukan nama sebenar) seorang pekerja yang bekerja pada hari Sabtu di sebuah syarikat di JB. Walaupun beliau berasal dari Sarawak, namun setakat jalan-jalan utama di JB, dia sudah handal. Darah JB seakan manjadi sebahagian dari darahnya.
Usai waktu kerja tengahari Sabtu itu, Mat terfikir untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang teman sekerjanya. Ya, selain pergi melawat dapat juga makan tengahari Nasi Beriani. Sedap tu. Air liur Sarawaknya mula kecur.
Dengan menaiki Wira Ubahsuainya yang laju, dia terus memandu ke Kota Tinggi. Wah, dalam kereta dah macam-macam lauk dah yang Mat setting untuk dia makan nanti. Daging kambing black pepper, dalca, ayam masak merah... Pergh, meletops!
Sesampai di Taman Kota Jaya, Mat mencari kawasan rumah tempat majlis berlangsung. Peta ke rumah pengantin dia cuma ingat-ingat imbasan saja. Tapi dia yakin, rumah yang dia tuju ni betul la rumah temana sepejabatnya. Dengan bau kambing blackpepper dan bubur kacang hijau durian, hati Mat yakin bahawa itu memang rumah yang dicari.
Bersalaman dengan bapa pengantin, Mat terus ambil pinggan dan ceduk nasi serta lauk. Bukan main berselera dia makan. Lepas habis makan nasi, pekena pula bubur kacang hijau. Lepas itu lengkong gula merah dan sebagai penutup, kuih bahulu yang pergh! dia punya sedap. Langsung Mat tak terfikir bahawa hari itu menjadi hari paling suwey dalam hidupnya.
Lepas perut kenyang, baru Mat terfikir. "Mana budak office yang lain?".
Kompang dipalu. Pengantin berarak masuk ke kawasan bersanding. Keadaan meriah. Budak-budak tengah kutip tol. Tipikal bagi majlis kahwin di Johor.
"Ya Allah!" Mat hampir terjerit.
**********
"Mat, dah makan belum? Makan la." Tanya Pais, teman sepejabatnya.
"Ah, kejap lagi la. Masih kenyang makan tadi." Mat membalas tenang. "Ni hadiah nak bagi pada siapa?"
Mat cuba mengelak perkara-perkara yang berkaitan tentang makan. Perut dah kenyang sangat.
"Mat, makan la.. ada Kari daging, Ayam kicap semua ni. Tau fu fa pun ada tu." Tiba-tiba bapa pengantin menepuk bahu Mat.
"Pergh, kari daging plak. Sedap tu...." Hati Mat berbisik. "Kalau aku tak makan lagi tadi, aku dah makan dah kari ni. Nyesal aku salah masuk majlis orang. Huhuhu."
Kompang dipalu. Pengantin berarak masuk ke kawasan bersanding. Keadaan meriah. Budak-budak tengah kutip tol. Tipikal bagi majlis kahwin di Johor.
Mat janji lain kali kalau nak pergi majlis kahwin orang Mat akan bawa kad jemputan sekali. Betul, Mat janji.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku