Tuesday, May 03, 2011

KALAU DITANYAKAN

Bergaul dengan kawan-kawan lelaki yang masih bujang sebenarnya baik untuk membantu mereka dalam perjalanan mereka mencari cinta. Berkongsi pendapat, pengalaman dan isi hati.

Dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur tempohari, kami (pemandu dan aku) mula berbincang tentang pelbagai perkara. Oleh kerana hari itu, si pemandu baru selesai berdating dan secara surprisenya terpaksa bertemu dengan bapa aweknya, lalu si pemandu ditanyakan soalan yang aku sendiri tak pasti samada ada ke ayah lain di luar sana yang bertanyakan soalan yang sama.

"Kenapa awak nak kahwin dengan anak saya?"

Deng! Selama aku berkawan dengan lelaki-lelaki yang bakal berkahwin dan berkongsi pengalaman mereka, ini adalah satu soalan yang aku tak budget akan disoal oleh bapa seorang awek.

Kalau nak jawab yang jiwang-jiwang segan la pulak. Depan awek boleh la, kalau depan bapa awek, takut kena tempeleng pulak.

Kalau nak jawab serius sangat, takut dikatakan poyo la pulok.

Aku cuma boleh berdoa agar bapa bakal awek aku tak tanya soalan susah macam ini. Amin.

2 comments:

  1. Apa jawapan si pemandu untuk soalan yang ditanyakan itu? nak tau gak....(",)

    ReplyDelete
  2. wahh....aku terlepas dari soalan itu..berapi jugak soalan.

    ReplyDelete

Komenlah Aku