Mitos yang sering kita dengar merupakan hasil karya orang yang terdahulu dari kita yang tercipta mungkin dari kejadian yang benar-benar berlaku atau kisah lisan yang didengari dari orang tua-tua. Oleh kerana itu, biar popular mana pun mitos yang baca dan dengar, ia tetap bukan fakta. Perkara yang bukan fakta tidak boleh dijadikan rujukan dalam mana-mana tesis kerana sifat mitos itu suatu yang mempunyai pelbagai versi cerita dan bercanggahan pendapat, mengikut kepada pengkaji mitos itu sendiri.
Kita mempunyai hak untuk mempercayai mitos yang kita anggap lebih masuk akal pada pandangan kita sendiri. Pada dunia yang serba moden ini, saya rasa manusia lebih suka pandang sesuatu mitos itu dari sudut yang lebih realistik.
Sebagai contoh, filem keluaran KRU Studio baru-baru ini, Hikayat Merong Mahawangsa. Lihat bagaimana penulis menggarap sesuatu hikayat yang nampak tidak logik di dalam buku tapi terjemahannya di layar perak nampak lebih meyakinkan. Bagaimana Garoda ditafsirkan sebagai Kaum Lanun, manakala Jentayu ditafsirkan sebagai kapal laut yang dipunyai oleh Merong Mahawangsa. Ya, masuk akal. Orang melayu memang terkenal dengan cakap lapik dan berbahasa basi. Kemungkinan di situ memang ada. Tapi siapa yang tahu jika Garoda dan Jentayu itu benar-benar sejenis burung besar. Garoda punya nafsu untuk menculik puteri china yang manis?
Dan baru-baru ini aku baru mendapat pendapat lain tentang "Final Duel" antara Hang Jebat dan Hang Tuah. Ya, ini cuma pendapat lain dan bukannya set cerita yang mempunyai niat mahu mengubah sejarah. Di zaman moden ini, kita semakin jelas dan boleh memandang sesuatu mitos itu dari sisi yang lain. Ya, sekadar berpendapat. Yang tak suka, tiada masalah. Yang suka, boleh la kita kaji sama-sama.
Sumber saya tak benarkan saya publish kisah ini secara maya kerana khuatir mereka yang ekstrem tak boleh terima pendapat ini. Tapi tidak pula dia larang saya untuk berkongsi pendapat dan teruskan kajian. Hey, sejarah lebih menarik jika mempunyai pencanggahan pendapat kerana dari itu kita akan teruskan kajian dan teruskan dan teruskan.
Apa ceritanya?
Saya masih lagi dalam peringkat pemerhatian dan kajian lagi. Nanti kalau saya tulis tanpa ada sokongan mana-mana buku atau fakta, dikatakan saya ini menyebar cerita palsu. Tak pasal-pasal kena penjara.
Buat masa ini, buat yang berminat, baca dan buat sedikit kajian tentang "Final Duel" antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Aku pun tengah cari dan bertanya dengan ramai orang.
Ya, di sini minda logikal kita akan diuji.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku