Monday, September 27, 2010

MATCH MAKER KE?

Sebenarnya, bila kita rasa kebosanan untuk tackle awek yang kita rasa-rasa kita tak dapat nak tackle dek kerana segan dengan kelemahan diri, kita akan tacklekan awek itu untuk kawan kita. Kawan kita mana yang konfiden dengan diri sendiri.

Ya, aku tak hensem tapi aku kenal ramai awek cun. Aku tak mampu nak tackle semua. Jadinya, aku suruh kawan-kawan aku tackle. Dari ditackle oleh lelaki-lelaki yang aku tak kenali, lebih baik beri laluan kepada kawan-kawan aku. Yang aku kenal hati budi. Kira aku macam penyelamat wanita dari jatuh ke hati mereka yang tak elok la ni. Ha ha ha.

Jahat ke?

Kepada semua yang aku cuba satukan sejak zaman sekolah, masuk ke zaman poli dan zaman universiti, mana yang kekal ke jinjang pelamin tu aku ucap tahniah la. Yang bakal ke jinjang pelamin tu, banyak-banyak bersabar la hendaknya. Dan kepada yang gagal, aku sorry banyak-banyak. I tried my very best :)

Jangan. Jangan risau pasal jodoh aku. Allah dah tetapkan jodoh setiap hamba-Nya. Lambat atau cepat bukan persoalan. Mesti ada hikmah :)

3 comments:

  1. kenal awek cun je ke? pakwe hensem tade? hehehe

    ReplyDelete
  2. Ehem2...tolong tekelkan untk aku jugak,.nak isi kuota..haha

    ReplyDelete
  3. Sue : Pakwe hensem yang aku kenal semua dah kahwin la :(

    Shaq : Kuota ko yang 1 tu pun belum lepas lagi, ada hati nak tambah? Nanti Sharima pukul aku plak. Hahaha.

    ReplyDelete

Komenlah Aku