Thursday, September 23, 2010

HANTU TANGLUNG DI HARI RAYA

Kami selaku lelaki bujang yang aktivitinya selalu melepak tak tentu hala, pada hari raya ini cuba menjadi lelaki bujang yang matang dengan menziarah kawan-kawan yang sudah berumahtangga dan baru menimang cahayamata. So, malam itu Kacak (bukan nama sebenar) merancang (bagi pihak kawan-kawan bujang yang lain) untuk melawat kawan-kawan di sekitar kawasan kejiranan kami. Fauzi selaku tuan punya kenderaan, cuma kata "Aku okeh aja!". Tiada bantahan.

Mula-mula kami ke kejiranan paling havoc, the gangsterism-free residential Johor Jaya untuk menziarah Nuar (bukan nama sebenar). Selama ini kami hanya menziarah Nuar dari luar kawasan pagar sahaja. Tapi memandangkan kali ini musim raya, tidak manis pula kalau Nuar menghidangkan air minum dan jemput-jemput di luar pagar rumah. So, kami masuk ke dalam rumahnya.

Selesai mengarut dan berborak kosong, kami menyalami abah dan ibu Nuar, lantas menaiki satu kereta untuk menziarahi Firdaus, salah seorang kawan kami yang baru sangat-sangat menimang cahayamata. Selesai panggilan kami tidak bersahut hampir 20 kali percubaan, kami tekad mahu serbu sahaja ke kawasan rumahnya. Walaupun kami tahu Firdaus tinggal di kawasan kejiranan baru dan "well gated and guarded" tapi peduli hape. Jam yang menunjukkan jam 11.00pm pun tak buat kami rasa gusar.

Dalam perjalanan ke sana, kami teruskan sambil tangan picit butang "redail".

Sampai satu selekoh, sebelum tiba ke rumah Firdaus, kelihatan satu keluarga (emak, bapa, anak) sedang berjalan sambil bawa tanglung. Nampak riang gembira sambil bawa tanglung pelbagai rupa dan warna. Meriah!

"Musim main tanglung barangkali." Kata aku dalam hati. Semua diam sambil perhatikan keluarga tadi yang berlalu.

Oleh kerana kami dah ada di hadapan rumah Firdaus dan Firdaus masil gagal di hubungi, kami malas mahu ganggu keluarganya, kami mengambil keputusan pekena teh di kedai makan "Abang" Nuar. Dalam masa kurang 3 minit, kami berpatah balik ikut jalan keluar. Tiba-tiba kami semua rasa pelik macam ada sesuatu yang tak kena. Mana perginya keluarga yang bermain tanglung tadi? Seorang pun tak nampak. Rumah-rumah lain semua gelap.

Pelbagai andaian dibuat dalam perjalanan ke kedai makan "Abang" Nuar. Mungkin rumah mereka dekat situ saja? Mungkin tu keluarga hantu memandangkan sekarang ini musim hantu lapar?

Truut... truut..

SMS dari Firdaus yang suruh kami patah balik ke rumah dia.

"Telefon aku rosak weh. Meh datang rumah aku!" Via SMS.

Demi mencari kebenaran di sebalik perkara mistik yang berlaku tadi, kami nekad berpatah balik. Biar rugi sikit kedai makan "Abang" Nuar hari ini tanpa kehadiran kami. Tapi buat masa ini kami masih lagi stick to the idea yang keluarga tadi merupakan jiran tetangga Firdaus.

Sesampai di rumah Firdaus, sambil dia menghidangkan air, kami membuka topik.

"Eh, kawasan rumah kau ni ramai orang cina tak?"

"Kenapa?"

"Tadi masa kami datang kali pertama tu, nampak satu famili main tanglung. Bila nak balik, dah tiada langsung."

"Eh, dekat jalan aku ni, baru beberapa rumah. Semua melayu dengan india. Kalau ada cina pun, jenis tidur awal sebab kerja di Singapore."

Lalu Firdaus pun buka cerita petua nak pagar rumah dan pengalamannya.

"Ah, sudah....!"

Peluh seram dengan misteri kehilangan keluarga bermain tanglung tadi masih belum kering, kini Firdaus mahu tambah pula dengan pengalaman mistiknya. Minta ampun!

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku