SELAMAT HARI MALAYSIA.
Ok, kali ini aku ucap selamat tepat pada masanya.
Akhirnya, apa yang diperjuangkan oleh sesetengah dari penduduk Malaysia untuk memperingati Hari Malaysia ini tercapai juga. Alhamdulillah. Aku ada terdengar dan terbaca dulu bahawa ramai yang mempersoalkan tentang kesamaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kerana kedua-dua event ini amat penting untuk negara kita tapi tidak diberikan hak kesamarataan untuk diberi cuti.
Tahniah kerana dengan usaha murni anda membuatkan anak-anak kecil sekarang dapat mengenali Hari Malaysia awal dari aku dulu. Dah tingkatan 4 baru aku tahu Malaysia dapat nama pada 16 September. Itu pun aku baca sebab cikgu dah spot soalan.
Okey, bagi yang bekerja. Cuba tanya rakan sepejabat anda. Tak kira lah dia seorang melayu, cina, india atau lain-lain. Tanya 16 September seluruh negara bercuti sebab apa. Bagi yang jenis campur masyarakat, baca akhbar, tengok berita dan celik internet, sekurang-kurangnya mereka ini akan mendapat gambaran kasar bahawa 16 September adalah hari Malaysia mendapat nama "Malaysia".
Tapi bagi mereka yang hanya tahu pergi kerja, buat kerja, sembang dengan sek-sek dia je, fikir pasal kerja orang tapi kerja sendiri haram tak siap-siap, aku pasti 100% dia tak tahu apa sebabnya. Atau aku bagi diskaun la. Sekurang-kurangnya dia akan jawap "Hari 1Malaysia" kot.
Kepala bana.
Kalau nak dapat cuti Hari 1Malaysia, minta PM kita umum lain nanti. He he he.
Ada beran nak test tanya ofismet korang Jumaat atau Isnin nanti? Atau, entah-entah kau pun fikir hari ini Hari 1Malaysia kot? Jangan bikin malu weh!
p/s : Kalau betting, aku 100% percaya aku menang. Keh keh keh.
p/s/s : Hari Malaysia itu adalah sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. 1Malaysia itu ideologi diumumkan pada 16 September 2008. 2 benda yang berlainan. Harap jangan tersilap.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku