Tuesday, July 06, 2010
DULU AKU PERNAH LALAI MASA EXAM
Kadang-kadang biar betapa susah payahnya kita cuba untuk mengubah diri kita dan kehidupan kita, kita kena ingat bahawa kita telah berusaha sebaiknya untuk berubah. Dan menyerahkan yang kemudiannya kepada takdir dan suratan Allah. Ingat, kita berusaha atas apa yang kita mampu, atas apa yang tidak memudaratkan kita, atas apa yang rasional kepada kita pada waktu itu dan jangan terlalu berusaha sehingga apa yang orang melayu dulu-dulu pernah kata "Yang digendong berguguran, yang ditadah berjejeran". Langsung tak dapat apa-apa. Zero. Kosong. Sia-sia. Worthless.
.
Aku pernah berusaha dan fokus terhadap sesuatu sehingga aku mengabaikan yang lain. Konsep "Kos Melepas" dalam teori ekonomi tidak releven digunakan waktu itu. Aku tidak fikir rasionalnya. Aku terima padahnya. Aku bukan bercerita tentang perempuan di sini. Aku bercerita tentang permainan video.
.
9 tahun dulu. Ketika di Politeknik. Era Nokia tiga-tiga-sekupang sedang mencacak-cacak naik. Semua sibuk berebut dok main permainan "Snake" dan "Bantumi". Waktu itu permainan komputer yang popular cuma counter-strike. Oh, aku tak suka permainan tu sebab tak boleh main sambil telentang. Lagi pun, aku takut tengok darah.
.
Ala, main "Bantumi" dan "Snake" ini cuma main pecah rekod saja. Guna satu henpon saja. Pecah je rekod, heboh satu aras. Pergh, dah macam juara-apakebenda-ntah. Riak pula tu.
.
Permainan ini makin berhantu bila masa minggu peperiksaan. Dia punya beratur nak tunggu turn, sikit punya panjang. Siap kena tulis dalam kertas. Sambil studi, sambil main. Pergi exam, mata rabak macam hisap ganja.
.
Pergh, klasik gila permainan tu.
.
Cuba tanya budak zaman sekarang. Mereka cuma tahu main DoTA atau paling "koro" pun, main "FarmVille".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku