Ada 10 faktors yang buat aku rasa tertekan musim panas ni.
(1) Final world cup is just around the corner. Hari cabutan bertuah berhadiahkan tivi skrin nipis 50" pun dah dekat sangat. The Jantans semua dah dapat hadiah. Paling kurang pun Jabulesco. Aku? Argh... Kalau tak dapat, mau jadi bahan sampai musim world cup 4 tahun lagi. Argh!
(2) Dah hujung bulan, duit pula habis. Bila gaji nak masuk? (Dah style Amat Syihan pula aku meraung pasal gaji). Sundeng, bila nak payung nan cheese ni?
(3) Motor pula buat hal musim-musim kontang ni. Nak tukar clutch plate la, nak servis la, tayar botak la. Alahai...
(4) Gara-gara banyak sangat muat-turun cerita Bones, aku gagal tidur awal. Dapat tidur lena bayi selama kurang lebih 3 - 4 jam sehari. Tengah syok layan season 4. Pergh, Dr. Temperance Brennan tu hot juga, cuma kurang rasa manusia.
(5) Kejap, balik ni aku nak isi minyak motor guna apa? Argh... Cilakak. Lupa cucuk. Eh, kalau cucuk pun, berapa sen sangat ada dalam bank? Argh...
(6) Dah 2 hari tak dapat pekena teh tarik masa lunch hour sebab hujan maha lebat. Duduk 9 jam straight dalam bilik sejuk beku pejabat. Pergh, cramp la tekak aku. Argh....
(7) Minyak rambut, syampoo, sabun mandi, ubat gigi. Semua dah sampai level kecemasan. Aku anggarkan untuk kegunaan 1,2 hari lagi. Maknanya, hari-hari selepas itu, ada hari yang aku perlu pakai perfume lebih ke pejabat. Argh...
(8) Argh... apasal aku tak sedar, dah setengah tahun berlalu rupanya. Apa yang aku perolehi setengah tahun ni? Takde? Arghh...
(9) Aku rasa pawagam TGV dah lama tak terima kedatangan aku. Bila aku pikir-pikir, makan sebulan juga dah tak ke sana. Argh, bila nak pergi joli-joli ni, The Jantans?
(10) Argh..... seluar dah ketat! Argh! Argh ! Argh!
aku suka misi kau.
ReplyDeletehahaha.. :P
sabar2...bawak istighfar banyak2
ReplyDelete