Wednesday, August 26, 2009

RAMADHAN 1992 - SUATU TRAGEDI

Seperti pagi-pagi dalam bulan Islam yang lain, aku berlari-lari anak menuju ke pintu kelas. Entah apa sial pagi itu, dah la sampai sekolah lambat, kena tulis nama dengan pengawas, tertinggal kerja rumah pula tu. Ini dah bukan kes terhantuk atau terngadah. Ini soal tak mandi bunga.

Ah, cikgu ni pun satu. Time bulan Ramadhan ini la dia nak marah kalau aku tak bawak kerja sekolah. Biasanya, bulan-bulan lain best sikit kena halau keluar kelas je. Boleh pergi main belon acah dekat gelanggang takraw kat bawah. Kecik-kecik lagi dah tahu boringnya bila kena bebel.

Waktu rehat, kantin nampak lengang sekali. Cuma sesekali nampak budak yang belum baligh makan dengan rakan-rakannya yang juga masih belum baligh. Otai-otai sekolah waktu rehat begini lebih suka lepak hujung padang. Minum teh o dengan jemput-jemput yang emak mereka bagi untuk bekal pagi tadi. Benda sikit, makan ramai-ramai. Lebih afdal, lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ini. Budget-budget waktu tu dapat pahala berjemaah. Ngok ngek punya otak.

Alah, setakat jemput-jemput dengan Teh O je pun. Tak kan dapat gugat iman puasa aku.

Oleh kerana aku dah gagah sejak kecil lagi, aku balik rumah makcik aku menaiki kaki. Saja nak tunjuk gagah depan mak bapak. Bodek kunun-kunun boleh dapat duit raya lebih tahun ini. Penat tu belakang cerita la, memandangkan aku bakal dapat duit raya RM30, aku merencanakan sesuatu untuk masa depan persekolahan aku. Kasut sekolah PAICHI! Aku ketawa sendiri dalam hati.

Sampai umah makcik aku, aku duduk bawah kipas. Dan dan tu juga aku tarik kusyen empok. Peh, tak aku sangka, tidur tengahhari di bawah kipas dialaskan lantai simen. Nyamannya.... Erm...

Tetiba sepupu aku yang masih setahun jagung muncul entah dari mana dengan sebatang es krem malaysia perasa asam boi. Pergh! Bukan main sedap dengan asap-asapnya lagi.

Dengan jemput-jemput aku boleh menang, tapi dengan es krem malaysia perasa asam boi ni, aku lemah sikit.

Aku cuba buat rampasan kuasa tetapi gagal. Dia menangis.

Ah, aku berlari mendapatkan makcik aku.

"Cik, arini E'e rasa macam nak pitam la. Boleh tak E'e makan es krem asam boi?"

Bagi aku yang berumur 10 tahun ketika itu, benda ini dianggap comel je.

Malam itu, aku makan malam sebelah pinggan Comot. Family rule #1 : Kalau tak puasa, tak boleh buka sama dengan orang puasa. So, kena la makan dengan Comot yang tak puasa.

2 comments:

Komenlah Aku