"Kalau you benar-benar sayang i, you mesti ikut i.." Rengek si Angel. Sambil mengelus-elus rambut ikalku dan mengetap-ngetap bibir mongelnya. Penuh rasa goda.
"Tapi i takut," kata aku, "I takut nak ikut you.."
"You takut apa?" bentak Angel. Marah benar dengan tindakan aku.
Aku fikir-fikir kembali. Angel mempunyai rupa paras yang bisa menghentikan masa, mencairkan ais, menyihir pandangan semua makhluk yang memandangnya. Dan kini, dia di depan aku. Merayu supaya mengikutnya. Aku berbelah bahagi.
"You memang cantik, lebih cantik kalau you senyum." Aku memandang tepat ke matanya. Pandangan aku juga bisa mencairkan manusia. Manusia seperti Angel. Tapi, pada aku, Angel bukan manusia. Lebih kepada jelmaan Venus dalam bentuk manusia. Bukan dari genetik sepenuhnya manusia, aku rasa.
"Tapi," Aku kata lagi, "I takut." Dengan mata berkaca penuh pengertian.
Aku benar-benar mahu dia mengerti. Aku tidak tahu bagaimana mahu menyatakan secara verbal. Jadinya, aku gunakan lentok bahasa badan yang aku kuasai satu ketika dahulu.
Angel mula berpaling pandangan. Membelakangi aku. Aku lihat tubuhnya terhenjut-henjut. Aku pasti dia sedang menangis. Aku kenal sangat gestur tubuh begitu. Dulu, masa kami bergaduh, gestur tubuh itulah yang aku lihat. Aku kaget.
Dia berpaling semula. Aku lihat matanya mula berkaca. Berlinangan air mata. Sambil memeluk perut, dia berkata;
"Ha ha ha. You gayat eh? Ha ha ha" Dia gelak, "Lupa pulak i. Kalau i ingat you gayat, takde la i nak ajak you naik ferris wheel kat ekspo tu."
Angel gelak tak ingat dunia.
Ceh, mana aku tahu yang Angel mahu naik ferris wheel tu. Kalau aku tahu, takde masa aku nak ajak dia pergi ke ekspo.
Aku merajuk.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku