Wednesday, April 22, 2009

LASKAR PELANGI


Semalam, dalam pada sibuk-sibuk ulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pagi ini, sempat juga aku menonton sebuah filem dari seberang yang diangkat dari sebuah novel yang laris suam-suam kuku di sana. Sebuah novel tulisan dari Andrea Hirata. Nak tahu popular ke tak popular novelis ini, sila google sendiri. Novel yang laris di Indonesia sekitar 2006 - 2007. Tapi serius, filem ini memang indah. Menggunakan tempat asal sendiri sebagai latarbelakang. Ternyata ia seperti sebuah cereka fakta.

Berdurasi 119 minit, cerita ini tentang kehidupan yang datang dari celah kampung di satu pelosok di dunia ini. Cerita sekumpulan budak-budak miskin di kawasan Pulau Belitong yang bersekolah di SD Muhammadiyyah, Gantong. Kisah mereka yang kuat cita-cita untuk belajar walaupun serba kekurangan. Setiap dari 10 (+1) kanak-kanak itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Keistimewaan yang hanya dirasai oleh Pengetua Harfan, Cikgu Muslimah dan diri mereka sendiri. Setiap dari mereka mempunyai cerita yang berbeza sendiri. Mereka ini yang digelar Laskar Pelangi oleh Cikgu Muslimah.

Mahar yang obses pada musik, Ikal yang jiwang dan amat menyukai Ah Leng, Lintang anak genius ilmu menghitung yang mempunyai kesukaran ke sekolah gara-gara buaya, Sahara bunga tunggal dalam barisan Laskar Pelangi sehingga kemasukan Flo, murid baru yang membawa fahaman mistik (Occultisme), Ah Keong seorang tionghua yang mengikut Mahar ke sekolah aliran islam ini semata-mata demi persahabatannya, Borek yang obses pada otot dada, Harun kanak-kanak istimewa yang sentiasa menyokong kawan-kawannya walaupun tak faham apa-apa, Kucai anak pelombong bijih timah selaku ketua kelas, Tranpani dan Syahdan yang kelihatan tidak berfungsi tetapi mempunyai impak yang besar.

Seakannya naskah ini seolah-olah asli dan digarap kisah nyata. Lihat ini. tapi, tak tahu-lah akan kebenarannya.

Selain dari filem ini, band indonesia Nidji telah mempopularkan filem ini dengan lagu Laskar Pelangi. Bait-bait indah dari setiap kata-kata itu seperti menyihir pendengaran supaya menonton filemnya pula. Terpukau!

Ternyata filem ini sesuai ditonton oleh warga pendidik yang lupa dengan tanggungjawap sebenar mereka sebagai pendidik. Atau bakal pendidik. Atau peminat novelis Andrea Hirata (lawat laman blognya, Sastra Belitong). Atau peminat filem seberang. Jangan lihat cerita ini sebagai saingan filem tempatan tapi jika ada pembikin filem yang boleh bikin filem seperti ini, alangkah bagusnya. Iras-iras seperti "Slumdog Millionaire" yang mengetengahkan kaum fakir miskin. Juga garapan dari novel popular.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku