Thursday, April 23, 2009

GIGIL... MENGGIGIL AKU!

Sebelum keluar praktikal,aku kena kumpul semua maklumat tentang pengalaman budak-budak yang sedang praktikal sekarang. Maklumat-maklumat macam; Berapa bakul kata-kata maki dapat dalam sehari, Pukul berapa balik kerja, Buat kerja-kerja bodoh ke kerja-kerja otai. Soalan-soalan yang buat aku nak bersedia dengan perisai-perisai besi.

Tapi lepas dah kumpulkan beberapa maklumat, aku jadi serik pula. Bukan buat aku jadi lebih tabah, malah buat aku lebih gentar, goyang, takut, peluh-peluh, geram, lapar dan sebagainya.

Aku jadi sedar. Aku kena biarkan kosmos berfungsi seperti fungsinya sendiri. Biar pengalaman berfungsi sebagai guru tegas yang memberi pengajaran. Belajar dari pengalaman. Bukan jadikan pengalaman orang lain sebagai penghalang kepada keberkesanan pengalaman kita sendiri.

Sheesh, makin berdebo-debo!

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku