Thursday, March 26, 2009

UCAPAN UNTUK MEREKA

Oh, saya baru terpanggil untuk menulis sedikit ucapan, selepas memberi entri dari Cik Arfa, kepada kawan-kawan yang bakal meraikan ulangtahun kelahiran sepanjang minggu ini dan minggu depan. Ucap awal-awal, nanti terlupa pula.

Noorulfaiz Ateman (25 Mac)
Seorang yang sangat komited terhadap gajet-gajet cantik, cenderung kepada yang berkaler merah jambu (nampak kiut katanya), mengenali IT sedari umur yang muda semuda jagung dan lebih suka berdiam dari berkata-kata. Tidak hairan-lah Awang ingat dia ini bisu!

Dengan insiden "pembayaran zakat menggunakan laptop" terjadi baru-baru ini, saya berharap agar beliau tidak patah semangat untuk mempunyai sebuah laptop lain. Atau beli desktop sahaja, susah sikit nak rembat. Tetapi lebih afdal untuk dahulukan apa yang penting dahulu, seperti hantaran tunang.

Ucapan : Semoga riang ria dan muda macam aku selalu. Tapi harus diingatkan, usia anda telah bertambah setahun. Sekian.

Ain Fadzal (30 Mac)
Seorang yang sangat outspoken walaupun keadaan tidak memaksa beliau berbuat sedemikian. Lebih kuat dari lipan dan lebih pantas dari semut. Mempunyai bakat menjadi boombox, jika jawatan itu ditawarkan, pasti beliau memohonnya. Jika dikaji dengan teliti, beliau semacam menghidapi penyakit "Split-Identity" kerana ada satu ketika, jika beliau naik "syeikh", beliau akan jadi orang lain, macam jadi emak ayam, Phua Chu Kang, peserta Gadis Melayu dan makcik-makcik.

Kadang-kadang yang terkasar, tersalah gurau tu bukan Ain, tetapi identiti-identiti dia yang lain itu-lah!

Ucapan : Mana yang tersalah cakap, terkutuk, mohon kemaafan. Sekian.

Soraya Hani Zainal Abidin (1 April)
Serius! Aku tidak berapa sangat rapat dengan beliau. Sejak sekolah sampai sekarang. Tetapi dek kerana namanya yang sering meniti di bibir-bibir kawan-kawan, aku cuba try test nak ushar-ushar, mana satu la orangnya.

Sering mengalami kejadian yang tidak terduga, yang mencabar minda dan menggugat air mata. Tetapi beliau tetap tabah.

Tekun meneruskan pelajar peringkat sarjana, rajin dengan kerja-kerja pejabat dan hobi bershopping langsung tidak dilupakan. Sering dilihat di komplek membeli belah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dengan beg-beg kertas pelbagai kedai. Merancang untuk menonton filem Confession Of A Shopaholic bersama kawan, dengan harap tabiat bershopping dapat dikikis.

Ucapan : Selamat berdaya maju menempuhi tomahan dunia :)


P/S : Dan. Aku rasa aku teringat beberapa orang kawan lain yang menyambut juga hari ulangtahun pada bulan Mac ini, seperti Shamel, Syihan, Sundang, dan lain lain.

3 comments:

Komenlah Aku