Monday, March 30, 2009

SATU PROVOKASI-KAH?

Ada seorang pensyarah berbangsa melayu mengatakan, tentang orang melayu,

"Orang melayu adalah orang cina yang mengamalkan adat dan budaya orang india."

Betul-kah begitu? Bincangkan.

Menurut pensyarah, asal-usul penduduk Tanah Melayu ini adalah mereka yang datang dari selatan China (Hainan) yang berhijrah ke Tanah Melayu dari Yunan sehingga ke Segenting Kera melintasi tanah Vietnam, Laos dan sebagainya, kerana mahu lari dari pemerintahan Maharaja China ketika itu, yang kejam. Demi mengharapkan kehidupan yang lebih baik, mereka mengembara sehingga menetap di kebanyakkan tempat di selatan Siam. Selepas itu, generasi mereka berkembang dan ingin meluaskan tanah jajahan. Maka, mereka mula meneroka tanah baru iaitu Tanah Melayu (Malaysia) yang ketika itu hanya penuh dengan haiwan buas dan hutan rimba sahaja.

Selepas itu, pengaruh budaya India dan Buddha mula berkembang di Tanah Melayu menjadikannya agama yang popular ketika itu sehinggalah datangnya agama Islam. Walaupun penduduk Tanah Melayu ketika itu sudah ramai yang beragama islam, namun kebudayaan yang mereka jalankan selama ini sukar untuk dikikis sehingga terbawa-bawa ke hari ini. Sebagai contoh, budaya bersanding.

Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa penduduk Tanah Melayu (Malaysia) adalah "Orang Cina yang mengamalkan adat dan budaya orang India".

2 comments:

  1. kawan aku pulak ckp

    org melayu semakin malaysia
    org india semakin india
    org cina semakin cina

    ReplyDelete
  2. pegi tgk talentime.

    org lelaki pun menangis. =))

    ReplyDelete

Komenlah Aku