Mereka tidak akan segera bersyukur jika selagi nafsu mereka bermaharajalela.
Aku naik hairan dengan dunia.
Di satu masa dibisikkan ke telinga, "Ya, aku bersyukur dengan yang aku punyai sekarang berbanding terdahulu."
Seketika kemudian, dibisikkan pula, "Ceh, dia penipu. Aku benci. Aku mahu buat hal."
Aku bukan mahu berborak kosong. Aku suka melihat, mentafsir dengan kamus aku sendiri. Keadaan sekeliling yang selalu tidak indah. Orang bergaduh. Orang bermasam. Orang ber"piket". Orang kena tuduh buat rusuhan. Kerana di wajah mereka tertulis seribu satu makna.
Dan aku belajar sesuatu.
1) Lelaki (biasanya) hanya mahu difahami dan bukan memahami. Sebab ego. Seriyes!
2) Perempuan biasanya mangsa keadaan. Ditinggalkan tanpa kata-kata.
3) Biasanya, orang yang terlalu lepak di zon selesa akan rasa susah sangat-sangat bila zon selesa itu musnah serta merta.
4) Siapa yang berani (tak kira muka pecah rumah ke, hensem ke) akan berpeluang dapat pakwe / chikas lawa. Aha!
5) Penantian satu penyiksaan.
6) Hati-hati dengan pasangan anda. Mungkin dia punyai "teman tapi mesra" atau "so-called-adik-beradik-relationship" yang anda rasa, biasa la tu. Siap tu ek? He he he.
Dan yang lain-lain biar aku seorang saja yang tahu. Hu hu hu.
P/S : Entri ini ditulis sebab Ain paksa aku tulis something. Tiada bahan bacaan katanya. Aku (bukan sebab aku takut/menurut kata dia) pun tulis la entri yang "kosong" ini. Aha!
;))
ReplyDelete