Saturday, March 14, 2009

THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON


Akhirnya, semalam baru aku berkesempatan untuk menonton filem ini. Berdurasi 160minit, cerita ini memaparkan kehidupan pelik seorang manusia bernama Benjamin Button.

Berkonsepkan naratif imbas kembali dengan membaca diari, filem ini berkisarkan tentang kehidupan. Ya, kehidupan manusia yang pelbagai.

Kebiasaannya kita mahu sentiasa muda atau semakin hari semakin muda. Betul ke dengan apa yang kita mohon ni? Kita mahu sentiasa muda. Ha, filem ini akan memberi anda jawapan mengapa kita harus makin lama makin tua dan bukan makin muda.

Benjamin dilahirkan dengan satu keanehan iaitu lahir dengan penyakit orang-orang tua. Katarak, sakit sendi dan pelbagai lagi. Ya, dia dilahirkan sebagai orang tua. Bayi yang tua kerepot dan hodoh. Dibesarkan di rumah orang-orang tua dan dijaga oleh ibu angkatnya, seorang pengasuh rumah orang-orang tua. Walaupun berfizikal orang tua, tetapi hatinya muda. Penuh dengan perasaan ingin tahu. Dilayan oleh orang ramai sebagai orang tua mengajar dia erti kehidupan.

Lesson 1 : Jika kita makin muda, kita akan melihat orang yang kita sayangi mati, pergi meninggalkan dunia.

Ah, malas mahu cerita. Pergi tonton sendiri. Sesuai ditonton oleh mereka yang terasa sangat mahu jadi makin muda. Aha!

P/S : Aku paling tak lupa pakcik yang kena panah petir 7 kali cakap, "I've been struck by lighting 7 times. Once when i went walk with my dog."

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku