Saturday, February 14, 2009

SAPY! GO! - GENG : PENGEMBARAAN BERMULA



Hari ini saya berkesempatan untuk menonton filem animasi 3D pertama keluaran Malaysia, iaitu "Geng : Pengembaraan Bermula". Setelah berjaya mencuri sedikit masa untuk menyusun semula jadual akademik saya, saya langsung tidak melepaskan peluang pelawaan seorang rakan.

Secara keseluruhannya, animasi ini masih lagi jauh tahapnya jika kita bandingkan dengan produk-produk keluaran negara-negara barat. Tetapi tidak adil untuk mereka kerana mereka hanya menggunakan kepakaran tempatan yang rata-rata dari kru produksi mereka adalah dari mereka yang baru tamat pengajian dan masih mentah dengan produksi filem animasi.

Jalan cerita filem ini mungkin tidak terlalu berat dan setiap babak sudah boleh diteka oleh penonton tetapi elemen humor tetap diselitkan dengan telatah watak-watak dari siri kartun "Upin & Ipin" seperti Upin, Ipin, kak Ros, Opah, Tok Dalang dan Rajoo. Saya rasa mereka inilah yang menjadikan cerita ini hidup. Malah jika ditiadakan watak Badrul dan Lim juga, cerita ini boleh berdiri dengan sendiri. Mungkin sebagai perisa tambahan dan ingin membezakan filem ini dengan siri kartun "Upin & Ipin".

Humor yang diketengahkan dalam filem ini juga lebih bersifat "Kemalaysiaan" kerana ia bagaikan bahasa yang biasa digunakan di kalangan orang Malaysia. Ada juga humor yang diguna-semula dari siri kartun "Upin & Ipin". Tidak perlu rasanya saya beritahu antara humor-humornya kerana jika tidak digandingkan bahasa tubuh watak, ia tidak akan menjadi. Lawak-lawak tanpa suara (oleh watak) juga banyak diselitkan seperti gelagat ayam, angsa, beruk naik motor dan pelbagai lagi. Sesekali terhibur juga dengan lawak tanpa suara ini.

Elemen mistik yang diketengahkan juga kelihatan seperti tidak bermaya dan terlalu kartun. Mungkin imaginasi animator-animator kita masih belum liar. Walaupun kelihatan seperti tidak logik, memang patut pun tidak logik kerana bagi saya, di dalam medium animasi seperti inilah elemen mistik perlu lebih mistik dan lebih tidak logik. Saya harap jika ada filem yang melibatkan raksasa, ia perlu kelihatan seperti raksasa, bukan seperti teddy bear. Opet tu "cute" sangat la.

Saya beri 4/5 bintang dan arahan mesti tonton kepada peminat filem, animasi dan seluruh rakyat Malaysia untuk menonton filem buatan Malaysia sepenuhnya ini. Really, made in Malaysia, dude. Dengan kerjasama MOSTI pastinya :p

5 comments:

  1. bestla cerita ni kalau nak bandingkan ngn cerita toy story..

    lg pun bukan senang nak buat 3D hantu rambutan singh..

    tahniah.

    serious sheet.. word verification aku adalah misto!

    ReplyDelete
  2. Tapi yang lawanya, aku suka watak ayam dalam tu. Ayam yang sama cilok kasut Ihsan dalam kartun bersiri "Upin & Ipin".

    Nakal gila ayam tu.

    Jangan kau tak tahu. Pengarah cite ni sama dengan pengarah short movie projek budak MMU bertajuk "Misi Mustahak".

    Penah tengok?

    ReplyDelete
  3. ayam yg ada tulis kat pokok hilang tu ke? best best..


    word verification : lysti

    mcm gampang je wv ko ni..

    ReplyDelete
  4. A'ah tampal poster "HILANG" kat pokok kelapa kedai bapak Rajoo.

    Mcm gampang perangai ayam kacau lalu lintas.

    "Eh, mcm mana opah boleh sampai sini?" - Ingat dialog ni?

    Last sekali. Hahahahah

    ReplyDelete
  5. ala, upin ipin spin off movie ni la.

    ReplyDelete

Komenlah Aku