Wednesday, September 24, 2008

SIRI CINTA BUSUK PTUIH! - SURAT KASIH SANG EGOIS

No.666, Tingkat 2,
Menara Kayangan,
Hutan Lipur.
Malaysia.

Hai Sayang!

Sayang tengah buat apa tu? Mesti tengah rindu B kan? B pun rindu Sayang juga. Rindu sangat.

Sejak kebelakangan ini, B rasa tak sedap hati la tentang hubungan kita. Bukan B meragui cinta dan kasih yang Sayang curahkan selama ini, cuma naluri lelaki B yang kata begitu. Entah dengan tiba-tiba B rasa bagaikan B diduakan. Sayang tak kan buat macam itu pada B kan? Kan?

Bila Sayang tak mahu berbuka dengan B tempoh hari, B rasa kecewa sangat. Kecewa macam tak dapat makan biskut. Rasa macam nak berhenti belajar je bila Sayang tak mahu turun. Penat tau B tunggu berjam-jam dalam kereta. Nasib baik kereta B ada air-cond. Kalau takde, memang B masuk bilik Sayang nak tumpang kipas. Ceh, acah mak enon. Main-main je la. Hehehe... :)

Kalau boleh (tapi mesti boleh tau), B nak Sayang setia macam B juga. B ni jenis setia tau. Kalau tak setia, tak kan B nak tunggu lama-lama dalam kereta. Bukan B kata Sayang tak setia, cuma B rimas la dengar gosip-gosip kata Sayang ada pakwe lain. Kawan B kita pula tu. Yang tak best-nya, B selalu buli dia. Tak kan B sanggup lihat mangsa buli B tackle awek B kan? Mana boleh tahan. B tak suka tau. B tak suka rival. Bila B dengar je cerita pasal Sayang ada pakwe lain, B janji B akan pecahkan lagi handphone B. Biar la orang nak kata B bodoh ke B bengap ke. Biar Sayang rasa malu. Padan muka :P

Ish asyik cakap pasal gaduh je kita ni kan? Baju yang B belikan kan butik dulu, Sayang muat ke? Sorry la kalau tak muat. Masa B ukur badan Sayang aritu, rasanya ukuran badan Sayang dah cukup jitu dah. Memang perfect la. Tapi tak tahu la kot Sayang makin besar tiap-tiap hari Hehehe... Takde la. Jangan la merajuk. Sayang makin hari makin lawa la. B swear.

Nak cerita apa lagi pun B tak tahu. Agaknya sebab kita kurang gaduh kot. Hehehe... Sayang reply la dulu surat ni eh? Baru-lah B boleh bagi surat baru.

Oh ya! Sebelum terlupa. Kalau B call Sayang, tolong la bangun. Tak pun Sayang call la B semula. Kan B dah aktifkan Celcom 1+3. Sayang kan boleh call B secara percuma. Eh, macam iklan Celcom pula. Sayang jadi Maya Karin, B jadi Vignesh. Secocok, wow!

Eh, makin melalut pula. Dah la. Bye!!!

P/S: Letak phone Sayang tepi telinga tau. Malam nanti B call jam 2.00am.

2 comments:

  1. Siri Cinta Busuk Ptuih adalah berdasarkan kisah benar. Ikuti siri ini sepanjang minggu ini dan depan untuk tahu kesudahannya.

    ReplyDelete

Komenlah Aku