Wednesday, September 10, 2008

PEGANG BENDERA BERPURA-PURA POPULAR


Sebenarnya aku tak mahu dedahkan foto ini di blog aku. Bukan apa, dalam foto ini aku rasa aku kurang kacak dari biasa. Ya, biasanya aku kacak. Ha Ha Ha. Atas permintaan Marni yang bagi kami ulasan jurnal MAIS, aku siarkan juga lah foto ini. Mudah-mudahan dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, bagi jurnal-jurnal akan datang, dapatlah kiranya bagi ulasan jurnal yang terdahulu ya!
~
Foto ini ketika kami terserempak di padang sempena menyambut hari merdeka yang lalu. 3 orang yang lain ini dari DPP Eon. Aku tumpang menyelit di celahan manusia. Lalu punya lalu, foto shoot session pun bermula. Memang kegemaran aku untuk bergaya depan kamera, walaupun kamera lalulintas hak yang ambil gambar kat traffic light tu pun aku suka. Dapat la 2 surat chenta dari pak polisi. Tapi itu bukan isu di sini.
~
Yang mana satu Marni? Yang sebelah aku tu. YAng wanita tu tau. Aku bukan nak sangat bergambar, tapi Marni yang nak sangat. Aku tak kesah. Aku bukan racist beb. Ha Ha Ha.!

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku