Mungkin kisah ini masih belum dikisahkan dalam mana-mana kisah 1001 malam atau mana-mana kisah kanak-kanak dunia. Tapi inilah realiti sebenar yang bukan setakat berlaku di kampus ini, malahan di setiap penjuru dunia tak kiralah di Malaysia mahupun Mozambique.
Untuk meluluskan sesuatu kertas kerja memerlukan penelitian yang menyeluruh dari pelbagai aspek seperti aspek kewangan, masa, tenaga kerja dan pelbagai aspek lain. Dan memang tidak dinafikan kerja ini memang susah (?).
Mungkin memang hendak dijadikan cerita, ada seorang member aku, kita namakan sebagai D, sedang pulun la buat kertas kerja untuk projek majalah kolej. Pelbagai idea dan perahan tenaga serta fokus yang tinggi dicurahkan kepada projek ini. Kiranya projek ini adalah bini keduanya-lah. Hidup matinya, makan pakainya, study examnya, sudah tidak diendahkan. Kental gila-lah!
Setelah 2,3 kali kertas kerjanya ditolak beserta komen-komen pedas dan berdesing telinga oleh Encik Lelaki Pemerintah, hatinya sudah patah. Mood jadi down kaw-kaw. Kekecewaannya memang terserlah.
Lalu dibawanya hati yang lara dan mengadu-pilulah kepada seorang senior, kita namakan sebagai A. Si A, dengan pengalaman yang luas terhadap selok belok kepimpinan kolej, mencadangkan supaya kertas kerjanya ini diforwardkan kepada seorang ahli pemimpin pelajar kolej yang HOT dan slurpy. Kita namakan dia sebagai S. S sebagai pemimpin pelajar sudi membantu D.
Dengan kertas kerja yang tidak diubah, hatta satu huruf sekali pun itu, dihantar sekali lagi kepada Encik Lelaki Pemerintah. Guess what? Project approve!
Persoalan di sini: Bagaimana kertas kerja yang dibawa oleh D, seorang lelaki jawa biasa direject manakala kertas kerja yang sama, yang dibawa oleh S, perempuan HOT Malaya, diterima?
Encik Lelaki pemerintah ini memang gatal atau ini memang lumrah lelaki?
Anda tentukan!
aku vote for... memang lumrah lelaki..haha!!!
ReplyDeleteTak semua tau bai.
ReplyDeleteAku baik 8-X