Showing posts with label Bro-Tips. Show all posts
Showing posts with label Bro-Tips. Show all posts

Thursday, December 08, 2011

RAJIN SELEPAS MALAS SELEPAS RAJIN

Aku pasti sesiapa pun, yang jenis basuh baju sendiri, akan rasa apa yang aku rasa.

Momentum untuk mencari spirit membasuh baju bukan selalu datang. Kadang-kadang bila kena masa tiap-tiap hari nak basuh. Kadang-kadang kalau sibuk, seminggu sekali. Lagi kalau like hell punya sibuk, nak basuh pun jenis malam Isnin dan pilih baju yang penting je macam baju kerja, spender. Seluar boleh tahan lagi, basuh 2 minggu sekali. Lebih-lebih lagi kalau kerja pakai seluar jeans. Memang sebulan sekali basuh pun belum tentu.

Ok, kalau musim jenis semangat rajin datang. Semua benda kita nak buat. Nak basuh baju, basuh seluar, basuh spender, basuh singlet, basuh cadar, basuh sarung bantal, basuh tuala mandi, basuh bilik air, mop lantai, basuh tingkap. Senang kata, kadang-kadang tu, kucing pun nak dimandikan. Punya la rajin.

Dan bila dah jadi hyper rajin beginilah, wujud pula kemalasan yang lain. Lipat baju.

Bila kau dah lambakan semua baju bersih atas katil, khususnya bujang, dan kau mahu tidur. Kau akan tolak sikit baju bersih tu ke birai katil. Dalam hati kata, "Ngam ngam badan aku pun jadilah." Dan ini akan berlarutan sampai kau dapat momentum untuk rajin lipat baju pula.

Ah, aku rindu hidup bujang :p

Wednesday, June 29, 2011

BRO IN MY BLOOD

Lelaki kalau berkawan bukan sebab jatuh cinta-tangkap-leleh sesama mereka. Bukan juga berkawan sebab nak ambil kesempatan (kesempatan yang mana tu aku tak pasti). Bukan nak berkawan sebab takut kena keji dengan masyarakat. Bukan nak berkawan sebab terikut-ikut dengan rukun bermasyakarat. Lelaki berkawan sebab Bro in my blood, bro.

Kau rasa kenapa Ajib masih lagi mahu tolong Malek walaupun Malek tak mahu masuk geng Dragon? Sebab mereka Bro....

Kau rasa kenapa Magneto masih lagi tak bunuh Prof Xavier walaupun mereka bermusuhan? Sebab mereka Bro...

Kau rasa kenapa Clark Kent tak bunuh Lex Luthor (versi Smallville) walaupun Lex tu jahat nak mampos? Sebab mereka Bro...

Kamu kalau tahu nilai persahabatan Bro, kamu akan manly tears atau girly tears.

Okey, aku bagi contoh. Baca entri Mohd Jayzuan yang ini.

Gua manly tear dowh.

Tuesday, June 28, 2011

TEORI LIAR KENAPA PAKWE HENSEM MASIH TIDAK MEMILIKI MAKWE LAGI

Zaman sekarang ini zaman semua orang kahwin lambat. baik lelaki mahupun wanita. Kalau semalam aku cakap pasal teori kenapa makwe cun tak ada pakwe lagi. Tetapi hari ini atas nama keadilan, aku nak tulis teori kenapa pakwe hensem masih tak ada makwe lagi.

Kalau kau duduk bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, fenomena pakwe hensem tapi tak ada makwe lagi ini memang sedang hit. Rata-rata mereka memang bersama-sama makwe kacis tapi terang-terang itu bukan jenis makwe yang memjadi pilihan emak. 

Salah satu sebab mereka ini (pakwe hensem) masih belum mempunyai makwe ialah sebab gaji kecil. Ya, duduk bandaraya serba serbi ini memerlukan pengorbanan besar dari segi kewangan. Rata-rata pakwe hensem hanya bergaji sekitar RM 2,500 hingga RM 3,500. Wah, satu amaun yang besar jika dibandingkan dengan bekerja di bandar kecil. Dengan duit yang ada inilah pakwe hensem bagi keluarga di kampung sikit, bayar hutang PTPTN sikit, hutang kereta sikit, sewa rumah sikit, barang kecantikkan diri sikit. Lama-lama baki duit gaji hanya tinggal RM400 yang cukup la untuk belanja makan. Kau ingat RM400 cukup untuk buat pergi dating? Makwe cun zaman sekarang bukan jenis boleh makan warung tepi jalan. Tempat makan nak yang berhawa dingin, makan guna sudu berkilat. Sekali makan mau kena pancung RM200. Pergh... Tak kan hujung bulan nak suap pasir masak lemak cili api kan?

Sebab kedua pakwe hensem tak ada makwe lagi ialah sebab kerjaya. Mereka ini komited terhadap kerja. Lebih-lebih lagi jika kerja itu memang kerja idaman mereka seperti pencuci kereta ke, mekanik ke, mat rempit ke, tauke 7E ke. Kerja-kerja pakwe hensem ini memerlukan mereka untuk siap siaga mental dan fizikal 24/7. Bayangkan kalau pakwe hensem ada makwe. Tengah-tengah basuh kereta, sekali makwe SMS. Pakwe hensem tak layan sebab tengah sibuk. Esoknya makwe minta clash dan pakwe hensem tertekan lalu terjun KB Mall dan mati. Kan tragis tu? So, kesimpulannya, pakwe hensem ambil keputusan nak tunggu kaya dulu sebelum mereka nak cari makwe.

Aku tak nak bagi banyak sangat teori. Nanti makwe-makwe susah nak faham. nanti kata aku back up lelaki pula. Ini teori terakhir aku.

Kebanyakkan pakwe hensem, lebih-lebih lagi di bandar adalah berjantina alternatif. Apa tu? Ya, mereka lebih tertarik kepada jantina mereka sendiri. Mereka gay. Ini kenyataan. Bab yang ini aku serius tak faham. Aku nak hurai pun tak reti. Pakwe hensem couple dengan pakwe hensem. Tak tercapai akal bebalku.

Adoi, pening kepala aku pun.

Monday, June 27, 2011

SEDIKIT TEORI KENAPA MAKWE CUN MASIH TIADA PAKWE LAGI

Bila aku baca blog atau lawat ke page FB makwe-makwe, ramai yang mengeluh yang kawan-kawan mereka dah kahwin tapi dia masih lagi mencari. Muka ada market tapi masih lagi mengeluh tak dapat pakwe. Entah pattern pakwe yang style macam mana yang mereka cari pun aku tak pasti. Atau makwe cun ni memang ada benchmark mereka sendiri. Nak yang macam Rain ke, macam Rajnikhan ke, macam Sung-Bong Choi ke. Mungkin la.

Aku budget-budget salah satu kriteria yang mereka pandang ialah, mesti mereka mahu pakwe-pakwe yang badan taf, baru la kalau jalan di Pasar Karat makwe lain menjeling je tengok pakwe dia. Menyirap punya la makwe yang menjeling bila makwe cun peluk lengan sasa pakwe sambil merengek minta macam-macam. Kalau jenis macam ni, bukan takat makwe yang menjeling ke menyirap, aku yang tengok pun rasa macam nak tangankan aje. Tapi kalau aku pakwe yang taf tu, memang la sedap. Ihiks. Ok, untuk kriteria ini, aku dah out of league. Haih.

Lagi satu mesti makwe-makwe jenis macam ini nak pakwe yang jenis romantik-leleh-tiarap. Nak kena dipuji selalu. Nak kena cakap "i love you" selalu. Nak kena bagi report selalu (telefon & sms setiap 10 saat). Euw, rimas tau. Lepas tu kalau tak reply sms dia merajuk dekat seminggu. Adoyai, penatnya pun tau. Aku ni dah la jenis kalau dah mengantuk, ikut dan je tido. Tak sempat nak ucap "goodnight". Huish, kriteria yang ini pun aku out of league.

Teori aku yang last, makwe-makwe cun ini, yang dok merungut tak ada pakwe lagi ini sebenarnya ada Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) akibat dari hubungan cinta mereka yang sebelum ini berkecai derai di tengah jalan. Ye la, muka makwe dah cun pakwe pula hensem, bercinta bagai nak rak tapi tup tup tak kahwin. Memang la jodoh tu di tangan tuhan tapi malu tu tetap ada. Dari perasaan malu terus ke PTSD. Tu yang sampai sekarang kalau orang ajak bercinta, semua jenis hangat-hangat ayam. Kesian la adoyai...

Tak kisah kamu semua jenis yang macam mana. Kalau dah terdesak takde pakwe sangat, abang Fikrikacak akan sentiasa ada untukmu. Ahaks.

Wednesday, June 08, 2011

SELESA DENGAN APA YANG ADA

Aku tak tahu la. Aku rasa aku tergolong dalam mereka yang sudah selesa berada dalam zon selesa aku sendiri. Bila sudah selesa, aku dah malas nak fikir benda lain. Atau belum sampai masa, bagi aku, untuk fikir benda yang lain. Benda-benda yang mereka yang seusia dengan aku fikirkan.

Mereka berlumba-lumba untuk beli kereta mahal yang setara dengan kemampuan mereka. Beli kereta buatan Jepun. Semua beli baru. Tak pula nak beli yang terpakai. Aku, aku lebih selesa pakai kereta ayah. Cuma naik sambung bayar. Peduli la orang kata aku ni tumpang selesa keluarga. Keluarga aku, bukan keluarga mereka. Kereta pula tu dah berusia 15 tahun. Tak larat nak jalan jauh sangat, apatah lagi nak buat berlumba.

Pada orang seusia aku sibuk nak telefon bimbit jenama terkenal Blackberry atau IPhone4 White, aku lebih selesa guna telefon bimbit nokia yang aku beli guna duit gaji pertama aku, kira-kira setahun setengah yang lepas. Ya, aku ada beli IPhone 1st edition tapi itu aku lebih kepada main instag.ram dan Angry Bird.

Ketika mereka seusia aku sibuk nak beli pakaian smart dan mahal, aku lebih selesa dengan pakaian yang aku guna sekarang. Nak beli baru pun rasa sayang. Baju yang lama masih lagi muat dan selesa, belum lagi lusuh, buat apa nak beli baru dan menyesakkan almari baju aku. Kan?

Last, mereka semua yang seusia aku sibuk mencari calon isteri. Kecoh. Pusing sana sini. Aku, aku lebih selesa dengan tangan aku sendiri. Biar la kita bahagia dengan apa yang kita ada, kan? Buat apa nak membazir cari yang lain. Kan?

LOL.

Thursday, April 14, 2011

BRO TIPS #2 : BRO ALWAYS THINK POSITIVE

Guy, i got some tips which i call them as "Bro-Tips : From Bro To Bro". Sharing is caring, bro!

.......


Kalau makwe lu bagi hadiah yang girly-girly gitu, please la layankan sahaja. Makwe lu nak bahagiakan hati lu, tak kan lu tak nak tengok dia bahagia pula kan? Gua tahu lu mesti rasa geli-geli kalau makwe lu bagi kek cawan kendian bakar 2 batang lilin kecil yang menandakan ulangbulan ke 2 perhubungan korang. Pulak tu ajak tiup depan orang ramai dekat restoren paling ramai orang di Senibong. Gua faham perasaan lu yang memikirkan kata-kata nista orang sekeliling yang mengatakan lu poyo, tapi bro lu pikir sendiri la bro, diorang tu cemburu je. Makwe diorang takde buat macam tu. Lu patut cakap "Gua ada makwe, lu ada?" pada orang yang bagi jelingan sinis malam ni.

Ingat bro, ni Bro-Tips. Dari Bro Untuk Bro. Percayalah kata aku :)

BRO TIPS #1 : REAL BRO IS GENTLEBRO

Guy, i got some tips which i call them as "Bro-Tips : From Bro To Bro". Sharing is caring, bro!

.....


Awak ada teman wanita dan teman wanita awak ada kawan. Samada kawan lelaki atau kawan wanita. Dan seperti mana awak yang perlukan set kawan-kawan awak, begitu juga-lah dia perlukan set kawan-kawan dia. Jadi, jangan terlalu kongkong atau terlalu manja dengan teman wanita awak. Awak bukan budak-budak lagi. Melainkan awak ada isu semasa zaman kanak-kanak (kehilangan zaman kanak-kanak).

Grow up la Bro. Cemburu buta membawa kepada kemudaratan dan kehancuran. Simpan ego dalam poket dulu. Hadapi masalah secara lelaki. Macam gentlemen. Kalau kamu bertindak secara gentlemen, aku percaya bukan setakat teman wanita awak je yang cair, silap-silap adik-kakak teman wanita kamu pun boleh cemburu tau!

Oh tidak, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. Ini sekadar "Bro-Tips".