Showing posts with label Bujang. Show all posts
Showing posts with label Bujang. Show all posts

Thursday, December 08, 2011

RAJIN SELEPAS MALAS SELEPAS RAJIN

Aku pasti sesiapa pun, yang jenis basuh baju sendiri, akan rasa apa yang aku rasa.

Momentum untuk mencari spirit membasuh baju bukan selalu datang. Kadang-kadang bila kena masa tiap-tiap hari nak basuh. Kadang-kadang kalau sibuk, seminggu sekali. Lagi kalau like hell punya sibuk, nak basuh pun jenis malam Isnin dan pilih baju yang penting je macam baju kerja, spender. Seluar boleh tahan lagi, basuh 2 minggu sekali. Lebih-lebih lagi kalau kerja pakai seluar jeans. Memang sebulan sekali basuh pun belum tentu.

Ok, kalau musim jenis semangat rajin datang. Semua benda kita nak buat. Nak basuh baju, basuh seluar, basuh spender, basuh singlet, basuh cadar, basuh sarung bantal, basuh tuala mandi, basuh bilik air, mop lantai, basuh tingkap. Senang kata, kadang-kadang tu, kucing pun nak dimandikan. Punya la rajin.

Dan bila dah jadi hyper rajin beginilah, wujud pula kemalasan yang lain. Lipat baju.

Bila kau dah lambakan semua baju bersih atas katil, khususnya bujang, dan kau mahu tidur. Kau akan tolak sikit baju bersih tu ke birai katil. Dalam hati kata, "Ngam ngam badan aku pun jadilah." Dan ini akan berlarutan sampai kau dapat momentum untuk rajin lipat baju pula.

Ah, aku rindu hidup bujang :p

Tuesday, June 28, 2011

TEORI KEBENARAN KENAPA PAKWE HENSEM (AKU) MASIH LAGI TAK DAPAT MAKWE CUN.

Ini teori aku bikin sendiri. Aku ikut suka aku. Aku nilai apa orang kata. Orang tak perlu nilai apa aku kata. Hahaha.

Teori pertama.

Aku rasa aku terlalu ikutkan teori Law Of Attraction. Hahaha. Law Of Attraction kata, kita dapat apa yang kita selalu fikirkan. Sebab alam semesta mendengar kita. (Tapi sebenarnya dalam islam pun dah kata lama, kita dapat apa yang kita selalu doakan, Allah akan mendengar kita). Mungkin apa yang aku fikirkan (wanita idaman), melebihi apa yang alam semesta boleh dengar (dan berikan). Hahaha.

Teori kedua.

Aku paranoid tengok belanja persiapan pertunangan dan perkahwinan. Aku takut. Mananya tak takut, saving pun tak ada lagi. Sekali tengok duit hantaran, kalau 2,3 tahun lagi, mau makan RM12,000 gak. Belum barang hantaran lagi. Belanja makan lagi. Sewa khemah atau sewa dewan. Baju pengantin yang ntah ada saiz, ntah takde saiz. Bila fikir pasal benda-benda ni, boleh buat aku berpeluh ketakutan dan pengsan. Serius. Tu pasal aku tak fikir lagi dah.
.
Teori ketiga.

Aku tak reti nak mengorat makwe. Serius. Skill yang ada sekarang memang style budak-budak. Skill mengorat gaya lelaki budiman langsung zero. Aku dah tak tahu nak belajar dari mana lagi dah. Bila tengok makwe cantik je terus lidah cramp. Bangkai betul. Lepas tu kalau dapat borak sekejap terus teruja budget dah declare. Macam palat juga perangai aku rupanya. Cilake. Malu siak.

Nampaknya aku hanya perlu memilih samada ;

1) Perlukan cari mentor untuk meningkatkan skill mengorat dan kurangkan rasa teruja budget-dah-declare.

2) Teruskan kehidupan sehingga alam semesta mendengar permintaan aku.

TEORI LIAR KENAPA PAKWE HENSEM MASIH TIDAK MEMILIKI MAKWE LAGI

Zaman sekarang ini zaman semua orang kahwin lambat. baik lelaki mahupun wanita. Kalau semalam aku cakap pasal teori kenapa makwe cun tak ada pakwe lagi. Tetapi hari ini atas nama keadilan, aku nak tulis teori kenapa pakwe hensem masih tak ada makwe lagi.

Kalau kau duduk bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, fenomena pakwe hensem tapi tak ada makwe lagi ini memang sedang hit. Rata-rata mereka memang bersama-sama makwe kacis tapi terang-terang itu bukan jenis makwe yang memjadi pilihan emak. 

Salah satu sebab mereka ini (pakwe hensem) masih belum mempunyai makwe ialah sebab gaji kecil. Ya, duduk bandaraya serba serbi ini memerlukan pengorbanan besar dari segi kewangan. Rata-rata pakwe hensem hanya bergaji sekitar RM 2,500 hingga RM 3,500. Wah, satu amaun yang besar jika dibandingkan dengan bekerja di bandar kecil. Dengan duit yang ada inilah pakwe hensem bagi keluarga di kampung sikit, bayar hutang PTPTN sikit, hutang kereta sikit, sewa rumah sikit, barang kecantikkan diri sikit. Lama-lama baki duit gaji hanya tinggal RM400 yang cukup la untuk belanja makan. Kau ingat RM400 cukup untuk buat pergi dating? Makwe cun zaman sekarang bukan jenis boleh makan warung tepi jalan. Tempat makan nak yang berhawa dingin, makan guna sudu berkilat. Sekali makan mau kena pancung RM200. Pergh... Tak kan hujung bulan nak suap pasir masak lemak cili api kan?

Sebab kedua pakwe hensem tak ada makwe lagi ialah sebab kerjaya. Mereka ini komited terhadap kerja. Lebih-lebih lagi jika kerja itu memang kerja idaman mereka seperti pencuci kereta ke, mekanik ke, mat rempit ke, tauke 7E ke. Kerja-kerja pakwe hensem ini memerlukan mereka untuk siap siaga mental dan fizikal 24/7. Bayangkan kalau pakwe hensem ada makwe. Tengah-tengah basuh kereta, sekali makwe SMS. Pakwe hensem tak layan sebab tengah sibuk. Esoknya makwe minta clash dan pakwe hensem tertekan lalu terjun KB Mall dan mati. Kan tragis tu? So, kesimpulannya, pakwe hensem ambil keputusan nak tunggu kaya dulu sebelum mereka nak cari makwe.

Aku tak nak bagi banyak sangat teori. Nanti makwe-makwe susah nak faham. nanti kata aku back up lelaki pula. Ini teori terakhir aku.

Kebanyakkan pakwe hensem, lebih-lebih lagi di bandar adalah berjantina alternatif. Apa tu? Ya, mereka lebih tertarik kepada jantina mereka sendiri. Mereka gay. Ini kenyataan. Bab yang ini aku serius tak faham. Aku nak hurai pun tak reti. Pakwe hensem couple dengan pakwe hensem. Tak tercapai akal bebalku.

Adoi, pening kepala aku pun.

Saturday, April 16, 2011

NAMA

kalau aku ada anak nanti, nak bagi nama apa ek? Ihiks.

Nama terkini mengikut arus kemodenan masyarakat setempat?

Nama pan-asia yang diberi kombinasi dari nama kejawaan dan kebaratan?

Nama dari hasil gabungan nama aku dan bakal isteri aku?

Nama dari restu ayah dan emak?

Nama dari kebanyakkan buku "Nama anak-anak yang baik" yang boleh didapatkan di PBAKL tak lama lagi?

.
.
.
.
.
.
.
Adalah lebih baik aku menyiapkan laporan-laporan yang bertimbun ini dari memikirkan nama bakal anak aku yang entah bilanya nak ada pun aku tak pasti.

Ohoi!

Friday, April 15, 2011

DAH PATUT BERAKHIR

Bila kawan-kawan dok bincang pasal jenama pakaian bayi, jenama lampin pakai buang bayi, jenama susu bayi, kisah kerja keras sebab nak beli susu anak, cerita nak bandingkan 2 stoller bayi sebab mahukan yang terbaik, cerita tentang potong jambul, cerita tentang kegembiraan sambut bayi, cerita pergi ultrasound perut isteri, cerita cat bilik bayi, cerita kesakitan nak beranak, cerita pergi kelas persediaan untuk ibu mengandung, cerita nama anak, dan macam-macam lagi.

Dan setiap kali itu la hati aku terdetik,

"What the hell i do right now? Still chasing my child dream?"


Yes, damn right.

I should think about my legacy, not still leka dengan kehidupan bujang T_T~

Friday, March 18, 2011

OVERTIME MALAM SEMALAM

Malam tadi aku ada berkesempatan menonton drama "Donut" di tivi Astro Ria. Agak terbahak la aku gelak sebab skrip dia memang longkang dan lakonan Kak Shiela Rusly memang superb. Kah kah kah.

Awek 1 : Wah Kak Lita, bukan main berseri je pagi ni.
Kak Lita : Mesti la, kan malam tadi malam Jumaat. Kena pula laki Kak Lita kan muda lagi. So, malam tadi akak terpaksa la overtime. Ha ha ha. Tu yang laki akak semangat nak hantar akak pergi kerja pagi ni. Ha ha ha.

Terbahak-bahak aku gelak. Pula tu malam tadi teringin nak makan Big Apple Donut, beli la sikit. Balik rumah layan drama "Donut" pula. Pergh...

Awak ni donut la!

Friday, February 25, 2011

LEPAS USAHA KENA BERDOA

Ada satu malam, aku dok syok balas-balas mesej dengan seorang kawan perempuan yang sudah berkahwin. Masa tu boleh tahan suam-suam kuku dia punya malam. Kawan aku ni dulu aku tak berapa syok kalau nak borak peley sebab dia jenis skema. So, aku borak la style skema malam tu. Tiba-tiba esoknya, awal-awal pagi dalam pukul 6.30am, suami dia ada menyampuk dalam post yang berkenaan.

Aku : Awal bang bangun? Baru balik kerja ke?(Suami dia seorang polis)

Selang 30 minit, kawan aku pula yang reply.

Pida : Dia baru lepas qiammulail la.
Aku : Amboi, rajinnya qiammulail.
Pida : Ye la, dah "kerja kuat" malam tadi, pagi ni kena la doa lebih skit.
Aku : Amboi, dah pandai borak lucah dah sekarang.
Pida : Ye la, malam semalam dah "usaha" lebih, lepas tu baru minta agar Allah kurniakan rezeki anak. Hehehe.
Aku : Pergh, lawak lucah macam ni yang aku hangin nak baca ni.

Mak ai, psiko kaw-kaw betul. Esok kena cari bini la.

Sunday, February 20, 2011

MODUL PAGI BUJANG

Hari minggu sebagai seorang bujang, bagi seorang yang masih bujang, adalah satu syurga dunia yang tidak mempunyai satu perkataan pun di dalam kamus dewan dapat menggambarkannya. Aha...

Bangun pagi (kalau pagi) golek-golek sikit atas katil, mata still terkebil-kebil, kita check henpon kita. Nak pastikan samada kita ada terlepas sebarang panggilan ataupun SMS semasa kita tidur. Jika ada, kita reply semula panggilan atau SMS itu. Kalau rasa-rasa macam tak penting, kita biarkan sahaja. Tunggu lepas makan baru nak reply. Tapi awas, jika ada panggilan atau SMS dari awek, harus segera reply. Kalau tak, malam nanti kita akan miss soru pula. Biasa kalau malam hari minggu, awek yang belanja makan sebab mesti dia akan ajak keluar. Ihiks.

Bangun pagi, malas pula nak bersiap awal. Tapi perut dah lapar. Buka peti ais, keluar segala frozen food yang ada. Nugget la, sosej la, ayam goreng segera la. Kendian kita panaskan kuali yang telah sedia ada atas dapur, siap ada minyak masak sekali dalam tu. Sambil-sambil tunggu minyak jadi panas, hisap rokok sepam dua sambil basuh pinggan yang dah menimbun dalam sinki. Kalau tak basuh, nak makan dalam apa pulak kan? Kita pun masak la segala macam yang kita dah keluarkan dari dalam peti ais tadi. Bila dah masak, keluarkan peket-peket sos McD atau KFC baki makan minggu lepas. Kita makan dengan makanan yang kita dah goreng tadi.

Basuh baju? Nanti je la. Banyak lagi baju bersih dalam almari. Baju kotor dalam bakul baju pun sama banyak dengan baju bersih. Takpe, kita basuh spender dengan stokin la dulu. Takut nanti esok nak pakai tapi tak sempat kering pula. Kita basuh cincai-cincai, ala kadar tapi mesti rendam dengan softlan sebelum perah. Biar bau wangi skit.

Kendian bila tak tahu nak buat apa lagi, kita kemas katil. Lepas kemas katil, baru sedap nak sambung tidur semula. Gosok gigi? Petang nanti je la. Sebelum keluar makan dengan awek nanti.

Tapi bila difikir-fikirkan semula, dah 10 tahun juga repeat Modul Pagi Bujang ini yang sama. Dah mula lah pula rasa boring.

Kalau kahwin nanti, pagi bujang aku jadi macam mana pula ek?

Sarapan dengan anak dan bini. Basuh dah siap basuh. Katil dah kemas. Main dengan anak. Pergh... Bila aku nak tukar modul pagi aku ke Modul Pagi Kahwin ni?