Showing posts with label Jiwang. Show all posts
Showing posts with label Jiwang. Show all posts

Friday, July 15, 2011

CINTA KERANG REBUS

Circa 1980-an

Di satu lorong sesak berhimpitan warga ibukota yang pulang mencari rezeki, ada sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta. Walau si lelaki bekerja di satu bahagian ibukota yang lain dan si wanita pula bekerja di satu bahagian ibukota yang lain, petang itu mereka berjanji-temu di tempat golongan marhaen seperti mereka, bermadu kasih sambil mengisi tembolok yang seharian meneguk air kosong semata-mata mahu berjimat demi janji-temu yang manis itu.

Di jalan Chow Kit itu menjadi saksi cinta yang disemai selama ini semakin mekar. Biar la hanya memesan sepinggan hidangan sotong kangkung dan kerang rebus sekalipun. Itu sudah cukup mengenyangkan. Bercinta sambil makan hidangan sederhana ini pun sudah cukup bahagia untuk mereka. Bukan pinggan seramik buatan Itali yang menyemai cinta itu. Bukan makanan dari restoren mewah yang menyemai cinta itu. Kualiti masa bersama itulah yang menyemai cinta mereka. Mereka tak kisah bila digelarkan oleh rakan-rakan mereka sebagai "Cinta Kerang Rebus".

30 Tahun berlalu

Aku pulang ke rumah setelah seharian bekerja. Kira-kira jam 8.00pm baru sampai rumah. Tanpa menuju ke bilik tidur untuk menukar pakaian, aku terus meluru ke dapur. Bau rebusan halia dan serai menarik-narik hidung.
.
"Wah, lauk kerang rebus!" Aku menjerit kegirangan.

Emak di dapur menjawab, "Kerang rebus ni ada ceritanya."

Sambil-sambil emak menjeling ayah yang sedang menyelak suratkhabar di ruang tamu. Ada senyum yang cuba disembunyikan.

Tuesday, June 28, 2011

TEORI KEBENARAN KENAPA PAKWE HENSEM (AKU) MASIH LAGI TAK DAPAT MAKWE CUN.

Ini teori aku bikin sendiri. Aku ikut suka aku. Aku nilai apa orang kata. Orang tak perlu nilai apa aku kata. Hahaha.

Teori pertama.

Aku rasa aku terlalu ikutkan teori Law Of Attraction. Hahaha. Law Of Attraction kata, kita dapat apa yang kita selalu fikirkan. Sebab alam semesta mendengar kita. (Tapi sebenarnya dalam islam pun dah kata lama, kita dapat apa yang kita selalu doakan, Allah akan mendengar kita). Mungkin apa yang aku fikirkan (wanita idaman), melebihi apa yang alam semesta boleh dengar (dan berikan). Hahaha.

Teori kedua.

Aku paranoid tengok belanja persiapan pertunangan dan perkahwinan. Aku takut. Mananya tak takut, saving pun tak ada lagi. Sekali tengok duit hantaran, kalau 2,3 tahun lagi, mau makan RM12,000 gak. Belum barang hantaran lagi. Belanja makan lagi. Sewa khemah atau sewa dewan. Baju pengantin yang ntah ada saiz, ntah takde saiz. Bila fikir pasal benda-benda ni, boleh buat aku berpeluh ketakutan dan pengsan. Serius. Tu pasal aku tak fikir lagi dah.
.
Teori ketiga.

Aku tak reti nak mengorat makwe. Serius. Skill yang ada sekarang memang style budak-budak. Skill mengorat gaya lelaki budiman langsung zero. Aku dah tak tahu nak belajar dari mana lagi dah. Bila tengok makwe cantik je terus lidah cramp. Bangkai betul. Lepas tu kalau dapat borak sekejap terus teruja budget dah declare. Macam palat juga perangai aku rupanya. Cilake. Malu siak.

Nampaknya aku hanya perlu memilih samada ;

1) Perlukan cari mentor untuk meningkatkan skill mengorat dan kurangkan rasa teruja budget-dah-declare.

2) Teruskan kehidupan sehingga alam semesta mendengar permintaan aku.

Monday, June 27, 2011

SEDIKIT TEORI KENAPA MAKWE CUN MASIH TIADA PAKWE LAGI

Bila aku baca blog atau lawat ke page FB makwe-makwe, ramai yang mengeluh yang kawan-kawan mereka dah kahwin tapi dia masih lagi mencari. Muka ada market tapi masih lagi mengeluh tak dapat pakwe. Entah pattern pakwe yang style macam mana yang mereka cari pun aku tak pasti. Atau makwe cun ni memang ada benchmark mereka sendiri. Nak yang macam Rain ke, macam Rajnikhan ke, macam Sung-Bong Choi ke. Mungkin la.

Aku budget-budget salah satu kriteria yang mereka pandang ialah, mesti mereka mahu pakwe-pakwe yang badan taf, baru la kalau jalan di Pasar Karat makwe lain menjeling je tengok pakwe dia. Menyirap punya la makwe yang menjeling bila makwe cun peluk lengan sasa pakwe sambil merengek minta macam-macam. Kalau jenis macam ni, bukan takat makwe yang menjeling ke menyirap, aku yang tengok pun rasa macam nak tangankan aje. Tapi kalau aku pakwe yang taf tu, memang la sedap. Ihiks. Ok, untuk kriteria ini, aku dah out of league. Haih.

Lagi satu mesti makwe-makwe jenis macam ini nak pakwe yang jenis romantik-leleh-tiarap. Nak kena dipuji selalu. Nak kena cakap "i love you" selalu. Nak kena bagi report selalu (telefon & sms setiap 10 saat). Euw, rimas tau. Lepas tu kalau tak reply sms dia merajuk dekat seminggu. Adoyai, penatnya pun tau. Aku ni dah la jenis kalau dah mengantuk, ikut dan je tido. Tak sempat nak ucap "goodnight". Huish, kriteria yang ini pun aku out of league.

Teori aku yang last, makwe-makwe cun ini, yang dok merungut tak ada pakwe lagi ini sebenarnya ada Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) akibat dari hubungan cinta mereka yang sebelum ini berkecai derai di tengah jalan. Ye la, muka makwe dah cun pakwe pula hensem, bercinta bagai nak rak tapi tup tup tak kahwin. Memang la jodoh tu di tangan tuhan tapi malu tu tetap ada. Dari perasaan malu terus ke PTSD. Tu yang sampai sekarang kalau orang ajak bercinta, semua jenis hangat-hangat ayam. Kesian la adoyai...

Tak kisah kamu semua jenis yang macam mana. Kalau dah terdesak takde pakwe sangat, abang Fikrikacak akan sentiasa ada untukmu. Ahaks.

Tuesday, May 03, 2011

KALAU DITANYAKAN

Bergaul dengan kawan-kawan lelaki yang masih bujang sebenarnya baik untuk membantu mereka dalam perjalanan mereka mencari cinta. Berkongsi pendapat, pengalaman dan isi hati.

Dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur tempohari, kami (pemandu dan aku) mula berbincang tentang pelbagai perkara. Oleh kerana hari itu, si pemandu baru selesai berdating dan secara surprisenya terpaksa bertemu dengan bapa aweknya, lalu si pemandu ditanyakan soalan yang aku sendiri tak pasti samada ada ke ayah lain di luar sana yang bertanyakan soalan yang sama.

"Kenapa awak nak kahwin dengan anak saya?"

Deng! Selama aku berkawan dengan lelaki-lelaki yang bakal berkahwin dan berkongsi pengalaman mereka, ini adalah satu soalan yang aku tak budget akan disoal oleh bapa seorang awek.

Kalau nak jawab yang jiwang-jiwang segan la pulak. Depan awek boleh la, kalau depan bapa awek, takut kena tempeleng pulak.

Kalau nak jawab serius sangat, takut dikatakan poyo la pulok.

Aku cuma boleh berdoa agar bapa bakal awek aku tak tanya soalan susah macam ini. Amin.

Friday, April 22, 2011

TIPIKAL BUAYA

"Kalau saya tak jumpa si polan dulu, kompom awak awek/pakwe saya yang nombor satu!"

Ok, kalau kita dok perati elok-elok ayat atas ni, korang rasa pernah guna tak waktu nak tackle makwe-pakwe korang dulu? Eleh... Tak kan tak pernah kot... Innocent letteww...

Untuk mana-mana awek dan balak yang baru nak berkecimpung dalam bidang percintaan, ayat ini adalah ayat yang harus diingat. Kenapa? Ini adalah ayat-ayat buaya yang amat tipikal sekali dalam dunia. Ia digunakan oleh buaya darat dari jenis jantan dan betina.

Ini sekadar peringatan buat mereka yang masih belum dicemari kudis-kudis cinta ini. Semoga tak tewas dalam peperangan jiwa dan emosi bila dah tertenggelam jauh dalam lautan cinta nanti.

Wednesday, March 23, 2011

LOVE QUOTE

“If I could reach up and hold a star for every time you’ve made me smile, the entire evening sky would be in the palm of my hand.”