Showing posts with label Cerita Bohong. Show all posts
Showing posts with label Cerita Bohong. Show all posts

Friday, June 10, 2011

KOD

Sesiapa yang nak guna kod rahsia aku untuk dijadikan filem, aku amat alu-alukan.

Wednesday, June 08, 2011

SELESA DENGAN APA YANG ADA

Aku tak tahu la. Aku rasa aku tergolong dalam mereka yang sudah selesa berada dalam zon selesa aku sendiri. Bila sudah selesa, aku dah malas nak fikir benda lain. Atau belum sampai masa, bagi aku, untuk fikir benda yang lain. Benda-benda yang mereka yang seusia dengan aku fikirkan.

Mereka berlumba-lumba untuk beli kereta mahal yang setara dengan kemampuan mereka. Beli kereta buatan Jepun. Semua beli baru. Tak pula nak beli yang terpakai. Aku, aku lebih selesa pakai kereta ayah. Cuma naik sambung bayar. Peduli la orang kata aku ni tumpang selesa keluarga. Keluarga aku, bukan keluarga mereka. Kereta pula tu dah berusia 15 tahun. Tak larat nak jalan jauh sangat, apatah lagi nak buat berlumba.

Pada orang seusia aku sibuk nak telefon bimbit jenama terkenal Blackberry atau IPhone4 White, aku lebih selesa guna telefon bimbit nokia yang aku beli guna duit gaji pertama aku, kira-kira setahun setengah yang lepas. Ya, aku ada beli IPhone 1st edition tapi itu aku lebih kepada main instag.ram dan Angry Bird.

Ketika mereka seusia aku sibuk nak beli pakaian smart dan mahal, aku lebih selesa dengan pakaian yang aku guna sekarang. Nak beli baru pun rasa sayang. Baju yang lama masih lagi muat dan selesa, belum lagi lusuh, buat apa nak beli baru dan menyesakkan almari baju aku. Kan?

Last, mereka semua yang seusia aku sibuk mencari calon isteri. Kecoh. Pusing sana sini. Aku, aku lebih selesa dengan tangan aku sendiri. Biar la kita bahagia dengan apa yang kita ada, kan? Buat apa nak membazir cari yang lain. Kan?

LOL.

HERO KAMPUNG

Circa 2045

Di satu kampung yang aman dan damai, kelihatan seorang lelaki berumur sedang membersihkan gua batu miliknya. Lelaki itu bernama Bruce. Dia masih lagi kelihatan tegap walaupun telah dimamah usia. Selesai menyapu dedaun kering di hadapan gua-nya, dia mengilap kereta berenjin hibrid miliknya. Ini kereta champion.

"Weh, Peter... Mai sini sat. Borak-borak dulu. Hang kalut kayuh gerek nak pi mana?" Pakcik Bruce menegur kawannya, Peter yang terkocoh kacah mengayuh basikal.

"Eh, kau Bruce. Si Mary suruh aku pergi kedai kejap. Daun basil nak buat pizza habis." Jawap Pakcik yang bernama Peter itu.

Lalu berborak-lah 2 sahabat lama itu sekadarnya. Begitulah keadaan kampung itu. Saling bertegur dan mengambil tahu masalah sesama penduduk. Dulu, kira-kira 30 tahun yang lepas, mereka sama-sama bermigrasi ke situ, ke kampung itu. Kampung Hero.

"Eh, aku dengar si Clark dah tak duduk sini lagi. Tony bagitau aku semalam." Pakcik Peter memulakan sesi pemecah ais pagi itu.

"Patutnya dah lama dia patut balik kampung dia. Siapa yang tak cemburu tengok dia yang tak tua-tua tu." Pakcik Bruce memangkah.

"Ah, kau ni pun, itu pun nak cemburu. Patutnya kau lebih cemburukan si Tony tu. Dalam usia macam ni, Piper masih lagi nak jaga dia. Dah la kena strok, masih lagi nak menggatal. Hahaha"

Apabila mereka mula bercerita tentang Tony ada sahaja bahan gelak tawanya.

"Eh, tadi hang nak ke kedai kan? Mai ikut aku. Aku saja nak kasi panas enjin Batmobil ni, lagipun dah habis caj dah ni." Pakcik Bruce mempelawa.

Pucuk di cita ulam yang datang, Pakcik Peter pun follow terus.

"Tu la kau Peter, siapa suruh kau gadai kostum kau dalam E-Bay dulu. Kalau kau jual sekarang, harga mesti meletup punya!" Pakcik Bruce marah.

Pakcik Peter senyap malas nak layan.


*********


Begitu la keadaan di Kampung Hero. Pakcik-pakcik saling mengungkit kisah lama mereka. Sejak kadar jenayah jalanan di bandar makin pupus, maka kerja untuk mereka pun pupus sama sekali.


Siri 2045 sebelumnya :
2045 : TAHUN TANPA SUBSIDI

Tuesday, June 07, 2011

2045 : TAHUN TANPA SUBSIDI

Circa 2045

Waktu itu Malaysia aman. Macam sekarang. Yang bezanya cuma waktu itu Malaysia tidak lagi mempunyai bangunan-bangunan pencakar langit. Kebanyakkan bandar masa itu jadi muram. Bangunan yang banyak terbina dulu sudah dijadikan sarang burung walit. Tak kurang juga ada yang hanya buruk begitu saja. Menjadi habitat lumut yang giat menghijau.

Bandar tidak lagi dihuni oleh manusia-manusia berkiblatkan kapitalisme. Anjing-anjing luar pula yang menjadi penghuni tetap bangunan pejabat yang gah 30 tahun dulu.

Manusia masa itu semua pulang ke kampung halaman masing-masing. Back to basic. Selain itu udara kampung lebih nyaman, keadaannya yang stress-less juga menjadi faktor penarik manusia pulang ke kampung.

Jauh di sudut kampung, di sebuah rumah kayu standard golongan marhaen, si bapa sedang melayan anak-anak menatapi album-album kenangan ketika si bapa masih muda.

"Abah, ni abah dekat mana?" Tanya si anak 1.

"Itu masa abah kerja dekat bandar." Jawap si bapa, tenang.

"Kenapa kita tak duduk bandar?" Tanya si anak 2 pula, dengan soalan yang mencabar.

Si bapa tak menjawab. Ditenung dalam-dalam bola mata anak-anaknya. Sambil-sambil itu dia giat fikir jawapan yang sesuai.

"Barang makan di bandar mahal. Gomen tak bagi subsidi. Awak bayangkan harga KFC Snack Plate pun dah berharga RM 3,555.25. Baik lah abah duduk kampung tanam jagung & kacang. Sekurang-kurang awak-awak ni semua gemuk makan jagung & kacang."

Si bapa tersengih. Si anak geleng tak faham.

FIN