Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Monday, December 05, 2011

KENA CARI AWEK BARU

Lokasi : Kedai Stimbot Mutiara Rini
Waktu : Lepas maghrib, Ahad.

Ayah dapat jemputan kawannya yang baru buka kedai makan ala stimbot di area ini. Maka, selaku lelaki berkeluarga, ayah bawa satu famili bersekali. Berkat, katanya. Dalam majlis doa selamat serba ringkas itu, ramai kawan sepejabat ayah yang hadir. Yang tua, yang muda, yang dekat, yang jauh, yang kenyang, yang lapar, yang biasa makan ala stimbot, yang tak pernah makan ala stimbot tapi berlagak cool buat BBQ ayam tak letak margerin, yang bawa isteri pertama tapi tinggalkan isteri kedua sebab takut kena bahan, yang datang awal dan juga yang datang waktu orang dah nak balik.

Tapi slot perbualan kami anak beranak tidak tertumpu kepada kawan ayah yang buka kedai makan sebegini. Perbualan kami lebih menjurus kepada awek kepada adik aku yang dijadualkan pulang ke tanah air dari mengerjakan haji, pada hari ini (Isnin, 5 Disember).

Akak : Dik, awek adik balik bila?
Adik : Esok.
Aku : Lepas ni adik tak boleh keluar dating selalu dengan hajah la.
Adik : Apsal plak?
Akak : Ye la, dia kan dah hajah. Apa plak jiran-jiran dia kata nanti.
Aku : Dah tak boleh pergi CS, tak boleh tengok wayang, tak boleh pergi zoo.
Adik : Ye ke? *muka curiga* Tengok wayang pun tak boleh?
Akak/Aku : Tak caya tanya emak.

Emak. Tengah sibuk BBQ kepak ayam dan rebus bebola daging. Tangan kiri balik-balikkan ayam yang ayah letak, manakala tangan kanan pegang ais krim potong perisa kacang merah. Multi-tasking.

Adik : Mak, orang balik haji tak boleh tengok wayang eh?
Emak : Memang la. Tak kan tak tahu kot? *Yeah, emak play along dengan kami nak troll adik*
Adik : Ish, ye ke? *Muka percaya*
Emak : Kalau nak dating, kat rumah mak dia je la. *Trolling berjaya!*

Adik diam sekejap. Muka dia monyok sekejap. Seketika kemudian.

Adik : Rasanya, adik kena carik awek baru la kalau gini. He he he.

WIN!

Friday, July 15, 2011

CINTA KERANG REBUS

Circa 1980-an

Di satu lorong sesak berhimpitan warga ibukota yang pulang mencari rezeki, ada sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta. Walau si lelaki bekerja di satu bahagian ibukota yang lain dan si wanita pula bekerja di satu bahagian ibukota yang lain, petang itu mereka berjanji-temu di tempat golongan marhaen seperti mereka, bermadu kasih sambil mengisi tembolok yang seharian meneguk air kosong semata-mata mahu berjimat demi janji-temu yang manis itu.

Di jalan Chow Kit itu menjadi saksi cinta yang disemai selama ini semakin mekar. Biar la hanya memesan sepinggan hidangan sotong kangkung dan kerang rebus sekalipun. Itu sudah cukup mengenyangkan. Bercinta sambil makan hidangan sederhana ini pun sudah cukup bahagia untuk mereka. Bukan pinggan seramik buatan Itali yang menyemai cinta itu. Bukan makanan dari restoren mewah yang menyemai cinta itu. Kualiti masa bersama itulah yang menyemai cinta mereka. Mereka tak kisah bila digelarkan oleh rakan-rakan mereka sebagai "Cinta Kerang Rebus".

30 Tahun berlalu

Aku pulang ke rumah setelah seharian bekerja. Kira-kira jam 8.00pm baru sampai rumah. Tanpa menuju ke bilik tidur untuk menukar pakaian, aku terus meluru ke dapur. Bau rebusan halia dan serai menarik-narik hidung.
.
"Wah, lauk kerang rebus!" Aku menjerit kegirangan.

Emak di dapur menjawab, "Kerang rebus ni ada ceritanya."

Sambil-sambil emak menjeling ayah yang sedang menyelak suratkhabar di ruang tamu. Ada senyum yang cuba disembunyikan.

Saturday, July 09, 2011

SALAH SEBUT

Ayah jenis manusia yang suka hiburkan orang. Aku rasa sedikit akhlak ayah kini menurun pada aku. Penyakit keturunan. Kadang-kadang ayah suka salah sebut, samada sengaja atau tak, itu aku tak pasti. Tapi dalam keadaan-keadaan tertentu ia boleh meregangkan sedikit tekanan.

Suatu masa, ketika tunggu order makan tak sampai lagi.

"Bulan 10 ni ayah nak pergi Bandung.." Kata ayah tersengih.

"Dengan siapa?" Aku tanya.

"Dengan Haji Mael. Nak survey tempat dulu. Nanti kita pergi." Jawap ayah. Tersengih.

"Haji Mael nak bawa ayah ke mana je?"

"Pergi tengok kawah gunung berapi tu, Santubongperahu.." Jawap ayah. Selamba dan tersengih.

Kami adik beradik bagai nak rak gelak. HA HA HA.

Oleh kerana kami makan di kedai pada malam itu adalah bersempena adik balik ke Melaka, maka ayah pun tanya macam-macam pada adik. To kill time bak kata omputeh.

"Yuran semua dah bayar?"

"Dah, semalam lagi adik dah pergi bayar."

"Barang-barang sekolah semua dah beli?" *Sweet je dengar ayah bahasakan "belajar" sebagai "sekolah". Hehehe*

"Dah. Settle dah?"

"Sanitary semua dah? Kang nak tulis takde pensil kang" Ayah tanya lagi. Muka serius.

Kami adik beradik pun HA HA HA lagi sekali.