Tuesday, February 19, 2008

KAU BUKAN BANGANG. KAU CUMA JAHIL.

Pada suatu ketika, waktu perut berbunyi dan dalam perjalanan ke Lego.
~
Zan : Kau tahu tak maksud “mumayiz”?
~
Shah: Entah.
~
Me: Kau tak tahu? Dulu kan kau sekolah arab.
~
Zan: Mumayiz tu tahap manusia yang belum tahu bezakan yang buruk dan yang baik.
~
Me: Yang hak dan yang batil.
~
Zan: Waktu air kencing kau tu belum jadi najis.
~
Shah: Oh! Ye ke?
~
Me: Kau tak tahu? Kau kan bekas pelajar sekolah arab.
~
Shah: Jadinya aku ni, kalau tak tahu bezakan buruk dengan baik, boleh dipanggil mumayiz la. Eh?
~
Zan: Kau tu dah banyak kali baligh, kau boleh pulak kata kau mumayiz.
~
Me: Tu orang panggil bangang, bukan mumayiz.
~
Zan: Tu kasar sangat. Bahasa lembutnya, kau tu jahil.
~
Shah: Oh! Ye ke?

"ITU SEMUA KAWAN COP. SALAH KE AKU KAWAN DENGAN PEREMPUAN?" - ZAN

~
***Sekadar gambar hiasan : Bahana jika tangan anda jenis tak reti-reti nak duduk diam. Sekadar berkongsi pengalaman bersahabat dan bergambar dengan seorang lelaki muda Kota Tinggi yang jakun.
~
Sekadar peringatan kepada rakan-rakan di luar sana yang akan menggunakan mesin untuk mendapatkan gambar saiz pasport. Jika kalian menggunakan mesin mengambil gambar [Instant Photo Machine], sila pastikan kalian benar-benar bersedia dengan segala touch-up muka ataupun rambut. Jangan sesekali membuat persiapan last minute jika kalian sudah berada di posisi mengambil gambar. Biarkan saja muka buruk kalian. Kamera takkan rosak jika tertangkap muka kalian. 4 keping gambar berharga RM10 amat bernilai harganya. Bayangkan jika satu gambar dari 4 keping gambar itu rosak/reject/tak best dan kalian perlukan 4 keping gambar secara urgent, kalian hanya perlu bazir sedikit masa dan RM10 untuk 4 keping gambar yang lain. Is it worth? So, alway be alert okay guys?
~
~
Ini ada satu kisah menarik. Mungkin kalian yang berada di luar dari lingkungan set sosial di kampus kami, kisah ini kurang menarik dan tak rasa penting sangat pun. Tapi sekurang-kurangnya kisah ini boleh dijadikan pedoman kepada para gadis di luar sana [lebih-lebih lagi yang berada di Puchong] agar sentiasa berwaspada dengan jantan ego-tapi-kantoi seperti yang saya bakal ceritakan.
~
Dia baik. Dia rajin [Tapi tak rajin pergi kelas, selalu ponteng]. Dia ada “kuda” yang sentiasa ada orang pinjam untuk beli rokok di kedai bulatan walaupun “kuda”nya dikategorikan sebagai KKU (Kenderaan Kurang Upaya]. Dia boleh bagi pinjam “kuda”nya. Tiada masalah. Tiada isu. Tapi bila isu yang sibuk dibincangkan ialah mengenai perempuan/wanita/gadis muda/ibu gula [Sugar Mummy], dia bukan orang yang sesuai untuk membincangkannya. Bukan dia anti-wanita. Bukan dia minat kaum sejenis [Gay/Homoseks]. Bukan sebab dia pemalu. Ini adalah kerana dia amat pakar dalam bidang memperdayakan hati wanita yang lemah. Sangat pakar. Maksud saya, terlalu-amat-sangat-pakar. Kiranya dah boleh tahap profesor emeritus la. Kita mulakan dengan satu kisah. Kisah yang lain kurang menarik. Kita terus ke klimaks ok?
~
Suatu pagi sabtu yang tenang, ketika kebanyakkan pelajar senior sedang nyenyak tidur manakala para junior sedang sibuk terkejar-kejarkan bas UNIC yang kadang-kala ada kadang-kala tiada untuk ke kelas Ko-Kurikulum, beberapa orang pelajar kolej tepi-tasik-yang-ada-kayak telah pun bangun dari hibernasi pendek dan bersiap untuk ke pekan berhampiran. Dengan tujuan tidak lain dari berhibur [menonton wayang, main bowling] sambil melupakan sebentar assignment yang menimbun. Tetapi seorang daripada mereka mempunyai agenda yang berbeza. Dan seorang yang lain mengetahui agenda “suci”nya. Disogoknya dengan penggunaan “kuda” selama sehari. Ya, rakan-rakan lain sewa kereta untuk berhibur manakala rakan yang mempunyai agenda lain ini berjalan kaki ke perpustakaan. Suatu tempat yang tidak pernah [tidak mungkin?] dijejakkakinya jika tiada “orang” yang mengajaknya. Bila ditanya, “Kau nak ke mana? Tak nak join kami ke?”, dengan selamba dia berbohong [Dia juga pakar berbohong] “Tak nak la. Aku ada discussion”. Ok, fine. Tujuan baik. Nak discussion assignment.
~
Seketika selepas rakan-rakannya pergi ke pekan, dia; aku kenalkan sebagai Zan (bukan nama sebenar), meneruskan agendanya: Dating/Berpacaran/Ngedate. Ya, Zan yang tak pernah berjalan kaki ke mana-mana [walaupun ke Mall] kini berjalan kaki dengan awek [Dari entri ini, wanita yang 1st tu]. Sungguh tidak ada sesiapa sangka. Berdating di kala tiada orang yang mengesyaki. Dan berdating di tempat yang dia tau rakan-rakannya tak akan hampiri pada hari sabtu; perpustakaan! Tapi dia kantoi dengan jejaka-kacak-ini. Revenge is a sweet thing ever happen to me.
~
Oh! Itu baru cerita pada Sabtu. Apa yang terjadi pada hari Jumaat? Zan pergi berpacaran/ngedate/dating juga dengan awek yang sama tapi di tempat pertemuan yang berbeza. Tempat yang agak terbuka. Jadi, banyak la mata-mata gatal yang memandang sambil mulut-mulut jahat mengata, “Hee... Tak seswainya jantan itu dengan awek dia. Dia muka pecah rumah tapi awek lawa. Kesian kat awek itu naa”. Situasi makan malam ala-ala romantik di DC Domoto itu disedari oleh seorang sahabat yang kuat gosip. Agak-agaknya la, bila la tembelang jantan ego-tapi-kantoi dan aweknya akan diketahui oleh khalayak. Tembelang jantan pecah. Tembelang awek pecah. Kami tak cemburu tapi orang mengata. Kami tak tahan orang mengata. Kami pun ikut mengata nanti. Orang mengata kau Zan!
~
Kami tak cemburu dia keluar dengan mana-mana awek sekali pun [walaupun dia ada senarai kekasih gelap yang panjang], yang kami hangat hati sangat tu ialah dia akan berlagak. Dia ego. Dia tak akan katakan dia yang ajak wanita itu keluar dan tidak akan mengisytiharkan wanita itu aweknya. Never. Tak mungkin. Sebaliknya dia akan kata, “Dia yang ajak aku keluar. Dia yang tergila-gilakan aku”. Lagi satu, “Bukan aku cinta dia, dia yang cinta aku.” Ada ke patut?
~
Is it fair? Lelaki sekejam Zan mempunyai senarai kekasih gelap yang panjang manakala aku seorang lelaki yang baik dan bersopan santun tiada mempunyai teman hidup walaupun hampir suku abad lamanya? I believe in marriage :)
~
Para gadis di luar sana, jauhi dari jantan ego-tapi-kantoi ini. Please. Aku tak sanggup nak menadah air mata wanita yang dikecewakan dan dipermainkannya lagi. Kalau di ukur menggunakan tolok hujan, tahapnya dah sampai tahap kritikal. Code red. May day. Kece Mase.
~
Percayalah pada ku.
~
Lagi satu pesan aku pada jantan ego-tapi-kantoi.
~

Jangan bakar bilik aku deh :)
~
~

Friday, February 15, 2008

USAHA AKU TIBA-TIBA NAMPAK MUSNAH

Semalaman aku berdating dengan "Awek" tercinta. Sampai bawa ke atas katil. Punya la bersungguh aku berdating. Harap-harap aku boleh berjaya. Harap-harap. Kata kunci.
~
Hari ini hari penentu. Atas segala usaha aku berdating. Kopi Radix dah habis berbungkus-bungkus. Winston dah berkotak-kotak. Maggi dah berpeket-peket. Kertas kajang tak payah cerita la. Lagi banyak. Dakwat pen lagi.
~
Tak puas bergomol malam, pagi tadi kami repeat lagi. Bagi puas. Bagi cerdas. Bagi keluar semua. All out.
~
All out tu, all out jugak.
~
Tengok kertas soalan, senyum dah meleret-leret dah. Senang. Tak lah senang sangat tapi boleh la. Buat punya buat, syok punya syok, alamak! Masa dah nak habis. Bukan 2 jam ke Cik?
~
Ek eleh... 1 jam 1/2 sahaja. Ingat cukup ke? Baik-baik boleh score, terus menerus tak boleh. Hampeh. Semua kerja jadi separuh. Mana ada akauntan sediakan akaun untuk pelanggan, separuh saja. Ini tak boleh jadi. Kalau Encik-encik kena mengadap muka aku lagi semester hadapan, Encik-encik sekalian jangan salahkan saya ye. Salahkan jam dinding dewan peperiksaan petang ini. Dia jalan cepat sangat. Aku tak marah.
~
Ada orang sabotaj kami kot? Aku rasa la.

Thursday, February 14, 2008

AKU JATUH CINTA. ERR... AKU TERPAKSA JATUH CINTA.

Satu dunia meraikan hari kekasih. Walaupun tak semua, tapi ada la segelintir. Aku salah seorang darinya. Temujanji aku bermula sejak malam semalam lagi. Berdating sampai jam 2.00am membuatkan aku kurang bermaya untuk bangun pagi. Ada diskusi mengenai subjek kritikal bersama beberapa orang teman. Dengan mata merah, aku berjalan sekitar fakulti. Kosong. Kekadang nampak sepasang pelajar makan berdua-duaan di Lego [Cafe Hijau Kuning]. Meraikan hari ini dengan budget rendah. Budget pelajar. Tapi peduli apa kan? Cinta itu buta. “Spread the love” Kata orang di Blogosphere.
~
Oh ya! Malam ini aku ada temujanji lagi. Tetapi dengan yang lain. Mungkin sampai ke pukul 4.00am. Terpaksa. Aku bukan nak sangat pun. Tapi kalau tak dating malam ni, nanti ada orang marah. Hehehe...
~
Tapi kalian jangan risau. Aku masih okey walau kena dera macam ini sekalipun. Aku sudah imun. Dah 2 tahun dah. Kerenahnya aku perlu hadapi untuk masa depan yang lebih cerah.
~
Tika orang lain sibuk mencari restoran 5 bintang untuk makan malam romantik diterangi lilin, aku pula sibuk mencari makanan segera untuk bekalan tengah malam. Makan bawah lampu study je. Saat orang sibuk beli kuntuman mawar merah mahal mendadak, aku sibuk cari latihan-latihan dari para wanita dengan harga sekuntum senyuman manis. Ketika orang lain sedang sibuk mengucapkan kata-kata cinta romantik pada pasangan, aku pula sibuk mengomel pada diri sendiri. “Apekejadahnya la tak dapat jawapan dari tadi ni!!!”. Err.....????
~
Peperiksaan pertengahan semester sudah mula mengambil alih jadual hidup aku.
~
Semalam dating dengan timbunan nota, latihan dan buku-buku Percukaian Lanjutan. Aku terpaksa mencintainya. Biar pun hanya untuk satu malam.
~
Malam ini pula aku kena bercinta dengan timbunan nota dan latihan Perakaunan Kewangan Lanjutan 1 [FALAN 1] pula. Aku terpaksa menyintainya. Biar pun hanya untuk satu malam. Mungkin tidur kami lebih romantik malam ini. Persiapan secukupnya telah aku sediakan.
~
Seuncang Kopi Radix. Bukan kopi tegak.
2 bungkus Mee Segera Maggi perasa kari. Lebih romantik jika ada telur.
Rokok winston light 2,3 batang pengganti lilin-lilin romantik.
Dan sedikit rasa kasih sayang dan fokus penuh terhadap kekasihku malam ini, FALAN 1.
~
Aku sudah sedia!!!

Monday, February 11, 2008

PERJALANAN KE UTARA BERSAMA BAKAL-CIKGU. DITAJA PENUH OLEHNYA. TERIMA KASIH.

Cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina sudah mahu berakhir. Aku diminta untuk menemankan bakal cikgu untuk ke utara. Apa salahnya. Walaupun tiket bas pulang ke Sintok telah aku beli sebulan awal, terpaksa aku jualkannya kepada seorang kenalan dari Johor Bahru yang juga mahu pulang ke Sintok. Tiket semahal RM80 aku jualkan dengan harga RM70. Rugi betul.
~
Perjalanan bermula sejak hari Jumaat lagi, walaupun kelas aku hanya bermula hari Isnin. 2 hari awal. Petang Jumaat itu kami bercadang untuk melawat seorang teman yang bernikah dan bakal melangsungkan persandingan pada hari Ahad. Perjalanan terpaksa dibatalkan memandangkan kami tidak tahu tempat pernikahan dijalankan. Harapan musnah. Malam itu aku bermalam di rumah bakal cikgu. Naik segan aku dengan adik beradiknya sebab kakak dan abangnya semua dah berumur. Dah beranak pinak dah pun. Aku je muda. Ye la, tua tapi belum berumahtangga.
~
Berjalanan kami diteruskan lagi pada 11.00am hari Sabtu. Bersama-sama dengan penumbang baru, anak saudara bakal cikgu akan menumpang kami untuk ke MRSM Merbok, Sungai Petani, Kedah. Perjalanan kami merentas beberapa tempat menarik. Kami singgah di pekan Ayer Hitam. Cadangnya, bakal cikgu mahu membeli hadiah untuk anak saudara yang lagi satu, sempena ulangtahun kelahiran yang lepas. Belek punya belek, tiada yang berkenan untuk dijadikan hadiah tapi ada yang berkenan untuk dijadikan hiasan dalaman kereta barunya, Myvi Hitam JKS 4760. Tema kereta baru: All About Mr Bean. Kami juga singgah di pekan Parit Raja. Sempat la jugak memilih beberapa paket kerepek tempatan untuk dijadikan kudapan di Sintok nanti. Kereta terus dipandu sehinggalah tiba di Muar dimana ia adalah persinggahan terakhir sebelum perjalanan ke Kedah diteruskan.
~
Pengembaraan sebenar bermula jalan 8.30pm hari Sabtu. Dengan menyusuri lebuhraya TMJ Muar-Melaka, kami memasuki Tol Ayer Keroh untuk penjimatan tol yang maksimum. Oleh kerana ini adalah perjalanan aku memandu kereta sendiri ke Utara yang pertama kali, aku berasa begitu teruja. Actually, sangat teruja. Perjalanan malam tanpa makan malam menyebabkan aku lemah. Kami singgah di R&R Seremban arah Utara. Tu dia..... kereta dah macam semut. Selera makan aku terbantut. Jadi, kami singgah di stesen minyak Petronas untuk melangsaikan keperluan duniawi. Memang sudah rezeki kami, terserempak pula dengan Wak Bet, seorang kenalan zaman persekolahan. Dia baru saja pulang dari kampung halaman untuk menguruskan majlis peminangan adik perempuannya. Jurutera Petronas yang bekerja di Labuan ini sudah lama aku tak jumpa. Kira-kiranya sejak reunion NTMTTS yang terakhir di Port Dickson dulu. Zaman mereka di peringkat Universiti.
~
Perjalanan diteruskan lagi.
~
Ini pertama kali aku dapat rasakan keenakkan menikmati roti atau biskut kering di lebuhraya di musim perayaan. Mujurlah aku tak perlu menikmatinya banyak sangat kerana aku menyusuri exit ke Ipoh. Jika aku meneruskan perjalanan melalui Tol Sungai Besi, berapa bungkus roti yang perlu aku habiskan sedangkan kereta mula berasak sejak di exit Nilai. Mujur. Rasanya Pais pun tak sempat makan banyak roti kan?
~
Perjalanan diteruskan lagi.
~
Kami akhirnya berhenti rehat di R&R Tapah arah Utara. Orang kata, tandasnya selesa. Nak tidur dalam tandas pun ok. Punya la selesa. Selera makan kami dirosakkan oleh pilihan [Spoil By Choices]. Kami tak tahu nak makan apa. Makanan segera akhirnya dipilih. KFC. One Two Three. Boring. Minggu lepas pun dah 4 kali aku makan KFC. Mungkin untuk 3,4 bulan akan datang aku tak makan KFC kot. Aku sambung memandu. Perut kenyang, hati senang, air-cond sejuk, mata mengantuk. Padah. Tapi aku gagah.
~
Perjalanan trafik malam itu sangat lancar menuju ke utara. Tak banyak kenderaan yang melintasi. Cuma kekadang bas-bas ekspress memotong dengan kelajuan yang tinggi. Masih tak serik-serik lagi dengan kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa. Sesekali juga terlihat kelibat abang-abang polis dok melepak bawah jejantas sepanjang perjalanan. Sibuk menembak pesalah-pesalah trafik yang memandu dengan jiwa kelajuan. Mungkin dapat 2,3 mangsa. Juga. Kelihatan abang-abang PLUS menolong pengguna lebuhraya yang mengalami kesulitan. Kebanyakkannya, tayar pancit. Kemalangan tak kelihatan malam itu. Alhamdulillah. Mungkin kerana Ops Sikap kot.
~
Perjalanan lagi diteruskan.
~
Berhenti rehat di R&R Gunung Semanggol tak banyak membantu perjalanan kami. Mata ini bagai digayuti batu. Tetap nak pejam walau dah disogok bertin-tin Red Bull dan Tongkat Ali Power Root. Perjalanan yang melewati kekuatan metabolisme badan. Menongkah arus rutin harian. Kereta terus dipandu dengan kelajuan sederhana. Memang sederhana. Hingga motor pun mampu nak memotong. Akhirnya kira-kira jam 5am kami tiba di exit Tol Sungai Petani (U). Singgah di Kayu Nasi Kandar. Kami order kayu. Mamak kata “Dah abes la tambey. Ini jam sudah pukul 5. Minum juga ada”. Dia kata 24jam. Aku ingat 24jam ada. Bohong. Bosan dengan pembohongan, kami mencari-cari masjid di celahan kegelapan bandar Sungai Petani. Ya, singgah juga kami di Masjid Sultan Muzaffar Shah. Tumbang baring di wakaf. Sejuk. Embun pagi memang dingin. Sampai nyamuk-nyamuk pun riang menyanyi-nyanyi di telinga kami.
~
Alhamdulillah. Kami berjaya menunaikan fardhu subuh secara berjemaah walaupun mas’buk. Terlewat bangun. Agak-agaknya, bila ek kali terakhir kami subuh berjemaah? Entah. Malas nak ingat peristiwa malu. Kelibat 2,3 orang orang muda mundar mandir di masjid. Student agaknya. MRSM atau UiTM. Orang jauh. Macam kami. Cuma berbezanya, kami ada kereta. Boleh pergi cari sarapan. Telah menjadi sinonim dengan kawasan utara, kami cuba bersarapan di Nasi Kandar Nashmeer. Kami tak order kayu. Takut tak ada lagi. Kami order roti dan telur setengah masak. Ala barat di gerai mamak. Sambung kembali sesi rehat di masjid yang sama dengan tahap perasaan malu yang rendah pada Tok Siak. Tumpang tidur ya Tok Siak.
~
9.30am kami teruskan perjalanan ke Tesco. Cadangnya untuk membeli persiapan terakhir Bakal-Cikgu. Juga persiapan anak saudaranya. Aku turut serta berbelanja. Serba sederhana. Sekonyong-konyong kelihatan seorang sahabat lama. Dah lama menghilang. Jumpanya di Tesco. Penemuan hebat. Bullah Idris. Perbualan rancak kami bersambung di Kedai mamak berdekatan. Kedai mamak lagi. Takpe, Bullah belanja. Mulanya dia nak beli bateri, akhirnya lebih duit bateri dia buat belanja kami. Dia kerja apa ntah. Enggan beritahu pekerjaan sebenarnya. Yang penting, bukan jual dadah, katanya. Lagi satu dia pesan suruh beritahu semua, dia tak pakai kereta lagi. Belum mampu.
~
Lagi perjalanan diteruskan.
~
Setelah tiba di Jitra, maka berakhirlah perjalanan kami. Persiapan terakhir dilakukan sebelum kami berehat sepenuhnya di Sintok. Adoi, penatnya menaip. Nak sambung? Taknak la.

Thursday, February 07, 2008

TATKALA MEREKA BERCUTI, AKU TURUT BERCUTI. TATKALA AKU EXAM, MEREKA BERGEMBIRA.

Dah lama aku tidak menghantar post dalam blog aku sendiri. Sebenarnya, aku berada dalam mode rehat dan santai. Kerana selepas musim perayaan Tahun Baru Cina ini, aku terlalu amat sungguh sibuk dengan pelbagai aktiviti. Peperiksaan pertengahan semester menanti giliran untuk mengambil tempat dalam jadual harian aku. Datang bersama perasaan gentar. Walaupun cuti pertengahan semester [walaupun belum sampai setengah semester] telah berlalu hampir seminggu lamanya, aku tak rasa sedikit pun nikmat bercuti. Kerana sejak kaki aku berpijak atas bumi Johor, jadual harian aku mula berubah sejajar dengan pelan-pelan "last minute" yang rata-rata dibincangkan tanpa pengetahuan aku.
~
Ahad lepas, selepas kenduri arwah 40 hari untuk makcik aku pada sabtu malam, sebelum sempat aku bermesra dengan katil aku sendiri, seorang sahabat meminta tolong menemaninya ke Seremban untuk temuduga jawatan Kaunselor MRSM. Apa salahnya aku temankan. Janji fully support dari pihak penaja. Mudah-mudahan bila dia dapat kerja, tak lah dia lupakan aku. Amin. Lepas habis temuduganya, kami yang dipandu oleh seorang lagi sahabat, Pensyarah PoliPD, bergegas ke HKL untuk melawat makcik aku yang sudah 3 minggu terlantar selepas pembedahan kakinya. Alhamdulillah, saya sempat bertemu dengannya. Walaupun keadaannya amat lemah, dia sempat membuka matanya dan mendengar apa yang aku katakan. Dan aku belajar sesuatu di sini. Kita yang hidup di dunia ini perlu selalu bersyukur dengan segala apa yang diberikanNya. Dalam apa keadaan sekalipun kita kena sentiasa ingat kepadaNya.
~
Dalam keadaan diri aku yang sibuk dan dambakan waktu santai, aku menyempatkan diri untuk berkunjung ke Badan Cemerlang Plaza Angsana untuk bercuci mata dengan buku-buku baru di pasaran. Targetku cuma satu, iaitu membeli buku yang menjadi bualan ramai, "Ayat-Ayat Cinta". Telahku sediakan wang secukupnya. Walaupun baki akaun bank PTPTNku telah menyusut jatuh ke 3 angka, aku gagahkan juga untuk membelinya. Ahh... Aku jadi pusing. Kenapalah Alaf 21 menerbitkan "Ungu Karmila" tatkala aku dambakan "Ayat-Ayat Cinta". Novel terbaru Abg Ramlee. Aku pertimbangkan sebaiknya. Mahukan novel cinta padang pasir yang menjadi bualan ramai atau menambahkan lagi koleksi tulisan Abg Ramlee. Apa salahnya jika aku beli kedua-duanya. Bukan senang aku punyai masa untuk ke bandar untuk membeli lagi. Aku jadi tamak. Apa boleh buat. Aku kepingin kedua-duanya. Harap-harap perkara sebegini tidak terjadi tatkala aku sedang berpacaran. Pilih 1 antara 2. Minta simpang la malaikat 44.
~
Maaf ya Pais, tak dapat temankan kamu menonton CJ7 di Johor Bahru. Aku tak boleh langgar jadual yang aku dah rancang beberapa hari ini. Mungkin lain kali. Setelah kamu meletakkan jawatan sebagai "Jejaka Metropolis" lantas bertukar status sebagai "Jejaka Suburban JB". Jadik tak?
~
Apox, semoga berjaya dengan rancangan bawa keluarga bercuti. Apa-apa hal, Insya-Allah aku tolong.
~
Ketemu lain kali ya. [Aku dah semacam terpengaruh dengan Ayat-Ayat Cinta. Ayat-ayat aku pun dah berbaur Indonesia.]

Wednesday, January 30, 2008

SEKITAR PROMOSI CHECK CHECK ROCK ROCK TOUR DI SINTOK





1) Bersama flyers promosi
2) Orang tua pergi gigs.
3) Opening act - Better Days Tomoroow feat Awek Chantek.
4,5) Noh perform.

Monday, January 28, 2008

KISAH KEMENANGAN DAN KEHILANGAN


Pelbagai perkara berlaku sepanjang 2,3 hari ini.
~
Semalam siang, negara jiran kita, Indonesia kehilangan bekas pemimpin mereka yang disanjungi, Suharto. Setelah 32 tahun memerintah Indonesia, pastinya segala keputusannya memberi kesan dan berbekas dalam hati rakyatnya. Pastinya mereka merasakan kehilangan. Takziah diucapkan. Acara berkabung selama seminggu di Indonesia.
~
Semalam juga menjadi saksi bahawa band indie yang baru terjun ke mainstream juga boleh memenangi Juara Lagu ke-22. Tahniah diucapkan kepada Estranged atas kemenangan malam tadi. Itu Kamu memang rocks! Ramalan dan telahan beberapa orang rakan nampaknya tersasar jauh. Mungkin ramai yang tidak masukkan Estranged sebagai pemenang, tapi inilah keajaiban muzik yang ingin ditonjolkan TV3. Magic. Atau konspirasi? Entah. Tengok gambar lagi di sini.
~
Malam ini band Hujan akan mengadakan persembahan di Sintok. Tiket berharga RM15 dijual dengan jayanya. Adakah saya akan sertai?
~

Sunday, January 27, 2008

.:EPILOG HATI SEPI : PASANG UMPAN HAIWAN COMEL:.

Di taman itu ada kucing,
Tapi si ibu masih menangis,
Sedih tidak terungkap,
Di taman itu kucing mengiau,
Tapi padang permainan jadi sunyi,
Hilang hilai tawanya,
Kucing jantan terus mengiau,
Walau bukan musim mengawan,
Terus mengiau tanpa henti,
Hingga jumpa si comel,
Sudahkah kucing berhenti mengiau?

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 13

Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.
~
~
~
Kerja-kerja harian aku sebagai seorang pelajar membuat aku rasa bosan. Terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah orang di sekeliling yang perangainya buat aku rasa pusing kepala. Aku perlukan ruang untuk berehat. Mungkin tidur untuk beberapa jam. Atau makan pelbagai menu lalu duduk terjelupuk kekenyangan atas katil sambil dengar alunan irama lembut lagu Opick – Tombo Ati. Rehat. Kepala aku yang pusing ini perlu aku redakan dengan pelbagai cara sekalipun. Nasyid adalah pilihan aku kali ini. Biasanya aku lebih gemar layan lagu bahasa asing berirama R&B.
~
Aku suka lepak di pondok bas. Sedang aku duduk keseorangan di pondok bas sambil memerhatikan gelagat pelajar muda bersimpang siur dengan buku-buku penuh di tangan. Belum campur dengan yang digalas dalam beg. Ada diskusi kumpulan tugasan agaknya. Rajin mereka ini. Aku tabik spring. Ada juga pasangan yang berjalan bersama ke Mall. Membeli belah atau makan bersama, mungkin. Tak kurang juga yang baru turun dari bas HBR dan MARA Liner. Ke Changlun atau Jitra, mungkin. Sejak Jitra memiliki panggung wayang dan pusat bowling, bas ke Jitra sentiasa penuh. Minggu lepas pelajar tajaan JPA baru dapat duit biasiswa mereka. RM4,500. Orang kaya minggu ini. Beberapa orang kenalan berbiasiswa JPA telah membuat konfemasi perbelanjaan makan terhadap aku. Aku tunggu pelawaan kalian. Aku cuma kepingin makan “Chicken Chop”.
~
Oh ya! Aku teringat kisah penantian kemasukkan duit PTPTN aku di zaman diploma dulu. Bagai menanti emas turun dari langit. Seminggu selepas kemasukkan adalah waktu yang paling singkat dan 2 bulan selepas mendaftar adalah waktu yang paling perit sepanjang zaman itu. Dengan duduk rumah sewa, bawa kenderaan pulak tu, bertambah-tambah dengan nafsu makan yang membuas pada waktu itu. Perit hingga ke ulu hati. Terseksa. Apa masalah pun tak tahu la. Jenuh gak la bilamana perlu memanjat anak tangga yang boleh tahan tingginya untuk ke pejabat bendahari untuk mengetahui status PTPTN kami. Letih. Tapi di Sintok ni, Alhamdulillah la. Sehari selepas kemasukkan, duit PTPTN dah masuk.
~
Di zaman diploma dulu, terdapat pelbagai saluran untuk menghabiskan duit seperti menambaikbaikkan motosikal, beli rim sukan, main bowling setiap minggu, pergi Seremban untuk menonton wayang , membeli belah dan acara utamanya ialah makan besar samada makan makanan laut atau makan satay. Paling koman pun pergi makan KFC di pekan Port Dickson. Jadi orang kaya “sementara” memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi bila meluangkan masa dengan rakan-rakan. Aku rindui masa lalu.
~
Zaman sekolah aku, aku tidak ditaja oleh mana-mana badan kerajaan atau institusi. Hanya ditanggung sepenuhnya oleh biasiswa PA&MA. Tengok kawan-kawan lain selalu berpusu-pusu ke Bank Simpanan Nasional untuk mengeluarkan biasiswa masing-masing, buat aku rasa cemburu. Waktu itu ada pelbagai biasiswa ditawarkan dan yang paling popular ialah biasiswa taranum. Masing-masing tunjuk bakat seni suara taranum. Kiranya terpaksa belajar taranum untuk dapatkan biasiswa la. Guru taranum yang paling popular ialah Ustaz Ismail.
~
“Woi Balau!”. Dia memarahi pelajar tingkatan 3 PMR 1998 yang bising ketika keluar dari dewan peperiksaan. Ketika itu dia sedang mengajar taranum di tingkat 3 bangunan pentadbiran. Anyone remember?