Showing posts with label Epilog Hati Sepi. Show all posts
Showing posts with label Epilog Hati Sepi. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

SHOPPING ALAM MAYA

Sekarang, entah kena sampuk dek setan mana, aku mempunyai hobi baru yang mendatangkan penyesalan pada akhir bulan. Hobi yang makan duit banyak dalam 2,3 ratus jugak kalau tak reti nak jaga dompet. Hobi ini dinamakan bersiar-siar di alam maya lalu tersinggah di gerai alam maya bernama E-Bay serta kedai-kedai lain dan tersangkut hati dengan design baju printed tee sebab mempunyai saiz sebesar saiz aku.

Hati siapa yang tak sayu jika aku waktu muda-muda dulu tak dapat berfesyen seperti orang muda-muda kebanyakkannya. Tapi kini, dengan teknologi yang ada sekarang, dapatlah aku beli t-shirt kolar bulat dengan pelbagai corak menarik di dada. Hehehe.



Ini design yang aku beli bukan dari E-Bay tapi yang menariknya tentang kedai baju alam maya bernama RIPT Apparel ini ialah design bajunya hanya available selama 24 jam sehari. Ini bermakna untuk setahun mereka hanya menghasilkan 365 design baju sahaja dan ini tidak akan diulangcetak. Power kan?


Tuesday, May 24, 2011

TODAY I DON'T FEEL LIKE DOING ANYTHING

Style sekarang, kalau orang tanya aku bila nak kahwin, aku cuma nak jawap.

"MALAS"

Hahahaha. Tepat.

Tuesday, March 29, 2011

ENTRI TRIBUTE KEPADA MAT HENSEM YANG DAH TAK SOLO


Seorang kawan yang dari dulu gigih belajar dan bekerja akhirnya berjaya menamatkan zaman bujangnya baru-baru ini. Tidak, kami tidak serapat mana tetapi kami tiada apa-apa masalah antara kami. Alhamdulillah, kalau berjumpa tu still berborak pelir panjang lebar juga la.

Ok, sedikit penerangan latarbelakang pengantin yang aku kenali.

Kami mula kenal mengenali di beberapa siri summer camp anjuran majikan orang tua kami iaitu PKENJ (yang kini lebih dikenali dengan nama JCorp). Tak susah nak kenali duo terkenal summer camp ini kerana Shamil dan abangnya, Dr Zaki adalah budak (ketika itu) yang mementingkan penampilan. Rambut ada awning dan baju tuck-in. Tak silap aku summer camp pertama yang aku kenal depa adik beradik ialah Summer Camp di Kem Mahkota Kluang. Waktu itu pada malam terakhir summer camp, depa adik beradik pulun nyanyi lagu KRU, grup yang tengah top masa tu. Banyak juga depa dapat bunga kertas masa tu. Anak gadis semua sibuk nak bergambar dengan depa.

Kemudian kami berkenalan lagi di peringkat sekolah menengah di Segamat. Berbekalkan kekiutan dan berkebolehan dalam permainan Ping Pong, maka di sini dia sekali lagi popular. Di peringkat menengah rendah, dia lebih cenderung untuk berkawan dengan geng-geng yang kita tidak boleh nafikan kenakalan mereka. Setakat masuk kelas pelajar puteri waktu malam itu sudah menjadi perkara tanpa gentar. Tapi alhamdulillah, rekod pembelajarannya masih maintain.

Masuk ke peringkat menengah atas, dia lebih mengalami anjakan paradigma. Ia lebih selesa menghabiskan masa di surau dan dengan perubahan sikap inilah (mungkin) dia diangkat menjadi pemimpin pelajar berpangkat bendahari.

Lepas tu dia sambung belajar di UIA. Pergh, masa tu siapa lepas SPM terus masuk universiti memang dikira gempak gila. Lepas dia masuk UIA, haram tak dengar apa-apa cerita sangat sehingga tahun 2004 atau 2005, NTMTTS ada mengadakan reunion dan dia dapat hadir. Tapi malam tu dia hilang juga la. Pergi dating dengan siapa entah (Hint!).

Then dengar khabar dia dapat kerja di kampeni audit antarabangsa. Pergh, hebat tu. Pulak tu dapat tahan kerja 24 sehari selama 3 tahun. Balik raya pun jenis dendang perantau gitu. Sampai rumah ngam-ngam pagi raya. Dengar cerita siap tidur bawah meja opis, tak balik rumah 2,3 hari sampai ahli VWM risau nak report polis, makan tak menentu. Aku yang dengar cerita pun rasa hiba nak nangis. Entah apa perasaan ahli VWM yang secara live bersama Shamil hari-hari. Dan selama dia bekerja keras itu juga tak pernah pula aku dengar dia bercinta dengan perempuan. Asyik cerita dia dengan ahli VWM sahaja. Tengok gusti sama-sama, pergi jogging kendian kereta kena pecah sama-sama, bunuh tikus sama-sama, makan nasi lemak fulamak sama-sama. Semua sama-sama dengan lelaki. Haram takde perempuan.

So, satu hari tu aku SMS dia, "Bro, kau hensem. try mengorat makwe ni. Untung-untung boleh dapat. kalau tak dapat, biasa lah tu."

Tak sangka pula dengan SMS harga sepuluh sen tu membuatkan dia bersemangat nak mengorat makwe. Cargas bukan main. Macam-macam dia tanya aku, dah ngupe polis pula. Agaknya gemuruh kot sebab takut dah berkarat skill nak mengurat makwe. Dengan info yang sangat minima, dia terus berusaha. Kalau aku nak ceritakan kesungguhan member ni dalam entri ini, mahu makan tahun juga nak habis tulis.

Diam tak diam, tak lama kemudian dengar dah dapat pula tackle makwe ni. Aku kagum siak! Cinta antara benua tu. Gila ko. Siap bertilawah interaktif sampai khatam 1 Al-Quran. Bil telefon aku tak tanya pula. Dan akhirnya, sewaktu reunion mini NTMTTS di restoran arab di Kuala Lumpo, dia memperkenalkan makwe tu kepada para NTMTTS yang hadir.

So Shweet!

Eh, kenapa aku beriya sangat tulis entri ini? Ha ha ha. Ada la sebabnya. Sebab yang hanya aku dan Shamil ketahui.

*Bangga*

Baca entri lain yang serupa macam ini.

Ahli VWM

Dekonstruksi

Nasrun Anis


Thursday, February 17, 2011

HANGIN

Aku sering disindir oleh kawan-kawan lama, yang mana aku tak terasa hati sangat pun. Bila jumpa je tanya "Eh, kau tak kahwin lagi?" atau "Bila lagi nak kahwin?". Aku dah lali dengan soalan itu atau lebih tepat aku dah imun. Kalau lelaki yang tanya memang aku tak kisah sangat sebab ada unwritten bro-code antara kami, lelaki. Kalau kami soalan itu biasanya ia diikuti dengan gelak ketawa. No offense. Kami hanya bergurau, tiada serius.

Tapi yang aku hangin bila perempuan yang tanya. Tak tahu la kenapa. Tapi aku tetap hangin. Sebab dorang akan tanya soalan yang sama tapi diikuti dengan jawapan mereka sendiri "Memilih sangat kau ni." atau "Jangan la memilih sangat."

What The Hell?

Dulu masa aku nak mengorat mereka, mereka tak nak terima. Bila aku tak kahwin lagi, kata aku yang memilih. The hell? Siapa yang memilih sebenarnya ni?

Tuesday, November 16, 2010

KALAU CUTI SEKOLAH


Masa kecil-kecil dulu, asalkan tiba musim cuti sekolah, aku mesti ajak mak ayah jalan-jalan dekat KL. Tapi bila dah besar-besar ni, aku dah tak ajak mak ayah dah kalau nak KL. Aku akan ajak kawan-kawan aku.

Pernah sekali. Waktu itu nak belajar naik LRT. Macam mana nak beli tiket. Macam mana nak beratur. Naik stesen mana. Turun stesen mana. Bila dah terer sikit, mula jalan sendiri. Rasa macam dah jadi orang KL betul dah.

Stesen pertama aku belajar ialah turun di KLCC.

Aku pilih KLCC. Ya, aku pilih KLCC. Walaupun macam poser tapi aku tetap pilih KLCC. Sebab aku tak nak comolot tepi jalan.

Wednesday, October 13, 2010

KARMA

Dalam semenjak dua menjak ni, aku baru sedar yang aku mula berfikiran positif dalam banyak hal. Tak macam dulu, asal ada benda yang aku tak suka sikit, mengamuk sahaja.

Contohnya, pagi ini ada seorang makwe yang aku nak tackle dulu add aku as friend dalam Facebook. Mula-mula tu seronok jugak la sebab ingat boleh nak sambung tackle. Tapi sekali tengok gambar, dia dah tunang dah. Nak marah pun takde guna. Last-last aku ucap tahniah pada dia. Bila aku fikir-fikir semula, kalau lah ditakdirkan dulu dia dengan aku bercouple, aku rasa sampai sekarang tak bertunang lagi, apatah lagi nak berkahwin.

Tak macam dulu.

Contohnya, suatu pagi aku search makwe yang aku nak tackle dulu (yang lain) dalam Friendster bagai nak gila. Bila dah jumpa, tengok gambar, dia dah kahwin. Tengah mengandung dah pun. Dek kerana melihat dunia pada sudut yang salah, aku PM dan cakap benda yang tak sepatutnya aku cakap. Tup tup putus kawan.

Dan bila aku melihat dunia pada sudut yang positif, banyak benda baik yang terjadi pada aku.

Mungkin aku terpengaruh dengan cerita "My Name Is Earl" kot.

Emmm... Esok aku buat list aku :)

Thursday, September 02, 2010

KALAU DAH LEMAU, ELOK SANGAT LA

Kata seorang teman, "Bila nak pergi kerja rasa macam lemau, bila buat kerja pun rasa macam lemau, itu tanda-tanda dah itu. Elok berhijrah karier."

Itu kata teman itu. Kira macam nasihat pun ada. Tapi lebih kepada hasutan.

Cerita lain.

Seorang demi seorang kawan memulakan fasa karier baru. Ada yang karier lebih elok. Ada yang karier lebih buruk. Ada yang nak memulakan fasa lain dalam kehidupan. Ada yang selesa dengan karier sekarang. Terpulang pada hati masing-masing tapi kalau pergi kerja pun rasa macam lemau saja, elok berhijrah karier, pesan seorang teman.

Itu cerita lain.

Telefon dan Jobstreet menjadi teman akrab aku buat masa sekarang. Sekian terima kasih.

Thursday, July 22, 2010

MIMPI BETUL-BETUL. BUKAN CUBAAN.



Kau orang pernah bermimpi yang bukan-bukan (selain mimpi hantu atau mimpi basah)? Rasa macam betul-betul sahaja benda itu berlaku. Bila terjaga dari tidur, mamai-mamai tak dapat bezakan yang betul dan yang fantasi, yakni mimpi.

Dulu. Aku mimpi.

10 tahun dulu, aku pernah bermimpi Melakaraya dilanda tsunami. Errr... Atau macam kejadian tanah selut. Habis bangunan yang berada di tanah tambak ditelan bumi. Ngeri dan bising waktu tu. Dulu, mimpi ini memang tak releven sebab waktu itu yang paling kena tambak pun cuma Mahkota Parade. Sekarang, selepas beberapa kali aku jenguk Melaka, makin luas pula tambakannya. Aku tak harap mimpi aku jadi kenyataan. Mungkin aku boleh nampak masa depan iaitu Melaka menjadi semakin luas.

Semalam. Aku mimpi lagi.

Tapi kali ini dengan bencana yang lain. Waktu itu aku berada di atas bumbung sebuah bangunan yang amat tertinggi di satu bandar yang aku sendiri kurang kenalpasti. Waktu itu waktu malam. Mungkin ada satu parti atau majlis makan-makan. Waktu itu aku sedang borak dengan seorang makwe. Tiba-tiba aku ternampak limpahan meteor (meteor shower) dari satu sudut. Aku suruh makwe itu buat permintaan. Permandangan yang jarang aku dapat lihat itu berada di depan mata sahaja.

Limpahan itu laaaaammmmmaaaaaa sangat. Aku jadi pelik. Makin pelik bila limpahan itu semakin lama semakin dekat. Aku yang kaget terus lompat bangunan yang paling tinggi itu tanpa memikirkan konsikuensinya. Alhamdulillah, aku mendarat dengan selamat bersama makwe itu di pangkuan aku. Terus aku sembunyi di satu sudut bukit (Entah macam mana entah tiba-tiba aku boleh berada di kawasan bukit, aku tak pasti sangat).

Rupa-rupanya limpahan meteor yang aku tengok tadi ialah bedilan dari jet pejuang tentera yang tidak dapat aku kenal pasti. Habis semua bangunan itu runtuh. Waktu ini aku dah berdebar-debar lain macam. Sama macam yang aku rasa waktu mimpi tsunami.

Aku terjaga. Aku kesat peluh. Aku buka kain pelikat. Aku pakai towel. Aku pergi jamban.

Pergh, kalau aku mimpi terberak dekat kawasan bukit itu, satu hal juga nak kena cuci tilam.

Hish.

P/S : Tapi mimpi aku alami ini benar-benar terjadi weh!

Thursday, July 15, 2010

TIBA-TIBA

Tiba-tiba aku rasa menyesal. Dah 2 kali tempuh alam pelajar (bukan sekolah) tapi masih gagal untuk mempunyai makwe. Walaupun seorang.

7 tahun beb. 7 tahun.





Apa gila punya loser la aku ni. Uhuk!

Friday, July 02, 2010

OH CRAP. I DID IT AGAIN.


"It's so easy to accept loneliness as long as the person we were once in, is also alone. When she find happiness with someone else, oh man, it's like being stabbed in the heart"


Dr.Jack Hodgin, Bones Season 5.

Monday, June 28, 2010

ORANG KITA ORANG BERADAT

Pergh!!

Balik dari menunaikan hasrat bertunang sepupu aku di Kuala Muda, Kedah Jumaat hari itu, aku dah mula rasa tertekan. Mau tak nya, sepupu aku ini seorang lelaki yang lebih muda dari aku. Kerja tetap pun belum ada lagi. Tapi dah nak bertunang. Yang paling bestnya, sepupu aku yang berstatus "buaya" ini terlalu awal menamatkan zaman "buaya"nya. Dari jadi buaya laut sampai jadi buaya darat, tak ada chikaro yang dia nak ngayat yang tak dapat.

Tapi aku pelik. Awalnya nak pencen dari status "buaya". Awal lagi kot. Tapi kalau dah lama-lama sangat, berkarat macam aku pulak.

Ini acara bertunang pertama yang aku libatkan diri secara langsung. Dari penat pandu ke utara, hias ala-kadar barang hantaran, angkat dulang hantaran hingga makan mee udang di rumah tunang sepupu aku. Semua aku terlibat.

Dan aku baru tersedar sesuatu. Aku tak tahu rupanya adat-adat orang nak merisik la, bertunang la, hantar tanda la. Ish, naifnya hamba-Mu ini Ya Allah!

Oleh kerana sepupu aku ini orang Johor dan bakal mertua di Kedah, maka acara merisik dan tawar-menawar hantaran dilakukan secara atas talian oleh pakcik aku. Mungkin melanggar adat kalau sepupu aku sendiri yang buat urusan tawar-menawar dengan bakal mertuanya. Bukan YM, bukan Twitter, bukan Facebook. Hanya guna telefon sahaja. Selesai kata sepakat tercapai, makanya tarikh menghantar hantaran tunang, tanda dan cincin ditetapkan.

Dalam fasa ini, aku tidak terlibat sebab ini urusan orang tua-tua. Aku ni muda lagi.

Oleh kerana sepupu aku ini belum kerja, maka hantaran tunangnya hanya level runcit-runcit sahaja. Kira jenis asalkan ada saja. Tepak sirih, sebentuk cincin, kek lapis, tudung Ariani, sepasang kain baju kurung Jakel, sebakul buah-buahan, kasut jenama Summit dan beg tangan jenama Carlo Rino.

Oh, aku dah melalut!

Yang buat lain cara bertunang orang Johor dengan negeri-negeri lain ialah ada bagi "tanda" kepada bakal mertua. Selain menetapkan tempoh bertunang, pihak lelaki akan beri wang simbolik menurut kiraan 1% dari wang hantaran yang dipersetujui dalam bentuk tunai.

Contoh :
Kalau hantaran RM 10,000, pihak wanita akan dapat RM100.

Ini bukan wang deposit. Jangan salah faham. Wang ini sebagai simbolik persetujuan wang hantaran antara pihak lelaki dan pihak wanita. Kira macam MoU la. Sungguh aku tak tahu adat ini. Patutla aku tak kahwin-kahwin lagi. Huhuhu.

Ok, ambil perhatian bagi sesiapa yang bertunang dengan orang Johor ye. Din Viva misalnya.

Ok, kalau adat orang Kedah pula, wang hantaran rasanya terbahagi kepada dua. Pertama, wang belanja kenduri dan keduanya hantaran, boleh pilih nak bagi barang atau tunai. Aku tak faham sangat. Tapi apa yang aku tengok, macam itu la.

Sekarang, yang aku tak faham ada beberapa istilah.

1) Serba berdiri / serba duduk.
2) Belanja hangus.

Sebagai persediaan. Mana-lah tahu. Jumpa yang berkenan tapi adat nak bertunang tak tahu. Tak ke haru.....


Thursday, June 03, 2010

KENAPA DIA RASA INSECURE?


"Kadang-kadang tu, kita rasa kita dikhianati atau rasa kita dipermainkan bilamana pasangan kita melayan lelaki atau perempuan selain dari diri kita sendiri, kawan-kawan mereka contohnya, lebih dari diri kita.

.
Kita rasa tak selamat. Kita rasa macam nak minta clash. Kita rasa macam nak tekanan sangat-sangat. Kita rasa macam nak jerit kuat-kuat."

.
.
.
.
Ok. Get it? Faham tak apa permasalahan yang cuba aku sampaikan?
.
Ok? Sekarang baca perbualan di link di bawah, untuk kita buat motivasi supaya kita tak perlu risau tentang masalah ini semua.
.
Miss Wani : Crab (bukan cerita pasal ketam)

Monday, May 24, 2010

APA KALAU ORANG GEMUK TAKDE PEMINAT?

Biasanya, kalau dah berkumpul ramai-ramai saudara-mara, konfem la kena tembak dengan soalan sensasi masa kini. Dan biasanya, aku mengalah. Malas nak bertekak dengan orang lebih tua. Mereka bergurau kasar, aku kena terima. Dari mula masuk majlis, sampai nak melangkah kaki keluar majlis.

Kalau soalan itu semua mempunyai jasad, pantas aku terdampar di depan pelamin.

Aduhai.

Dah aku bernasib baik. Ketika hendak bersalaman dengan seluruh ahli keluarga, termasuk yang sedang bakar satay (Ya, majlis kahwin sepupu aku tempohari, pakcik aku bakar satay). Dan Makcik-Bakar-Satay pun nak juga bertanya.

"Mes, *anak lanang kau bila pulak?".

Mes merupakan panggilan manja ayah aku di kampungnya.

"Gemuk macam ni siapa yang nak?" Sambil ayah memicit-micit bahu dan menggelakkan aku.

Aku turut gelak. Gelak ambil hati. Gelak pahit. Gelak tak ikhlas. Waktu itu aku rasa macam langit terus mendung. Hidup aku dah tiada sinar. Cilakak, boleh bergurau sangat kasar depan orang ramai. Cis!

"Apa kalau orang gemuk takde peminat?" Tanya Makcik-Bakar-Satay kepada ayah yang waktu itu buat-buat tak dengar dan terus ke bahagian dapur untuk pungut nasi berkat.

Aku tersenyum. Tiba-tiba bagai ada cahaya yang menyinar. Makcik-Bakar-Satay menyeringai menayangkan barisan gigi berkarat dek selalu pekena daun sirih. Dan sempat memberikan aku tanda "GOOD" menggunakan ibu jari tangan.

Bila aku fikir-fikir, betul juga kata Makcik-Bakar-Satay tu.

"APA KALAU ORANG GEMUK TAKDE PEMINAT?"

Eh, entah-entah makcik tu yang mi...nat.....a...ku...? Mintak simpang!

Thursday, May 20, 2010

KALAU SEMPAT, AKU BUAT. BIASANYA SEMPAT AJE.


Kadang kala tu, kalau boring di rumah. Aku baring. Menghadap siling sambil lengan letak di dahi. Kalau bateri henset banyak lagi, aku buka lagu "Suara" nyanyian Hijau Daun feat Luna Maya. Kemudian aku menghadap siling, aku nampak Luna Maya menari-nari di atas sana. Lama sangat dia menari. Dia gelek sana. Dia gelek sini. Tak nampak pula penyanyi group Hijau Daun tu. Alahai!

Kemudian mata aku akan kelip-kelip. Lawan mata dengan Luna Maya. Ah, selalunya aku yang menang. Bila aku menang, dia merajuk. Biasanya aku akan buat-buat kalah. Tak tahan woo kalau dia merajuk.

Ada satu hari tu, dia suruh aku tengok filem lakonan dia, "Love". Filem Indonesia. Diadaptasi dari filem Malaysia "Cinta" oleh pengarah yang sama, Khabir Bhatia. Aku kata aku malas, takde masa. Dan dan tu juga seminggu aku tak nampak dia dekat siling. Akibat tak boleh tahan rindu, aku muat turun secara haram filem itu di internet. Haram pun haram la. Asalkan aku hilang rindu. Ha ha ha.

Kadang-kadang tu, geli juga bercinta macam ini. Tapi orang kata, bercinta memang akan rasa geli-geli sikit. Standard la orang bercinta, saja aku cakap dalam hati nak sedapkan hati sendiri.

Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha.











Syok woo berangan!

Thursday, May 06, 2010

KONTES KE KONTES. BELUM PERNAH LAGI MENANG.

Kira-kira setahun lebih yang lalu, waktu itu darah tengah panas. Orang ada awek, kita pun nak ada awek. Tak boleh orang lebih sikit, kita pun nak lebih lagi. Ye-lah, masa itu muda lagi. Orang keliling-keliling pun muda lagi. Masing-masing tengah kemaruk. Air masing-masing dah naik kepala.

Bila jumpa awek lawa sikit, masing-masing mula pasang angan-angan. Dengan kawan-kawan kita saling betting mem-betting. Tengok siapa dapat nombor telefon awek itu dulu. Yang menang dapat banggaan, yang kalah kena kutuk. Perkara biasa kalau tak dapat. Perkara luar biasa kalau dapat.

So, waktu itu sibuk la buat kontes untuk diri sendiri. Untuk saja-saja bagi motivasi pada diri sendiri. Kononnya, kalau semua orang boleh buat, kita pun boleh buat.

Bermula dengan kontes jangkapendek, "30 Hari Mencari Cinta" ala-ala filem indo itu. Tapi tidak berapa sukses. Eh, bila aku ingat-ingat, tak sukses langsung pun. Takut nak tegur.

Kemudian diikuti dengan kontes "3 Bulan Mencari Cinta" yang bermula kira-kira 3 bulan sebelum semester terakhir aku di kampus utara bakal berakhir. Yang ini baru boleh dikira sebagai kurang sukses sebab ada-lah sedikit usaha. Kalau tak, putih mata juga. Dalam masa 3 bulan itu, macam-macam aku fikir. Last-last, akhir semester aku bagi sebuah botol kaca yang dipenuhi dengan origami bintang berwarna warni kira-kira 500 biji. Ha ha ha. Siot la, gila segan gua nak cakap!

Kemudian, setelah tamat semester, aku anjakan kontes ini kepada "3 Tahun Mencari Cinta" pula. Waktu aku mulakan kontes ini, aku sebenarnya tiada "buruan" langsung. Kalau diibaratkan macam pemburu, memburu dalam hutan tanpa tahu apa yang diburu. Faham? Tak? Suka hati kau la labu...

Kemudian ada satu hari itu, ada sahabat menegur. Apa salahnya tukar nama kontes menjadi "3 Tahun Mencari Isteri Solehah". Aku tanya kenapa nak tukar? Sebab sekarang dah masanya kita mencari Isteri Solehah berbanding dengan masa muda-muda dulu nak cari awek.

Waktu itu aku terfikir. Laaaaammmmmmmeeeeee...... sangat aku terfikir.

Aku tukar.

Voila!

Kira-kira 1 Tahun 11 Bulan lagi aku perlu menamatkan kontes ini. Kalau tak menang juga, aku dah tak nak masuk mana-mana kontes lagi. Penat.

P/S : Jumpa seorang kawan zaman politeknik dulu. Lama tak jumpa. Soalan pertama dia "Kau dah awek ke belum?". Aku gelengkan kepala sambil senyum. Kemudian dia jerkah, "Ini sudah zaman 2010 lah bang! Takkan tiada peningkatan kot?"

Dalam hati aku cakap kuat-kuat, "CILAKAK!"

Monday, September 14, 2009

BINGUNGKAN WANITA?

"Cinta perempuan itu sukar didapati, Boi! Tapi mula-mula kita harus bikin dia bingung dulu." - Arai, Sang Pemimpi ~ Andrea Hirata~

Aku baca berulang kali rangkap keramat ini. Arai bukan budak sebarangan. Dia Simpai Keramat dan Lone Ranger bagi Ikal. Kata-katanya, biarpun sesuatu yang gila, namun memotivasikan Ikal. Sedangkan Ikal yang tolol itu juga boleh tersihir dengan kata-kata Arai, apatah lagi aku yang tersihir dengan metafora aneh yang ditonjolkan oleh Andrea Hirata di dalam buku Sang Pemimpi ini.

Aku ulang-balik rangkap lain.

Ah, sedangkan Sigmund Freud juga masih bingung dengan psikologi wanita, entah sampai ke kuburan dia masih memikirkannya. Inikan Arai, budak gelandangan Belitong yang mahu bingungkan hati wanita.

Aku takut untuk bingungkan hati wanita, takut terperangkap dalam labirin psikologi wanita yang aneh. Nanti aku pula yang bingung!

Wednesday, May 27, 2009

POSKAD PERTAMA SAYA

Aku tak pernah dapat poskad. Walau ada kawan-kawan yang berjalan jauh keliling dunia, tapi haram seorang pun tak pernah hantar poskad untuk aku. Semua nak save budget hantar khabar berita guna bahan elektronik yang lain.

Ini adalah poskad aku yang pertama. Terima kasih kepada Tok Rimau. Walaupun duduk di negeri dan daerah yang sama.... Ape-ape pon, terima kasih je la. Hehehe.

Saturday, December 20, 2008

KALI PERTAMA AKU BERJALAN JAUH

Waktu dulu, ayah pernah janji jika ada di kalangan kami adik beradik yang berjaya dalam peperiksaan awam Malaysia, tak kira la PTS ke UPSR ke PMR ke SPM ke Periksa Darjah Khas ke, ayah akan bawa kami anak beranak pergi makan angin. Time tu, aku-lah yang paling seronok sebab aku yang pertama sekali antara adik beradik yang menempuhi peperiksaan awam iaitu UPSR.

Alhamdulillah, cemerlang. Dan ayah janji nak bawak kami pergi Langkawi. Zaman itu pergi Langkawi dah di kira champion dah. Sebab paling jauh Datsun 120Y ayah boleh pergi takat ke KL je. Kalau pergi lebih-lebih, ayah dah pancit dah. Pening la ngantuk la. Tapi nasib baik kami naik bas.

Dia punya seronok memang tak sama dengan menang main wrestling getah pemadam. Itu-lah kali pertama pengalaman aku naik kenderaan idaman aku waktu itu. Geng-geng aku takat naik bas South Johore no.14A je pergi bandar. Kira aku lagi champion la.

Zaman itu stesen bas JB bukan kat Larkin. Kami naik teksi sampai kat tengah bandar. Sekarang stesen bas tu dah jadi tempat parking kereta kot. Atau stesen teksi laluan bandar. Aku pakai baju 2,3 lapis malam bertolak itu. Orang cakap air-cond bas ekspress gile sejuk. Sampai gigil-gigil la. Bekalan jajan dah penuh plastik aku bawak. Aku siap-siap beli sejak semalam kat kedai Raju. Duit bekal sekolah seminggu aku save elok-elok dalam sapu tangan aku, yang merangkap dompet. Aku dah pasang angan-angan nak beli jam Boy London yang boleh tukar-tukar warna kalau masuk ice-box tu. Mana boleh tak ikut perkembangan fesyen semasa, kan?

Sampai kat Kuala Perlis, aku memang tak terfikir langsung dapat naik feri. Aku ingat Langkawi tu kat Kedah, tapi pergi dari Perlis pula. Memang masa itu ilmu geografi aku belum penuh di dada. Asyik kena tipu je dengan ayah. Dapat pulak naik feri. Memang la jadi bahan borak masa naik sekolah menengah nanti. Bangga aku, bangga.

Sampai kat pekan Kuah, aku minta makan kat emak. Jajan malam tadi dah habis sebelum bas keluar dari Johor lagi. Punya la excited naik bas ekspres. Lalu emak ajak ayah pergi gerai makan selepas ayah ambil kereta sewa. Masa tu kancil belum lahir lagi. Kereta yang murah pun Datsun 120Y, macam ayah punya kat Johor.

Sampai kedai makan kat Pekan Kuah, aku terus terbayang Nasi Ayam Goreng Mak Nah depan rumah. Dia punya ayam, pergh! Gariinngg! Lantas sebelum brader kedai makan ambil order, aku dah order dah. Tambah pula dengan air Teh O Ais.

Satu per satu order sampai. Aku masih lagi menantikan ketibaan makanan aku dengan penuh kesabaran. Bayang-bayang ayam goreng gariing dengan nasi goreng panas-panas bermain-main di mata aku. Asap panas berkepul-kepul memenuhi ruang legar meja makan kami. Sambal yang ala-ala pedas tak pedas, manis tak manis. Sedang-sedang elok ja. Aroma Nasi Ayam Goreng memang betul-betul sentap selera aku terhadap Langkawi.

Brader ambil order sampai dengan dulang di tangan. Nah!

Dada aku mula sebak bila ayah dengan emak berdekah-dekah sungguh-sungguh. Hingus pun ala-ala nak tak nak keluar dari hidung. Aku perhatikan Nasi Ayam Goreng yang brader tadi bawa. Mata aku mula berkaca tengok nasi putih, ayam goreng hangus dan kuah gulai yang brader tadi bawa. Kenapa lain benar Nasi Ayam Goreng orang Kedah, aku berteka-teki dalam hati. Bermonolog. Kecik-kecik dah pandai bermonolog.

Mana nasi gorengnya? Mana sambalnya? Mana ayam goreng gariingnya?

Petang tu aku merajuk. Mengaruk tak tentu pasal. Aku suap je roti krim manis sambil layan Voltron kat TV1. Tinggal sorang-sorang kat hotel pun takpe dari makan Nasi Ayam Goreng Kedah. Huh!

Thursday, June 26, 2008

BAWA PERGI RASA RINDU!



*PERCUMA! Hanya klik untuk mendapatkan gambar bersaiz wallpaper ini!