Monday, February 21, 2011
PENGALAMAN SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN STPM SATU KETIKA DAHULU
Pagi itu aku minta cuti satu hari dengan bos tempat aku kerja. Kerja kedai runcit je. Rugi gaji aku satu hari sebab nak ambil keputusan STPM. Dah la takde EPF. Perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa 3 jam kerana aku dulu sekolah asrama di Segamat manakala rumah aku di Johor Bahru. Dalam bas ekspress yang sejuk, aku masih lagi berpeluh. Peluh cuak.
Mengenangkan masa exam dulu aku study pun cincai-cincai je. Latihan pun nak tak nak je buat, separuh hati. Nota pendek pula aku fotostat je dari kawan-kawan lain. Kendian lipat kecik-kecik letak dalam poket. Ada masa terluang aku baca. Biasanya masa terluang aku tak baca pun. Melangut baca komik dengan majalah hiburan lebih menarik kot.
Sampai depan pejabat sekolah aku tengok GPK tengah tunggu pelajar untuk ambil keputusan. Tersengih memanjang. Kawan-kawan yang dah ambil keputusan semua tunggu di kantin sekolah. Tengah sembang dengan brader kantin sambil ushar adik brader tu. Aku malu sebenarnya nak jumpa diorang. Takut kena bahan.
Alhamdulillah, keputusan aku agak baik! Yeay!
**** Pergh, sempena bebudak nak ambil keputusan STPM ni, teringin pula aku tulis pengalaman masa aku ambil keputusan STPM dulu tapi masalahnya, aku tak ambil pun exam STPM tu, nak ada pengalaman macam mana? So, aku tulis la cerita bohong untuk menenangkan hati budak-budak yang nak ambil keputusan nanti. Cerita aku ni menenangkan tak?
Friday, February 18, 2011
INHERIT
Teringat pula ada satu adat yang mungkin orang tak perasan atau tak ambil port sangat dengan hal ini. Tapi bagi aku ianya satu trend yang COOL dan harap-harap di asrama sekolah aku yang lama (walaupun aku dah tinggalkan lebih dari 10 tahun) masih mengekalkan trend ini.
Warisan Nama.
Kalau adik beradik korang bersekolah di sekolah yang sama dan tinggal di asrama yang sama, terutamanya asrama sekolah aku masa dulu, aku yakin adik-adik korang akan mewarisi nama gelaran kamu pada masa akan datang. Ia terpulang pada korang (yang paling abang) samada korang seorang yang popular (samada popular nakal atau popular baik atau popular nerd) atau tidak. Kalau korang jenis yang pasif, kalau kena bahan pun buat bodoh je, slowpoke macam kena sakit parkinson, kebarangkalian untuk adik-adik korang mewarisi nama gelaran kau adalah sangat rendah. Juga kepada adik-adik korang yang berlainan jantina. Yang itu kes terpencil kalau mewarisi pun.
PUSAT
Dulu ada seorang senior aku nama dia PUSAT. Dia ala-ala samseng sekolah lah sebab badan dia quite besar juga lah. Jadi ia tergolong dalam golongan popular nakal. Lepas dia pindah sekolah selepas PMR, adik dia masuk sebagai junior aku. Oleh kerana makan hati dengan tindakan nakal abang dia dulu, junior itu juga dinamakan PUSAT. 2 tahun lepas itu, adik junior itu pun masuk sekolah asrama yang sama dan nama PUSAT itu terus diwarisi. Oleh kerana dalam satu asrama tak boleh ada nama yang sama sebab susah nak bezakan, PUSAT yang tua tu dipanggil PUSAT BESAR (walhal orangnya kurus) dan PUSAT yang junior tu dipanggil PUSAT KECIK.
KOYA
Ini pun sama kes dengan kes PUSAT. Tapi bezanya cuma dia ada 2 beradik je yang masuk sekolah yang sama. PUSAT ada 3 beradik.
AMAN / PORAK
Kes yang ini lain sikit. Si abang dinamakan AMAN oleh kerana perwatakannya yang COOL dan STEADY. Somemore dia seorang pengawas. Dihormati. Bila masuk adiknya ke sekolah asrama yang sama, adiknya totally opposite of AMAN. Nakal, suka buat kacau, ada saja hal yang mendapat perhatian warden dan guru. Tak kan nak wariskan nama AMAN pada adik dia ni kan? So, budak-budak batch dia namakan dia sebagai PORAK (nama panjangnya ialah PORAK PERANDA tapi panjang sangat kan).
BATMAN / ROBIN
Gandingan nama ni agak COOL sebab guna nama superhero. Si abang dah dapat nama BATMAN dulu then adik mesti dapat nama ROBIN, sidekick kepada BATMAN. Sebab? Dua-dua atlit popular dan feveret pada waktu itu.
Tapi ada juga yang namanya diwarisi dari senior yang terdahulu namun tiada sebarang ikatan persaudaraan kecuali saudara seislam. Ini adalah daripada faktor humor dan bengong seperti mengaitkan perbezaan saiz atau persamaan saiz fizikal seseorang.
AWANG / GNAWA
AWANG merupakan senior di sekolah itu dan memiliki susuk tubuh yang amat gergasi (seperti aku) tetapi seorang junior (yang masuk sekolah selepas AWANG keluar dari sekolah) yang memiliki susuk tubuh yang terlalu beza bagai langit dan bumi, dinamakan sempena nama AWANG tetapi diterbalikkan namanya menjadi GNAWA. Dia mendapat nama ini kerana budak batch dia mendapati nama sebenar GNAWA terlalu formal untuk dijadikan panggilan harian. Rasa macam tak best.
WARAS
Ini adalah contoh warisan nama berdasarkan susuk tubuh dan paras. WARAS yang terdahulu dan WARAS yang kemudian berkongsi tubuh, ketinggian dan paras rupa yang agak sama jika dilihat dari sudut tingkat 3 asrama. Serius.
Ah tu je yang aku ingat. Kau yang baca ni, kalau ada pengalaman yang sama di asrama sekolah ke kolej ke universiti ke, sila-sila kongsi di ruangan komen. Bukan apa, boleh aku tumpang gelak sekali nanti, kan? Hehehe.
Monday, October 04, 2010
PATUNG PENGAKAP COMEL UNTUK DISEWA!

Jika anda keseorangan dan memerlukan patung pengakap comel untuk didakap, peluk, cium, sila lihat katalog gambar di atas dan pilih. Harga kita boleh bincang lain.
Pasti puas hati!
Ha ha ha ha.
Tuesday, July 06, 2010
DULU AKU PERNAH LALAI MASA EXAM
Kadang-kadang biar betapa susah payahnya kita cuba untuk mengubah diri kita dan kehidupan kita, kita kena ingat bahawa kita telah berusaha sebaiknya untuk berubah. Dan menyerahkan yang kemudiannya kepada takdir dan suratan Allah. Ingat, kita berusaha atas apa yang kita mampu, atas apa yang tidak memudaratkan kita, atas apa yang rasional kepada kita pada waktu itu dan jangan terlalu berusaha sehingga apa yang orang melayu dulu-dulu pernah kata "Yang digendong berguguran, yang ditadah berjejeran". Langsung tak dapat apa-apa. Zero. Kosong. Sia-sia. Worthless.
.
Aku pernah berusaha dan fokus terhadap sesuatu sehingga aku mengabaikan yang lain. Konsep "Kos Melepas" dalam teori ekonomi tidak releven digunakan waktu itu. Aku tidak fikir rasionalnya. Aku terima padahnya. Aku bukan bercerita tentang perempuan di sini. Aku bercerita tentang permainan video.
.
9 tahun dulu. Ketika di Politeknik. Era Nokia tiga-tiga-sekupang sedang mencacak-cacak naik. Semua sibuk berebut dok main permainan "Snake" dan "Bantumi". Waktu itu permainan komputer yang popular cuma counter-strike. Oh, aku tak suka permainan tu sebab tak boleh main sambil telentang. Lagi pun, aku takut tengok darah.
.
Ala, main "Bantumi" dan "Snake" ini cuma main pecah rekod saja. Guna satu henpon saja. Pecah je rekod, heboh satu aras. Pergh, dah macam juara-apakebenda-ntah. Riak pula tu.
.
Permainan ini makin berhantu bila masa minggu peperiksaan. Dia punya beratur nak tunggu turn, sikit punya panjang. Siap kena tulis dalam kertas. Sambil studi, sambil main. Pergi exam, mata rabak macam hisap ganja.
.
Pergh, klasik gila permainan tu.
.
Cuba tanya budak zaman sekarang. Mereka cuma tahu main DoTA atau paling "koro" pun, main "FarmVille".
Friday, June 18, 2010
SEMUA DAH LEPAS MINGGU LEPAS. ALHAMDULILLAH.

Bunga pahar dah lawa. Khemah makan dah lawa. Pengantin pun dah lawa. Tang pengapit, hensem lagi pengapit Balgat weh! :p
Minggu lepas merupakan hujung minggu yang paling mengujakan. Kawan itu kahwin. Kawan ini kahwin. Tapi yang buat aku teruja, ketiga-tiga kawan ini merupakan kawan yang pernah aku ajak keluar minum-minum, borak-borak, lepak-lepak sewaktu muda kami. Ye, waktu kami muda dulu. Sekarang? Muda lagi. Cuma kurang.
Pengantin Pertama.
Kami mula bertemu kembali sewaktu dia kembali ke JB untuk kursus isi-masa-lapang di sini selama 6 bulan sebelum menyambung pelajaran ke UKM. Dari mula dia membesar selepas praktikal (yang menyebabkan dia mem"bulat" sekali ganda) sehingga kerja dan tinggal keseorangan di Kota Kemuning. Dari dia mempunyai laptop canggih sehingga beralih ke desktop secondhand. Dari pekerja kontrak sehingga telah jadi pekerja tetap.
Tak membalas walau dipanggil "gemok". Banyak menyimpan rahsia berbanding rakan lain. Dalam diam. Ye, diam. Dulu, senior panggil dia "Si Bisu" sebab dia pendiam.
Dan majlis dia ini, aku diminta jadi pengapit. Nervous bukan main. Al-maklum la, first time. Benda-benda yang pertama kali terjadi ini biasanya akan jadi nervous. Itu tak kena. Ini tak kena. Tapi alhamdulillah, semuanya kena. Dari mengelap peluh pengantin hingga memayungkan pengantin. Dari berpantun sehingga la ke tabur duit "tol". Dari sediakan makan pengantin, hinggalah ke aku sendiri kelaparan. Ha ha ha.
Tahniah, Noorulfaiz Hj Ateman dan Famizah Hj Girun.
Akhirnya, kan?
Pengantin Kedua
Percanggahan pendapat mengenai muzik bukan penghalang bagi kami untuk bersosial. Taraf kebijaksanaan dan CPGA juga kami ketepikan. Kami berfesyen berbeza tapi berborak taraf mulut-longkang berada di tahap yang sama.
Kalau nak diikutkan dulu, kisah percintaan dia lebih kurang sama dengan aku. Penuh dengan kegagalan. Lepas satu, satu. Lepas satu, satu. Gagal. Pergi naik motor jauh-jauh pun boleh gagal.
Rupanya, bidadari di depan mata sahaja. Mencari sampai ke kampus orang lain, rezekinya muncul di kampus sendiri. Ini yang dikatakan "Kuman diseberang nampak, gajah depan mata boleh pula tak nampak. Aje gile!"
Tahniah buat Nur Fauzi Bassar dan Hafiza Hartini Halimi.
Jangan lupa baca bismillah tau masa "makan".
Pengantin Ketiga.
Sejak dia pindah ke JB dan bekerja jadi pegawai bank, aku mula ajak dia keluar minum-minum. Dari duduk di rumah sewa yang selalu kena pecah masuk orang hingga ke rumah bujang mewah di Larkin Perdana.
Jarang sebenarnya dapat berjimba dengannya seperti dengan The Jantans. Tapi bila berjumpa, boleh tahan juga berborak mulut-longkang. Itulah kelebihan NTMTTS.
Selamat pengantin baru Anuar Masudi dan Isteri (yang tak sempat aku jumpa pada hari mereka kahwin sebab outdoor photographing lambat mengalahkan pelakon blue weh!)
Monday, November 23, 2009
NAIK DARJAH
Fasa "pelajar" aku bakal tamat. Fasa "bekerja" bakal menjemput.
Aku harap fasa yang baru ini akan aku lalui dengan tenang. Setenang fasa pelajar dulu. Biar aku harungi dengan lebih matang. Lebih dewasa. Lebih berakal. Lebih kelakar. Lebih romantis. Lebih lazat.
Mana tahu, pejam celik pejam celik tetiba aku dah kahwin. 2 bulan lagi. 2 tahun lagi. 2 minit lagi. Siapa tahu? Masa depan kan rahsia kehidupan, siapa yang dapat jangka?
:)
Tuesday, May 19, 2009
SEDEKAH
Kami naik bas ekspress sampai ke Pudu. Dan dari situ kami berjalan kaki hingga ke Pasar Seni untuk mendapatkan LRT ke KLCC.
Dalam perjalanan aku lihat, ramai pengemis. Kasihan. Aku berlalu tanpa beri apa-apa.
"Sorry pakcik, duit saya dalam bank. Belum kuarkan lagi." Aku cuba bermonolog dalam hati. Nak bagi sedap hati yang rasa bersalah.
Tetiba.
"Woi, kedekut. Sedekah la sikit kat pakcik tadi." Jerit Zarul dari belakang. Budak rumah aku yang dari kursus berbeza.
"Alah, kau ngata orang. Kau sedekah ke?" Aku mula melawan. Huh!
"Aku dah senyum kat pakcik tadi..." Sengih Zarul. Shot! Terkena tepat di dahi.
Aku karate kaunter tiket LRT tang tang tu juga. Lahanat, macam mana aku boleh lupa. Senyum itu kan satu sedekah.
Wednesday, April 08, 2009
PENANGAN AKHIR SEMESTER AKHIR 1
Semakin berakhirnya semester, semakin lebat undangan ber'dating' yang aku terima. Tak kurang juga undangan ber'couple'. Tapi apakan daya, aku terpaksa menolak beberapa undangan dan mengutamakan undangan yang penting. Kadang-kala aku terpaksa bersikap 'jerk' dan terlalu memilih. Jangan ambil hati ya. Sorry guys.
Akhir-akhir ini, jarang dapat berdampingan dengan Din, junior aku yang sedang hangat-hangat bercinta dengan Angel-nya. Aku berharap dia bukan merajuk dengan aku sebab aku pinjam gambar Angel dia untuk menghiasi seketika blog aku ini. "Din, kau tak merajuk, kan?". Harap-harap Din sudi bawa aku jalan-jalan naik WaSaBi-nya sebelum semester ini berakhir. Lagi satu, "Aku nak ambil gambar dengan Angel kau lagi, boleh tak?"
Ramai juga yang tertanya-tanya kepada aku, "Misi 30 Hari Mencari Cinta" aku dah tercapai ke? Tak sangka, ada juga orang yang concern mengenai perkara ini. Thanks.
Untuk makluman, aku secara tidak rasminya memanjangkan tempoh misi ini dan misi ini sekarang bergelar "Misi 3 Tahun Mencari Cinta". Amacam, boleh blah tak?
Kenapa? Sebab aku rasa Si Gadis masih belum bersedia untuk berpasangan. Belum bersedia untuk berkongsi rasa dan berkongsi kepercayaan. Aku rasa la, takde la aku tanya direct. So, aku harap dalam 3 tahun ini, hati manusia berubah dan aku masih punya peluang. Aha! Apa-apa pun, kita merancang tuhan menentukan.
Tuesday, March 31, 2009
POST-MORTEM EARTH HOUR.
Takpe, try baca ini untuk tahu asal-usul program earth hour ni.
Tapi kalau nak kaitkan dengan benda-benda lain, terpulang la. Masing-masing ada pendirian. Pegangan.
Jangan campur hal ini dengan hal agama.
Apa sumbangan kita untuk selamatkan bumi? Ada ke sumbangan kita pada alam sekitar? Buang sampah pun merata-rata lagi. Ah, malas ah nak komen lagi. Nanti lagi orang maki aku.
Waktu ini waktu aku tidak kental. Mengharungi minggu sibuk ini dengan hati tenang, bukan satu option yang baik. So, aku jadi sensitif. Huh!
Sunday, March 08, 2009
MUSIM CUTI PANJANG
Kira-kira 5 hari, termasuk 1 hari ponteng kelas.
Ramai yang ambil peluang nak balik.
Ada juga yang ponteng.
Berhibur sama awek dan kawan-kawan.
Roommate pun takde, keluar pergi mana tak tau.
Tapi.
Yang tiada awek, macam aku.
Hanya dulu bilik. Sorang-sorang.
Tonton movie, main games, buat tugasan.
24 jam aktiviti yang sama.
Sekotak winston 18 untuk satu malam.
Dashyat!
Buka folder 1. Cerita jiwang. Close.
Buka folder 2. Cerita dah tengok. Close.
Buka folder 3. Berminat. Double click.
Eh, erm.... Uh! Aha!
Pelik, mengapa cerita ini ada satu kaler je.
Hati meronta-ronta. Mata dok pejam-celik-pejam-celik.
Aku bangun. Kunci pintu. Selak pintu.
Double protection.
Layan cerita "Wak Pagek".......
Saturday, October 25, 2008
BINCANG PAGI DI NEW DELHI
Aku memang terasa sangat betapa kosongnya kolej aku semalam dan pagi ini. Sehinggakan kawanan kera tanpa segan silu dan takut, membongkar tong-tong sampah di sekitar blok aku. Mana tak hangin. Bangun-bangun pagi, aku ingatkan dapat dengar kicauan burung dan menghirup udara segar (kata duduk dalam hutan, aku jangkakan semua ini!)., tapi apa yang aku dapat? Najis dan bunyi bising kera. Cis!
Aku hidupkan motor. Aku pergi Subai. Ingatkan nak try sarap roti pisang. Cis, Tak sedap!
Sedang aku dok masyuk layan channel Animal Planet, tetiba datang 2 orang "makcik". Kenalan aku. Baru kenal semester ini walaupun dah jadi rakan se-batch selama 5 semester. Ntahapeapentah!
Kami berborak la macam-macam. Termasuklah perihal kerja dan penempatan ke organisasi praktikal.
Aku hairan. Kenapa perempuan (especially 2 orang "makcik" ini) memilih bidang perakaunan sebagai bidang mereka, sedangkan mereka tidak mahu menggalas risiko sebagai pengamal perakaunan?
Sepatutnya, sebagai pengamal perakaunan (accounting practitioner), kita perlu tahu risiko yang bakal kita tempuhi seperti pulang kerja lewat tanpa mendapat gaji kerja lebih masa, kehidupan bersosial yang terhad, perahan tenaga kerja yang melampau, dimaki client, diherdik boss. Benda ini benda biasa yang bertujuan untuk mendewasakan dan memantapkan skill kehidupan dalam bekerja (walau hakikatnya, tidak!).
Aku tak kata fikiran mereka itu salah. Mereka rajin (ulat buku [BWB?]), aku tak sangkal. Tapi itu belum lagi memenuhi kriteria untuk terjun ke bidang perakaunan. Rajin, tahan maki, anti-sosial, sihat tubuh badan dan macam-macam lagi, yang perlu dipenuhi.
Aku rasa korang boleh, dude! Cuma kurangkan korang punya kerek je. Hehehe...
Terima kasih kerna membaca.
Wednesday, October 22, 2008
TUGASAN AKADEMIK : SUATU PENGEDITAN
Biasakan, tugasan ini akan diselesaikan dalam masa 24 jam sebelum tarikh akhir, walaupun pensyarah dah bagi sejak awal sesi pembelajaran.
Last week, aku dengan ahli kumpulan yang lain menikmati detik-detik bersejarah kami dalam proses pengeditan satu tugasan yang agak penting.
Walaupun kekurangan seorang ahli, proses ini masih lagi seronok dengan pelbagai kisah sengal dan biol sepanjang 10 jam proses berlangsung.
Sila klik ke link ini untuk laporan bergambar seterusnya.
Wednesday, September 03, 2008
DOSA KERING
Ustaz kata, membohong tu berdosa. Aku tahu. Sebab ayah dah pesan dah. Ustaz cakap lagi. Kalau berbohong nanti hilang kawan. Hilang kepercayaan. Tapi aku rasa ustaz saja nak gertak. Suruh ikut peraturan sekolah. Berbohong, trend student masa tu.
Kutax kata. Bulan Ramadhan yang mulia ni, tak baik berbohong. Lagi pun, kata dia, buat apa nak bohong kau? Aku yakin. Setan di lidah Kutax sudah kena ikat. Sebab buku kata bulan Ramadhan ni, setan kena rantai. Aku percaya.
Kutax kata. Lagi. Dia ada di bilik pensyarah. Aku rasa pelik. SMS yang Kutax hantar, nampak pelik. Aku naik hairan. Kenapa Kutax suka berbohong? Bilik lecturer dia kosong. Tapi dengan konfidennya dia hantar SMS yang dia ada dalam bilik lecturer dia.
Celaka.
Sampai mati aku tak percaya dia lagi.
Sunday, August 03, 2008
BILA RASA MARAH, JADI TABLIGH PUN DAH TAK BERGUNA LAGI.
***Sweet-nya dia titun...
***Mengenangkan masa depannya dengan emak tiri.Tidak. Entry ini tidak mengutuk siapa-siapa. Entry ini hanya cuba menyampaikan mesej keamanan. Dan kesedaran. Tentang kita. Tentang pilihan kita. Memilih kawan-kawan.
Bila kita berada dalam zon selesa (Comfort Zone), kita tidak akan buat sesuatu untuk tujuan naik taraf (upgrade). Contohnya, bila kita sudah berkawan dengan sekelompok masyarakat yang gemar untuk saling kutuk mengutuk, kadang-kadang kita akan lupa yang kutuk mengutuk itu ada batasnya. Kita kutuk sampai sanggup dedahkan masalah dalaman (Internal problem) kawan sendiri. Macam Tomoq.
***Tersenyum puas setelah selesai bersenggama.
Bercerita tentang pengalaman. Aku sudah mempunyai 5 kelompok sahabat di 5 institusi pendidikan yang berbeza. Sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, politeknik dan universiti. Di setiap kelompok ini, mereka terdiri atas perangai yang berbeza. Sangat berbeza. Kita kena buat pilihan yang betul. Bukan berdasarkan teori statistikal sahaja, malah teori kelakuan turut diambilkira.
Zaman tadika, semuanya tahu untuk bersuka ria sahaja. Ejek mengejek sudah jadi suatu permainan. Masuk peringkat sekolah rendah dan menengah, aku masih tercari-cari kawan yang dianggap “Friend in need is a friend in deed”. Tak jumpa pun. Mungkin sebab pemikiran mereka waktu itu masih belum cukup matang. Masih belum kenal bulat bujurnya dunia luar.
Tiba zaman di politeknik, aku sudah boleh kenal bentuk kawan yang boleh diharap, yang tidak boleh diharap dan sekadar berkawan sahaja. Sebab waktu itu aku bukan hanya bergaul dengan kelompok kawan aku sahaja, malah perlu berinteraksi dengan pelbagai jenis orang. Aku amat hargai zaman itu.
Dan sekarang. Di zaman universiti. Pelajar dianggap sudah matang. Sudah pandai beza yang baik dan buruk. Aku berharap dapat berada dalam kelompok kawan yang matang. Dan memahami. Yang tahu batas bergurau senda. Yang mentalitinya lebih tinggi dari budak tadika. Dan aku rasa aku berada dalam kelompok yang betul.
Tapi sayangnya, dalam setandan pisang, tak semuanya yang elok. Begitu juga dengan kelompok ini. Ada seorang yang buruk. Yang busuk. Yang keji. Yang sengal. Macam ubi. Dan aku rasa aku tak patut berkawan dengan dia. Peduli apa kalau dia rasa aku yang buruk. Yang keji. Yang busuk. Dan hari ini. Di blog ini. Aku akan buat sesuatu yang drastik.
Aku yang selama ini boleh bersabar. Akan jadi kasar. Akan jadi niceless. Akan jadi kejam. Akan bermulut jahat. Pada dia. Pada Tomoq. Kekasih kepada Eija “Emak Tiri”. Room mate kepada Superman Batak.
No more Mr.Nice Guy!
Saturday, July 26, 2008
SIBUK BUAT VIDEO KLIP
Kalau orang di luar kampus hendak popular, ada macam-macam program realiti yang boleh disertai. Bagaimana dengan kami yang berada dalam kampus nun jauh di sini?
Kami juga ada alasan untuk popular. Kami juga ada program realiti tersendiri. Untuk kami-kami sahaja.
Baru-baru ini, kami berpeluang untuk menyertai program realiti yang bertujuan untuk mengetengahkan bakat-bakat (is-kabat?) dari kampus ini. Bakat dari pelbagai sudut. Penampilan, latarbelakang dan pelbagai lagi. Maka, para majikan yang memerlukan pekerja yang berdedikasi dan fresh graduated, sila layari laman ini untuk menyaksikan rakaman video klip 1 minit mengenai pelajar pilihan anda.
Kalau dah namanya program realiti, mesti la ada para pengundinya. Tidak perlu lagi bazirkan kredit telefon anda. Hanya klik di pautan dan undi calon pilihan anda. Secara atas talian. Mudah bukan? Jadi, apa lagi. Segera la mengundi.
**Kami di atas mewakili peserta-peserta program. Bukan aku. Aku bukan semester akhir. Jangan susah-susah taip "fikrikacak" di kolum search. Sampai mati korang tak jumpa.
Sunday, July 20, 2008
LAST SEMESTER
Anda boleh bayangkan sendiri jika anda perlu membayar impian akhir semester anda dengan mengorbankan waktu tidur lewat anda, waktu tidur petang anda, waktu menonton movie anda, waktu indah bersama awek makan di cafe, waktu bergurau senda kutuk-mengutuk dengan rakan taulan. Mampukah anda mengakhiri semester terakhir anda dengan kesibukan? Mati dalam muka penuh keplastikkan?
Petang tadi. Selepas kelas. Kami berjalan ke Lego. Untuk brunch (breakfast + lunch).
"Hidup Shah sekarang aku yang jaga. Supaya tak liar." Kata Zan.
"Nape plak?" Tanya aku kehairanan.
"Dulu susah nak nampak dia celik. Asyik membuta je." Kata Zan, "Sekarang asal aku nak pi kelas pagi, nampak dia dah bangun. Aku balik kelas, dia belum balik kelas. Petang dah tak tidur sampai Isya'."
"Apa bole buat, No pain No gain." Kata aku.
Jadual Shah memang penuh sejak semester bermula lagi. Proposal projek yang 2 kali kena reject pensyarah. Bermotor ke Napoh dan Kuala Nerang pada hari sabtu, hari tidur sedunia. Kelas setiap hari jam 8.00am. Sucks!
Apa yang menariknya ialah akhirnya dia dapat berkenalan dengan manusia lain selain dari kami. Alhamdulillah. Jika tak, sehinggalah dia grad, dia masih lagi ditakuk lama.
Best kan dah nak habis belajar?
Monday, July 07, 2008
CIRI-CIRI TENAGA PENGAJAR #1
Terdapat beberapa kriteria pensyarah yang menjadi idaman beberapa peringkat pelajar di sini, malah di mana-mana juga. Pensyarah itu haruslah:
1) Masuk kelas lewat 20 minit dan kelas berlangsung selama 15 minit sahaja, 30 minit seminggu. - Kelas pensyarah seperti ini biasanya pada waktu petang antara jam 4pm - 6pm. Walaupun pada waktu itu (waktu ngantuk dan bersukan), kelas ini akan penuh maksimum. Sebab? Kelas sekejap je, janji sain kedatangan.
2) Tiada tutorial yang perlu dihantar dan tiada "buah tangan" diberikan. - Kelas ini biasanya mempunyai pensyarah yang amat tegas di kelas tetapi lembut di luar kelas. Pelajar akan merasa lega sebab tiada tutorial, hanya tumpuan maksimum di dalam kelas.
3) Tidak kedekut di dalam memberikan gurauan, senyuman dan markah. - Pensyarah begini biasanya nampak macam garang. Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar hanyalah sedikit bodekan dan kunjungan kerap ke bilik beliau. Insya-allah, A dalam genggaman.
4) Tiada sain diperlukan untuk kedatangan. - Kelas pensyarah seperti ini, pelajarnya, biasanya macam biskut chipmore. Hari-hari biasa pelajar sangatlah sedikit.Tetapi bila tiba hari peperiksaan, ramai rupanya pelajarnya. Pensyarah jenis ini biasanya malas nak ambil port dan memegang pada prinsip "Sukati kamu la pelajar".
5) Gemar bergurau. - Pensyarah jenis ini biasanya disukai pelajar. Penuh dengan humor dan gelak ketawa. Serta tidak mudah ambil hati dengan gurauan yang dilemparkan oleh pelajar. Jika ada pelajar yang kurang ajar, dia tidak marah. Cuma perlukan sedikit sentuhan kata berbisa yang bisa membuatkan pelajar itu makan dalam.
TAHAP INTELEKTUAL
"Menurut kajian, setiap 2 minggu pelajar bercuti, tahap keintelektualan akan menurun sebanyak 10%. Awak dah cuti selama 6 minggu. So, berapa banyak tahap intelek yang awak ada sekarang?" Kata pensyarah.
"Untuk meningkatkan semula tahap intelek awak, hari ini, kita buat kuiz." Kata dia lagi.
Kuiz? Hari pertama? Sebelum belajar?
Lesson #1 : Jangan terperanjat jika pensyarah anda berikan kuiz pada hari pertama. Trick je semua tu.
Tuesday, May 27, 2008
KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR #18

Sistem diet juga terpaksa diubah. Jika di kampus saya bebas untuk makan apa sahaja yang terlintas di kepala asalkan ada duitnya. Tetapi apabila di rumah, apa yang emak masak itulah yang dimakan. Nak makan di luar pun, bukan ada duit sangat pun. Apabila ada waktu senggang, sewaktu tangan menyuap longlai nasi ke mulut, saya mula terfikir betapa bernasib baiknya makanan saya ketika ini jika dibandingkan dengan makanan di asrama dahulu. Sekurang-kurangnya, lauk-lauk yang emak masak cukup masin masamnya. Cukup pedas manisnya. Walaupun lauknya saya kurang berkenan.
Sebelum bermulanya saya duduk di asrama, pada mulanya saya terfikir juga, apa sangat lah lauk saya bakal jamah di dewan makan asrama jika kadar bayaran yang perlu dibayar ialah RM1 sehari? Sedap sangatkah? Pada mulanya, saya dimomok-momokan dengan usikan saudara-mara saya yang menyatakan makanan di asrama tak sedap, makan nasi kawah, makan ikan jeket. Tak kurang juga ada yang menyatakan “Kurus la kau bila balik nanti”. Sarkastik sungguh.
Sebenarnya ianya tidak seburuk sangat seperti yang disangka, Cuma saudara-mara saya mungkin cemburu dengan kejayaan saya menempatkan diri di sekolah asrama, fikir saya begitulah.
Terdapat beberapa hari sahaja menu yang disediakan kurang menepati citarasa anak tekak saya. Kebanyakkan harinya, selera saya sentiasa terbuka. Seperti contohnya makan malam hari Rabu. Antara lauk-lauk yang masih lagi segar rasanya dalam tekak saya ialah sayur kobis goreng, telur rebus dengan kuah gulai, ikan bilis goreng dan buah. Sangat tidak menarik. Saya berharap menu ini akan diubah. Sarapan pada pagi Isnin juga kurang saya minat kerana cuma makan roti kering bersapukan mentega dan kaya seadanya. Fahamkan maksud seadanya di sini. Sama maksud dengan “asal ada rasa dan warna”. Kadang-kadang ada cicah dengan sardin. Itulah gambaran awal kami. Sebenarnya bukan sardin pun, cuma sambal dicampur-adukkan dengan isi ikan goreng lebihan lauk semalam.
Bagi menyedapkan sarapan roti kami itu, sewaktu saya jadi senior, selepas ambil roti di dewan makan, saya akan singgah di bilik rehat (bilik gosok baju) terlebih dahulu, sebelum naik ke dorm saya. Saya akan mengendeng-ngedeng junior-junior saya untuk pinjam seterika. Pastikan ada 2 buah seterika untuk kepantasan maksimum. Anda tahu apa yang perlu dilakukan kan? Ya, saya buat roti bakar dengan seterika. Langkah bijak untuk ubah makanan biasa ke luar biasa.
Oh ya, hampir saya lupa. Menu minum penting yang jarang sekali saya makan ialah Kuih Telur Katak yang warna merah jambu tu. Sangat tidak suka. Kalau suap ke dalam mulut sahaja, otak akan melayang teringatkan lendiran telur katak dalam longkang belakang asrama. Eiyuuuu!
Antara lauk-lauk yang ditunggu adalah seperti hari Isnin tengahari iaitu lauk ayam sambal, kuah dalca dan buah. Memang marvelous la masa tu. Siap mintak sambal lebih lagi pada abang dewan makan tu. Nak minta ayam lebih, memang pasti tak dapat, melainkan saya ni kroni-kroni Exco Dewan Makan atau saya ni gadis comel. Konfem dapat la.
Kalau sarapan pula, biasanya memang sedap je. Samada nasi goreng, nasi lemak, beehoon goreng atau mee goreng, selera saya memang sentiasa terbuka. Jika pada zaman junior, saya amat takut untuk ambil 2 kali. Takut kalau kantoi dengan exco, nanti kena marah, kena bantai, sebab junior tak boleh lebih dari senior. Tapi masa zaman saya senior, saya peduli hapa. Ada kalanya, ketika datang selera saya, saya makan 3 pinggan nasi/mee. Junior nak ambil 10 pinggan pun, saya peduli hapa. Dorang lapar jugak kan?
Tapi yang paling heaven la, kalau sarapan pada hujung minggu. Saya memang jarang turun ke dewan makan. Ke surau apatah lagi. Celik-celik mata dah jam 9.00am. dewan makan dah tutup. Tapi saya tenang. Dengan muka tenang dan suara garang, saya suruh la anak buah dorm saya ambil sarapan untuk saya sambil saya menghulurkan bekas makanan saiz sederhana. “Isi penuh” pesan saya. Dalam dorm tu, cuma ada 2 orang senior sahaja. Ketua dorm, yang bernama Waras, upper 6 dan saya, form 5. Kalau saya bangun dulu, saya yang akan suruh mereka ambil makanan. Jika Waras bangun dulu, dia yang akan suruh mereka ambil makanan. Begitulah adanya.
Adakalanya, pada waktu tengah malam, kita akan terasa lapar. Atas pemerhatian saya terhadap beberapa orang junior dorm saya, saya dapati jalan penyelesaian mereka amat menarik dan menjimatkan. Pada waktu petang, ketika dewan makan dibuka untuk makan malam, mereka akan mengambil nasi putih secukupnya dan disimpan di dalam bekas makanan. Langkah kedua ialah selepas kelas prep malam, kantin akan dibuka dan mereka akan order telur goreng. Zaman itu, Along yang jaga kantin sekolah. Sambal tumis dia memang no.1 pada untuk jualan waktu malam, dia akan cairkan sambal secair-cairnya sebab dia tahu pelajar sekolah ini memang obses dengan sambalnya. Untuk penjimatan, katanya. Jadinya, telur goreng itu akan dicampurkan dengan sambal cair itu (sebagai kuah) dan makan dengan nasi yang diambil pada sebelah petang. Kos hanya RM0.50 sahaja.
Bijak betul anak buah saya ni. Macam seniornya juga. Sejak malam itu, saya akan tempah telur goreng itu pada junior saya dan makan bersama nasi yang mereka ambil pada sebelah petang.
Wednesday, May 21, 2008
KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR #17
Unit Beruniform memang diwajibkan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Teringat saya ketika di sekolah dahulu. Waktu sekolah rendah, saya sangat aktif dalam badan beruniform pengakap walaupun tak pernah mendapat peluang dalam menyertai mana-mana jamboree untuk saya meraih lencana baru. Waktu itu juga, tubuh badan saya belum lagi mahu membesar, maka mudah untuk saya menyertai banyak aktiviti.
Di peringkat sekolah menengah pula, saya menyertai pula Kadet Remaja Sekolah. Waktu itu Kadet Remaja Sekolah (KRS) baru sahaja ditubuhkan di sekolah saya kerana dengar kata, kementerian mewajibkan kewujudan KRS ini di semua sekolah.
Pada ketika itu juga, antara badan beruniform yang paling popular ialah Kadet Polis. Tetapi hanya pelajar puteri sahaja yang boleh menyertainya. Yang istimewanya tentang unit ini ialah segala pakaian untuk menyertai pertandingan perbarisan ditaja sepenuhnya oleh pihak polis. Waktu itu, uniformnya buruk. Baju biru cair dan seluar kaler koko. Yuck! Tapi sekarang dah lawa. Dah macam polis dah. Pada masa dahulu, dikatakan perbarisan kadet polis adalah yang best sekali dalam sekolah. Takde tandingannya. Mana taknya, unit beruniform lain dianaktirikan untuk membeli sebarang perkakasan perbarisan. Semua nak dibeli sendiri. Mahal tu. Mana mampu.
Waktu saya tingkatan tiga pula, unit polis trafik juga mula ditubuhkan dan rata-rata ia dianggotai oleh kebanyakkan rakan-rakan NTMTTS seperti A’an, Bal9at, Zahri, Amin, Nasreq dan beberapa nama yang saya tak berapa nak ingat. Zaman kegemilangan bermula apabila mereka memenangi Pertandingan Lalulintas Shell peringkat negeri yang berlangsung di Mersing. Saya kurang pasti samada mereka berjaya ke peringkat kebangsaan atau tidak. Bangga gila la dorang ketika tu. Kembang juboq.
Zaman kegemilangan KRS muncul sewaktu saya tingkatan empat. Ketika itu, KRS Malaysia mula serius menjalankan pelbagai aktiviti seperti perlantikan leftenan muda, pegawai, koperal, lans koperal dan Perjumpaan ala-ala jamboree (saya lupa namanya) yang bermula di Kelantan. Perbarisan juga mula dititikberatkan. Jangan tidak percaya bahawa saya telah menyertai perbarisan yang pertama yang disertai oleh KRS sekolah saya ke peringkat negeri di perkarangan Sekolah Tinggi Muar pada 31 Ogos 1999. Pada ketika itu, komanden kami ialah Encik Bontet (Ikhwan Nizam), tak silap aku adik angkat Zila kot. Kami berentap dengan pasukan lain yang sudah terkenal dengan kehebatan kawad kaki mereka seperti pasukan PKBM (di bawah seliaan Tentera Darat). Tapi, macam biasa kalau ada saya, pasukan jadi kalah la. Pada pertandingan kawad kaki tahun-tahun yang berikutnya, dengan kasih sayang yang dicurahkan oleh Cikgu Yahya Awang, pasukan KRS sekolah berjaya menjadi kasut but kawad yang diberi pinjam oleh pihak sekolah. Baiknya hati. Tapi malangnya kasut itu disalahgunakan oleh budak-budak ni untuk membelasah junior. Sengal. Nota: Bermula minggu lepas, Saudara Aminudin Salleh telah menjawat jawatan Leftenan Muda Kadet remaja Sekolah. Tahniah diucapkan dari kami.
Hidup bagai roda, kan? Pada tahun-tahun berikutnya, Kadet Polis makin malap. Unit Polis Trafik juga malap. Kadet bomba pula mula tunjuk belang. Dengan menyertai Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform dan memenangi beberapa pertandingan sepanjang tahun 2000 – 2002, mereka mula mendapat manfaat seperti KRS. Kebanyakkan perkakasan disponsor oleh pihak sekolah. Pada tahun yang sama juga, Puteri Islam juga mula giat berlatih tetapi belum meraih sebarang kemenangan kerana pakaian mereka ketika pertandingan dikatakan kurang sesuai. Ini adalah benar. Pada hari pertandingan, mereka merubah persepsi penonton dengan memakai seluar track bottom hitam dijalurtepikan dengan garisan merah jambu di bahagian sisi seluar dan berbaju T puteri islam. Tetapi kebanyakkan pasukan hanya mengenakan pakaian biasa iaitu baju kurung putih dan kain merah jambu. Kesian sangat.
Lagi satu badan beruniform yang saya lupa sebut, Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM). Walaupun namanya tersohor seantero dunia, sebagai pasukan penyelamat manusia atau pasukan bantuan awal, namun mereka yang menyertainya, di sekolah saya, hanyalah terdiri dari mereka-mereka yang arbok-arbok ketepek, lempok dan mereka yang malas. Pada asasnya, pasukan ini dipilih oleh mereka kerana aktiviti mingguannya tersangat la kurang dan juga faktor pengerusi pasukan yang...alahai....tak semangat je saya tengok. Tapi tidak dinafikan, PBSM di sekolah lain sangat aktif berbanding sekolah saya, dahulu.
Satu fakta penting. Kebanyakkan mereka yang tergolong dalam golongan elit atau cerdik pandai, kurang aktif dalam aktiviti badan beruniform. Tak caya?
Sekarang saya tag anda semua. Arfa, Poji Basa, Ustad, Bal9at, Jane, Sue, Ujie, Ain, Ilya dan S.M, sila ceritakan pasukan unit beruniform manakah kamu di peringkat sekolah menengah dahulu.
NotaSakiBaki: Dapat info dari Hafiz Hadi dan disampaikan oleh Norazrine Abd Razak, senior kita, Saudara Halimudin Sukaiman (Exco Dakwah dan Penghayatan Islam 1996) dikatakan telah meninggal dunia akibat arteri tersumbat pada tarikh yang tidak diketahui. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah mudah-mudahan rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman.


