Showing posts with label Cinta Interaktif. Show all posts
Showing posts with label Cinta Interaktif. Show all posts

Friday, December 23, 2011

BILA ATOK DAH PESAN, KENA BUAT SERIUS HAL INI

Diam tak diam. Bising tak bising. Aku cuma ada 106 hari sahaja lagi sebelum misi 3 tahun mencari isteri solehah aku bakal menemui tarikh akhirnya. Aku pun tak pasti sejauh mana usaha aku untuk merealisasikan misi ini. Aku rasa usaha dah banyak dah cuma masih lagi belum kena pada sasaran yang sepatutnya. Asyik jumpa makwe orang la tunang orang la janda orang la. Kalau jumpa yang masih single pun, dia tak menunjukkan minat ke aku. Payah la.

Tempoh hari emak ada balik kampung. Pergi tengok atok. Balik ke rumah je, emak terus sampaikan pesanan atok.

"Jangan lama sangat, nanti dah tua takde orang nak."

Aku pun tak tahu nak balas apa. Nak balas kasar, atok sendiri.

Kena kerja kuat, dapat gaji besor, baru awek melekat kot. Ye tak?

Tuesday, May 17, 2011

DAY 5 : TANDA-TANDA

Oleh kerana aku sudah mempunyai beberapa siri pengalaman-pengalaman yang berakhir bagai semilir laut Andaman, jadinya aku sudah dapat baca apakah tindak tanduk makwe yang bagaikan berkata, "Ish, tak mau la aku kawan dengan dia" atau, "Ish, apa benda la nak kawan dengan budak gemuk ni".

Bagi aku, jika aku dapat mengesan tingkah laku ini sejak dari awal, adalah lagi bagus kerana tak buang masa aku nak fikir ayat-ayat power.

Hari ke-5 menyaksikan mesej aku hanya direply 2 kali sedangkan aku send tiap-tiap hari. Kesian kan?

Dan aku rasa itu tanda yang cukup jelas mengatakan aku harus berhenti.

Aku tak salahkan sesiapa sebab berkenalan atas orang memang agak sukar untuk berpanjang. Dah la tak kenal, tengok muka pun tak pernah. Ini kan pula nak ajak berborak. Tak ke nampak macam mustahil. Tapi i just give this a shot.

Ish la....

Saturday, May 14, 2011

DAY 3 : TUNGGU PUNYA TUNGGU PUNYA TUNGGU

Aku rasa macam malas nak kontek makwe itu hari ini tapi rasa macam tak patut give up dulu kot. Bukan apa, sejak dah lama tak menceburkan diri dalam bidang-bidang sebegini, rasa macam feel tu belum mari lagi. Rasa macam tak rasa apa-apa.

Tapi aku gagahkan juga hantar 1 mesej malam semalam. Selepas sejam langsung tiada jawapan. Otak aku dah mula terjemahkan "tidak reply" dengan pelbagai perkara negatif. Cilakak.

Dan hampir jam 12.00 pagi baru ada dapat reply. Rupanya di ke rumah makciknya. Terus hilang semua negative thinking yang durjana itu. Kalau dia tak reply mesej aku malam ini, aku boleh faham yang dia kepenatan. Lagipun next week dia praktikal selama 2 bulan dekat-dekat sini.

Apa ada hal. Tak kan kecil punya hal nak merajuk pada diri sendiri kan?

Ok, aku tak tahu nak buat macam mana. Sekarang dia tinggal bersebelahan aku punya residential area. Tak kan nak buat kerja gila ajak dia lepak As-Salam malam-malam kan?

Bagi idea sikit apa move yang aku perlu buat sekarang. Ce bagi, ce bagi....

Thursday, May 12, 2011

DAY 2.2 : LANGKAH PERTAMA

Aku dah buat first move. Cuma tinggal nak tengok apa move yang dia nak bagi. Dua mesej yang aku bagi, dia baru reply satu. Apa tandanya itu? Tak berminat nak teruskankah? Atau malukah? Atau dah habis kreditkah? Itu yang kita tak tahu.

Kendian baru aku mulakan move-move yang lain. Bukan move shuffle tawwww...

Ok, malam ini aku nak berguru dengan 2,3 orang yang agak terkenal dengan ayat-ayat power.

Kepada makwe itu : Jaga-jaga.

DAY 2.1 : DAH HILANG POWER

Akibat dah lama tak mengorat makwe, pagi ini otak aku jadi kaku. Blank. Kosong. Tak tahu nak mula macam mana. Tulis mesej dalam henpon dah 2,3 kali tulis-padam-tulis-padam je ni. Satu ayat pembuka bicara yang power langsung aku tak ingat. Eh, pernah ke aku mesej makwe guna ayat pembuka bicara yang power. Seingat aku semuanya boring belaka T_T

Ada gaya aku nak pergi menuntut ilmu dengan Brader SY ini. Dengar kata ayat dia power, boleh cairkan makwe-makwe area umur aku. Macam bakal bini dia yang baru ni. Tapi aku tak kan nak buat nose-job pula kan? Sebab bakal bini dia tu kata Brader SY comel dan dia suka hidung Brader SY ni. Memang power.

Ada gaya aku search dalam internet juga la nanti. Dah dekat sejam aku tenung mesej aku tak berhantar sejak tadi.

Wednesday, May 11, 2011

DAY 1 : ADA MAKWE MESEJ AKU

Patut la sejak 2,3 hari ni aku rasa macam jantung berdegup kencang, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi malas dan haus selalu. Selain faktor cuaca di JB ini panas sentiasa, rupanya faktor penambah pun ada rupanya. Benda yang tak terduga. Tiba-tiba. Aku pun tak tahu nak beri reaksi yang bagaimana. Suka ke gembira ke sedih ke marah ke.

Di suatu petang yang agak sibuk, bahang panas mengalahkan kesejukan pendingin hawa di pejabat, aku dapat satu mesej dari seorang makwe. Makwe orang. So, aku tak jadi nak excited. Makwe orang, apa yang kamu expect mesej yang kamu terima dari makwe orang?

Dia ajak aku berkenalan dengan kawan dia. Kawan perempuan. Dia tahu aku bukan lelaki gay. So, aku tak tahu nak cakap apa sebab makwe kawan ni pun bukannya pernah jumpa aku. Kenal pun tidak tapi dia punya excited memang lain macam sampai aku naik hairan. Kot la dia salah hantar mesej ke, boleh jadi juga, Plausible.

Tak, tak salah hantar. Dia eja nama aku betul. Takjub.

Ok la, aku ada mesej yang perlu dihantar kepada makwe yang aku belum berkenalan ini. Untuk kawan-kawan yang bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi, jika mahu lihat aku hadir ke majlis anda sila wish good luck kepada aku supaya makwe yang aku belum berkenalan ini jadi makwe aku. Atau paling kurang sudi teman aku datang majlis kamu :p

Malam aku kini akan dipenuhi dengan acara berbalas mesej. Pergh... Dah rasa macam remaja la pula.

Monday, March 28, 2011

INI ADALAH GAMBAR CURI

Ini merupakan gambar curi. Jika tuan punya gambar rasa marah atau tak selesa gambar ini dicuri, inform aku ye. Tak payah nak maki-maki tau.

I'm happy for you my man!

After all the series of sadness, kau memang the bomb la bro. He he he. Moga hidup kamu diberkati dan hubungan ini lebih dilindungi. Kalau ada rezeki untuk berumahtangga, harap ada ayam goreng tepung macam dekat rumah Aan dulu. Boleh lepak majlis kau lama sikit. Biarpun geng makan ayam masa majlis Aan dulu kebanyakkannya dah berkahwin.

Think positive will lead us to positive result. Macam kawan saya ni. Dan dia merupakan sumber inspirasi saya untuk terus berfikiran positif.

Tahniah, Sifu. Tahniah.

Thursday, February 17, 2011

HANGIN

Aku sering disindir oleh kawan-kawan lama, yang mana aku tak terasa hati sangat pun. Bila jumpa je tanya "Eh, kau tak kahwin lagi?" atau "Bila lagi nak kahwin?". Aku dah lali dengan soalan itu atau lebih tepat aku dah imun. Kalau lelaki yang tanya memang aku tak kisah sangat sebab ada unwritten bro-code antara kami, lelaki. Kalau kami soalan itu biasanya ia diikuti dengan gelak ketawa. No offense. Kami hanya bergurau, tiada serius.

Tapi yang aku hangin bila perempuan yang tanya. Tak tahu la kenapa. Tapi aku tetap hangin. Sebab dorang akan tanya soalan yang sama tapi diikuti dengan jawapan mereka sendiri "Memilih sangat kau ni." atau "Jangan la memilih sangat."

What The Hell?

Dulu masa aku nak mengorat mereka, mereka tak nak terima. Bila aku tak kahwin lagi, kata aku yang memilih. The hell? Siapa yang memilih sebenarnya ni?

Tuesday, February 09, 2010

CINTA INTERAKTIF : OVER-RATED

Brendon dan Annabelle sudah lama berkawan. Sangat lama. Lebih lama dari usia KLIA. Lebih lama dari usia Taipei 101. Dan yang lebih penting, lebih lama dari usia anak-anak mereka sendiri. Dan cinta mereka seagung cinta Shah Jehan dan Mumtaz Mahal.

2031

Bratt, anak sulung Brendon, sedang duduk di taman sambil berborak dengan gadjet yang mengeluarkan hologram di hadapannya. Bukan main rancak dia berbual dengan objek hologram bertubuh wanita itu. Langsung lupa waktu Asar yang sudah sampai hujungnya.

Brittany, anak perempuan tunggal Brendon pula sibuk dengan katalog-katalog maya yang dikenali sebagai "i-User" di dalam Palm PC-nya. Palm PC merupakan hadiah Brendon kepada Brittany sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 16 tempoh hari. Dan Brittany betul-betul menggunakan sepenuhnya gadjet itu dalam kehidupan sosialnya.

Brendon pula sedang sibuk membelek muka surat akhbar New York Post yang dilanggannya setiap hari melalui atas talian terus ke monitor mudah lentur di ruang tamunya. Diselaknya dari satu muka surat ke satu muka surat lain, akhbar versi hologram sesentuh itu.

Ya, zaman itu zaman teknologi. Semua orang berlumba-lumba untuk menyaingi kebijaksanaan teknologi masing-masing. Yang lambat akan ketinggalan jauh ke belakang. Yang cepat akan bongkak dengan apa yang mereka ada.

Sehingga masing masing lupa dengan kewujudan sebuah gadjet yang pernah dinamakan sebagai telefon bimbit dan telefon pintar yang dikatakan mula berevolusi sekitar 20 tahun lepas. Ya, gadjet ini tidak lagi wujud di zaman ini.

Tapi Brendon masih lagi menyimpan 1 set gadjet ini sebagai bukti cinta pertamanya dahulu.

2010

Hari itu tahun baru. Selaku seorang pelajar yang bakal menerjah alam pekerjaan, Brendon memerlukan pelbagai alatan baru sebagai pendorong untuk dirinya menempuhi alam yang dikatakan kejam oleh mereka yang pernah menempuhinya. Hanya satu sahaja impian Brendon, mempunyai gadjet telefon pintar seperti kawan seusianya. Agak kolot fikirnya jika masih lagi bertelefon skrin hitam putih sedangkan bidang pekerjaan Zaidi menghendakinya berpakaian korporat. Tak matching, katanya.

Sebenarnya, Brendon terbawa-bawa sangat pengaruh televisyen dalam kehidupannya.

Ya, hasil pinjaman duit dengan kadar interest 0% dari ibu bapanya, dia berjaya mendapatkan apa yang dihajatinya. Sebuah telefon pintar berskrin warna warni, berkamera dan yang paling membanggakan, boleh berMMS. Bagi pemuda seusia Brendon, telefon sebegitu sudah cukup membanggakan dan sikap bongkak boleh dipupuk melaluinya.

Maka, Brendon pun melalui alam yang dikatakan kejam itu dengan tenang dan bersungguh-sungguh. Dan sifat terpuji itu bukan datang ikhlas dari hati nuraninya, atau datang dari semangat baru telefon bimbit yang berteknologi MMS itu, tetapi ia datang dari nasihat dan kata-kata dorongan seorang wanita yang sangat dicintainya tetapi masih belum menjadi miliknya, iaitu Annabelle. Bayangkan, betapa hebatnya kata-kata seorang wanita sehingga berjaya menjinakkan lelaki garang seperti Annabelle.

Perhubungan antara Brendon dan Annabelle bermula kira-kira 10 tahun sebelum Brendon dan Annabelle menjadi lebih rapat.

2000

Brendon seorang pelajar yang sangat pasif. Agak malu dengan penampilannya yang agak skema, lantas menyisihkan diri dari kawan-kawan yang lain. Nasib menyebelahi Brendon kerana terma-terma seperti "Loser" dan "Noob" masih belum popular di kalangan pelajar. Jika tidak, mungkin terma-terma itu yang menjadi teman hariannya selain terma "Gembeng", "Poyo" dan beberapa perkataan yang tidak sesuai untuk dikisahkan. Hanya kata-kata kesat stenderd yang digunakan. Mungkin kerana suasana hostel mereka yang agak ceruk dan teknologi yang masih lagi mundur, terma-terma mat salleh itu lambat sampai ke dalam benak mereka.

Setiap hari di kelas, Brendon hanya fokus dan fokus dalam setiap subjek. Bukan kerana dia ingin berjaya tetapi hanya kerana mahu Annabelle melihatnya sebagai seorang yang rajin dan bukan seperti pelajar-pelajar lelaki yang lain yang lebih cenderung ke arah aktiviti tidur, ponteng kelas dan berborak. Kadang-kadang teringin juga Brendon menyertai aktiviti begitu, tetapi apakan daya tindakannya itu tidak disokong oleh perasaannya terhadap Annabelle.

Segala aktivitinya terbatas hanya kerana Annabelle. Cintanya terhadap Annabelle begitu mendalam.

Dalam lokernya penuh dengan pakaian berwarna hijau, kerana Annabelle merupakan setiausaha sukan Pasukan Rumah Hijau.

Setiap hari Brendon akan sikat belah tepi kerana bekas pakwe Annabelle sebelum ini semuanya rambut sikat belah tepi.

Brendon hanya akan makan malam di dewan makan pada pukul 6.30pm kerana waktu itu Annabelle dan kawan-kawannya akan makan malam.

Ya, semuanya hanya untuk Annabelle. Tetapi Erra Fazira pernah berkata, tanpa keberanian mimpi tidak bermakna. Dan kata-kata itu sesuai benar untuk menceritakan keadaan Brendon yang sangat "Loser" ketika itu. Sehingga hari terakhir peperiksaan SPM, Brendon masih lagi tidak mampu meluahkan rasa cintanya pada Annabelle. Jika bukan kerana Lam berjaya bergenfrenkan Annabelle pada saat-saat akhir, dah lama Brendon selitkan surat cinta berbau talkum di dalam buku teks sejarah milik Annabelle. Dunia sangat tidak adil kepadanya, rintihnya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung selepas peperiksaan SPM tamat.

2002

Berlari-lari anak Brendon ke arah bilik hostelnya. Bukan main suka hatinya bila Christine, rakan sekelas Brendon dan Annabelle di sekolah dulu, memberikannya nombor telefon bimbit Annabelle kepadanya melalui ruangbual MiRC #Mamak. Sambil mulut terkumat kamit seperti dukun sedang menghafal mentera lagaknya, Brendon terus mencapai pen dan menulis nombor telefon bimbit Annabelle di dalam buku telefon magnetik miliknya. Lantas diselitkan semula ke dalam dompetnya. Hatinya puas kerana berpuas hati.

Malam itu, Brendon tidur dalam senyum. Senyum yang pernah hilang 2 tahun lepas itu muncul kembali hari ini.

Lantas keesokkan harinya, dia berkira-kira menyusun pelan taktikal jangka pendek. Baginya, melakukan apa-apa keputusan sekalipun, rancangan perlu ada. Berkesan atau tidak, itu kerja tuhan yang menentukan. Yang penting, usaha.

Dimulakan dengan "Short Messaging System" atau SMS perkenalan yang ringkas. Disusuli dengan panggilan telefon 3 saat. Tidak puas dengan itu, dibuatnya panggilan menggunakan kadfon atau syiling. Oleh kerana harga kad tambahnilai ketika itu tersangat la mahal, iaitu minimum RM30, agak sengkek juga bagi Brendon jika mahu terus-terusan menelefon menggunakan telefon bimbit jenama Sagemnya.

Dan seperti di Alam La La La, Brendon terus hanyut dibuai mimpi indah kononnya dapat bercinta dengan Brendon. Jika otak manusia waras dapat mentafsirkan situasi ini, mana mungkin manusia boleh jatuh cinta hanya melalui telefon. Jika ada sekalipun, peratusannya amat kecil. Cupid tidak ditugaskan untuk tugas jarak jauh sebegini.

Selama 3 semester Brendon di kolej itu, selama itulah dia cemerlang dalam pelajaran kerana selama itulah Annabelle menjadi pendorongnya untuk berjaya. Mungkin bagi Annabelle, itu perkara biasa bagi seorang kawan untuk mengucapkan kata-kata seperti "Good Luck" atau "Take Care" sebagai ucapan sempena peperiksaan tetapi Brendon mentafsirkan sebaliknya. Baginya, biarpun tidak bertemu muka dengan Annabelle, terasa bagai Annabelle duduk disebelahnya dan memberi kata-kata dorongan.

Brendon memang kuat berangan. Dan sehingga hari terakhirnya di kolej (sebelum semester praktikalnya bermula), dia masih belum bertemu muka dengan Annabelle. Rancangan terakhir dalam pelan taktikal jangka pendeknya mungkin akan gagal jika Brendon masih lagi tidak menemui jalan untuk bersua muka dengan Annabelle. Difikirnya jalan yang sesuai dengan mengambilkira konstren-konstren bagi setiap jalan.

Temujanji demi temujanji dibuat secara interaktif melalui telefon bimbit.

Hari yang dinanti tiba. Restoren ala barat menjadi titik pertemuan. Dua pasang mata bertentang. Brendon hanya mampu senyum sepanjang berhadapan dengan Annabelle. Manakala bagi tidak mahu menambah-janggalkan suasana, Annabelle lebih banyak bertanya itu dan ini. Dan Brendon seperti itu juga. Senyum dan senyum dan senyum. Hingga senyumnya terhenti pada matanya tertancap di sebentuk cincin bertatahkan berlian di jari manis kiri Annabelle. Dan dan itu juga segalanya runtuh. Hati. Jantung. Harapan. Impian.

2007

Sejak peristiwa beberapa tahun lepas, beberapa siri percintaan tak kesampaian Brendon pun sempat berlalu. Semuanya gara-gara fahaman cinta interaktif yang ingin diketengahkan Brendon dalam setiap episod percintaannya. Bertentangan sekali dengan cara cinta arus perdana waktu itu.

Kegagalan demi kegagalan demi kegagalan. Mematangkan Brendon dalam menyebarkan fahaman cinta interaktifnya.

Dan tiba-tiba Cupid cuba bermain-main panah dengannya. Dia cucuk tang sana, dia cucuk tang sini, dia cucuk tang situ.

Takdir menemukan semula Brendon dengan Annabelle tetapi dengan bentuk yang lebih diharapkan Brendon. Annabelle sudah putus tunang! Yeay!

Sedikit demi sedikit. Setelah berjaya mendapatkan nombor telefon Annabelle yang terkini, Brendon mula pasang pelan taktikal yang baru, kali ini dengan skala yang lebih panjang. Lebih kurang 3 tahun lamanya. Mungkin nampak mustahil bagi sesetengah pihak tetapi itu tidak mustahil bagi Brendon. Baginya, ungkapan "One step at one" masih lagi digenggam utuh olehnya walaupun sudah digunakan bertahun lamanya.

Dicuba dekati perempuan yang sedang berpatah arang itu. Dijadikan dirinya sebagai seorang insan yang sangat memahami. Sangat boleh diharapkan. Dan sangat pemurah untuk meminjamkan bahu.

2009

Bertahun lamanya Brendon mengecapi mimpi indah sementara rekaannya. Rasanya pelan taktikal jangka panjangnya mungkin akan berhasil atas usahanya selama 2 tahun ini. Dan ajaibnya, biarpun hanya 3 kali bersua muka sepanjang bertemu kembali sejak 2007 yang lalu, Annabelle dan Brendon seolah-olah menjadi lebih rapat.

Cinta interaktif Brendon mula menampakkan hasil.

Dan ketika ini mahu sahaja Brendon memaki hamun mereka-mereka yang menegakkan statmen "Cinta jarak jauh tidak akan berhasil".

Brendon semakin menjadi-jadi apabila mereka bercerita tentang berkongsi impian, masa depan dan hala tuju. Brendon memang dapat rasakan bahawa sememangnya Annabelle-lah jodohnya yang baru disedarinya.

2010

Pap! Tahun kehancuran bagi mimpi indah Brendon.

Annabelle padanya mula memberikan respon luarbiasa pada setiap tindakan Brendon. Tuturbicara sudah semakin mesra. Topik perbualan menjurus ke arah alam perkahwinan. Tetapi yang hairannya, Annabelle kata dia masih belum bersedia untuk mempunyai teman.

Brendon lagi bingung. Akhlak apakah perempuan ini? Sudah berteman tapi mesra, masih belum bersedia lagikah?

2031

"Daddy, mummy call!"

Panggilan Brittany tidak disahut. Ditekan skrin "call" di skrin sesentuh monitor mudah lentur itu. Dari hologram akhbar New York Post, terus bertukar kepada hologram saiz sebenar isterinya.

"Hai b, u buat apa sorang-sorang je ni."

Brendon masih tidak jemu mengembangkan fahaman cinta interaktif biarpun sejarah membuktikan ianya tidak ke atas kebanyakkan perempuan.

Brendon... Brendon....