Showing posts with label Bangga. Show all posts
Showing posts with label Bangga. Show all posts

Friday, July 15, 2011

ERTI KEBERANIAN SEBENAR. SALUTE BRO.

Kalau kau join perhimpunan Bersih 2.0, kau tak cukup berani.


Kalau kau join Patriot untuk halang perhimpunan Bersih 2.0 juga tak cukup berani.


Abang FRU dan Polis yang halang Patriot & Bersih 2.0 pun tak cukup berani.


Erti berani ada apabila kamu menjadi perhatian dalam crowd yang tengah naik syeikh.


Di situ-lah terletaknya keberanian untuk menahan sabar dan menahan kemarahan.


Keberanian menahan air mata dari mengalir pun iye jugak. Hua hua hua.



Monday, March 28, 2011

INI ADALAH GAMBAR CURI

Ini merupakan gambar curi. Jika tuan punya gambar rasa marah atau tak selesa gambar ini dicuri, inform aku ye. Tak payah nak maki-maki tau.

I'm happy for you my man!

After all the series of sadness, kau memang the bomb la bro. He he he. Moga hidup kamu diberkati dan hubungan ini lebih dilindungi. Kalau ada rezeki untuk berumahtangga, harap ada ayam goreng tepung macam dekat rumah Aan dulu. Boleh lepak majlis kau lama sikit. Biarpun geng makan ayam masa majlis Aan dulu kebanyakkannya dah berkahwin.

Think positive will lead us to positive result. Macam kawan saya ni. Dan dia merupakan sumber inspirasi saya untuk terus berfikiran positif.

Tahniah, Sifu. Tahniah.

Friday, November 20, 2009

TAK DAPAT YANG RACING PUNYA, DAPAT YANG INI PUN KIRA OKEY LA

gambar dari : www.ohtidak.com
.
Kalau nak idam kereta kecik tapi mahal, nak kena tunggu aku jadi anak orang kaya baru dapat beli. Sekarang pun nak jadi anak orang kaya dah lambat. So, aku idam yang lebih realistik dan cenderung ke arah masa depan sikit.
.
Kot la dapat anak setengah dozen, mane nak muat sumbat dalam kancil atau mini cooper s. Kot la anak-anak aku dapat gen gemuk aku ni lebey, kena ambil kira jugak tu. Paling-paling kurang pun nak kena beli macam Perodua Alza ni. Hahaha!
.

Tuesday, October 28, 2008

CURRENTLY ADDICTED TO

Aku ada try nak baca buku The Secret tapi aku rasa seksa macam telan kaca pula. Punya la susah nak faham. Bahasa Inggeris SPM dulu pun cukup-cukup makan je. So, aku nak juga tahu pasal The Secret ini. Aku try pula tonton dokumentari pasal The Secret ini. Erm... Berkesan. Korang nak jugak?

Wednesday, September 10, 2008

ANJAKAN PARADIGMA


Aku dah boring dengan tajuk yang lama. Kini aku cuba untuk membuat penjenamaan semula tajuk blog aku. Tajuk je. Isi kandungan tetap sama. Seperti dahulu kala.

Kau tak nak baca? Ada aku kesah?

Tuesday, April 22, 2008

SESI GEMBIRA-GEMBIRA SEBELUM TAMAT PEPERIKSAAN

MAJLIS SUKA-SUKA BERGEMBIRA SEBELUM TAMAT EXAM

Pada 24 April 2008 ini, satu majlis BBQ student MISC yang bakal tamat dan bekas studentnya akan diadakan di persekitaran tasik Guthie pada jam 8.30pm. Justeru itu, para peserta dikehendaki membayar wang penyertaan sebanyak RM10.00 pada saya atau mana-mana wakil majlis, sebelum 23 April 2008.

Penyertaan tidak terhad kepada mana-mana bilangan peserta. Asalkan anda bayar, anda layak untuk menikmati juadah yang bakal kami sediakan. You pay, you eat. If not, get lost!

Kasar? Takde la.

Menu di dalam cadangan:
1) Ayam panggang.
2) Sosej Cap Ayam, yang dipanggang.
3) Bee hoon goreng.
4) Kerang bakar (kalau cukup budget)
5) Dadih, macam biasa.
6) Buah-buahan tempatan (actually, tembikai je)
7) Air oren sunquick (atau sirap atau air R.O)
8) Lain-lain itu kalau ada lebih budget.

Peserta dikehendaki memakai baju hitam "Till death do us apart" yang baru sampai last week pada majlis itu nanti. Alaa....yang Jamal handle aritu la.

Aktiviti-aktiviti lain adalah seperti sesi makan-makan (of course), nyanyi-nyanyi, mabuk-mabuk (metafora sahaja), gelak-gelak, kutuk-kutuk, campak orang dalam tasik, snap-snap gambar, nangis-nangis (depend pada peserta), dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Jangan ketinggalan ok? Kepada Roommate, balik cepat tau. I boring la tido sorang-sorang kat bilik tu :p

Saturday, April 12, 2008