"Makhluk ni ganas sangat. Tuan dia mesti ada ilmu yang tinggi." Kata Tok Ajai dengan termengah-mengah, "Tok nak 2 orang lelaki pegang kaki dia."
Tok Ajai mula membaca ayat-ayat amalannya. Terkumat-kamit mulutnya. Sesekali tersembur air liur. Asap kemenyan dah mula memenuhi ruang bilik Senah Dangdut. Tok Ajai mula mencampurkan garam dan biji lada hitam ke dalam mangkuk. Dipusing-pusing bahan itu sambil membaca ayat amalannya. Senah Dangdut yang dari tadi meracau-racau dalam bahasa Siam mula mengganas kembali apabila Tok Ajai mula mengepal campuran garam dan biji lada hitam dalam genggamannya.
"Siapa tuan kau?" Jerkah Tok Ajai, "Kenapa kau masuk dalam badan anak adam ni!"
Rontaan Senah Dangdut makin kuat. Hampir-hampir tercampak Bubot dengan Pidi Ewok. Rasanya, kalau Senah Dangdut meronta lagi sekali, boleh patah tulang tangan Bubot dan Pidi Ewok. Tok Ajai yang hilang sabar terus mencampakkan campuran garam dan biji lada hitam ke badan Senah Dangdut. Terus serta merta menggeletik badan Senah Dangdut, dah macam Inul Daratista. Asap yang terhasil dari campuran garam dan biji lada hitam apabila tersentuh badan Senah Dangdut, sangat busuk baunya. Macam bau bangkai ayam. Selepas itu, rontaan Senah Dangdut semakin lemah dan bau busuk semakin menipis.
Tok Ajai minta Bubot sediakan 2 gelas air. Satu diminumnya untuk menghilangkan lelahnya dan satu lagi dibacakan jampi dan diberikan minum kepada Senah Dangdut yang dah longlai. Untuk mengembalikan semangat kata Tok Ajai.
"Dah okay dah si Senah ni. Kau bagi la dia rehat. 2,3 hari nanti, pulih la semangat dia tu". Jelas Tok Ajai, "Pesan dekat Senah, balik koje malam-malam jangan lalu dekat ladang getah Long Piah sana. Aku syak, dia kena kacau dengan belaan Long Piah. Balik ni Tok singgah rumah Long Piah kejap nak tanya dia. Kamu jangan risau."
"Err.. Baik Tok. Terima kasih banyak-banyak Tok. Ini pengerasnya". Kata Bubot, adik Senah Dangdut sambil menghulurkan 4 keping not RM50 kepada Tok Ajai.
"Kalau 2,3 hari masih tak baik, panggil Tok. Tok balik dulu la ye. Assalamualaikum."
************
"Piah... Oooo.... Piah!"
Long Piah menguakkan pintu rumahnya.
"Haa... Kau Jai... Macam mana dengan bahagian aku?"
"Nah.." Kata Tok Ajai sambil menghulurkan sekeping not RM50, "Kau hantar hantu kau yang kuat sangat. Tak larat aku nak melawannya. Lain kali hantar la yang lemah sikit."
"Ha ha ha, ye la Jai... Dapat RM50 ni pun kira dah ok dah. Berasap sikit dapur aku. Ha ha ha."
"Aku balik dulu la Piah. Ada projek baru jangan lupa hallo hallo aku."
Monday, September 20, 2010
Sunday, September 19, 2010
PROLOG : MENULIS GENRE SERAM
Menulis cerita yang bukan genre kegemaran kita dan cuba memuaskan perasaan ingin tahu manusia rupanya satu kerja yang berat. Idea kena cari. Kena jumpa ramai orang. Bukan boleh duduk rumah, buka internet, buka astro terus dapat idea. Bukan.
10 muka surat yang berkualiti untuk penulis amatur macam aku adalah satu kerja yang tough juga.
Demi meng"impress" semua orang, aku bakal berdepan dengan genre yang aku takuti; genre seram untuk selama 1 bulan lebih sebelum kena submit.
Buat elok-elok weh!

Thursday, September 16, 2010
AKU RASA RAMAI YANG BEGITU
SELAMAT HARI MALAYSIA.
Ok, kali ini aku ucap selamat tepat pada masanya.
Akhirnya, apa yang diperjuangkan oleh sesetengah dari penduduk Malaysia untuk memperingati Hari Malaysia ini tercapai juga. Alhamdulillah. Aku ada terdengar dan terbaca dulu bahawa ramai yang mempersoalkan tentang kesamaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kerana kedua-dua event ini amat penting untuk negara kita tapi tidak diberikan hak kesamarataan untuk diberi cuti.
Tahniah kerana dengan usaha murni anda membuatkan anak-anak kecil sekarang dapat mengenali Hari Malaysia awal dari aku dulu. Dah tingkatan 4 baru aku tahu Malaysia dapat nama pada 16 September. Itu pun aku baca sebab cikgu dah spot soalan.
Okey, bagi yang bekerja. Cuba tanya rakan sepejabat anda. Tak kira lah dia seorang melayu, cina, india atau lain-lain. Tanya 16 September seluruh negara bercuti sebab apa. Bagi yang jenis campur masyarakat, baca akhbar, tengok berita dan celik internet, sekurang-kurangnya mereka ini akan mendapat gambaran kasar bahawa 16 September adalah hari Malaysia mendapat nama "Malaysia".
Tapi bagi mereka yang hanya tahu pergi kerja, buat kerja, sembang dengan sek-sek dia je, fikir pasal kerja orang tapi kerja sendiri haram tak siap-siap, aku pasti 100% dia tak tahu apa sebabnya. Atau aku bagi diskaun la. Sekurang-kurangnya dia akan jawap "Hari 1Malaysia" kot.
Kepala bana.
Kalau nak dapat cuti Hari 1Malaysia, minta PM kita umum lain nanti. He he he.
Ada beran nak test tanya ofismet korang Jumaat atau Isnin nanti? Atau, entah-entah kau pun fikir hari ini Hari 1Malaysia kot? Jangan bikin malu weh!
p/s : Kalau betting, aku 100% percaya aku menang. Keh keh keh.
p/s/s : Hari Malaysia itu adalah sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. 1Malaysia itu ideologi diumumkan pada 16 September 2008. 2 benda yang berlainan. Harap jangan tersilap.

Wednesday, September 15, 2010
HAJAT
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!
Aku harap masih belum terlambat untuk aku ucap selamat pada semua kan? Raya ada lagi kira-kira 25 hari lg kan? He he he.
Alhamdulillah, satu per satu hajat aku mula tercapai. Dan aku harap, pada masa akan datang, satu per satu hajat-hajat lain akan menyusul untuk direalisasikan. One at once. Pelan pelan kayuh. Biar la orang nak kata apa sekali pun. Ada aku kesah?
Dalam masa seminggu sebelum raya, banyak aktiviti yang membuatkan aku buka mata terhadap apa yang berlaku dan apa yang bakal aku lakukan akan datang.
kalau dulu, mungkin aku gelabah nak cari pasangan hidup. Nampak macam desperate sangat-sangat. Tapi bertemu dengan kawan-kawan yang telah bekerjaya, membuka mata aku untuk melencongkan ke-desperate-an itu ke perkara lain. Ke perkara yang aku suka buat.
Kerja yang aku perlu buat seperti ada kerja tetap dan pendapatan yang stabil, itu cerita lain. Tak semestinya itu ada benda yang kita suka buat tapi lebih kepada kerja yang terpaksa buat untuk memastikan makan minum terjaga.
Kerja yang kita suka buat ini lain. Tak semestinya ia menjana kewangan yang besar tapi cukup untuk memuaskan hati kita. Ya, kadang-kadang tak dapat duit. Tapi yang priceless-nya, hati kita puas. Hajat kita tercapai.
Macam aku.
Aku dah mula rasa yang aku perlu move ke satu level dalam hidup aku. So, aku ambil keputusan untuk me-letgo-kan semua majalah-majalah lama aku. Jual satu majalah seringgit pun tak pe. Dari dibuang atau jual kat apek old-newspaper, baik aku jual pada orang dengan harga yang murah. Memupuk minat orang membaca dan mengenali komik. Amacam, tinggi tak cita-cita aku? Aku rasa ada dalam 1000 keping majalah jugak kot. Tak termasuk Utopia dan Hype edisi pertama. Itu aku nak jual dengan harga RM100. Ha ha ha. Do your math. Berapa banyak duit aku akan dapat nanti. Ha ha ha.
Dan hajat yang lain. Nasib aku membawa aku untuk menerbitkan buku genre angker bersama 9 penulis cerita angker yang lain dalam projek buku seram yang dikelola oleh Toqreemauw. Alhamdulillah sangat-sangat kerana aku terpilih sebab dengan platform ini aku harap dapat memperbaiki gaya tulisan dan memantapkan lagi idea penulisan. Semoga mendapat tempat di hati pembaca. Dan platform ini sebagai pendorong untuk aku menuis dengan lebih baik. Sekurang-kurang dapat menutup mulut orang-orang mengutuk aku selama ini.
Aku harap hajat korang semua pun dapat tercapai. Jodoh? Tak payah fikir sangat. Buat apa yang kita suka dulu sebab lepas kahwin nanti kita ada tanggungjawap lain pula. Susah dah nak buat. Ye tak?
Tapi aku tak lah cakap aku tak nak kahwin. Kan? :p

Tuesday, September 14, 2010
TERUJA DI HARI RAYA
Perkara paling teruja gua perolehi selepas berduka menghulur duit raya.
Harap-harap ini adalah langkah pertama gua untuk terus mara!
TERUJA!

Saturday, September 04, 2010
HURDIATI - EPISOD LAST
Semakin hari Shah mula mengumpul perkumpulan untuk menyiasat makna perkataan Hurdiati. Dari negeri paling Pantai Timur hingga ke negeri paling utara. Dari pekerja pencacai angkat najis hingga ke guru yang selalu hilang gigi. Semua turut berkongsi obses dengan Shah. Mencari makna Hurdiati. Shah tidak menawarkan apa-apa harta berbentuk material atau sebarang harta intelek. Ini lebih kepada brotherhood. Macam brotherhood Shah dan Geng Misi Black Hawk Down 8 tahun lepas. masing-masing punyai level kepuasan untuk dikecapi.
Pencarian bermula laman sosial Facebook. Shah berpura-pura letak statusnya sebagai, "Thanks... Hurdiati!".
Dari situ, seorang demi seorang kawan-kawannya memberi komen yang positif. Tak kurang juga yang negatif macam,
"Woi Fish, tunang second ke?'
" Cilakak fler, hulur-hulur sikit la weh"
Namun begitu, Aja kelihatan rilek dan tidak menggelabah. Dia tahu takde siapa yang berminat sangat nak tackle pakwe dia. Perangai tak senonoh macam Shah cuma dia aje yang boleh handle. Rahsianya? Lagu-lagu Korea. Boleh buat besi galvani dan ego tebal 3 inci cair wo!
Namun, sedikit sebanyak maruahnya tercalar dek makin negatif komen-komen.
Memandangkan Aja dah naik hangin, Shah cuba placing Hurdiati pada benda lain.
"Hurdiati tu lelaki la, kawan Muaz" - Alasan pertama. Placing pada Muaz.
"Hurdiati tu nama betul Dottie. Dottie - Hurdiati. Kan sama tu." Alasan kedua. Placing pada Moha.
"Hurdiati tu janda Kadiaq la. Dia suruh jagakan." Alasan ketiga. Placing pada Kadiaq.
Aja semakin merajuk.
Sejak hari itu, Shah bubarkan perkumpulan mencari makna Hurdiati. Biar la Shah mencari makna Hurdiati sendiri-sendiri. Dia tak mahu sebab pencarian ini hubungan dia dan gadis jiwa Korea akan putus begitu sahaja.
Lalu, Shah pun layan filem She Not That Into You di HBO.
Sekian.
P/S : Sampai sekarang Atori masih lagi mencari makna Hurdiati dalam semua kamus pelbagai bahasa, "Kalau makna bagus, aku nak letak nama anak aku Hurdiati dowh!"

Friday, September 03, 2010
HURDIATI - PART ONE
Mata Shah jadi tak mengantuk. Entah kenapa dia masih lagi berfikir tentang mimpi semalam. Seorang tua berjanggut paras dada, berbaju t kolar bulat dengan lukisan kugiran KISS dan berseluar yankee datang kepadanya dan menyebut satu perkataan yang bakal mengubah kehidupan Shah akan datang.
Hurdiati.
Sampai ke hari artikel ini ditulis, Shah masih tidak dapat mencari makna yang cuba disampaikan oleh orang tua berjanggut paras dada, berbaju t kolar bulat dengan lukisan kugiran KISS dan berseluar yankee cuba sampaikan. Jangan katakan wikipedia, habis semua enjin pencarian di dunia siber digunakan untuk mencari makna Hurdiati. Yahoo!, Google, Redtube dan segalanya. Masih belum ketemu jawapan.
Ada satu ketika sewaktu berbuka puasa dengan kekasihnya. Aja. Ketika menunggu waktu azan Maghrib, Shah mengelamun dan menyebut perkataan Hurdiati.
"Apa u cakap tadi?" Tanya Aja. Curious as a cat. Meowww....
"Hur.. Eh, mana i ada cakap apa-apa?" Balas Shah mengelak.
"Ada tadi. I dengar." Aja cuba pancing.
"Oh.. I ckp Astaghfirullah... Saja i mengucap. Kan elok bulan puasa ni kita mengucap." Shah cuba berdalih.
"Sayang, tu namanya beristighfar la. Bukan mengucap. U ni, jahil betul la." Cebik si Aja.
Tiada sesiapa yang perlu tahu apa atau siapa Hurdiati itu. Biar rahsia ini dia sendiri yang pendam. Biar ia jadi sebutan dalam hatinya. Kalau kantoi pada Aja, mampos nanti dia ingat Hurdiati tu nama makwe. Memang ada iras-iras nama makwe tapi Shah tak pasti. Tapi kalau betul makwe, apa salahnya.
"Hik hik hik." Hati Shah gelak sorang dia.
Sekarang, perjalanan mencari makna Hurdiati akan bermula. Dengan senyap. Shah tak mahu dunia menggelakkannya bila mereka tahu yang Hurdiati tu nama kereta atau nama tempat dan lebih teruk jika Hurdiati nama kucing. Mampus kena gelak dengan Uya nanti.
Tapi itu cerita lain.

GELABAH MENJELANG RAYA
Aku rasa dah dekat-dekat nak raya ni, mesti ramai yang menggelabah sebab nak pastikan semua yang dirancang berjalan seperti yang sepatutnya. Baju raya mesti dah siap. Kueh raya mesti dah ambil. Pakaian untuk adik beradik di kampung mesti dah masuk beg balik kampung. Tiket raya dalam dompet, tiap-tiap malam dok tengok tarikh tiket; kes takut salah tarikh.
Aku pun pernah mengalami scene gelabah menjelang aidilfitri. Tahun lepas.
Sekitar Ampang.
Waktu aku praktikal. Aku memang dah rancang nak balik JB naik kereta. Tumpang member-member. Kes malas nak berasak-asak di Pudu. Lagi satu. Sebab nak rasa perasaan perantau pulang ke kampung. Ngee~
Aku kontek orang sana sini sejak mula 1 Ramadhan lagi. Mula-mula tu, pilih-pilih juga nak naik kereta apa. Vios dah penuh. Gen 2 pun sama. Pilihan terakhir naik Myvi. Myvi pun Myvi la. Daripada naik bas.
Aku kasi kontek sama kawan poli aku yang aku nak tumpang. Ok, dia set bagi aku tumpang. 1 kriteria yang buat aku nak tumpang dia ialah dia tak nak terima duit yang aku bagi untuk tong-tong petrol dan tol. Amacam? Gerek kan?
Gerek tu gerek juga, tapi ni apa kes ni?
Seminggu sebelum cuti raya bermula. Aku kontek dia balik. Nak konfem betul-betul lokasi nak tunggu dan sebagainya. Tiba-tiba dia jawap,
"Weh, raya tahun ni mak bapak aku nak raya kat KL la. Jadi, aku tak balik JB."
Cilakak. Apa jadah orang tua dia nak lepak KL musim-musim raya ni. Alasan tak beragak. Aku tak habiskan masa untuk maki dan carut kepada dia. Aku mula gelabah. SMS orang sana sini. Semua penuh. Dari sebesar-besar Vios hingga ke kecil-kecil kancil. Semua penuh.
Pergh....
Nasib baik aku teringat seorang kawan sekolah rendah aku. Malu-malu juga nak SMS tanya kereta ada kosong ke tidak. Kontek sekali sekala, tetiba nak tumpang balik raya. Orang takde muka je yang tak tahu malu dalam situasi ni.
Nasib baik ada kosong.
Sampai sekarang aku masih tak boleh terima alasan member aku. Orang tua dia raya kat KL?

Thursday, September 02, 2010
KALAU DAH LEMAU, ELOK SANGAT LA
Kata seorang teman, "Bila nak pergi kerja rasa macam lemau, bila buat kerja pun rasa macam lemau, itu tanda-tanda dah itu. Elok berhijrah karier."
Itu kata teman itu. Kira macam nasihat pun ada. Tapi lebih kepada hasutan.
Cerita lain.
Seorang demi seorang kawan memulakan fasa karier baru. Ada yang karier lebih elok. Ada yang karier lebih buruk. Ada yang nak memulakan fasa lain dalam kehidupan. Ada yang selesa dengan karier sekarang. Terpulang pada hati masing-masing tapi kalau pergi kerja pun rasa macam lemau saja, elok berhijrah karier, pesan seorang teman.
Itu cerita lain.
Telefon dan Jobstreet menjadi teman akrab aku buat masa sekarang. Sekian terima kasih.

Labels:
Epilog Hati Sepi,
Kaunsellah aku
Wednesday, September 01, 2010
JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA
Terkesan dari nota facebook seorang kawan.
".......Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...... "
Jadikan pedoman untuk mencari pasangan.

Subscribe to:
Posts (Atom)