Wednesday, September 15, 2010

HAJAT

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!

Aku harap masih belum terlambat untuk aku ucap selamat pada semua kan? Raya ada lagi kira-kira 25 hari lg kan? He he he.

Alhamdulillah, satu per satu hajat aku mula tercapai. Dan aku harap, pada masa akan datang, satu per satu hajat-hajat lain akan menyusul untuk direalisasikan. One at once. Pelan pelan kayuh. Biar la orang nak kata apa sekali pun. Ada aku kesah?

Dalam masa seminggu sebelum raya, banyak aktiviti yang membuatkan aku buka mata terhadap apa yang berlaku dan apa yang bakal aku lakukan akan datang.

kalau dulu, mungkin aku gelabah nak cari pasangan hidup. Nampak macam desperate sangat-sangat. Tapi bertemu dengan kawan-kawan yang telah bekerjaya, membuka mata aku untuk melencongkan ke-desperate-an itu ke perkara lain. Ke perkara yang aku suka buat.

Kerja yang aku perlu buat seperti ada kerja tetap dan pendapatan yang stabil, itu cerita lain. Tak semestinya itu ada benda yang kita suka buat tapi lebih kepada kerja yang terpaksa buat untuk memastikan makan minum terjaga.

Kerja yang kita suka buat ini lain. Tak semestinya ia menjana kewangan yang besar tapi cukup untuk memuaskan hati kita. Ya, kadang-kadang tak dapat duit. Tapi yang priceless-nya, hati kita puas. Hajat kita tercapai.

Macam aku.

Aku dah mula rasa yang aku perlu move ke satu level dalam hidup aku. So, aku ambil keputusan untuk me-letgo-kan semua majalah-majalah lama aku. Jual satu majalah seringgit pun tak pe. Dari dibuang atau jual kat apek old-newspaper, baik aku jual pada orang dengan harga yang murah. Memupuk minat orang membaca dan mengenali komik. Amacam, tinggi tak cita-cita aku? Aku rasa ada dalam 1000 keping majalah jugak kot. Tak termasuk Utopia dan Hype edisi pertama. Itu aku nak jual dengan harga RM100. Ha ha ha. Do your math. Berapa banyak duit aku akan dapat nanti. Ha ha ha.

Dan hajat yang lain. Nasib aku membawa aku untuk menerbitkan buku genre angker bersama 9 penulis cerita angker yang lain dalam projek buku seram yang dikelola oleh Toqreemauw. Alhamdulillah sangat-sangat kerana aku terpilih sebab dengan platform ini aku harap dapat memperbaiki gaya tulisan dan memantapkan lagi idea penulisan. Semoga mendapat tempat di hati pembaca. Dan platform ini sebagai pendorong untuk aku menuis dengan lebih baik. Sekurang-kurang dapat menutup mulut orang-orang mengutuk aku selama ini.

Aku harap hajat korang semua pun dapat tercapai. Jodoh? Tak payah fikir sangat. Buat apa yang kita suka dulu sebab lepas kahwin nanti kita ada tanggungjawap lain pula. Susah dah nak buat. Ye tak?

Tapi aku tak lah cakap aku tak nak kahwin. Kan? :p

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku