Sejak dua menjak, feel aku nak mengarang cerita terbantut. Macam-macam benda yang aku nak kena fikir. Tugasan akademik lagi, tempoh 30 dah nak tamat lagi, kes berangan nak bercinta lagi. Aha!
Dan kekadang buat aku terfikir yang ini adalah simptom-simptom pelajar semester akhir kot. Buat benda gila yang dahulunya tak terfikir nak buat. Dan kegilaan aku terkini adalah bergambar. Konon nak bergambar guna kamera mahal tapi tak mampu. So, pinjam kamera kompak kawan saja-lah!
Berjalan sekitar kampus. Dengan poket seluar jeans penuh dengan kamera, telefon bimbit, kunci bilik, kuaci dan duit syiling. Ada masa aku upload gambar. Sekarang tak de masa.
2,3 entri sebelum ini pun aku mengarut tak tentu hala. Asalkan terlintas, aku tulis. Konsikuensi letak belakang. Adoi!
Dan semalam ku bermimpi, aku jadi berani. Tanya dia pasal dia, "Dah berpunya ke belum?".
Tapi itu hanya dalam mimpi! Kenapa-lah mulut aku ini tak selancar bila berdepan secara realiti?
Di Utara, atau dengan lebih tepat kampus ini, sedang cuti panjang. Kira-kira 5 hari, termasuk 1 hari ponteng kelas. Ramai yang ambil peluang nak balik. Ada juga yang ponteng. Berhibur sama awek dan kawan-kawan. Roommate pun takde, keluar pergi mana tak tau.
Tapi. Yang tiada awek, macam aku. Hanya dulu bilik. Sorang-sorang. Tonton movie, main games, buat tugasan.
24 jam aktiviti yang sama. Sekotak winston 18 untuk satu malam. Dashyat!
Buka folder 1. Cerita jiwang. Close. Buka folder 2. Cerita dah tengok. Close. Buka folder 3. Berminat. Double click.
Eh, erm.... Uh! Aha!
Pelik, mengapa cerita ini ada satu kaler je. Hati meronta-ronta. Mata dok pejam-celik-pejam-celik. Aku bangun. Kunci pintu. Selak pintu. Double protection.
Dan aku mimpi lagi. Kebelakangan ini, cuaca utara tidak menentu. Tiap-tiap petang hujan. Dan tiap-tiap petang juga aku tidur.
Bangun tidur. Mata berpinar. Pusing-pusing macam gasing. Gosok-gosok. Mata dan seluar. Lagu "I do (Cherish you)" masih lagi berkumandang. Melawan-lawan dengan azan Maghrib.
Aku terbejat. Duduk diam. Berfikir. Cuba align hidup fantasi dan realiti. Aku mengukir senyum. Senyum paling manis hari itu.
Dah. Aku capai tuala paling kering. Aku angkat gayung. Pakai selipar jamban. Kena pergi cepat. Nanti orang penuh. Dah la kena mandi lambat petang ni. Dek kerana mimpi. Aduyai.... *sengih paling sinis*
Malam itu hujan. Angin tak makan saman punya kuat. Aku tidur lewat. Banyak kerja. Kerja-kerja edit stiker PEMEDIH. Baru lepas tonton filem "Yes Man". Badan dah penat. Mata dah ngantuk.
Tetiba. Aku berada di warong Pak Akob. Di Senibong. Sedang makan nasi lemak popularnya. Teh tarik gelas besar.
Eh.
Dengan 2 kanak-kanak comel. Laki-laki. Dan perempuan. Dan emaknya sekali. Isteri aku. Comel gak. Macam anak-anaknya.
"Daddy, daddy..." Suara bersahutan. Aku jadi kaget. Terjatuh. Sakit pungkoq.
Aku terjaga. Peluh berjejeran. Di kala hujan dan angin yang tak makan saman. Setitis demi setitis.
Hari ini, macam selalu-selalu. Aku makan nasi bungkus. Lauk macam biasa. Standard-standard sahaja. Daging sesenduk, sayur seulam, kuah semangkuk. Nak makan sedap-sedap, baik aku balik rumah.
Aku rasa kuah dia cair, aku tambah kicap. Aku rasa daging dia tawar, aku tambah sambal belacan. Duduk atas kerusi, minum air kosong. Dah fikiran aku pun kosong, macam air.
Hidup kita ini macam nasi bungkus.
Kalau rasa tak best, kita ubah. Kalau rasa tak kena, kita protes. Hidup kita hari-hari sama je. Pusing kiri, pusing kanan, tetap jumpa orang yang sama.
Ah, boring la asyik makan nasi bungkus. Esok nak try makan roti canai tampal telur banjir. Ada beran makan roti canai tengah hari?
Permulaan hari yang baik dengan terjaga seawal jam 6.30am sedangkan malam sebelum itu tidur pada jam 2.00am. Biasanya terlajak sampai jam tak masuk akal.
Diikuti dengan bangun subuh pada awal waktu. Bukan macam selalu yang dikategorikan sebagai subuh dinasour.
Dan yang paling menakjubkan, kelas pagi ini tidak dikenakan seksaan berdiri sepanjang kelas. Ya, kami duduk dengan tenang tanpa perlu rasa takut ditanyakan soalan yang mengarut. Kami juga belajar kata sinonim bagi bodoh iaitu bebal, moron tolol dan sebagainya. Some more, kelas hanya diadakan selama 1 jam sahaja!
Presentation case study subprime untuk subjek TAP juga berjalan lancar. Kumpulan aku kena gak pada hari ini. Tak larat nak tunggu lama-lama. Kecut! Makin lama, makin banyak benda pula nak ditambah.
Orang kata kalau permulaan hari perkara baik-baik je berlaku, maknanya satu hari juga pasti perkara baik berlaku.
Hidup ini umpama makan nasi bungkus, Kita sebagai pemakan, Lauk sebagai penyedap, Duit sebagai pengantara, Tokey kedai sebagai penyentap.
Sebagai pemakan kita nak lauk yang sedap-sedap, Kalau tak sedap, tak terbukalah selera, Tapi kita tak tahu lauk-lauk sedap itu berapa harganya, Sampai la kita sedar yang kita sudah tersalah pilih lauk, Bila tokey kedai cakap harganya RM8.00 Untuk lauk sotong, ayam dan ulam bersambal belacan. Waktu itu la baru kita sedar yang kita kena gadaikan duit tambang bas,
Macam itulah hidup kita.
Kita suka pilih awek/chikas yang cantik-cantik sahaja, Sebab kalau tak cantik, takkan la boleh kita suka, Tapi kita tak tahu awek/chikas cantik itu baik atau tidak, Sampai la kita sedar yang kita sudah salah pilih awek/chikas, Bila ada orang cakap, "Hei, ini awek/chikas aku la. Nak kena tumbuk?" Waktu itu la baru kita sedar yang hidup kita ini macam makan nasi bungkus.