Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, May 04, 2011

MASKARA SOFA PUTIH DI PESTA BUKU



Sempat juga aku hadirkan diri untuk sesi kali ini. Lepas ini aku target nak datang masa Maskara Shorties pula. Booth ITNM masa ini memang penuh. Yang nak jenguk, yang memang nak singgah semua ramai. Tapi aku dapat pose cantik, ngam-ngam belakang Abang Jurugambar tu. Pose pula dengan my buddies, Daus Mota (Baju hitam sebelah aku).

Nik Jidan main lagu sedap. Kak Taheera pun main lagu sedap. Suara Pipiyapong slow sangat, macam penat sangat, baru balik niaga burger rokes agaknya. Nazri Vovinski nampak macam sibuk. Projek tengah sedap kot. Tokrimau lewat sikit. Pyan Habib promote buku Euforia. Jendral Naga sengih-sengih je. Hehehe.

Thursday, August 26, 2010

SUATU KETIKA - MAKAN HOTEL


Dulu hidup kami tidaklah susah melarat tapi tidaklah senang lenang. Hidup kami biasa-biasa sahaja. Ayah dan emak pun kerja biasa-biasa sahaja. Dengan berkat kerja biasa-biasa itulah yang menyara kami adik beradik sehingga jadi saiz tak masuk akal ini.

Emak merupakan penjawat awam yang bergaji rendah dan bagi menampung perbelanjaan seharian kami, emak buat kerja ambil upah jahit baju. Dan seperti tahun-tahun yang lepas, untuk persiapan hari raya tahun itu, emak akan gunakan simpanannya untuk kegunaan kami sekeluarga. Dari persiapan langsir raya, baju raya kami adik beradik hinggalah ke kuih raya.

Ayah pula kerja makan gaji. Tidak ada kerja sampingan. Mujur ada overtime. Jadinya, tiap malam menjelang ramadhan tahun itu, ayah rajin bukan main. Tiap-tiap hari balik lambat.

Tapi dengan gaji taraf biasa-biasa dan kerja overtime itu, ayah mahu membawa keluarganya ke satu level lain dalam komuniti. Ayah tak mahu kami adik beradik jadi manusia yang outdated. Yang kolot. Yang tak tahu dunia luar. Kalau boleh, apa yang keluarga lain ada dan buat, ayah mahu keluarganya dapat juga. Jadinya, pada bulan puasa tahun itu, ayah buat sesuatu yang kami tidak akan lupa sehingga kini. Dan ia merupakan bulan puasa paling bermakna bagi kami sekeluarga.

Tahun itu, ayah dapat bonus raya dari majikannya. Yang dia terima sebelum bulan puasa lagi. Kami tak tahu apa rancangan ayah. Ayah kata, "Ikut ajeeee." Makanya, kami pun ikut ajeeeeee.

Ayah bawa kami ke salah satu bangunan yang dulunya pernah di bawah seliaannya, Hotel Puteri Pan Pasific (kini dikenali sebagai Hotel Puteri Pasific). Kata ayah, dia dapat diskaun buka puasa di situ sebab pengurus hotel itu kawan ayah. RM60++. Waktu itu, dengan harga begitu, sangat besar nilainya.

Hari itu merupakan hari pertama kami adik beradik buka puasa di hotel secara orang kata "buffet". Rambang mata sebab sebelum ini kami hanya disajikan dengan 2,3 jenis lauk sahaja untuk hidangan berbuka. Tapi hari itu selera kami disajikan lebih dari 30 jenis lauk dan lebih 20 jenis makanan entah apa-apa ntah.

Itu menjadi titik tolak kami adik beradik mula berbuka puasa secara buffet di hotel. Dan mulai tahun itu ke tahun berikutnya, ayah jadikan aktiviti berbuka di hotel sebagai aktiviti tahunan keluarga kami setiap kali aku atau adik beradik lain pulang bercuti (dari asrama sekolah).

Tapi tahun kebelakangan ini, ayah tidak lagi perlu keluarkan duit poket sendiri untuk aktiviti tahunan kami ini. Sejak ayah kerja dengan syarikat developer, banyak kontraktor yang belanja buka di hotel. Kadang-kadang, hingga 5,6 jemputan dalam sebulan. Sampai kami naik jemu. Lauk buka zaman sekarang dah makin mengarut tetapi terkenangkan undangan orang, kami pergi saja. Nothing to lose.


********************


Pada tiap akhir Ramadhan, aku akan mula terfikir. Mampukah aku lakukan seperti mana yang ayah lakukan untuk keluarga? Berjimat untuk memastikan keluarga dapat macam keluarga lain dapat?

Tuesday, August 03, 2010

NAK MASUK INDIE ART, KENA DAFTAR MANA?


Zaman sekarang ini zaman indie art tengah naik.

Indie art ada macam-macam. Aku pun tak tahu makna sebenarnya indie art. Mungkin sejenis art yang pihak TV tak nak ketengahkan dalam intisari rancangan mereka. Sebab tak ada selebriti popular agaknya.

Zaman sekarang semua orang 'into' indie art.

Hujung minggu ini aku nak hadiri majlis art yang agak popular. Dah masuk tahun ketiga diadakan. Kali ini lebih banyak penyertaan luar negara. Dekat tengah-tengah Kolumpo.

Apa dah tak ada indie art scene dekat Johor ke?

Ada, tapi mungkin tak kena dengan fizikal aku kalau nak lompat-lompat hempas kepala. Tapi aku suka indie art yang ini. Kalau mereka buat di Johor, jimat tambang keretapi aku. Dulu, mereka pernah buat sekali tapi masa tak kena. Aku tengah nak ambil skrol ijazah masa itu.

Harap-harap kalau mereka nak buat di Johor, aku tak ada masalah lain yang tak munasabah la hendaknya.

Ok -lah. Aku datang sebab aku tak nak jadi kodi!

Sunday, May 03, 2009

AKU MULA BERCUTI. LOL!

Aku tengah bercuti di Pulau Pinang. Lepas habis exam, bercuti kian bermakna. Tapi aku tak mahu tengok result exam. Mesti macam haram. Soalan macam haram. Hati aku yang ber-waltz malam tadi, tiba-tiba terhenti tariannya. Mimpi macam haram!

Tuesday, March 10, 2009

LAGI BERJALAN KE TERENGGANU


Berjalan-jalan ke Terengganu pada cuti raya cina yang lepas. Singgah di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu.

Lagi maklumat, klik di sini.

Wednesday, January 28, 2009

TRAVELOG : AROUND MALAYSIA IN 24 HOURS (PART 1)

Ini kali pertama aku mengharungi pengalaman yang maha penat ini. Aku rasa macam sudah seperti salah seorang peserta Amazing Race Asia pula. Aku juga tidak pernah terfikir akan mengharungi semua ini dalam jangka masa aku sedang sibuk dengan kerja-kerja akademik.

Semua ini bermula dengan jemputan undangan perkahwinan salah seorang boss ayah aku di Pantai Batu Buruk, Terengganu.


Hour 0.
Menunggu ketibaan Ekspress Mayang Sari yang sepatutnya tiba jam 7.30pm tetapi ia hanya muncul di lokasi pada jam 8.00pm. Tiket berharga RM74 membayangkan tempat duduk yang luas dan selesa. Pergh.. Sempat juga aku mengalas perut dengan sepinggan mee goreng mamak dan sebiji telur goreng goyang juga segelas teh o ais. Terima kasih juga diucapkan kepada Saudara Daud yang bersusah payah mencarikan kereta sewa dan menghantar aku dan adik aku ke Changlun.

Hour 1.
Bas berhenti di Stesen Bas Tanah Merah, Jitra untuk mengambil penumpang. Tanpa di sangka-sangka pula, aku terserempak (bukan dirancang) dengan seorang sahabat lama, Faraein Sanusi yang menyambung pelajarannya ke peringkat KPLI di IPDA. IPG yang sama dengan Cikgu Aminudin Salleh setahun yang lepas. Dia masih tidak berubah. Masih dengan keserabutan atau dengan dialek kedahnya “Kekalutan”. Walaupun sudah pandai mengendalikan Alat Pembantu Peribadi (PDA) berjenama O2 namun dia tetap serabut.

Hour 2.
Bas melewati lebuhraya susur Juru di Seberang Prai, Puau Pinang. Kereta tampak berasak-asak hendak menuju ke destinasi masing-masing. Kebanyakkannya menghala ke arah pulau dan ke arah utara. Jalan menuju arah selatan amat lengang sekali. Cuma sesekali dihiasi dengan perlumbaan bas-bas ekspress.

Hour 5.
Bas berhenti berehat di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Perak arah selatan untuk memberi ruang kepada penumpang untuk menunaikan solat Isya’ dan mengisi perut. Antara kawasan R&R yang aku suka singgah memandang fasiliti yang selesa dan luas.

Hour 6.
Bas melewati stadium Shah Alam Selangor. Indah juga kawasan sesak ini di kala dinihari. Tiada kesesakkan. Tiada hiruk pikuk enjin kenderaan. Tiada asap. Tiada polis.

Hour 7.
Bas melewati Negeri Sembilan dan negeri Melaka tanpa ada masalah di tahan polis atau JPJ walaupun bas bergerak dengan kelajuan yang hilang akal.Cuma tampak jalan sedikit sesak arah utara.

Hour 9.
Bas tiba di sebuah hentian di Yong Peng untuk menurunkan penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Pahat. Aku dan Faraein berpisah takat di sini. Kami sempat bersolat Subuh di sebuah stesen pam minyak petronas di Jalan Rahmat, berhampiran dengan Masjid Jamek Batu Pahat.

Hour 12.
Bas selamat tiba di Johor Bahru pada jam 8.00am. Alhamdulillah. Dengan mata yang agak kuyu dan perut yang agak lapar, kami (aku dan adik) disambut oleh ayah aku yang telah penat menunggu seawal jam 7.30am. Kami hanya sempat meluangkan masa kurang dari setengah jam di rumah sebelum kami semua bertolak ke Kuala Terengganu. Nak cium dan gomol-gomol (dengan Comot) pun tak sempat sangat. Tak puas. Penat pun tak hilang lagi. Tapi nasib baik ayah aku bersetuju untuk memandu terlebih dahulu dan aku tidur terlebih dahulu. Jaga stamina beb, nak pergi jauh ni.

To be continued....

TRAVELOG : AROUND MALAYSIA IN 24 HOURS

Klik untuk besarkan gambar.