Friday, January 25, 2008

MENGKHATAMKAN TONTONAN GOL DAN GINCU THE SERIES. AKU SUKA EPISOD “DIARI SEORANG LELAKI”.

Hari-hari yang aku lalui di sini aku masih teruskan. Teruskan belajar, menghabiskan kerja-kerja tutorial, menyertai aktiviti-aktiviti kelab dan mengharungi liku-liku kehidupan pelajar yang penuh masalah.
~
Kebelakangan ini, aku lebih cenderung untuk membaca tulisan-tulisan kreatif dan separa kreatif yang menjadi kandungan beberapa jurnal, majalah dan blog-blog kota kesesatan internet. Penat juga merayau-rayau dalam ruang siber memandang waktu yang aku peruntukan untuk berlibur siber amat terhad. Nasib baik tak sesat.
~
Kandungan dalam blog-blog itu semuanya hebat-hebat. Kebanyakkan dari mereka dah sampai tahap otai dalam bidang penulisan samada dari majalah-majalah terkenal hinggalah ke pemenuh ruang blogosfera dengan tulisan saja-saja. Aku masih jauh lagi nak capai ke tahap mereka. Mereka lebih cenderung mengisahkan hero yang tidak dinyanyikan, isu-isu semasa dan kebanyakkan mereka lebih suka menceritakan minat-minat mereka seperti kegiatan sosial harian, luahan rasa ketidakpuashatian mereka dan pelbagai lagi.
~
Ilmu aku masih lagi kurang untuk menyatukan jiwa aku dengan keadaan blogosfera yang infiniti. Banyak lagi yang aku tak tahu. Terlalu banyak yang aku belum kuasai untuk masuk ke dalam dunia serba baru ini. Persediaannya masih lagi kurang. Kiranya masih dalam bertatih la. Aku takjub dengan tulisan mereka. Dalam ketakjuban itu, aku juga rasa sangsi dengan ketulusan tulisan-tulisan ini semua. Ye la, semua main cakap lepas je. Fakta dan perasaan marah bercampur aduk. Mana nak letak fakta. Mana nak letak marah. Aku tak nak cakap banyak-banyak. Takut kena banned. Hehehe....
~
Aku cuba berkarya dalam dunia blogosfera memandangkan ini salah satu cara baru untuk perkembangkan bakat (ada bakat ke?) terpendam dalam dunia penulisan. Ada juga dulu aku cuba menulis cerpen tapi kebanyakkan daripada projek-projek itu masih terbengkalai dalam kotak buku atas kabinet bilik aku. Projek yang memerlukan aku menulis secara konvensional menyebabkan aku cepat bosan. Ye la, zaman aku baru nak mula bidang ini, teknologi pengkomputeran ini belum berkembang sepenuhnya.
~
Tajuk karya aku yang akhir sekali terbengkalai tu masih aku ingat. Ianya aku cipta khusus untuk menyertai pertandingan menulis skrip anjuran FINAS. Tapi sebab malas aku lebih sikit dari rajin, aku pun buat la kerja separuh jalan. Lenggok Zapin Dalam Irama Jazz. Nama macam best (pada aku la), kisah keseluruhannya mengisahkan 2 dunia irama lagu yang jauh berbeza yang akhirnya menyatu 2 hati. Sudah tentu hati lelaki dan perempuan. 2 insan yang datang dari 2 dunia yang berbeza dan cuba menyelami dunia itu dan akhirnya jatuh cinta pada muzik tempatan. Kalau tak dapat jadi skrip drama atau filem, dapat jadi cerpen pun jadi la. Harap-harap.
~
Oh ya! Pagi ini aku baru sahaja menamatkan tontonan drama bersiri Gol Dan Gincu sebanyak 12 episod. Aku tak pasti episod sebenar melepasi angka itu atau tidak. Setelah musim kedua tamat siarannya di 8TV, aku baru berkesempatan untuk menonton musim pertamanya. Gosh! Sangat ketinggalan zaman.

Tuesday, January 22, 2008

PASTIKAN YANG HALAL. NAMPAK SEDAP RASANYA ENAK.








~
~
1.) Dalam perjalanan kami ke Phuket, kami singgah sebentar di Hadtyai [Hat - Jai] dalam sebutan orang siam; untuk menikmati makan malam. Kami pun order makanan seperti biasa di Malaysia. Ini adalah Kue Teow Goreng. Apa yang istimewanya? Kami tempah Mee Goreng instead of Kue Teow Goreng. Ini la silapnya kami. Orang siam tu ingat "Mee" itu adalah "Kue Teow" sebab bila cakap "Mee" memang mereka ingatkan "Kue Teow". Dah la rasanya pelik semacam sebab mereka banyak menggunakan Nampla [Sos Ikan] dalam masakan mereka.
~
2.) Ini pula ialah Lepat Pisang versi Phuket. Kami menikmatinya di Kampung Kho En, Phuket, sebuah perkampungan islam. Rasanya seperti lepat pisang Malaysia cuma rasanya lebih pekat dan lebih manis. 2 baht.
~
3.) Pulut Bakar. Luarnya seakan-akan satar, makanan kegemaran aku yang berasal dari Pantai Timur Malaysia, tetapi isinya jauh sekali dari satar. Ia adalah pulut merah/hitam yang dibakar dalam di makan begitu sahaja, tanpa ada apa-apa perisa tambahan. Lebih enak lagi jika dimakan panas-panas. 3 baht.
~
4.) Nasi Kerabu Kering. Begitulah yang digelar oleh Imam Kampung Kho En, Imam Saad Narayee. Berharga 5 baht dan sangat enak. Menurut Imam, biasanya orang biasa makan 2,3 bungkus. Tapi kalau orang luar biasa macam aku ni, tak pasti plak tahap maksimumnya.
~
5.) Ini pula Kuih Koci Thailand. Biasanya kita lihat Kuih Koci ni berbalut kan? Rasanya memang sejibik saacuma appearance je lain. Think out of box?. 2 baht.
~
6.) Cha Kue or whatever anda pronouce it tapi maksudnya memang sama. Di Malaysia jarang kita lihat ianya kontot-kontot dan di makan sebagai sarapan. Tapi di Phuket, kuih ini menduduki carta popular kuih cepat habis sebab ianya murah [1baht] dan senang nak makan [bagi yang kena kerja pagi-pagi buta]
~
7.) Cekodok pisang. Sama je cuma mereka tak kedekut pisang. Kalau kat Malaysia ni, rata-ratanya yang pernah aku rasa, lebih tepung dari pisangnya. 2 baht.
~
8.) Apom Lenggang. Manis dan rangup [Kalau masih suam]. 3baht.
~
9.) Nasi Campur. Kami singgah makan ketika dalam perjalanan ke Patong Beach. Cuba teka berapa ringgit? Siapa tepat aku bagi key-chain phuket. Lauk penuh pinggan hinggakan nasi beras siam tak kelihatan. Sungguh aku tak bohong. Jangan tak teka!
~
10.) Pelbagai Ball Goreng dan Bakar. Anda suka makan ball ape? Sotong? Udang? Ikan? Ayam? Daging? Semua ada. Apa yang menjadi x-faktornya ialah sambal yang pedas manis. WooOo! Marvelous! Secucuk 10baht.
~
11.) Som Tam a.k.a Kerabu Betik Muda. Salah satu hidangan wajib jika anda pergi ke Thailand. Tak kira la bahagian mana pun tapi pastikan status halalnya. Sangat pedas jika letak cili api lebih tapi masih lagi mengekalkan kesedapnya. penuh perasa masam, manis, pedas dan kerapuhan kacang dan betik rangup. Yum! Yum! Sepinggan 30baht.
~
12.) Rencah Mee Goreng. Saya sempat snap sebelum makcik itu masukkan Mee kedalamnya. Apa yang istimewanya? Sotongnya besar-besar beb. Dah macam makan seafood plak. Padahal order Mee Goreng je.
~
13.) Gerai Menjual Pelbagai Masakan Berasaskan Serangga. Si Model bukan peminat serangga. Lipas dekat pun dia menjerit semacam wanita. Harap muka je gangster. Harga ikut berat. 100gram 20 baht. Ada lipas tanah, Kumbang Najis, Belalang Padi dan 2,3 serangga lagi yang saya kurang pasti spesisnya.
~
14.) Main dish! Tom Yam. Sangat sedap. Warnanya pekat sedikit dari yang anda semua pernah lihat di Malaysia sebab mereka memasukkan sedikit santan sebagai penambah perisa. Tapi memang sedap la. Dan harganya sesedap Tom Yam juga 280 baht untuk 4 orang makan. Sotong, Udang dan cendawan bersepah-sepah. Lain macam di Malaysia yang mana mereka melebihkan sampah-sarap [Bawang, serai, daun limau] daripada isinya.

Sunday, January 20, 2008

AN EVENING IN PHUKET


Alhamdullilah, saya selamat pergi ke Phuket pada 16 Januari 2008 malam dan selamat tiba ke Malaysia pada 19 Januari 2008 malam.Banyak kisah menarik yang saya mahu kongsikan bersama tapi itupun jika berkesempatan kerana minggu-minggu mendatang sehingga akhir bulan Januari saya agak sibuk dengan pelbagai tutorial, ujian dan kerja-kerja aktiviti pelajar. Mungkin blog ini akan sunyi sementara untuk beberapa hari ini. Tapi teruskan membaca bingkisan saya nanti ya...
~
Akhirul kalam, doakan kejayaan saya sebagai seorang student.

Wednesday, January 16, 2008

GADIS MUDA : SUATU SUBJEKTIF YANG PELIK

Tak banyak yang aku nak tulis. Cuma beberapa bingkisan kisah perempuan lucu yang aku pernah temui sepanjang pengajian aku di sini. Perempuan ini bukan seorang badut ataupun peserta Raja Lawak. Ini juga bukan kisah yang benar-benar lucu tapi lebih kepada sarkastik dan slapstik tentang keegoan wanita yang nak melebihi ego lelaki. Kisah yang jika aku fikir-fikirkan semula, ianya tak sepatutnya berlaku. Kelakar la jika kalian dalam posisi aku.
~
Are you in my shoes?”
~
Kisah Gadis Satu.
Aku mengenali dia sejak hari pertama orientasi lagi. Dia seorang yang amat menarik dari segi rupa parasnya. Tapi kami jarang bertegur sapa. Maklum la, pipit dengan enggang mana la boleh terbang bersama. Nanti helang datang menyerang. Dia menjadi perhatian ramai dari peringkat rakan sebaya hingga la ke peringkat fasilitator yang berusia muda. Berkulit putih langsat, pipi gebu, berlesung pipit, matanya redup, sangat menarik tapi dirosakkan dengan suara kanak-kanaknya. Memang patut pun dia tak banyak bercakap. Ramai sudah yang aku lihat kecundang dalam mengharapkan cintanya. Aku tak mahu ambil risiko untuk mencuba kerana aku sudah mendapat firasat yang kurang baik jika aku teruskan. Dan aku bukan orang yang berpegang pada ayat “Apa salahnya mencuba.”. Satu persatu jejaka yang mendampingnya bertukar ganti. Jejaka itu semua tak tahu malu. Kalau nak ikutkan hati aku, aku nak je hadiahkan cermin muka bersaiz gergasi kepada mereka agar mereka sedar sikit. Macam aku. Sedar diri.
~
Nak dijadikan cerita pula [Tapi ini benar-benar kejadian] seorang rakan aku yang tahap kehensemannya kurang sikit je jika dibandingkan dengan Boer, si kambing Australia, tersangat la meminati gadis ini. Jika hendak diikutkan sejarah penglibatannya dalam mematahkan hati para gadis Kuala Lumpur, prestasinya juga amat cemerlang. Tapi entah kenapa dia bagai hilang taringnya jika berhadapan dengan gadis ini. Ahh... Mulanya nampak mustahil. Sangat mustahil jika playboy besar Kuala Lipis boleh cair dengan gadis ini. Manifesto yang diperjuangkannya selamanya ini; “Biar perempuan yang cari dia, bukan dia cari perempuan”, nampaknya kurang berkesan terhadap gadis ini. Dipendekkan cerita, si gadis ini menghantar SMS kepada dia semasa cuti akhir semester 2 semester lepas. Maka, berbunga-bungalah hati sang jejaka. Prasangkanya yang menyatakan dia dipermainkan rakan-rakan jauh meleset. Sejak hari itu, setiap malam la dia berSMS dengan gadis ini. Kami, rakan seperjuangnya mula rakan berbulu; jealous bercampur geram sebab dia masih berpegang pada manifestonya walhal dia yang tergila-gilakan gadis itu. Pernah aku berkata kepada si jejaka ini dengan nada menyindir,
~
“Kalau kau bercinta dengan dia, ibarat syaitan bercinta dengan bidadari tau. Jauh bezanya tu.”
~
Tapi si jejaka perasan ini buat endah tak endah sebab baginya, sebahagian hati gadis itu sudah menjadi miliknya. Mungkin dia mengadu pada gadis ini perihal metafora yang aku berikan tentang perhubungan mereka. Sebelum ini, hubungan aku dengan gadis itu biasa-biasa saja. Setakat bertegur sapa jika terserempak di fakulti. Tapi selepas peristiwa itu, langsung dia tak bertegur sapa dengan aku walaupun duduk makan semeja. Malas la pulak nak bertegur. Takut dilabelkan sebagai “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”. Sungguh paranoia sekali aku ini.
~
Mungkin mata hati gadis ini masih lagi dikaburkan oleh kata-kata manis yang keluar dari mulut masam jejaka ini. Semua baik belaka, manis belaka. Kelakar bukan, hubungan baik antara kami .... Pppoooffff! Hilang sekelip mata kerana metafora yang disalah sangka. Dunia ini bukan tempat yang sesuai untuk orang yang lemah. Terimalah hakikat ini.
~
Kisah Gadis Dua
Gadis dua ini aku kenali semasa aku semester satu. Dahulunya dia seorang rakan yang baik. Dan rajin. Dan aku menggunakan kerajinannya untuk kepentingan diri sendiri. Bukan setakat aku, tapi kebanyakkan antara kami. Notanya complete, kami fotostat. Tutorial siap, kami tiru. Soalan final exam past yearnya banyak, kami pinjam separuh [tanpa pulangkan semula]. Manipulasi sepenuhnya. Dia banyak bersikap minoriti dan kami yang mendominasi. Satu peristiwa yang aku tak lupa bilamana kami berada dalam dewan kuliah dan berdepan dengan ujian. Dia kusut. Sebelum lecturer suruh berhenti menulis, di menjengah kertas jawapan aku dan dapat ditangkap oleh pengawas peperiksaan. Kertas jawapan kami dirampas. Dia dicaj meniru dan aku dicaj memberi tiru. Kena tolak 3 markah dari markah ujian aku yang sikit, 15/50. Ada satu ketika lagi bilamana dia ditangkap berdua-duaan dengan seorang kawan aku. Bukan berkhalwat. Cuma berjalan bersama semasa pulang dari belajar berkumpulan di perpustakaan. Balik awal pagi, takut pulak si gadis nak berjalan seorang diri. Lantas dirush oleh sekumpulan pengetua kolej yang meronda malam itu. Nah, bala kedua menimpa. Tapi semester demi semester attitutenya semakin berubah menjadi lebih agresif. Lebih dominan. Kami mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjauhinya diri darinya. Dia lebih bersikap mengarah dan mengongkong. So irritating. Semuanya nak ikut cakap dia. Dia je yang betul. Yucks!
~
Ingat lagi jejaka perasan dari cerita aku di atas? Dia adalah orang yang sangat membenci akan gadis ini. Kebencian yang tiada sempadan sehinggakan dia sanggup tarik diri dari subjek yang memerlukannya berkumpulan dengan gadis ini. Walaupun dia terpaksa tangguh 1 lagi semester. Dia ni dah sampai tahap otai kebencian. Aku dah cakap, dia ni syaitan. Kami menggelarkan gadis ini “Natasha”. Kenapa? Biar cerita ini kami je yang tahu. Gadis dua, jika anda baca artikel ini, harap kita tak bergaduh dalam shout box lagi dan anda tak habis-habis cakap, “Sorry la. Aku tau aku salah.” Eee...yeee..... Gelinya........
~
Kisah Gadis Tiga.
Gadis tiga ini aku kenali semasa aku semester 1 dan dia semester 4 [Senior muda] di mana aku kenalinya ketika satu program anak angkat yang dianjurkan oleh kolej aku. Pada mulanya aku perhatikan, dia seorang yang lemah lembut dan senang nak diajak berborak. First impression aku terhadapnya amat salah. Kami memulakan hubungan persahabatan dengan berbalas SMS pada semester-semester yang seterusnya. Saling menghulurkan bantuan tatkala dia memerlukan, sudah menjadi rutin setiap semester. Tetapi aku langsung tiada hati terhadapnya. Kenapa? Dia seorang yang keras hati, tak nak lihat kelemahan diri sendiri. Pernah dia putuskan beberapa kali hubungan persahabatan kami atas sebab aku kutuk dia. Aku suka kutuk depan-depan. Direct forward. Taknak simpan-simpan. Dia tak nak terima hakikat. Apa aku boleh buat? Dia berhati kaca sebab dia wanita. Tak biasa dengan hakikat yang terus terang. Tapi aku tak kesah sebab dia pasti akan cari aku balik jika nak minta bantuan aku. Ada juga satu ketika kawan aku sendiri yang suruh aku berhubungbaik dengan dia semula sebab tak tahan hari-hari gadis ini bertanya khabar tentang aku, tanya kenapa aku marah kat dia. Rimas la kawan aku. Hubungan kami menjadi end-of-story bila suatu hari dia minta bantuan saya dan dia datang sangat lambat 30 minit dengan alasan pendrivenya hilang. Itu masalah saya ke? Dah la datang lambat, mintak maaf pun tak. Aku nak tolong dia percuma, bukan mintak bayaran pun. Tapi dia tak rasa dia bersalah. Dia cuma bagi pesanan ringkas; “Maaf kalau kau rasa aku bersalah.”. Kalian rasa dia rasa dirinya bersalah ke? Tidak. Dia langsung tak pernah rasa bersalah. Pegi la mampos. Dah la jaja nama aku tak nak tolong dia last minute. Habis busuk nama aku. Aku peduli apa. Asalkan kawan-kawan aku tahu aku tak bersalah itu sudah mencukupi pada aku. Jika antara anda merujuk kepada comment di frienster saya baru-baru ini, sila highlightkan comment dari “Azwa”. Dia la gadis ini. Nampak macam innocent tapi cubalah berkawan dengannya. Anda akan tahu. Kalau anda baca blog ini wahai Azwa, aku cuma harap kau berubah la. Kau tu dah nak jadi isteri orang. Jangan bawa perangai kanak-kanak kau ni.
~
Setakat ini je la. Banyak lagi sebenarnya. Cuma tak larat nak taip je. Kalau ada sesapa nak tolong taip, orait gak. Ok, till then. Salam ukhuwah. Chewah!

Tuesday, January 15, 2008

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 12

Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.
~
~
~
Semakin dekat dengan tarikh keberangkatan aku ke Phuket, semakin teruja aku jadinya. Maklum la, ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke luar negara selain daripada Singapura. Itu pun semasa zaman aku sekolah rendah. Lama dah tu, kira-kira 15 tahun lepas, zaman sebelum mata wang Singapura lebih tinggi harganya dari mata wang Malaysia.
~
Masa dekat sekolah dulu amat susah hendak mengikuti rombongan anjuran kelab-kelab atau persatuan-persatuan memandangkan aku kurang aktif di sekolah. Zaman itu, kalau dapat pergi ke klinik kerajaan [dekat jalan ke Jementah] tu pun dah kira best sangat la tuh. Dapat ponteng kelas prep, dapat pi makan goreng pisang/keledek, dapat pergi merayap sekejap sementara Abang Sanib sampai untuk membawa kami pulang. Waktu itu pun, ada sebilangan kawan-kawan yang menempah macam-macam seperti komik la, pisang goreng la. Cukai dikenakan atas barangan yang ditempah.
~
Tempat-tempat popular untuk membuat rombongan adalah seperti Rantau Panjang, Langkawi, Kuala Lumpur dan macam-macam lagi, termasuk la Cameron Highland. Semuanya atas nama lawatan sambil belajar ke sekolah-sekolah cemerlang, bawa pelajar-pelajar melihat sendiri kawasan asrama bestari untuk diterapkan ke persekitaran sekolah kami. Itu semua wayang semata-mata. Di sebalik itu, cikgu-cikgu kami yang sibuk nak pergi ke Rantau Panjang, Langkawi untuk bershopping semata-mata. Mengalahkan pelajar pulak. Kalau ikut rombongan sekolah, tambangnya dah percuma bukan?
~
NTMT juga pernah menganjurkan lawatan menenang minda sempena SPM yang bakal menjelang. Sekolah kami mempunyai peruntukkan untuk pelajar akhir membuat lawatan. Setelah beberapa perbincangan diadakan dan beberapa kertas kerja ditolak, akhirnya kami berjaya mengadakan lawatan menenang minda di Cherating. Kesusahan kami belum berakhir. Sebelum kami dibenarkan berbuat demikian, kami dikehendaki mendapatkan kebenaran ibu bapa / penjaga. Kami duduk di asrama dan tidak dibenarkan pulang ke rumah untuk mendapatkan tandatangan kebenaran. Cikgu Yahya Awang dan Cikgu Kamal Hassan sengaja mahu merosakkan pelan kami. Mereka badi sangat agaknya dengan batch kami. Kami tak putus asa. Ibu bapa kami memberikan respons yang baik setelah termakan dengan pujuk rayu kami. Kebenaran melalui faks dilakukan. Saban hari selepas waktu persekolahan kami beramai-ramai berkumpul di pejabat sekolah untuk memastikan faks dari ibu bapa sampai ke pejabat sekolah dengan selamat. Takut-takut Cikgu Kamal Hassan dengki dengan kami pulak. Dia memang begitu. Lebih 90% faks kebenaran selamat tiba dan Cikgu Kamal Hassan mengalah. 10% lagi kemungkinan adalah sebahagian dari ibu bapa kami yang kerja sendiri atau tergolong dalam golongan susah. Kesusahan kami bukan sampai takut itu saja. Cikgu Yahya Awang meletakkan syarat baru iaitu mesti mempunyai seorang guru pengiring dan dia menawarkan dirinya untuk menjadi guru pengiring dan meminta kami untuk menanggung segala caj penginapannya selama kami berada di sana. Sangat celaka. Menambahkan kos, kos yang sedia ada pun sudah tak tertanggung lagi. Ni kan pula, tambah lagi kos dia. Kami ikutkan saja memandangkan dia tak bersama-sama kami menaiki bas. Kos pengangkutan dia kami tak tanggung. Naik la dia kereta cabuknya. Hati aku begitu teruja sebelum ke Cherating. Seterujanya hati aku untuk ke Phuket 2 hari lagi.
~
Dalam perjalanan kami ke Cherating, kami melalui laluan Segamat – Gambang untuk ke Cherating. Kami menaiki bas yang dipandu oleh pemandu bas sembahyang jumaat kami. Entah ape ntah nama dia. Tak berapa ingat? Sapa yang ingat? Dalam perjalanan, kami membuka CD cerita Cannibal Holocaust. Cerita ini sangat ngeri dengan adegan-adegan makan orang dan makan binatang mentah-mentah. Berhentinya kami disebuah perhentian, seorang rakan kami terus muntah [bukan di dalam bas]. Siapa orang itu? Umar. Ya, Umar Haiyat, Lecturer Universiti Teknologi Malaysia, sekarang. Hatinya sangat lembut sehingga tengok darah memancut-mancut dalam televisyen pun boleh memberi kesan terhadap tekaknya. Perjalanan yang bermula pada waktu malam itu dihidangkan lagi dengan cerita Hollow Man. Pernah tonton? Sudah pasti kan? Kami sampai di Gambang untuk bersarapan pada waktu pagi keesokkan harinya.
~
Banyak lagi kisah yang menarik yang berlaku sepanjang hari percutian kami ini. Perhatian! Jangan gunakan perkhidmatan bas ini lagi kerana mulut pemandu ini hanya wangi sewaktu nak dapat duit je. Dengan bas macam haram. Dapat anda bayangkan menaiki bas jarak jauh tanpa pendingin hawa? Panas hati beb.
~
Malas la nak cerita lagi. Tanya la pada kawan-kawan kita yang lain. Pasti mereka tak kan lupa peristiwa-peristiwa Cherating ini. Hehehehe.
~
Lalalalala..... Aku lalok..... Hik...Hik....

Sunday, January 13, 2008

ANDA SEMAKIN TUA. ANDA SEMAKIN LEGEND. SELAMAT HARI LAHIR HIDAYAT!




Wajah gembira menyambut ulangtahun kelahiran ke-23. Kek disponsor oleh Herman.
~
~ Kad ucapan terbesar yang pernah Dayat dapat. Tak akan tanggal setelah dilekatkan di pintu.
~
~Antara juadah yang menanti para tetamu rakus.
~
~
Jelingan manja Presiden Kolej sambil menyuapkan kek ke mulutnya setelah selesai memberi ucapan barang sepatah dua kata.
~
~
"Aku tak suka makan benda-benda yang susah macam kacang. Aku makan kek je la"
~
~
Antara tetamu yang hadir tepat pada masa yang ditetapkan.
~
~
KAMI KENYANG!!! JANGAN MENYESAL SEBAB JEMPUT KAMI YE!!!

KEBAKARAN BANGUNAN ANTIK YANG GLAMOUR

Suatu kebakaran telah berlaku di Changlun yang melibatkan sederat kedai papan. Kebakaran yang bermula dari tengah [Lihat anak panah] dan merebak ke tepi mengakibatkan jalan menjadi sesak sebab semua perlahankan kenderaan untuk jadi kepochi. Sekian.

Saturday, January 12, 2008

SAPA LA YANG CIPTA TAGGED YANG PANJANG NAK MATI NI.

II

~
First name: Mohamad Fikri
Nickname: Wiwin, Ucop, Aben, Manja, Moque
Name you wish you had: Fikri Kacak :p
What do people normally mistake your name as: Fitri instead of Fikri
Birthday: 14th November 1983 / 8 Safar 1404
Birthplace: HBKL, Kuala Lumpur [Now HKL]
Time of Birth: I don't have watch that time
Parents together or divorced: Together
Get along with them: Absolutely
Single or taken: Single
Zodiac: Scorpio [Western] / Pig [Chinese]
~
~
Your appearance

~
How tall are you: 170cm. Last week measurement.
Wish you were taller: Yes
Eye color: Black
Eye color you want: Black
Natural hair color: Black
Current hair color: Black with original white highlight
Short or long hair: Tidy short
Ever dye your hair a bizarre color: No
Curly, straight, wavy: Straight
Last time you did something dramatic with your hair: Back in 1998. Botak.
Glasses or contacts: Glasses
Do you wear make-up: What the hack!
Ever had hair extensions: Not yet
Paint your nails: Yucks!
~
~
The opposite gender
~

What eye color: Grey
What hair color: Reddish. Sexy woo...
Shy or Outgoing: Outgoing and bit of shy
Looks or Personality: Both
Sexy or Cute: Cute
Serious or Fun: Serious but funny
Older or Younger: Younger
A turn on: Intelligence, Broad shoulder, 6 foot tall, Tanned, Spectacles, Family Oriented
A turn off: Desperation, Childish, Materialistic
~
~
This or That

~
Flowers or Chocolates: Both
Pepsi or Coke: Vanilla Coke
Rap or Rock: Rock
Relationship or One-night Stand: Depend
School or Work: School
Love or Money: Both
Movies or Music: Movie
Country or City: Country
Sunny or Rainy days: Sunny
Friends or Family: Both
~
~
Have you ever...

~
Lied: Always
Stole something: Sometimes
Smoked: See the situation
Hurt someone close to you: Yes!
Broke someone's heart: Always
Had your heart broken: Always
Wished you were a prince/princess: Not yet
Liked someone: A lot
Liked someone who was taken: All the time
Shaved your head: Never!
Been in love: No
Used chopsticks: At home only
Sang in the mirror to yourself: Every morning
Cried over someone: Twice
Wish you could change anything about yourself: My shame and shy
Ever think you are attractive: Yes, my belly.
~
~
Favorites
~

Flower: White rose
Candy: Hacks
Song: Imran Ajmain - Seribu tahun
Scent: Lavender, Green Apple
Color: Ocean Blue, Light Green
Movie: A Walk To Remember
Singer: Don't have particular
Word: Pegi la mampos!
Junk food: Super Ring!
Website: http://fikrikacak.blogspot.com/
Lotion: Tak reti guna...
Animal: Cat
Biggest fear: Height. Gayat!
If you had to choose a fairytale as your life, what would you choose: Shrek!
Do you play any sports: Ping Pong
~
~
~
III

~
The rules:-Link to your tagger and post these rules. List (8) random facts about yourself and tag (8) people.8 Random Facts
~
1) Alway sing but alway off tune.
2) Suka masak untuk diri sendiri. Syok sendiri.
3) Kasut saiz 8
4) Baju saiz XXXXL
5) Internet Die-Hard-Fan
6) Eat 6 times a day.
7) Snooorrrrring...
8) Caring and sweet :p
~
~
IV

~
What is your blogging name? Fikri Kacak
When did you start blogging - exact date? 31 Oktober 2007

What was your first title? Aku Pon gak
Which post is the best post so far? Kisah Silam Dari Kaca Mata Seorang Pelajar the series
Who promote/source of inspiration for you to blog? My friends

When d'ya usually post entries? When i have off time
Where would you prefer to be when you are blogging? Home sweet home
Have you met other bloggers? Who? Most of them.
How many entries you made in a month? Average 20
Would you reveal your face or your family in your blog? Why? Yes. Saya gila glamor.

Would you promote your friends to blog? Why? No.
Would you feel restless/guilty conscious/incomplete if you didn't blog for a month? Yes. Very much!
Define blogging : Virtual diary

4 WANITA YANG PALING DIGEMARI [I HATE THIS TAGGED]

~
Ini adalah emak saya. Dia adalah wanita yang saya paling gemari sebab dia yang telah membesarkan saya dengan kasih sayang sejati seorang wanita. Dia pandai masak makanan yang lazat sampai saya jadi besar. Tapi saya tak salahkan dia. Emak saya juga pandai jahit baju. Saya sayang emak saya.
~
~
~
Wanita ini pula yang telah mengheret ke kancah cinta tak kesampaian. Menci.
~
~

~

Acha Septriasa. Aku jatuh cinta padamu sejak ku tonton filem lakonanmu. No offense.

~

~


~

Sari Yanti. Aku mula gemarinya sejak iklan Hotlink. Dan makin menjadi-jadi menggemarinya sejak dia berlakon dalam Kisah Kaisara.

Friday, January 11, 2008

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 11

Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.
~
~
~
Talent come in any size.” Kata Alvin And The Chipmunks
~
Pada waktu sekolah dulu, terdapat banyak kelab yang ditubuhkan oleh pihak sekolah untuk memastikan para pelajarnya aktif dalam bidang ko-kurikulum. Dan untuk memastikan kelab kita menjadi kelab yang terbaik, kelab yang termashyur dan kelab yang teraktif, pelbagai perancangan akan dilaksanakan untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar yang lain.
~
Aktiviti tipikal yang diadakan oleh kebanyakkan kelab adalah seperti Minggu Kelab [Club Week]. Kelab ini berlangsung bukan seperti berlangsungnya Kelab Disney Malaysia. Ini satu kelab yang berlainan sama sekali dengannya. Dalam minggu ini, banyak aktiviti yang dirangka untuk memenuhi waktu pelajar sekolah kami dengan agenda mereka. Contohnya, sepanjang minggu ini akan dijual kertas soalan pertandingan teka silangkata [Kelab Bahasa Melayu], Kuiz mingguan yang akan diumumkan pada waktu perhimpunan, Pop Kuiz yang akan memetik mana-mana nama pelajar, lelaki atau perempuan, untuk menjawab soalan yang diajukan pada waktu perhimpunan juga. Actually, banyak lagi aktiviti yang dijalankan, tapi kurang menarik perhatian aku. Kerana rata-rata, aktiviti yang dijalankan waktu hari persekolahan adalah aktiviti yang kurang menarik.
~
Keadaan akan menjadi lebih menarik pada hari cuti [Sabtu dan Ahad]. Aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental akan dijalankan. Aktiviti seperti mencari harta karun [Treasure Hunt], Pertandingan Pentomim, deklamasi sajak, adalah aktiviti yang memerlukan ramai peserta. Dan aku biasanya suka menyertainya [kecuali Treasure Hunt di mana ia memerlukan kekuatan fizikal dan tahan maki – tiap kali lambat, konfem kena maki dengan pasukan sendiri]. Aku suka pertandingan lakonan yang mana ia dibahagikan mengikut batch dan jantina. Biasanya, pertandingan bahagian perempuan akan dijalankan sehari awal dari yang lelaki, di mana penontonnya adalah perempuan sahaja. Bila time lelaki yang bertanding, penontonnya adalah seluruh warga sekolah.
~
Ada satu ketika [aku lupa minggu kelab mana], aku berlakon menjadi santa klaus. Mungkin kerana faktor fizikal aku terpilih untuk menjayakan watak ini. Waktu itu, props amat terhad. Apa sahaja yang terlintas di fikiran akan dijalankan props, samada mencuri [pinjam sekejap] atau harta peserta lain. Sebagai santa klaus, aku memerlukan bag merah untuk angkut hadiah, kononnya. Takde bag merah, bag plastik sampah pun jadi la. Kapas dijadikan janggut pakcik santa. Berlakon tanpa rasa segan pilu. Apa yang penting bagi aku, aku akan jadi bualan ramai. Gila glamour aku dulu.
~
Lakonan lain, aku jadi pesakit sakit perut yang dirawat oleh doktor gila, Jibam. Ketika aku dibedah; aku baring atas meja dan Jibam berdiri di bahagian perut aku dan membelakangi penonton, dia pura-pura membedah perut aku dan berjaya mencari punca aku sakit perut. Apa puncanya? Macam-macam ada. Ada kertas, botol-botol air, plastik-plastik jajan, alatulis dan macam-macam lagi.
~
Lakonan lain, bukan lakonan aku. Aku amat meminati lakonan dari batch Baghrib [PMR 2000]. Mereka buat ala-ala pentomim gitu. Suara dan lakonan mereka selaras. Dialognya juga kelakar. Mereka bertindak di bawah satu arahan iaitu dari Hashim Sapari dan juga Baghrib. Bagus. Lakonan yang aku suka ialah pada sambutan “Malam Di Ambang Merdeka”. Lakonan mereka mengenai kemerdekaan tanah melayu dengan garapan ala-ala filem tanpa pengarah seni amat menarik. Tanpa props yang mencukupi, lakonan mereka tetap mantap. Seperti biasa. Kemasukkan askar jepun dari pintu masuk dewan dengan menaiki basikal BMX pinjam dari anak-anak warden, menyerang tanah melayu, di atas pentas, pertempuran antara senjata api dan keris, perbalahan antara pemimpin jepun dan melayu sehingga tanah melayu mencapai kemerdekaan. Semuanya best. Jika zaman itu aku ada kamera digital, aku akan sertakan di sini untuk membuktikan ceritakan aku.
~
Hhahahahahahah.... Aku lalok... Aku high..... Laalalalalalalallalokkkk.....