Showing posts with label Cerita Famili. Show all posts
Showing posts with label Cerita Famili. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

MAKCIK-MAKCIK

Tahun ini jadi tahun kedua emak dan ayah menghadirkan diri ke kursus haji kelolaan Tabung Haji di Masjid Jamek Kampung Melayu pada setiap pagi hari Ahad. Makanya, pagi hari minggu kami adik beradik tersangat la heaven. Jika hari kebiasaan, pukul 7.00am ayah dah gegar kami, suruh kemas bilik dan rumah. Tapi itu bukan isu di sini.

Tahun ini tahun kedua emak dan ayah menghadirkan diri ke kursus  haji yang sama macam tahun lepas. Penceramah yang sama, kursus yang sama, lokasi yang sama. Tetapi, tidak seperti tahun lepas, setiap kali pulang ke rumah selepas kursus, emak pasti akan bercerita.

"Emak sengaja datang lambat. Boleh duduk belakang-belakang," Suatu hari emak buka cerita, "Malas nak duduk depan-depan."

"Kenapa?" Kami serentak bertanya. Jarang orang berumur suka duduk belakang kecuali lelaki sebab senang nak cabut keluar pergi hisap rokok.

"Ah, makcik-makcik yang duduk depan tu, time ustaz bercakaplah time tu dia nak ajak borak. Membebel sampai emak tak fokus." Sungguh-sungguh emak bercerita.

"Makcik-makcik?" Aku tanya kehairanan.

Untuk makluman, usia emak aku sudah di tahap boleh pencen kerja kerajaan.

"Ha ha ha." Kami adik-beradik gelak serentak. Syncronise  dan harmoni penuh sopan santun.

"Macam la emak muda sangat nak panggil orang 'makcik'. Ceh." Aku berseloroh.

Emak yang dari tadi elok bercerita, terus sambung suap hirisan mangga masam.

"Ala, makcik-makcik tu kira yang suka bebel-bebel, suka cakap banyak. Mak mana suka bercakap sangat"

Emak 'backing' diri sendiri. Ayah pun tak sanggup nak 'backing'kan emak, lalu masuk bilik sambil gelak-gelak.

Friday, April 13, 2012

PISANG DAN KUEH ONDE-ONDE

Lama tak jenguk kampung. Maka, pada satu hujung minggu, tergerak aku nak balik kampung. Dengan emak.

Di simpang nak belok ke rumah atok, kami berselisih dengan Pakcik Lias, suami arwah makcik. Sambil hon kereta lebih kurang sebagai tanda tanya khabar, kami pun menuju ke haluan masing-masing.

Sesampai di rumah atok, usai bertanya khabar dan sembang lebih kurang mengenai tujuan Pakcik Lias berjumpa atok, emak berjalan menuju ke dapur. Nak menyiapkan minum petang katanya. Sambil berjalan, sempat juga emak tanya,

"Pak, tadi si Lias datang tadi bawak buah tangan apa?"

""Entah, bawak pisang dengan kueh onde-onde je." Jawap atok selambe sambil baca akhbar.

Emak di dapur angkat tudung saji. Tertanya kosong.

"Kuihnya dah dihabiskan ke?" Tanya emak lagi.

"Lias dah bawak balik lah. Mana boleh nak tinggal." Atok jawab tetapi kali ini dengan muka troll.

Emak yang di dapur dah mula ketawa. Lambat benor pikapnya. Aku pun serupa. Lepas atok buat muka troll, baru aku faham. Baru aku mula gelak. Berdekah-dekah. Boleh tahan juga gurauan atok aku ni.

NENEK TAK BOLEH MASUK BILIK

Lama dahulu. Lamanya sebelum arwah nenek masih hidup lagi.

Aku masih kecil dan ralit menonton kartun di televisyen. Adapun kedudukan televisyen rumah nenek aku ini berada betul-betul depan bilik nenek. Di ruang tamu. Aku dengan ditemani bantal empuk pun sedap terbongkang.

Nenek baru keluar bilik air. Untuk wudhu'. Berjalan perlahan-lahan menuju ke biliknya untuk mengerjakan solat. Tiba di hadapan bilik, nenek berhenti berjalan. Aku tersentak. Pandang nenek. Nenek perhatikan aku yang tengah sedap terbongkang. Nenek sakit ke? Kenapa tiba-tiba berhenti jalan? Sedang menahan sakit ke? Lalu nenek buka mulut.

"Lilah, dekat depan bilik mak ni dah sapu ke belum?" Nenek bertanya kepada emak. Yang sedang berada di dapur menyiapkan hidangan minum petang.

"Dah siap sapu semua tadi." Emak datang dari dapur ke ruang tamu. Kehairanan. "Kenapa mak?"

"Ni kayu balak tengah jalan ni, macam mana mak nak masuk bilik?" Kata nenek sambil senyum-senyum melihat aku. Lalu masuk ke bilik macam tiada apa-apa yang berlaku.

Mak berjalan menuju semula ke dapur sambil terkekek-kekek ketawa. Aku sambung menonton kartun buat-buat tak faham lawak nenek. Tapi dalam hati, tuhan sahaja yang tahu. Fuh

Tuesday, December 20, 2011

STOTEJ

Akak adalah adik perempuan aku. Dia belajar sama bidang dengan aku. Maka, dia pun bekerja dalam bidang yang lebih kurang sama dengan aku. Pagi suatu pagi, ketika semua penduduk rumah kucar kacir bersiap nak ke tempat kerja, Ayah ralit perhatikan Akak yang berpakaian lain seperti kebiasaan. Lalu Ayah pun menegur.

Ayah : Aik, Akak kerja ke tak ni?
Akak : Ish, kerja la. Kenapa?
Ayah : Tu bawak baju semalam lagi. Ada stotej lagi ke?

*krik... krik.... krik....*

Akak : Apa?
Ayah : Stotej yang macam malam semalam akak pergi tu.

*krik... krik... krik...*

Emak : Stock take la bang!

Tiba-tiba Emak sergah dari dapur. Pun tengah kucar kacir isi nasi goreng dalam tupperware. Dalam kucar kacir itu juga kami sempat gelakkan Ayah. Kami tak pasti samada Ayah sengaja atau tidak sengajakan kesalahan sebutan itu. Tapi last-last Ayah cuma jawab,

Ayah : Eleh, sama la tu. Bukan beza jauh pun.