Thursday, May 17, 2012

MAKCIK-MAKCIK

Tahun ini jadi tahun kedua emak dan ayah menghadirkan diri ke kursus haji kelolaan Tabung Haji di Masjid Jamek Kampung Melayu pada setiap pagi hari Ahad. Makanya, pagi hari minggu kami adik beradik tersangat la heaven. Jika hari kebiasaan, pukul 7.00am ayah dah gegar kami, suruh kemas bilik dan rumah. Tapi itu bukan isu di sini.

Tahun ini tahun kedua emak dan ayah menghadirkan diri ke kursus  haji yang sama macam tahun lepas. Penceramah yang sama, kursus yang sama, lokasi yang sama. Tetapi, tidak seperti tahun lepas, setiap kali pulang ke rumah selepas kursus, emak pasti akan bercerita.

"Emak sengaja datang lambat. Boleh duduk belakang-belakang," Suatu hari emak buka cerita, "Malas nak duduk depan-depan."

"Kenapa?" Kami serentak bertanya. Jarang orang berumur suka duduk belakang kecuali lelaki sebab senang nak cabut keluar pergi hisap rokok.

"Ah, makcik-makcik yang duduk depan tu, time ustaz bercakaplah time tu dia nak ajak borak. Membebel sampai emak tak fokus." Sungguh-sungguh emak bercerita.

"Makcik-makcik?" Aku tanya kehairanan.

Untuk makluman, usia emak aku sudah di tahap boleh pencen kerja kerajaan.

"Ha ha ha." Kami adik-beradik gelak serentak. Syncronise  dan harmoni penuh sopan santun.

"Macam la emak muda sangat nak panggil orang 'makcik'. Ceh." Aku berseloroh.

Emak yang dari tadi elok bercerita, terus sambung suap hirisan mangga masam.

"Ala, makcik-makcik tu kira yang suka bebel-bebel, suka cakap banyak. Mak mana suka bercakap sangat"

Emak 'backing' diri sendiri. Ayah pun tak sanggup nak 'backing'kan emak, lalu masuk bilik sambil gelak-gelak.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku