Bilik tivi. 3.00 am. Chelsea menentang Barcelona.
Semua penyokong kuat mengambil tempat masing-masing. Ada yang baring, ada yang duduk. Ada juga yang bawa air panas dan mee segera. Ada juga yang menatang nota-nota untuk menghadapi peperiksaan pada awal pagi nanti.
Kali ini Aspa mesti nak tonton perlawanan ni. Dah lama tak tengok bola, rasa macam dah lama tak bersyahwat, katanya.
Tiba-tiba kedengaran gegaran yang berskala richter rendah. Semakin lama semakin jelas. Kuat dan kuat dan kuat. Sehingga pintu bilik tivi terkuak. Menampakkan asal bunyi tadi. Sesusuk tubuh gelap berbau paing memunculkan diri.
Bunyi kuat tadi benar-benar mengganggu tumpuan semua orang. Terutama sekali Aspa. Tapi yang Aspa benar-benar bingit bila susuk gelap itu bertanya,
"Arshavin tak main eh malam ni?"
Dush! Dush! Kaki Aspa dah lama "puasa" tak terajang orang.
Wednesday, April 29, 2009
SIRI BOLASEPAK : ASPA TERKESIMA
Tuesday, April 28, 2009
SIRI BOLASEPAK : ASPA ADA HOBI TERKINI
Dah beberapa hari Aspa tak tonton tivi. Fokusnya hanya pada peperiksaan yang berlangsung sederet 3 hari. Subjek-subjek pun killer-killer belaka. Subjek yang orang ramai dapat type R (repeat & repair). Nak atau tidak, Aspa kena belajar juga. Jika tidak...
Perlawanan bola sepak kegemarannya yang berlangsung semenjak dua menjak ni pun tidak ditontonnya. Busy. Jika dulu, sambil study dia akan melawat-lawat bilik tivi. Sebagai hobi katanya. Tetapi kini dia ada hobi baru. Tapi masih lagi berkaitan dengan bilik tivi.
Biasanya, budak-budak yang menonton di bilik tivi akan terjatuhkan duit syiling dari poket seluar. Maka, hobi baru Aspa ialah mengutip duit-duit syiling ini. Ala, setakat seposen doposen orang tak berkira sangat. Tapi bagi Aspa, ia sangat berharga. Untuk hobi barunya.
Setiap hari dia akan mengemas toto dan comforter di bilik tivi. Sehari boleh dapat seringgit lima posen katanya. Cukup la untuk hobi barunya.
Sebatang Nusan baru empat posen. Sehari boleh beli dalam 4 batang Nusan.
Sambil study, sambil isap rokok usan.
"Syok wo!" Teriak Aspa. Hari-hari. Masa isap rokok Nusan.
**Aspa adalah mangsa terbaru penyakit Gangren.

Sunday, April 26, 2009
HINT
[+] : "Kau kerja mana lepas praktikal ni?"
[-] : "Aku dapat sambung kerja kat tempat aku praktikal ni."
[+] : "Kau perform ke kat sana sampai diorang sanggup ambil kau kerja?"
[-] : "Ada la sikit."
[+] : "Berapa basic gaji kau?"
[-] : "Aku tak boleh bagitahu. Cuma aku boleh bagi hint je. Aku sekarang dah kena contribute pada ekonomi negara."

Thursday, April 23, 2009
GIGIL... MENGGIGIL AKU!
Sebelum keluar praktikal,aku kena kumpul semua maklumat tentang pengalaman budak-budak yang sedang praktikal sekarang. Maklumat-maklumat macam; Berapa bakul kata-kata maki dapat dalam sehari, Pukul berapa balik kerja, Buat kerja-kerja bodoh ke kerja-kerja otai. Soalan-soalan yang buat aku nak bersedia dengan perisai-perisai besi.
Tapi lepas dah kumpulkan beberapa maklumat, aku jadi serik pula. Bukan buat aku jadi lebih tabah, malah buat aku lebih gentar, goyang, takut, peluh-peluh, geram, lapar dan sebagainya.
Aku jadi sedar. Aku kena biarkan kosmos berfungsi seperti fungsinya sendiri. Biar pengalaman berfungsi sebagai guru tegas yang memberi pengajaran. Belajar dari pengalaman. Bukan jadikan pengalaman orang lain sebagai penghalang kepada keberkesanan pengalaman kita sendiri.
Sheesh, makin berdebo-debo!

Wednesday, April 22, 2009
KESEIMBANGAN KOSMOS TERGUGAT
Nikotina + Kafein + Pagi = Bukan kombinasi terbaik untuk menghadapi peperiksaan di waktu pagi.
Trust me.
LASKAR PELANGI

Semalam, dalam pada sibuk-sibuk ulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pagi ini, sempat juga aku menonton sebuah filem dari seberang yang diangkat dari sebuah novel yang laris suam-suam kuku di sana. Sebuah novel tulisan dari Andrea Hirata. Nak tahu popular ke tak popular novelis ini, sila google sendiri. Novel yang laris di Indonesia sekitar 2006 - 2007. Tapi serius, filem ini memang indah. Menggunakan tempat asal sendiri sebagai latarbelakang. Ternyata ia seperti sebuah cereka fakta.
Berdurasi 119 minit, cerita ini tentang kehidupan yang datang dari celah kampung di satu pelosok di dunia ini. Cerita sekumpulan budak-budak miskin di kawasan Pulau Belitong yang bersekolah di SD Muhammadiyyah, Gantong. Kisah mereka yang kuat cita-cita untuk belajar walaupun serba kekurangan. Setiap dari 10 (+1) kanak-kanak itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Keistimewaan yang hanya dirasai oleh Pengetua Harfan, Cikgu Muslimah dan diri mereka sendiri. Setiap dari mereka mempunyai cerita yang berbeza sendiri. Mereka ini yang digelar Laskar Pelangi oleh Cikgu Muslimah.
Mahar yang obses pada musik, Ikal yang jiwang dan amat menyukai Ah Leng, Lintang anak genius ilmu menghitung yang mempunyai kesukaran ke sekolah gara-gara buaya, Sahara bunga tunggal dalam barisan Laskar Pelangi sehingga kemasukan Flo, murid baru yang membawa fahaman mistik (Occultisme), Ah Keong seorang tionghua yang mengikut Mahar ke sekolah aliran islam ini semata-mata demi persahabatannya, Borek yang obses pada otot dada, Harun kanak-kanak istimewa yang sentiasa menyokong kawan-kawannya walaupun tak faham apa-apa, Kucai anak pelombong bijih timah selaku ketua kelas, Tranpani dan Syahdan yang kelihatan tidak berfungsi tetapi mempunyai impak yang besar.
Seakannya naskah ini seolah-olah asli dan digarap kisah nyata. Lihat ini. tapi, tak tahu-lah akan kebenarannya.
Selain dari filem ini, band indonesia Nidji telah mempopularkan filem ini dengan lagu Laskar Pelangi. Bait-bait indah dari setiap kata-kata itu seperti menyihir pendengaran supaya menonton filemnya pula. Terpukau!
Ternyata filem ini sesuai ditonton oleh warga pendidik yang lupa dengan tanggungjawap sebenar mereka sebagai pendidik. Atau bakal pendidik. Atau peminat novelis Andrea Hirata (lawat laman blognya, Sastra Belitong). Atau peminat filem seberang. Jangan lihat cerita ini sebagai saingan filem tempatan tapi jika ada pembikin filem yang boleh bikin filem seperti ini, alangkah bagusnya. Iras-iras seperti "Slumdog Millionaire" yang mengetengahkan kaum fakir miskin. Juga garapan dari novel popular.
Tuesday, April 21, 2009
TERAKHIR YANG TAHU
Hidup akan lebih berseri jika ada kawan-kawan yang ringan tulang buat kerja sama-sama, tanggung risiko sama-sama, dapat markah buruk sama-sama tapi mengaku dia seorang yang buat kerja. That's should be fun, isn't it? Kutuk belakang, bangga diri sendiri, muka plastik, mengadu domba. What a wonderful last semester....
Kita tak tahu sekarang. Tapi. Kita akan tahu nanti. Nanti bila semua orang lain dah tahu. Tapi kita jadi orang terakhir yang tahu. Sebab orang tak nak kita tahu. Sebab orang takut kita kecil hati. Jaga hati? Iyo la tu...
No. It's not fiction. It's life, dude..... Shallow it, slowly... Feel the pain...

2 OFFICER DOWN, 4 REMAIN UNCONCIOUS
Wah, orang kata paper "Kenegaraan" ni senang je. Macam makan kacang. Senang yang macam mana tu, haa.... itu yang kita tak tahu. Ada juga yang kata, tutup mata pun jawap. Ermmm... Aku pasti borang OMR dia tu guna braille. Dalam senang-senang paper ni pun, ada juga yang fail. Apecer?
Dalam masa 2 jam, aku dikehendaki menjawab 100 soalan yang macam-macam. So, dalam 2 jam tu, tak mungkin la aku dok serius memanjang jawap soalan. 2,3 minit berangan tu, ada-laa...
Antara soalan yang kacang dan jenis-jenis tutup-mata-pun-boleh-jawap itu adalah:
53. Gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) bermula pada tahun 1942 dan berakhir di....
a) Perjanjian Pangkor
b) Perjanjian Bangkok
c) Perjanjian Hadyai
d) Perjanjian Phuket
p/s: Dulu-dulu aku dengar, siapa yang terer jawap soalan sejarah, ada can nak jadi peguam. Ada beran nak jawap?

Sunday, April 19, 2009
GAMBAR LAIN, BENDA SAMA. APA DIA?
Aku dah mula hitung-hitung. Selain harga yang murah, ia juga menawarkan permandangan menarik. Tak macam yang lain-lain, permandangan yang ngeri-ngeri saja.
Tapi semalam, bila aku nak mula langgan, ada orang kecoh-kecoh pula. Kata tak sesuai la, langgar peraturan la.
Aku takde hal la. Kalau dorang dah tak jual, aku beli la yang lain. Bukan nak marah pun. Walaupun orang kata rasa ia ada pahit sikit, tapi kalau gambar lawa, aku tak kesah.
Kalau korang la, gambar Putrajaya dengan Jantung terbakar, mana korang pilih?
Cayalah SAAT! Ha ha ha.

Saturday, April 18, 2009
1 DOWN, 5 TO GO.
Lepas habis paper matematik tadi, tiba-tiba sahaja aku teringat pada beberapa orang cikgu matematik aku dahulu. Sama ada aku perform atau tidak exam tadi, itu belakang kira. Tapi kalau sempat dok berangan teringat cikgu-cikgu matematik, aku perform ke?
Ustazah Mariatul, Ustazah Lailiyati Jantan, Ustazah Sarmi Ponijan, Profesor Charlie Eppes.
Charlie Eppes? WTF!
Ha ha ha.
Ustazah Mariatul, Ustazah Lailiyati Jantan, Ustazah Sarmi Ponijan, Profesor Charlie Eppes.
Charlie Eppes? WTF!
Ha ha ha.
Subscribe to:
Posts (Atom)