Tuesday, April 28, 2009

SIRI BOLASEPAK : ASPA ADA HOBI TERKINI

Dah beberapa hari Aspa tak tonton tivi. Fokusnya hanya pada peperiksaan yang berlangsung sederet 3 hari. Subjek-subjek pun killer-killer belaka. Subjek yang orang ramai dapat type R (repeat & repair). Nak atau tidak, Aspa kena belajar juga. Jika tidak...

Perlawanan bola sepak kegemarannya yang berlangsung semenjak dua menjak ni pun tidak ditontonnya. Busy. Jika dulu, sambil study dia akan melawat-lawat bilik tivi. Sebagai hobi katanya. Tetapi kini dia ada hobi baru. Tapi masih lagi berkaitan dengan bilik tivi.

Biasanya, budak-budak yang menonton di bilik tivi akan terjatuhkan duit syiling dari poket seluar. Maka, hobi baru Aspa ialah mengutip duit-duit syiling ini. Ala, setakat seposen doposen orang tak berkira sangat. Tapi bagi Aspa, ia sangat berharga. Untuk hobi barunya.

Setiap hari dia akan mengemas toto dan comforter di bilik tivi. Sehari boleh dapat seringgit lima posen katanya. Cukup la untuk hobi barunya.

Sebatang Nusan baru empat posen. Sehari boleh beli dalam 4 batang Nusan.

Sambil study, sambil isap rokok usan.

"Syok wo!" Teriak Aspa. Hari-hari. Masa isap rokok Nusan.

**Aspa adalah mangsa terbaru penyakit Gangren.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku