Di celah baju kau bersembunyi. Engkau cantik.
Wednesday, January 02, 2008
SPARE PART SPECIAL
Tuesday, January 01, 2008
KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 8
~
Di peringkat sekolah menengah, kami telah menubuhkan NTMTTS – merujuk kepada sebuah gerakan/pertubuhan bukan kerajaan yang tidak rasmi yang didalangi oleh pelajar-pelajar muda yang menuntut hak dan kedudukan mereka dalam masyarakat sekolah kami sekaligus menyangkal kewibawaan badan tertinggi pengawas. NTMTTS yang membawa maksud “New Teenagers Master Team – Teens Spirit” atau “Anti-Majlis Tertinggi Pengawas” memperjuangkan hak-hak keistimewaan pelajar tingkatan 3 [1998] ketika itu ditindas oleh badan tertinggi pengawas. Kami dituduh melakukan pelbagai jenis dosa dan difitnah dalam pelbagai bentuk. Kesalahan kecil pun mereka nampak macam jenayah bunuh. Sangat jahat.
~
Kejadian bermula apabila beberapa orang rakan kami, yang juga pengasas utama gerakan NTMT, ditangkap kerana didapati menconteng tilam, bantal, dinding dengan perkataan “NTMT”. Tulisan yang boleh didapati di mana-mana hatta di papan tajam tepi dinding surau dan tandas guru blok pentadbiran itu akhirnya dapat dikesan oleh pelajar tingkatan 5 dan tindakan pelupusan etnik dilakukan oleh mereka. Gerakan yang mulanya secara bawah tanah [Underground] mendapat sokongan daripada rakan-rakan batch yang lain. Dimulakan dengan menempah baju yang direka oleh Saif dan dicetak dengan harga RM23 oleh Katod. Ia mendapat tentangan hebat oleh pelajar tingkatan 5 seperti Wacha!, Pokcek dan beberapa orang senior sengal yang lain.
~
Nama-nama seperti Aan, Egon, Amin, Zinam, Poyo, Apis Mahat semakin menjadi buah mulut senior sebagai pengasas gerakan ini. Baju gerakan yang berwarna maroon, berlambangkan karakter “Spawn” dan bertulisan “Only the tough can survive” terus-terusan menjadi kontroversi. Saje je dorang nak cari pasal. Batch-batch sebelum tu pun ada jugak baju. Tak jadi kontroversi pun. Aku dah cakap. Mereka cemburu sebab baju kami lagi cantik. Tak caya, tanya Bal9at. Kan Bal9gat kan? Tapi baju aku hilang setelah baju itu mengecut. Kecut ke?
~
Kisah NTMTTS belum berakhir walaupun mendapat tentangan hebat. Setelah kejadian pelupusan etnik [bantai beramai-ramai di surau] berakhir, ramai rakan-rakan kami mengalami kecederaan ringan dan berat. Mereka disabitkan dengan pelbagai kesalahan merapu seperti pergi ke kelas prep/persediaan lambat, tak bagi salam pada senior, meninggikan suara pada senior, kutuk senior dan pelbagai kesalahan mengarut lain. Tapi kami tetap sabar dan menunggu hari pembalasan.
~
Begitulah sedikit sebanyak tentang latar belakang gerakan NTMTTS ini. Ianya ditubuhkan bukan atas dasar untuk menentang kerajaan tapi menentang majlis tertinggi pengawas. Tetapi lama kelamaan dasar perjuangan NTMTTS telah diubah kepada gerakan alumni pelajar 9th batch [1995 – 2000] di sekolah itu. Sehingga sekarang banyak aktiviti kami akan bertunjangkan nama NTMTTS. Logo kami direka oleh Bun pada tahun 2000. Pada masa itu, mencipta logo hanyalah secara manual tetapi atas daya usaha dan kebolehan Bun yang semakin mencanak-canak hebatnya, sekarang dia telah berjaya men”touch up”kan dan meng”soft copy”kan logo ini. Banyak lagi perjuangan kami yang akan saya ceritakan dalam entry-entry akan datang. Ikutilah perkembangannya dari masa ke semasa. Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui perjuangan kami ini.
~
Say NO to war! PEACE!
MERAIKAN MALAM TAHUN BARU BERSAMA PAK GUARD CEMERLANG. AKU TERUJA TAPI TERKESIMA.
~
Masih lagi mengekalkan potongan rambut, warna kulit, bau, suara dan bentuk badan. Badan pun masih maintain “tough” macam dulu. Aku tenung wajah dia dalam-dalam hinggakan dia sendiri rasa pelik. Mungkin dalam hatinya berkata “Gay ke wiwin ni? Pandang aku semacam je”. Macam la ada gay yang minat kau. Tapi aku tetap rasa jakun berjumpa Pidy. Tak terkata. Kelu. Speechless.
~
Duda Britney Spears ini bekerja sebagai Person-In-Charge Zon Selatan bagi Asas Security and Services. Besar pangkatnya sebesar perutnya. Kami berborak panjang mengenai sejarah penghijrahannya ke Johor Bahru bagaikan burung artik yang terbang jauh ke kawasan khatulistiwa untuk mencari rezeki. Tapi nasibnya tak seindah burung artik. Indah sikit la dari lubang hidungnya. Hahaha... Sambung semula. Datang ke Johor Bahru dengan harapan untuk temuduga menjadi Pembaca Berita RTM di RTM Johor. Dia lulus tapi di hantar ke Kuala Lumpur untuk latihan tanpa gaji selama 3 bulan. Oleh kerana ada faktor kekangan kewangan di sini, dia mengambil keputusan untuk mencari apa sahaja kerja di Johor Bahru ini. Bermula sebagai pencuci kereta di sebuah kawasan di Permas. Hidupnya kais pagi makan pagi. Kalau tak kais, tak makan la dia. Tempat tidur pun... mana yang selesa di mana-mana kaki lima. Beralaskan kotak berlangitkan hamparan bintang. Kasihan. Berkat usaha rajinnya dia, dia mula bekerja di ASAS Security and Services sebagai Guard. Walaupun dia mempunyai diploma dan berhak menjawat jawatan yang tinggi sikit dari Guard, tapi dia mahu bermula dari bawah. Dia hendak rasa perit jerih mencari duit. Dengan berbekalkan RM750 duit gaji pertama, dia meneruskan kehidupannya. Dia tinggal sementara di sebuah kotai tinggal yang kini menjadi Post Jaga untuk satu kawasan projek. Kotai ni dah uzur sangat. Tu pun kalau la layak dipanggil kotai. Lagi buruk dari kotai buruk biasanya orang panggil apa? Kotai yang tersangat la buruk. Abondan kotai. Tiada bekalan elektrik mahupun bekalan air bersih. Hanya menumpang di paip-paip air hadapan mana-mana kedai.
~
Ini bukan cerita telefilem baru arahan Rashid Sibir. Ini benar-benar kejadian. Anda kena percaya sebab ini yang terjadi terhadap rakan anda. Aku turut terkesima mendengar ceritanya. Memang susah nak percaya tapi hakikat biasanya tak indah.
~
Setelah 4 tahun bekerja di ASAS, dia mendapat kepercayaan Ketua Zon Selatan dan kini menjadi orang kanan ketuanya itu. Tempat tinggal turut menjadi selesa. Dia duduk serumah dengan ketua dan familinya. Kira dah ngam macam adik beradik la. Dia juga telah mampu membeli motorsikal 2 lejang second hand dengan harga RM800 dan memiliki telefon bimbit. Menjadi bonus kepadanya apabila salah seorang kerani apartment bawah jagaannya mula tertarik dengan sifat rajinnya walaupun dulunya dia ni rajin la sangat. Setakat rajin berjalan kaki dari Jementah pulang ke sekolah je la. 10 Januari 2008 ini dia bakal berhadapan dengan bakal mertuanya di Marang, Terengganu. Semoga berjaya aku ucapkan. Jika ujian kali ini berjaya, majlis perkahwinan bakal berlangsung akhir tahun ini. Dia juga bakal memiliki Naza Suria warna biru. Nantikanlah kehadirannya dengan berkereta di hari reunion nanti. Jika tiada aral melintang, katanya.
~
Kenapa dia ceritakan semua ini? Sebab aku la yang tanya. Kami duduk berborak sambil menikmati dentuman bunga api. Duduk di restoren mamak yang berhadapan dengan bekas kotainya. Kotai yang pernah menjadi saksi bahawa ada orang pernah hidup melarat di dalamnya. Sebab itu la dia ceritakan. Sebab segalanya di depan mata sendiri. Kalau Pidy la yang empunya cerita ini, aku percaya 90% sebab hidupnya di aspura juga lebih kurang macam ini. Dia seorang yang lasak, hati keras, kulit pun liat, tahan maki, kalis panas matahari. Kalau orang lain punya pengalaman, berkira-kira juga aku mahu percaya.
~
Tahun baru aku bermula dengan mendengar kisah kejayaan seorang rakan yang hilang selama 7 tahun. Oh ya! Dia ingin pulang ke Bukit Kepong bulan hadapan. Rindu katanya. Rasa nak cari Jojane pun ada. Teman lama. Jojane, sila la keep in touch dengan sahabat lama kau nih.
Monday, December 31, 2007
2008 : MEMPERBAHARUI AZAM YANG BELUM TERCAPAI. BERLARUTAN SELAMA BEBERAPA TAHUN KEBELAKANGAN INI. KINI, TAMBAH LAGI SATU TAHUN.
~
Setiap tahun aku tak fikirkan pun pasal azam aku. Langsung tak hirau. Langsung tak sibuk-sibuk nak buat azam baru. Sebab aku masih ada azam yang belum tercapai. Azam 5 tahun lepas pun tak tercapai-capai lagi. Azam ape lak ni sampai 5 tahun tak settle-settle lagi ni? Pelik?
~
Kalau pun aku cerita, nak ke korang dengar? Aku tak kesah...
~
5 tahun dulu aku masih lagi menuntut di Politeknik Port Dickson. Aku mula belajar tentang kehidupan. Realiti kehidupan yang aku terpaksa telan. Realiti mengenai manusia yang prejudis terhadap saiz. Apa yang aku buat semuanya tidak kena di mata mereka. Kadang kala aku diejek. Dijadikan badut tak bertauliah. Bahan lawak yang bagaikan tiada perasaan. Tapi aku buat tak tahu je. Walaupun aku diam tidak bermakna aku mengalah. Diam-diam ubi berisi. Aku banyak bersabar dengan keadaan aku masa itu. Tahun demi tahun aku lalui dengan penuh kesabaran. Tapi masih lagi bergelumang dengan manusia-manusia prejudis ini. Ejekan, kutukan, bahan lawak semuanya telah imun di telinga aku. Tak rasa apa-apa lagi. Dah pelbagai cara aku cuba lakukan. Dari ubat-ubatan klinikal hinggalah jamu-jamu tradisional. Akhirnya, aku mengalah pada takdir. Aku memang dilahirkan untuk menjadi manusia bersaiz XXXXL. Kini aku tetap mahu menguruskan badan tapi bukan kerana apa yang orang asyik perkatakan, orang ejekan. Aku kuruskan badan untuk menjadi orang yang lebih sihat. Azam lama yang telah diperbaharui.
~
5 tahun dulu aku masih lagi menuntut di Politeknik Port Dickson. Aku mula mengenal dunia dewasa. Aku agak ketinggalan dalam hal-hal seperti ini. Aku suka keseorangan di tepi pantai. Ambil angin serta cuci mata. Kelihatan ramai pasangan-pasangan berdua-duaan bersengkerama di sepanjang pantai poli [Nama pantai ini tidak rasmi]. Bagaikan di awangan. Si dewa cupid sibuk memanah rasa cinta dalam setiap hati pasangan itu. Aku teringin juga dipanah oleh cupid. Perasaan yang setiap insan di muka bumi ini ingini. Aku terpaksa menyimpan kemas perasaan ini dari pengetahuan orang lain. Seperti Tan Hong Ming, aku tak mahu seluruh dunia tahu tentang cinta aku. Kerana aku malu dengan kondisi badan aku. Bagaimana jika manusia-manusia prejudis itu tahu? Jadi bahan gelak sepanjang zaman nanti. Aku tak mahu keturunan aku malu dengan ejekkan itu. Aku mula menjadi paranoid. Setiap tahun aku mula belajar untuk mengenal diri sendiri. Cuba tingkatkan kepercayaan terhadap diri sendiri. Kini aku berazam untuk memiliki teman hidup yang aku mahu hadiahkan kepada ibu bapa aku sebagai menantu. Aku rasa telah tiba masanya untuk aku mencari satu dengan lebih serius sebab benda-benda subjektif begini susah nak dijangkakan. Azam lama yang telah diperbaharui.
~
Bagaimana dengan anda? Mesti ada azam sebagai tanda aras untuk anjakan paradigma. Untuk memperbaiki kelemahan diri. Cipta satu. Kita tengok hasilnya nanti.
PENDEDAHAN RAHSIA KERAJAAN : SECRET REVEAL!
TOLONG JANGAN BACA. ANDA PASTI MENYESAL. 2007 : MENINGGALKAN KENANGAN PELBAGAI PERASA. MEMANG BUKAN GAYA AKU UNTUK REBUT PACAR ORANG.
~
Aku memang bukan manusia yang dilahirkan untuk menjadi pasangan Rose dalam percintaan Titanic. Juga bukan pasangan secocok untuk Juliet. Aku hanya insan gopoh yang perlukan tunjuk ajar dari yang pakar. Aku pasti akan ada yang salahkan aku atas kegopohan aku ini. Tapi aku dah tak boleh nak undurkan masa. Aku tak tahu nak mengadu pada siapa lagi. Aku tak jumpa medium yang sesuai untuk menyatakan ekspresi aku sekarang ini. Stress!!
~
Januari 2005
~
Aku kenal si dia sewaktu aku memulakan zaman pekerjaan aku di sebuah kilang di Johor Bahru. Si dia pelajar praktikal dari politeknik yang sama seperti aku. Pada mulanya, aku agak jangkal untuk berborak dengan dia memandangkan aku seorang yang amat kurang ramah kepada orang yang baru dikenali. Tapi si dia seorang yang suka bercakap. Lama kelamaan kami menjadi semakin rapat memandang di dalam pejabat itu, hanya kami berdua sahaja yang berada dalam golongan remaja dan berbangsa melayu. Kami sarapan bersama, lunch bersama, solat bersama, hujung minggu bersama. Walaupun kami banyak menghabiskan masa bersama, aku tahu batasan antara kami kerana si dia telah mempunyai teman istimewa yang ketika itu baru bekerja di Pulau Pinang. Sesekali pada hujung minggu, aku menghantarnya pulang ke kampungnya di Kota Tinggi setelah kami menghabiskan masa seharian bersama. Aku tak nak mulakan bibit percintaan kerana aku tahu hatinya milik jejaka lain yang jauh lebih baik dari aku. Hati sudah tertarik tapi mulut bagai dibius. Kata tak terungkap.
~
Jun 2005
~
Aku bukan jenis suka luahkan apa yang aku rasa. Aku lebih suka si dia sendiri faham apa yang aku rasa. Semasa cuti semester sebelum naik semester pembelajaran, kami kerap kali berjumpa. Hubungan menjadi semakin rapat. Asal ada plan nak berjalan, aku tak lupa untuk mengajaknya bersama. Dia duduk menumpang di rumah makciknya di Skudai. Jadi mudah la aku nak mengajaknya keluar. Tapi baginya, keluar sebagai sahabat. Lebih menganggap aku ini sebagai teman rapatnya. Tak lebih dari itu. Tapi bukan pada fikiran aku. Hubungannya dengan teman istimewanya sudah berantakan. Aku perlu cucuk jarum cepat-cepat. Banyak kenangan pada waktu itu. Bantuan yang aku hulur sebelum dia naik semester adalah langkah pertama aku untuk proses seterusnya.
~
Bila si dia semakin berjauhan, hati ni dah bukan di pejabat. Mula la melilau. Melayang entah ke mana. Aku mengambil keputusan untuk sambung belajar. Dengan harapan, lepasan degree, tarif gaji menjadi lebih tinggi. Boleh la aku propose si dia. Tinggi angan-angan aku. Mat jenin pun kalah.
~
Januari 2006
~
Semester pertama aku di universiti berjalan lancar. Pada mulanya, agak kekok. Lama-lama okay la tu. Akhir semester pertama, dugaan muncul dalam hubungan kami. Mesej aku mula tak dilayan. Bila di telefon, mula kata sibuk. Aku faham tahap kesibukan pelajar semester akhir seperti dia kerana aku pernah melaluinya dulu. Tapi takkan la sampai hantar mesej seminit dua pun susah. Syaitan dah mula menyumpah seranah dalam hati aku. Dicucuk-cucuknya dengan api kemarahan. Aku mulakan pergaduhan. Dengan harapan dapat perhatian dari si dia. Sebaliknya berlaku. Si dia bagai menantikan saat ini. Aku tak tahu apa dia fikirkan. Yang penting aku sangat marah. Seminggu sebelum peperiksaan akhir berakhir, aku pergi ke Port Dickson untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi si dia enggan berjumpa dengan aku dengan alasan sibuk dengan peperiksaan pertengahan semester. Arghh!! Alasan, alasan, alasan. Aku bosan. Aku tinggalkan warkah yang sengaja melukakan hatinya. Sekali lagi dengan harapan untuk dapatkan perhatiannya. Tapi, hampeh. Makin teruk. Am i suck?
~
November 2006
~
Sesekali sahaja dapat berjumpa dengannya memandang salah faham sebelum ini belum berjumpa jalan penyelesaian. Sampai ke satu tahap, dia terus malas nak berhubung dengan aku. Mungkin aku terlalu mendesaknya untuk memilih aku. Aku rasa. Bukan, aku pasti. Kemuncaknya pada peristiwa banjir besar yang melanda Kota Tinggi. Aku sering bermesej dengannya dengan menyamar menjadi salah seorang kawannya. Apa awalnya dia tak mengesyaki apa-apa. Pada waktu itu, aku baru sedar bahawa dia telah jumpa seorang yang jauh lagi hensem dan matang dari aku. Bila dia kenal? Ketika aku datang ke politeknik januari lalu. Love is suck! Bila dah kantoi, dia langsung tukar nombor telefon bimbitnya. Terus tak dapat nak kontek. Padan muka aku.
~
30 Disember 2007 [Kisah sedih akhir tahun bermula]
~
Aku bermesej dengan jiran aku yang merupakan rakan sekelas si dia sewaktu di politeknik. Sambil menyelam minum la air. Mula-mula aku tanyakan khabar jiranku. Untuk dia tak mengesyaki apa-apa. Bila aku minta nombor telefon bimbit si dia yang baru, jiranku ragu-ragu untuk memberinya. Mungkin dia dah tahu apa yang terjadi antara kami. Dia jadi takut untuk memberinya. Dia bagai sengaja perah air limau pada luka lama aku ni. Pedih. Baru aku tahu si dia telah bertunang dengan jejaka itu pada sekitar Julai 2007. Nasib baik aku pandai kontrol mata ni jangan bagi keluar air. Hilang macho aku kalau orang nampak. Dan lebih terperanjat lagi bila dapat tahu majlis nikahnya akan berlangsung sekitar Julai 2008. Hati mana yang tak luruh....
~
“Kawen muda. Bgs la. Masing2 dah pndi buat duit.” Ayat-ayat terakhir yang aku mampu send pada jiran aku. Collapse. Celaka, dia kata nak kahwin sekitar umur dia 25,26 tahun. Sekarang ini, dia baru 22 tahun. Wanita pembohong. Penat aku tunggu kau.
~
Kenangan yang menjadi penutup tirai episod sedih dalam hati aku. No word can describe my feeling right now. Lalalala.....lalala..... aku lalokkk.... Bintang pusing-pusing. Air longkang busuk. Lalala.... lalala....aku lalok.
Sunday, December 30, 2007
KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG SEORANG PELAJAR 7
~
Aku bukan nak cerita pasal aku kena pukul. Bukan nak cerita tentang kawan-kawan aku kena pukul. Aku cerita lain kali pulak ye.
~
Aku just nak kongsi pengalaman dapat makanan percuma sepanjang tahun tanpa menyertai “Program Susu Percuma Sekolah” yang hanya dikhaskan untuk pelajar kurang berkemampuan dan pelajar kurang sihat. Aku pasti kalian pasti cemburu.
Kita mula.
~
Pernah sekolah korang bagi secara PERCUMA susu lembu pelbagai perisa secara percuma sepanjang tahun tak? Ada perisa strawberi, jagung yang segar, diambil terus menaik van sekolah kaler putih dari ladang susu lembu terulung di Johor. Ladang yang mempunyai reputasi yang tinggi dan menjadi idaman pelajar veterinar untuk membuat latihan praktikal. Abang Sanib [Driver sekolah] ambil susu-susu ini dari Institut Haiwan Kluang, Johor setiap 2 hari sekali.
~
Ada lagi.
~
Ada sekolah korang bagi secara PERCUMA buah-buahan import segar, setiap orang sebiji, setiap kali tamat kelas prep/persediaan malam? Buah-buahan yang masih sejuk membeku lagi tatkala kami berebut mengambilnya dari dalam van sekolah kaler putih. Buah-buahan seperti epal, lai dan pear berselang seli mengikut stok yang masih ada pada pemborong. Sekolah kami ada.... Tapi pada masa aku tingkatan 1 la sahaja la. Buah-buahan ini ada diselang-selikan dengan susu-susu segar ni. Tiap-tiap hari prep/persediaan, sepanjang minggu, sepanjang tahun 1996. Hahaha... jealous tak? Sebab ini la saya sayang sekolah saya.
~
Saya sayang sekolah saya bukan sebab Cikgu Kamal Hasannya. Juga bukan sebab Cikgu Yahya Awangnya. Turut bukan kerana Cikgu Wahab Gedongnya. Saya sayang sebab saya dapat makanan percuma ni. Tanpa bayaran tersembunyi. Tiada caj tambahan.
~
Orang Malaysia memang gemar benda percuma. Lihat sahaja la di booth-booth bergerak Milo, Nescafe et cetera. Pasti ramai yang dok berebut dan minum beberapa kali kerana kepercumaannya.
~
Tepuk dada, tanya selera ogre dan raksasa anda..
CATATAN PERJALANAN PENGEMBARA MUSIM SALJU: THE WEDDING
11.00am
Catatan saya bermula seawal jam 11.00am pada 23 Disember 2007 dengan menaiki kereta Gen 2 dan dipandu oleh rakan saya. Perjalanan bermula dengan menghadiri majlis perkahwinan rakan politeknik saya [Azrif Rashid] seorang Pegawai di Tabung Haji Travel, yang dilangsungkan di tingkat 7U, bangunan Tabung Haji Johor Bahru. Agak lama menanti rakan-rakan politeknik yang lain kerana pemandunya [Jamaludin Mohammed] terlewat bangun tidur sekaligus lambat bertolak dari Endau. Agak gembira bertemu dengan rakan yang sibuk bekerja [Hamba Wang] sehingga lupa untuk menjenguk saya yang keseorangan di Johor Bahru.
Perjalanan selama 45minit diteruskan selepas sesi fotografi bersama pengantin. Kereta dipandu dengan kelajuan cahaya kerana bimbang Fauzi Basar akan membebel di atas kelewatan kami. Titik pertemuan kami adalah di Masjid Air Hitam. Gambaran gembira dan bengang jelas kelihatan pada air muka Fauzi Basar, Muhaimin dan Arbain [Rakan-rakan Tingkat 6 rendah]. lebih kurang 2 jam mereka menunggu ketibaan kami.
~
“Sorry geng, flight gua delay la.” Aku rasa alasan ini paling kukuh sekali.
~
3.30pm
Perjalanan diteruskan ke rumah rakan tingkatan 6 yang lagi satu, Najib Rahmat di Kg Baru, Parit Raja. Kami terkandas di rumahnya dalam ½ jam kerana dia menghidangkan kami dengan keropok ikan, keropok belinjau panas dan air oren sejuk. Ok la tu. Juadah orang bujang. Najib Rahmat a.k.a Jimat baru tamat pengajian peringkat diploma di UiTM dan akan menyambung pengajiannya peringkat Sarjana Muda Pendidikan di UIA pada semester hadapan. Tahniah.
G-Mart bersama Keropok belinjau dan oren sejuknya.
~
Perjalanan ke rumah pengantin lagi satu, Rohani Shamsi di Parit Sulong diteruskan. Kami tiba lebih kurang jam 5.00pm. Waktu orang kampung dah kemas meja, basuh periuk, kami baru sibuk-sibuk nak sampai. Malu. Nasib baik makanan masih belum dikemas lagi. Apa yang menarik di sini ialah juadahnya. Ayam goreng, sambal goreng, sambal belacan, ulam keceper [Kacang Botol], sayur pisang masak lemak dan dalca sangat membuka selera kami. Mungkin bagi sesetengah warga metropolitan, juadah sebegini tak dipandang. Tapi bagi kami yang mengalir darah jawa dalam badan ini, juadah jawa sebegini sangat menggoda selera kami. Sedap. Rohani Shamsi yang kini guru JQAF di sebuah sekolah di Batu Pahat, mengahwini jejaka hujung kampungnya yang ala-ala abang askar gitu. Tahniah. Selepas sesi fotografi dan sesi salam keruk berakhir, kami pun beredar dengan goodie bag berisi jajan, telur dan cenderahati.
~
Rohani bersama suami dan rakan-rakannya.
~
Di sini cerita malang kami bermula. Dalam suasana sedih berpisah dengan Jimat dan Bain kerana kami akan menghala ke laluan berbeza, kami terpaksa lebih bersedih kerana kereta Gen 2 tak dapat dihidupkan. Nasib baik mekanik kami [Arbain lagi] belum balik lagi. Dengan kepakaran yang dia miliki, kereta berjaya dihidupkan. Yay! Perjalanan kami berjaya diteruskan lagi ke majlis perkahwinan yang terakhir hari itu. Seorang rakan kepada Fauzi Basar. Sekali lagi kami mendapat layanan khas kerana sampai ke majlis jam 6.30pm. Lauk special. Sebelum balik, siap dapat bungkusan barkat lagi dengan jajan-jajan kenduri dan bunga telur. Oh ya! Sebelum terlupa. Kami sempat mengambil Encik Noorulfaiz di hadapan Balai Polis Parit Sulong untuk menyertai kami dalam perjalanan ke majlis perkahwinan rakan Fauzi Basar dan ke Kuala Lumpur. Agak kemalu-maluan kerana menghadiri majlis dengan berseluar ¾ khakis. Agak berisi tubuhnya setelah lebih kurang 1 tahun ngak ketemu. Kangen dengan perutnya.
~
Arbain, rakan merangkap mekanik kami.
7.15pm
~
Perjalanan ke Kuala Lumpur diteruskan melalui Lebuhraya baru Muar Melaka. Cadangnya untuk menjimatkan kadar pembayaran tol. Sedang-sedang elok untuk merempit di sini. Perjalanan memakan masa 2 jam melalui lebuhraya ini dan memasuki lebuhraya PLUS. Kami berhenti rehat dan rawat di Restoren Jejantas Air Keroh. Sambil minum root beer float di A&W, kami cuba menghubungi seberapa banyak pilihan yang kami ada bagi menyelesaikan masalah kereta Gen 2; bateri kong. Mekanik peronda PLUS cuma berjaya hidupkan enjin sahaja, bukan menyelesaikan masalah. Kami dapat bantuan tambahan iaitu pertolongan rakan kami di Simpang Ampat. Kami berehat di Rumah Besar Simpang Ampat sementara menunggu mekanik rakan kami mengenalpasti kerosakan. Hahaha.... keramahan tuan rumah amat luar biasa. Terkujat sebentar. Kami bermalam di rumah itu sementara kedai bateri buka keesokkan harinya. Bilik umpama suite hotel lima bintang [Ayat mengampu] ini dilengkapi penyaman udara yang bocor, permainan PS2 yang ada 4,5 game yang tak best, bilik air dengan water heater dan roti putih bawah televisyen, cukup untuk kami tidur lena malam itu. Melupakan sementara masalah kami. Lalalala.... lalok lalala....
~
Ruang dalam bilik "kami" di Rumah Besar Simpang Ampat.
Wednesday, December 26, 2007
KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 6
~
Kisah ini berlaku seawal kemasukan aku ke Politeknik Port Dickson. Kedudukan yang agak jauh dari Johor Bahru terchinta. Bagi remaja usia belum cecah 20 tahun, ini adalah satu pengalaman yang hebat. Pengalaman berada di tempat orang. Untuk menimba ilmu dan bergaul dengan penduduk tempatan yang kebanyakkan anak mudanya masih berfikiran kolot akibat tak tahu dunia luar. Gangster kampung. Tapi bukan itu yang aku mahu ceritakan di sini.
~
Pada masa itu [2002], pelajar semester 1 lelaki dan wanita adalah diwajibkan untuk menetap di asrama. Dan kami akur dengan arahan itu walaupun keberatan memandangkan semua telah menyangka bahawa zaman selepas sekolah adalah zaman di mana peraturan sekolah tidak digunapakai. Lain pula yang berlaku. Blok C tingkat 3 adalah paras di mana kebanyakkan pelajar Perdagangan ditempatkan.
~
Kisah pertama kali menyambut Aidil Adha di perantau amat mengujakan kami yang kebanyakkannya berasal dari Johor. Pada mulanya, kami mahu pulang ke kampung tetapi memandangkan kami hanya mempunyai cuti 2 hari sahaja, agak tidak berbaloi jika kami berasak-asak menaiki bas Lien Hoe ke Seremban untuk pulang ke kampung dan bergegas pulang ke asrama pada hari berikutnya. Rugi RM40 aku nanti. Ada la dalam 5 orang yang tak balik masa itu. Aku, Zarul, Jamal, Malek, Matpit. Bagi aku, kalau tak balik sekalipun asalkan ada geng. Kalau tak mati kering woo. Sebelum tidur malam raya tu, kami dijanjikan oleh Ustad, pelajar perdagangan semester 2 merangkap imam ganti di surau, bas yang akan menghantar kami ke Masjid. Berbunga hati seketika. Kerana jika kami dapat ke masjid yang jauhnya dalam 2 kilometer dari situ [Masjid Kem Askar], juadah hari raya dapat la kami rasa.
~
Keesokkan harinya, seawal jam 8am kami [terdapat beberapa pelajar blok lain turut tak balik] telah menunggu di garaj bas. Masing-masing bergaya dengan baju raya. Aku simple. Baju melayu hijau, kain pelekat maroon dan ketayap. Cukup la.
~
15minit berlalu....
~
30minit berlalu...
~
Celaka! Bas driver tak datang. Sah kami tak sembahyang raya tahun tu. Dengan perasaan marah, aku pulang ke bilik, Buka locker, keluarkan maggi kari 2 bungkus, jerang air. Semalam petang makan maggi ayam. Malam semalam makan maggi asam laksa. Pagi raya makan maggi kari! Apa la punya nasib. 4 rakan yang lain turut serta. Pada mulanya, mereka semua berpakat nak korbankan aku je, untuk menghidupkan suasana raya korban. Tetapi aku bijak memancing mereka dengan maggi pelbagai perasa. Aku selamat.
~
Tengah hari raya, kami berpakat nak mencari nasi. Orang Malaysia memang selalu idamkan nasi. Sampai kat bandar PD, semua kedai makan tutup termasuklah kedai mamak. Hari Raya Haji la katakan. 1 kedai je yang buka. KFC. Kami order set yang paling besar. Makan puas-puas. Curi 2 botol sos cili. Lepas beli stok maggi secukupnya [Untuk pancing orang. Takut jadi mangsa korban lagi]. Kami terus pulang ke asrama yang kosong.
~
Esoknya, Kedai Makan Kak Ti dah buka. Kami pergi beli nasi. Keghairahan primitif menular dalam badan memandang kami idamkan nasi. Puas! Aku siap tapau lagi. Mana la tau Cafe Mek kat dalam tak bukak malam ni. Mek orang kelantan, mungkin cafe tutup lama sikit.
~
Itulah sedikit sebanyak pengalaman Aidil Adha yang memang tak mungkin saya lupa sepanjang hidup di perantauan.
