Thursday, August 19, 2010

HIJAB - SEBUAH CERKAS SERAM UNTUK UJIBAKAT

Busu kasihan melihatkan si Karem. Sejak dia pulang dari kerja luar daerah ke Kuala Pilah minggu lepas, hidupnya menjadi tidak terurus. Katanya dia nampak bayangan ibu dan bapanya setiap saat, minit dan jam. Seingat Busu, ibu bapa Karem dah lama meninggal dunia. Gangguan itu menyebabkan Karem terpaksa berhenti kerja kerana gangguan ini menyukarkan dia bekerja. Lebih baik berhenti katanya.

Busu selaku kawan serumah semakin risau. Hati kawan mana yang sanggup kawannya terkurung dalam bilik tanpa makan dan minum. Cukup sekali sekala sahaja dia ke dapur. Itu pun pada waktu malam. Gangguan kurang waktu-waktu begitu, katanya.

Busu teringatkan Ustaz Muaz yang tinggal di Ampang. Dulu, waktu adik Busu, si Minah terkena buatan orang, Ustaz Muaz la tolong pulihkan. Setelah menghubungi Ustaz Muaz dan menetapkan waktu yang sesuai, Busu menyediakan bahan-bahan yang Ustaz Muaz minta.

Pada malam Jumaat minggu itu, Busu datang membawa Karem.

"Karem ni kata dia boleh nampak makhluk halus, Ustaz. Saya rasa hijab dia dengan dunia satu lagi dah terbuka. Boleh Ustaz tolong apa-apa?" Kata Busu memulakan bicara memandang Karem yang masih membungkam. Diam sahaja.

"Ermm... Ustaz tolong apa yang berdaya la ya. Insya-allah dengan izin-Nya, masalah ini dapat selesai." Jawap Ustaz Muaz lembut tetapi matanya seperti tertancap pada Karem. Bagai ada sesuatu yang mengganggu fikiran Ustaz Muaz.

Busu dah mengagak, memang ada sesuatu yang tak kena pada Karem. Memang tak salah dia bawa Karem berubat dengan Ustaz Muaz. Biar Ustaz Muaz membuang segala bahana yang mengganggu Karem.

Busu mengeluarkan sebotol 1.5L air mineral dan sekotak kismis minda dari plastik beg. Diletakkannya di hadapan Ustaz Muaz.

"Sekarang, kamu tutup mata dan ikut bacaan saya. Lepas itu, baca ayat Qursi 3 kali dan surah Al-Fatihah, boleh?"

"Eh, kawan saya ni ha yang sakit Ustaz. Bukan saya." Jawap Busu menunjuk ke arah Karem.

Ustaz Muaz tersenyum dan menjawap, "Takpe, kamu pun buat, Karem pun buat. Kita sama-sama doa. Insya-Allah diberkati."

Cara Ustaz Muaz bagai menarik rambut dalam tepung. Ada agenda sendiri yang Busu sendiri tak tahu. Tapi dia ikutkan saja.

10 minit berlalu. Selesai berdoakan dan ikut semua arahan Ustaz Muaz, Busu membuka matanya. Tapi yang ada cuma Ustaz Muaz sahaja. Karem entah ke mana. Mungkin ke tandas barangkali.

"Kita dah selesai ke Ustaz?" Tanya Busu, "Karem pergi mana ni Ustaz?"

Ustaz Muaz tersenyum kelat. Wajahnya tertulis 1001 rasa bersalah.

"Ada lagi di sini" jawap Ustaz Muaz lembut, "Cuma kamu dah tak nampak dia lagi. Ustaz dah tutup hijab kamu. Kamu minum air dan kismis ini. Baca selawat 3 kali."



Tiba-tiba hati Busu bagai direntap. Tersentap. Menggigil. Sejuk tiba-tiba. Semangat hilang bagai disedut lubang hitam!


**********


Keesokkan harinya, Busu ambil MC. Dia mahu berehat sahaja di rumah selepas peristiwa malam semalam. Apa yang terjadi semalam benar-benar menggetarkan hatinya. Lemah semangatnya. Sambil menghirup segelas air mineral dan 7 biji kismis yang Ustaz Muaz bekalkan semalam, dia duduk di kerusi malas dan membawa akhbar hari itu. Muka depan akhbar yang mengejutkan ramai pihak terutamanya Busu.


"MAYAT LELAKI DALAM GAUNG DI BUKIT PUTUS"
Seorang mayat lelaki dipercayai terlibat dalam kemalangan dijumpai di KM5 Jalan Senawang - Kuala Pilah berdekatan Bukit Putus semalam. Mangsa, Karem Bin Jabar, 26, dipercayai terlibat dalam kemalangan minggu lepas tetapi hanya ditemui apabila sekumpulan orang asli yang berburu di kawasan sekitar itu........."


TAMAT.

Bazinga!

Tuesday, August 17, 2010

KENANGAN RAMADHAN - CERITA DUA

Sepanjang aku menempuhi Ramadhan, dari kecil sampai ke besar, dari saiz M (aku tak sempat nak saiz S) sampai ke saiz 4XL, dari Johor sampai ke Kedah, dah bermacam-macam pengalaman aku tempuhi. Yang manis, masam, kelat, tawar.

CERITA DUA
Circa 2000 - Segamat

Oleh kerana jadual peperiksaan SPM kelas aliran sastera dan aliran sains berbeza, kami, pelajar aliran sastera mempunyai waktu senggang yang agak panjang sebelum kertas terakhir bermula yang mana kertas terakhir itu merupakan kertas terakhir untuk semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun itu di sekolah kami.

Aku, selaku pelajar aliran sastera mengambil peluang ini untuk pulang ke rumah untuk menyambut 1 Ramadhan bersama keluarga tercinta.

Apabila pulang semula ke Segamat, aku mendapati ada beberapa rakan sekelas yang sama-sama pulang dan bertemu di Fajar, satu pasaraya yang agak wow suatu ketika dahulu. Kami mengambil keputusan untuk berbuka puasa di benteng depan Upwell. Pada mulanya, kami mahu beli bungkus dan makan di asrama. Tetapi selepas mendengar kata-kata Pidy, salah seorang pelajar yang pakar dalam aktiviti "Masuk-Asrama-Lambat-Tapi-Tak-Pernah-Kantoi"

"Ala, Jaga Omar tak jaga malam rabu (malam berkenaan) la. Pukul 8.00pm kita masuk je lalu pintu depan. Pengetua dengan GPK HEM pun mesti dah balik kampung."

Petah sekali Pidi berkata-kata sampai kami semua percaya. Langsung lupa perihal plan B atau C. Semua stick to plan A. Memang sure habis la pada plan si Pidi ni. Lalu dengan perasaan gembira, kami masuk ke Upwell dan bermain game token.

*************

"Weh, kenapa baju kau kotor ni Win?"

Aku sengih-sengih. Zahri pun sengih-sengih. Pidi masih lagi lap peluh. Budak-budak lain yang dah lepas awal semua dah masuk dorm tukar baju. Belengas barangkali.

Agak-agak jauh dari pendengaran rakan-rakan lain, aku sound Pidi.

"Bangsat lu Pidi. Kata Jaga Omar tak jaga malam ni. Tak pasal-pasal aku kena jadi komando malam ni. Nasib baik lubang pagar belakang tu besar. Kalau tak?"

Aku bebel sampai puas. Pidi cuma gelak dan gelak dan gelak.


KENANGAN RAMADHAN - CERITA SATU

Sepanjang aku menempuhi Ramadhan, dari kecil sampai ke besar, dari saiz M (aku tak sempat nak saiz S) sampai ke saiz 4XL, dari Johor sampai ke Kedah, dah bermacam-macam pengalaman aku tempuhi. Yang manis, masam, kelat, tawar.

CERITA SATU
Circa 2004 - Port Dickson

Petang itu macam biasa, beli juadah berbuka secara berjemaah dengan budak rumah sewa. Seorang naik sebiji motor. Sampai di gerai, masing-masing pilih lauk masing-masing. Yang untuk berbuka dan bersahur. Bakul motor aku antara yang penuh. Yang lain-lain balik rumah untuk masak nasi dan aku ke Shell sebelah hospital untuk isi minyak. Selesai isi dan mencilok sepeket kurma, aku balik. Tiba di bulatan 100 meter dari Shell, sedang aku khayal menikmati permandangan petang, tanpa disangka jalan yang licin membuatkan motor aku menggelupur hilang kawalan dan menyebabkan nasi, ayam, sayur, tongkeng, rangka ayam, kueh-mueh dan mee goreng bertaburan atas jalan. Macam ada orang bagi ayam makan atas jalan tar. Dengan penuh gaya rugged (sebab tak kena langgar kereta belakang) aku kutip air soya dan sepeket kurma Shell yang tak sempat orang langgar. Angkat motor, terus balik rumah.

************

Aku bersyukur sebab seluar kegemaran aku tak koyak. Berbuka soya dan kurma Shell cukup untuk mengubati luka hati dan lutut. Nasib baik budak rumah aku penyayang.

"Nah, kau makan kuih aku ni. Lain kali, kalau aku accident, kau bagi aku makan kuih kau pulak"

Aku sebak. Depa? Gelak.

Friday, August 13, 2010

PENGALAMAN SAYA DENGAN ROOM-MATE, PADA SATU HARI DI BULAN RAMADHAN TAHUN ITU

Satu hari di bulan Ramadhan di Kampus Utara.

Kuliah berjalan seperti biasa. Hari itu tiada kuliah yang tamat awal atau yang batal. Pensyarah kebanyakkannya, mahu menamatkan silibus sebelum menjelang cuti raya kerana seperti tahun-tahun berikutnya, selepas cuti raya, pasti ramai pelajar yang lajak cuti sampai seminggu.

Entah kenapa, hari itu aku penat yang luar biasa. Melangkah longlai ber-rebut menaiki bas kitaran kampus. Aku hairan, bulan puasa pun budak-budak ni ada tenaga nak ber-rebut naik bas.

Tiba di bilik, rumet aku belum balik. Usai bersalin kain pelekat (sebab cuaca petang itu agak panas. Makanya, berkain pelekat adalah pakaian yang sesuai), baru Wan sampai bilik. Muka penat bukan main. Macam muka aku (bila aku lihat cermin di toilet tadi).

"Kita tidur dulu la met. Dalam pukul 5.30 nanti kita bangun beli lauk. Amacam?" Tanya aku.

Wan mengangguk sahaja. Tak menjawap sangat. Letih betul.

Dan petang itu, kami tidur dengan lena sambil buka kipas kuasa penuh.


*************


"Nasi tak masak lagi eh?" tanya aku.

"Kejap lagi kot." jawap Wan

Aku masih lagi mengunyah tamar Yusof Tayyub. Sesekali meneguk air suam bagi menghilangkan sisa-sia tamar di celahan gigi. Aku lihat jam. 8.00pm. Lauk ikan keli goreng masih lagi dalam plastik. Maggi perasa kari dah mula kembang. Sengaja aku kurangkan kuah supaya rasa kari pekat sikit. Senang nak buat kuah nasi nanti.

Tiba-tiba,

"Woi, baru nak buka!" Jerit Daus sambil buka pintu bilik aku.

"Kau la cilakak tak kejut" Jerit Wan pula. Sambil gelak-gelak.

Kami semua gelak-gelak. Gelak sakan. Mengenang nasib masing-masing. Gelak-gelak lagi.

Malam itu, sebelum tarawikh, baru aku, Wan dan Daus mula berbuka puasa makan nasi. Nasib baik Daus terjaga pukul 7.15pm, sempat juga beli ikan keli goreng.

Aku dengan Wan?

Hanyut. Laukkan maggi je la. Dengan kicap cap kipas udang.

RINDU RAMADHAN LALU.

Dalam bulan Ramadhan ini, biasanya, di Malaysia akan berlaku satu kemeriahan yang aku jangkakan kemeriahkan yang paling meriah sepanjang tahun. Kemeriahan penjualan juadah berbuka di Bazaar sekitar anda. Manusia akan tiba-tiba handal membuat air soya, buat murtabak, ayam golek, kuih-muih dan macam-macam lagi yang kita jarang jumpa masa bulan-bulan islam yang lain.

Time inilah kita mengidam itu, kita beli. Kita mengidam ini, kita beli. Mudah. Tak payah nak mengidam apa-apa. Hatta, kalau mengidam nak makan kambing golek juga senang diperolehi!

Tapi dalam bulan Ramadhan ini, aku mengidam sesuatu yang aku agak tiada di jual di mana-mana bazaar di sekitar anda. Mengidam kenangan berbuka puasa bersama kawan-kawan NTMTTS di SeMeKAS dulu. Di dewan makan. Makan guna tray besi.

Lebih-lebih lagi, masa aku menduduki SPM Y2K.

Alahai!

Juga berbuka puasa semasa zaman study di Kampus Utara. Juadahnya biasa-biasa sahaja. Tapi kemeriahan berbuka dengan kawan-kawan memang sesuatu yang lain.

Entah kenapa aku lebih rindu untuk berbuka dengan kawan-kawan macam dulu, berbanding dengan berbuka dengan keluarga.

Entah la.

Thursday, August 12, 2010

PENGALAMAN YANG TIDAK DISANGKA DI MALAM PERTAMA TARAWIKH.

Tarawikh malam pertama memang tarawikh paling semangat antara 30 malam bertarawikh. Sebab malam itu malam pembukaan ke bulan Ramadhan. Ke bulan berpuasa di siang hari.

Malam itu aku berpakaian orang Arab. Jubah arab yang ayah beli masa mengerjakan umrah dulu. Kopiah pun sama. Cuma aku pakai kain pelikat bagi mengekalkan ciri-ciri kemelayuan. Dan berselipar croc hitam-merah yang aku beli 3 minggu lepas di pasar karat JB. Aku beli selipar croc sebab nak nampak yang aku ini mengikut aliran fesyen semasa.

Bukan main seronok aku Tarawikh malam itu. Tahun lepas, semangat aku ke "laut". Duduk rumah bujang, tiada siapa yang memaksa atau bising. Lepas buka, terbongkang depan TV. Tapi tahun ini, duduk di rumah, Alhamdulillah, aku berubah sikit-sikit.

Macam biasa, malam pertama merupakan malam yang paling ramai jemaah berbanding malam pertama perkahwinan yang hanya mempunyai 2 jemaah. Ini memang sudah di duga lalu pakcik noja buka ruang sembahyang baru untuk kaum wanita. Anak-anak riang lari ke sana sini tanpa menghiraukan suara mereka yang nyaring dan bising sedikit sebanyak membangkitkan rasa marah aku. Budak-budak....

Waktu nak balik selepas selesai tarawikh, sesuatu yang tidak pernah terlitas di fikiran aku berlaku.


**************


Tatkala tapak kaki aku yang bertelanjangan dan kesejukkan mencecah lantai parkir di rumah, aku berjanji dengan diri sendiri, aku akan ke solat tarawikh hari-hari dan mencari selipar croc hitam-merah aku yang dirembat orang!

Hargh!



P/S : SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA.

Monday, August 09, 2010

PENGALAMAN PERTAMA SAYA KE MASKARA

Ini adalah acara seni indie yang pertama kali aku sertai. Entah kenapa aku begitu semangat luar biasa sekali untuk menghadiri event ini. Berbagpacking dari JB berbekalkan semangat kental sebab masih tiada idea untuk mencari tempat tidur malam itu. Hahaha.

Terima kasih kepada Rohaizal Rosli dan bakal tunangnya, Afaf Abdullah sebab menghantar aku ke Rumah PENA walaupun dah terlambat nak masuk kerja. Dan sorry sebab kacau mereka dating petang itu.

Sampai di rumah PENA, disambut oleh abang Sinaganaga. Oleh kerana aku ada masa 1 jam lagi sebelum majlis bermula, aku lepak di bahagian atas rumah PENA. Sempat juga tanya pada abang Mat Jan lokasi surau. Saja nak jadi peramah walaupun dah tau surau kat atas. Masuk waktu maghrib, ingatkan dapat berimamkan abang Toqreemauw tapi tak dapat. Brader baju Dewangga Sakti yang jadi imam. Lepas itu, aku beli buku CERKAS dengan abang OP. Kemudian cari seat. Abang Dean Sham dengan abang Vovinski suruh duduk depan atas lantai tapi haram aku tak pergi. Lutut tak kuat nak duduk bersila lama-lama la bang.

Abang Pipiyapong lalu lalang depan aku buat muka sipu-sipu malu. Lain benar akhlak dalam blog dengan akhlak sebenarnya mamat ni.

Ok, aku nak try beri pandangan filem-filem yang ditayangkan malam ini.

1. KIAMU
Aku suka filem ini sebab ia mencuit kenangan sewaktu aku bersekolah asrama dulu. Memang sebijik. Senior memang suka cari pasal kalau nak pukul orang. Kalau dalam filem ini, kes tak tutup lampu dorm. Kalau time aku sekolah dulu, tak bagi salam pada senior. Malam tu, kena bantai. Cara penceritaan juga aku suka. Macam style Afdlin Shauki dalam filem BULI.

2. LAWAN
Aku suka filem ini sebab filem ini lawak semestinya. Gaduh sesama peniaga berger. Memang lawak. Setiap orang itu mengambil kesempatan atas kelemahan lawannya. Mencuri pelanggan itu part yang kelakar. Masing-masing nak tunjuk samseng. Hahaha.

3. SEPI SEORANG ABDILLAH
Aku tak tau apa aura yang ada pada Pipiyapong sehingga Vovinski sanggup buat dokumentari pasal Pipiyapong. Tapi buat peminat-peminat Pipiyapong, filem pendek ini adalah langkah pertama anda untuk mengenali hati budi pemilik blog Hilang Punca ini. Videografi memang style dokumentari. Dari shoot Pipi ambil lauk di kedai mamak hingga masa Pipi check jadual kelas di depan bilik Pensyarah. Terbaik jugak ni.

4. PEMANDU PELENCONG
Gila lawak aku tengok Jimbo Tiram. Menipu pelancong muka sungguh-sungguh.

"Kat sini la Parameswara jumpa Tunku Abdul Rahman. Parameswara punya kancil lawan Tunku punya Anjing."

Kah kah kah kah kah.


5. PETRA BOND
Lagi filem lawak. James Bond yang tak rupa James Bond langsung. Ha ha ha ha. Misi : Hantar Golden Mic. Kah kah kah.

6. IKAN LANGKA
Tak banyak dialog. Tengok je tapi faham jalan cerita. Tak sangka Ribud pandai menyanyi.

7. LOW BUDGET LOVE
Memang the very low budget love. Makan kongsi. Ucapan rembat dari kad ucapan. Tumpang nyanyi dan guna gitar kedai kaset. Pinjam cincin kedai emas. Oh, duit bukan alat untuk menilai kasih sayang oh!

8. SUNRISE
Sebak juga tonton filem ini. Memang haram tak banyak dialog tapi faham juga jalan cerita.

9. HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
Kah kah kah kah kah kah kah. Aku memang tersangat-sangat nak tengok filem ini bulan November nanti. Tak sabar nak gelak-gelak sakan. Sesiapa yang tak tengok filem Zombie Kampung Pisang, sila tonton sebelum tonton filem ini.

10. SROQ
Ini lagi satu filem tak masuk akal tetapi kelakar. Kah kah kah. Ada lagu Numa-numa tuuu..... Filem simple. Idea simple tapi aku tak rasa nak buat filem itu senang.

11. 3 HANTU SILAP MATA
Kalau akan datang, ada filem keluar panggung dan cerita pasal tukang magik, itu memang hasil karya Alif. Ha ha ha ha

12. THE COLOUR OF IDEAS
Aku kagum. Macam mana nak buat filem macam ni ek? Walaupun guna bebola warna merah, biru dan kuning, konsep yang nak disampaikan tu aku faham sikit-sikit. Lu boleh buat filem tak guna orang tapi menarik macam ini tak? macam tengok kartun PINGU pun ada.

13. A LA FOLIE
Ini filem superb juga. Ada penglibatan trangender, sorang suka lelaki kaukasian dan sorang guna lelaki asia. Yang aku tau, lelaki akan mempertahankan wanita yang dia sayang, walaupun dah pernah clash :P

14. ENAM LORONG
Cerita di Pasir Gudang. Bunga api. Pak Politik. Makcik-makcik. Pakcik-pakcik.

15. NASI LEMAK RM1.20 YANG MARVELOUS
Ini best. Perempuan yang jual nasi lemak ini memang pandai manipulasi orang tak hensem tapi tergila-gilakan dia. He he he he.

16. FRINGETOWN.
Kisah bounty hunter yang menjadi mangsa. Tiada dialog.

17. MY FATHER AND HIS CELLULOID
Sisi lain dalam filem yang mengetengahan hiburan di estet di mana pekerja am mereka ialah kaum india. Tonton wayang pacak (macam MASKARA).

18. FIGHTING FIT
Maki punya maki punya maki, last-last takut. Sengal. Kah kah kah kah. Aku harap budak-budak PLKN tiada yang ikut idea mamat ini. Ha ha ha ha.

19. THE FOREST SPIRIT
Kalau di komersilkan, ada gaya nak lawan filem Hong Kong.

20. PENUMPANG
Filem ini deep sangat. Aku tak dapat tangkap mesej yang nak disampaikan.

21. MAMAT
Temubual Ajami Hashim dengan abang Mamat Khalid.

Ada lagi 5,6 filem yang aku tak dapat nak tonton sebab dah lewat sangat dan member aku dah tunggu. Tak manis pula kalau kita nak tumpang orang tapi dia tunggu kita, kan?

Anyway, ini pengalaman pertama aku dan aku harap akan datang aku dapat juga hadiri majlis-majlis macam ini.

P/S : Nak tengok HEGEMONI juga sebab dah dekat tapi tak sempat pula.

REVIEW : SANG PEMIMPI


Keterujaan aku bermula selepas menonton filem pertama, Laskar Pelangi. Selepas itu, aku mula beli novel-novel tulisan Andrea Hirata selepas Laskar Pelangi iaitu, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov.

Satu yang membuatkan aku tersihir dengan novel dan filem adaptasi ini; persahabatan unik yang berkongsi cita-cita walaupun dalam kondisi yang paling susah dan mustahil untuk meneruskan cita-cita atau mimpi mereka yang paling tinggi.

Dalam filem adaptasi ini, watak utamanya ialah Ikal, Arai (Sepupu Ikal yang kematian orang tuanya) dan Jimbron (pemuda Islam yang dijaga oleh seorang paderi sahabat orang tuanya).

Kisah persahabatan mereka unik. Ikal dan Arai sentiasa bekerja kuat untuk mengejar cita-cita mereka untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti. Macam-macam kerja mereka buat. Kerja di pasar ikan, kerja kedai makan. Oleh kerana SMA yang terdekat dengan Gantong berada di Manggar, mereka bersekolah di sana dan berkongsi bilik sewa.

Jimbron, budak gagap yang mula gagap apabila melihat kematian bapanya di depan matanya kerana kecelakaan kebakaran. Sangat obses dengan kuda dan Lashmi. Dia jenis yang ikut-ikut saja. Belajar tak pandai tetapi amat menghargai persahabatan.

Filem ini jujur. Arai yang digelar seniman gila oleh Ikal sanggup melakukan sesuatu yang diluar fikiran Ikal untuk lakukan. Pernah dia sewa seekor kuda untuk Jimbron semata-mata mahu melihat kawannya itu memikat Lashmi. Dan hari itu, Lashmi mula tersenyum kembali.

Arai memang gila. Sanggup dia belajar main gitar dengan Bang Zaitun semata-mata untuk memikat Zakiah Nurmala yang sangat kiut. Arai memang membuka fikiran Ikal untuk menyambung pengajian di Paris.

Jika dalam filem Laskar Pelangi, lagu Bunga Seroja adalah antara lagu lama yang terkenal di Malaysia, tapi dalam filem ini, ada 2 lagu yang biasa kita dengar sampai aku jadi keliru samada lagu-lagu ini memang lagu dari Indonesia atau berasal dari Malaysia? Lagu Rentak 106 (Pak Ketipung) dan Fatwa Pujangga.

Untuk mereka yang sudah lupakan mimpi mereka, patut menonton filem ini. Ini filem tentang harapan, persahabatan dan motivasi pembangunan diri.

9 bintang!

REVIEW : THE LAST AIRBENDER

Aku mula menonton siri animasi Avatar, The Last Airbender semasa aku menuntut di Kampus Utara lagi. Aku mula tertarik dengan kuasa super sumber alam yang diketengahkan dalam animasi ini. Sumber kuasa angin, air, tanah dan api. Masa itu, aku rasa syok kalau dapat kawal sumber alam itu semua. Boleh aku balas balik budak yang suka buli aku.
.
Adaptasi ke layar perak.
Aku mulanya tidak mengharapkan kesempurnaan selepas kekecewaan beberapa siri animasi dan siri permainan video yang diangkat ke layar perak tetapi gagal memenuhi citarasa aku. Tekken, Street Fighter dan Dragonball contohnya. Semua filem itu, aku bagi rating "just so-so" saja. Rating aku sebagai penonton, sebagai pembayar tiket. Aku bukan pengkritik filem.
.
Mula-mula aku kagum dengan kemunculan watak Sokka dan Katara. Outfit mereka memang mirip, dari rambut Sokka tocang belakang, rambut Katara panjang kiri dan kanan, rantai Katara (dalam siri animasi, rantai ini pemberian neneknya, asalnya dari bekas kekasih neneknya dari Northern Water Tribe) hinggalah ke senjata boomerang Sokka. Wow! Kemudian dengan kemunculan Aang dalam ketulan ais besar. Wow! Dan Wow! untuk 10 minit pertama ialah kemunculan Appa, Bison terbang yang aku tak terfikir yang tuan direktor akan munculkan watak ini. Teruja! Teruja Teruja!
.
Kemudian dengan kapal perang Fire Nation yang mengeluarkan asap hitam. Pergh! Kemudian dengan alat luncur layang-layang milik Aang. Dan yang paling tak sangka, tuan direktor masih mengekalkan kata arahan untuk terbangkan Appa, "Yip-yip". Hehehe. Power!
.


Melihat Aang bagai melihat aktor cilik Hong Kong yang terkenal sekitar 1990-an yang banyak membintangi watak ahli shaolin muda, Ashton Chen Xiao Long . Muda dan comel. Muka komersil.
.
Kemudian pada akhir cerita ini, adrenalin menerobos. Kota Northern Water Tribe memang fantastik. Watak guru waterbending (dalam siri animasi, dia inilah kekasih nenek Sokka dan Katara) pun ada, menjadi pengajar kepada Aang dalam memasterkan diri kesemua elemen. Dan Puteri Yue pun ada. Wah, lebih cantik berbanding siri animasi. Dan Wow! @ ekor ikan kap hitam dan putih pun ada. Hahahaha. Teruja! Teruja! Teruja!
.
Aksi Aang menghalau tentera Fire Nation menggunakan ombak tsunami memang Wow! Terbaik. Oh ya, sang naga dalam siri meditasi Aang kalau tak silap aku ialah Avatar terakhir sebelum Aang. Ia wujud dalam bentuk naga untuk membantu Aang. Harap-harap ada sambungan untuk siri Aang belajar earthbending.

Friday, August 06, 2010

TAKTIK DALAM RESUME

Tiap kali kita habis temuduga kerja, kita akan ubah resume kita. Sebab kita goreng lebih dalam resume tu. Cerita macam kita ini best. Dan bila temuduga kerja, bila penemuduga tanya itu dan ini, kita tak dapat jawap. Kaku. Melopong.

Standard la. Nak dapat kerja zaman sekarang, mesti la nak nampak best dalam resume. Padahal...

Ok la, aku nak ubah resume. Tadi penemuduga tanya aku pasal Costing dengan Manufacturing Account , aku blur. Padahal, skrip dalam poket.

Cilakak.