Tuesday, August 25, 2009

REVIEW MOVIE : I LOVE YOU BETH COOPER



Apa yang menarik aku untuk menonton filem ini ialah Beth Cooper itu sendiri iaitu Hot Babe Hayden Panettiere. Selama ini aku cuma tonton dia bergasak dalam drama berdiri Heroes. Dan dalam filem ini, dia bergasak dalam gaya yang lain pula.


Movie yang biasa-biasa sahaja. Cerita pasal budak-budak sekolah akhir tahun.

Dan aku dapat something,

"Kita harus buat apa yang kita harus buat sebelum terlambat, masa sebelum graduasi ini adalah masa yang sesuai sebelum kita masing-masing berpisah, saya cuma mahu ucapkan - Saya cinta awak Beth Cooper.!"

Ucapan penuh berani Dennis Cooverman, lelaki lurus bendul genius yang juga pelakon lelaki utama dalam movie ini.

Ini sedikit sebanyak mengingatkan aku pada zaman sekolah, zaman poli dan zaman uni. Zaman di mana aku terlepas momen-momen yang aku kira tak seharusnya aku lepaskan. Aku juga tak dapat buat apa yang seharusnya aku buat, mcm Dennis Cooverman.


Damn, Upss! Kurang pahala puasa...

TATKALA MEREKA...







Tatkala mereka bersuka-suka di rumah, berbuka puasa bersama sanak keluarga, kami juga ada rancangan (akhir minit) bagi mengisi masa 1 Ramadhan yang penuh kengantukkan. Buka puasa yang biasa-biasa sahaja di sini. Penuh gaya bujang akhir bulan.

Namun kami tetap rindu pada mereka di kampung.

Lapor Nasi Ambeng la pulok!

Thursday, August 20, 2009

OFF-PEAK-PERIOD

Masa peak-period tempoh hari, semua buat kerja tekun sekali.

Dah off- peak, buat kerja macam gampang. Leisure nak mampos.

BILA BOSAN-BOSAN

Bekerja dalam bidang ini ada pasang surut rasa gembiranya. Kadang ada kerja, jadi sibuk sangat. Kadang masa lapang, seluas padang ragut. Sampai jadi mengantuk. Tetapi adalah satu kesilapan besar jika dalam sesebuah firma itu mempunyai segerombolan pekerja atau pelajar praktikal yang imajinasi tinggi dalam sektor pemberian nama. Baik di pejabat mahupun di luar pejabat.

Macam dalam firma aku, ada beberapa nama yang telah beberapa orang dapat daripada gerombolan pekerja atau pelajar praktikal yang berimajinasi tinggi tadi.

1) "Filing Gurlz" - 2 orang pelajar praktikal (wanita) dari sebuah IPTS. Malang bila masuk firma waktu peak-period tempohari. Sampai sekarang bebal nak buat kertas kerja audit. Last-last, dapat kerja mengemaskini fail kekal (permanent file) dan kerja itu berjaya dilengahkan menjadi 3 minggu. Dan nama "Filing Gurlz" tercipta dari itu.

2) Armadi - Seorang pelajar praktikal (wanita) yang lain, mendapat tugas untuk mengaudit sebuah syarikat yang mempunyai perkataan "Armadi" dalam nama syarikat itu. Disebabkan dia menyelesaikan tugasan itu dalam tempoh masa yang agak lama dan telah meng"ammend" laporan audit sebanyak jari.

3) Nasi black - Merujuk kepada nama panjangnya "Nasi Goreng Ayam Black Pepper". Diorder di sebuah warong makan berhadapan dengan KPTM.

4) Sula Kuda - Merujuk kepada variasi ayat mengarut dan mencarut. Tiada makna tersembunyi. Hanya untuk digunakna untuk mengarut dan perkataan alternatif bagi mengurangkan menyebut perkataan "Bodoh" dan "Babi".

5) Lipat - Nama seorang pelajar praktikal (wanita) yang telah tamat praktikal awal bulan ini. Kenapa lipat? Dia suka memakai baju yang ketat walaupun bertudung tetapi menampakkan susuk perut yang berlipat disebalik baju ketat itu. Hilang selera makan....

6) Kuda - Juga nama seorang pelajar praktikal (wanita) yang telah tamat praktikal awal bulan ini. Ketawa seperti kuda dan sangat "annoying".

Kreatif, kan?

Monday, August 10, 2009

BARU NAK BERJINAK JADI SASTERAWAN VILLA MEWAH CAHAYA AMPANG

Sejak dah off-peak ni, tiba-tiba aku terasa macam nak belajar jadi sasterawan. So, dengan berbekalkan duit elaun yang masih berbaki sedikit, aku menggagahkan diri untuk ke kedai buku Konikuniya. Jauh gila nak beli buku weh, beli tempat standard pula tu.

So, aku sedang mahu mengenali hati budi masing-masing. Harap-harap buku yang telah diadjust lama ini sudi menemani aku sepanjang off-peak ini. Hahahaha...

Aku harap aku hebat setara HAMKA? Sudah la weh!

Thursday, August 06, 2009

APA PASAL LAMA TAK KEMASKINI?

Lama rasanya tak mengarut di blog sendiri. Sejak-sejak dah kena pindah ke ibupejabat ni, kerja bukan main keras lagi. Penat memang lain macam. Dalam penat-penat tu, sempat juga la pekena jalan sesak nak mampos hujung minggu lepas. Macam jahanam.

Oh ye, yang aku sibuk sangat macam perdana menteri ini bukan buat apa pun. Nak siapkan kerja-kerja audit syarikat yang tahun perakaunannya berakhir 31 Disember 2008. Buat pengetahuan semua (buat mana-mana yang ingin tambah ilmu bidang perniagaan), mana-mana syarikat yang tahun perakaunannya berakhir 31 Disember 2008, mesti memfailkan akaun syarikat yang telah siap diaudit, di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum atau pada minggu pertama bulan Ogos. Jika tidak, penalti akan dikenakan.

Ha, itu sebab aku sibuk. Sibuk buat audit, sibuk belajar audit dan akaun syarikat lain.

Jangan tahu berniaga nak untung besar-besar sahaja tapi hal-hal pengurusan syarikat yang statutori ini haram tak tahu atau tidak diendahkan.

Ok la, papehal pun aku nak balik rumah la ni jugak sebab nak prepare makan malam. Kita makan lempengggg........

Wednesday, July 29, 2009

SIBUK

Aku sekarang memang sibuk macam lahanat. So, kalau sesiapa yang terniat nak ajak aku dating ke, nak ajak pimpin tangan ke, jangan harap aku nak follow.

Tapi kalau ada yang terniat nak belanja makan kat Bangi ke, boleh call aku lepas waktu pejabat. Kita boleh kau-tim.

Ok, aku nak bagi akaun ini seimbang dulu. Kalau tak, esok kena sembur dengan boss.

Saturday, July 18, 2009

RAHSIA MEREKA DATANG KERJA HARI SABTU?

Hari sabtu di cawangan JB sangat berlainan dari mana-mana tempat kerja aku sebelum ini. Walaupun perlu datang kerja untuk OT tetapi that not a big deal. Aku datang pun bukan buat kerja sangat pun. Bukan aku seorang yang bukan buat kerja sangat. Staff pun sama. Check e-mel la, bukan website itu ini la, buka facebook la. Eh, facebook?

Aku tengokkan sahaja dari dalam bilik mesyuarat. Aku pasang telinga.

Eh, aku rasa aku dengar benda yang tak sepatutnya aku dengar la. Sebab aku kan lelaki innocent. Tapi biar benar apa yang aku dengar dan lihat ni? Apasal la aku dengar mereka ulang kali cakap "breast" la, "tetek" la. Gile lucah! Kalau lelaki yang buka topik, boleh la aku mengendeng-ngendeng. Takde la segan sangat. Ni, perempuan yang buka topik. Naik segan aku nak join. Eh, tak nak join la, aku kan lelaki innocent.

Sambil tengok gambar dalam facebook, mereka ulang lagi topik "breast" dan " tetek" tadi. Gelak-gelak. Tawa-tawa. Macam nak menangis. Terbatuk-batuk. Gelak kaw-kaw. Ni tak boleh dibiarkan, aku mesti join juga apa yang mereka gelakkan dari tadi.

Hah! Aku sergah dari belakang. Mereka terperanjat. Aku lihat monitor komputer mereka.

Euww! Rasa nak keluar semula kue teow goreng sarapan aku pagi tadi.

Cilakak! Mereka tengok tetek pondan mana ntah. Macam gampang perangai. Datang opis hari sabtu sebab nak tengok tetek pondan. Buduh.

Euuww!

Friday, July 17, 2009

REVIEW YANG TERTANGGUH









2 (TWO) THUMBS UP! TERBAEK!

Aku masih tidak pulih dengan penyakit mengarut. Ini sahaja ulasan filem ini.

Wednesday, July 15, 2009

TERMUNTAH AKU

Pandang Payment Voucher File, aku muntah.
Pandang Check Bud, aku muntah.
Pandang Invoice File, aku muntah.

Dah 2 minggu aku hadap fail syarikat ini. Termuntah aku.

Pandang kiri kanan, aku kesat air liur yang meleleh. Bersemangat macam baru minum air tongkat ali.

Nasib baik ada "bunga" di taman cawangan JB ni, semangat balik nak teruskan kerja....