Showing posts with label Praktikal. Show all posts
Showing posts with label Praktikal. Show all posts

Wednesday, September 30, 2009

BENDA YANG KITA TAK AMBIL PORT SANGAT

Ada benda yang kita tidak nampak menggunakan mata tetapi kita cuma dapat rasakannya. Tak ramai orang yang mempunyai hati untuk merasakannya. Ia seakan-akan satu anugerah kepada sesebuah kumpulan manusia yang sama-sama berkongsi perasaan ini.

Ya, itulah anugerah persahabatan.

Dalam hidup aku (sekurang-kurangnya sehingga hari ini), aku telah melalui 4 fasa pembinaan nilai-nilai persahabatan.

Di peringkat sekolah rendah, pada awal peringkat bertemu dengan kekejaman dunia. Kita saling berkongsi minat tentang erti kehidupan, keseronokan mempunyai teman, bermain tanpa memikirkan kesaratan beban dunia. Seronok sekali. Membina asas persahabatan atas dasar perkara yang gembira.

Di peringkat sekolah menengah, asas persahabatan itu semakin dikukuhkan. Seakan tiang seri sama pentingnya. Persahabatan dibina atas dasar mengharungi kekejaman dunia. Untuk meneruskan kehidupan yang semakin hilang nilai kemanusiaan. Persahabatan untuk teruskan hidup. Dan aku rasa sebab itulah kami masih lagi bersatu walaupun setelah 15 tahun berkawan. Terima kasih NTMTTS.

Di peringkat diploma, nilai persahabatan itu mula terhakis. Masing-masing membesar dengan latar belakang yang berlainan. Masing-masing bergantungan untuk menjengah kehidupan baru selepas sekolah. Masa ini, kena pandai-pandai pilih kawan. Kalau salah pilih, boleh hanyut ke laut. Atau paling kurang pun, hanyut-hanyut sikit je. Nilai persahabatan ketika ini hanya bergantung kepada kepentingan. Jadi, aku tidak terfikirkan bahawa ianya utuh tetapi Insya-Allah ianya berkekalan.

Di peringkat universiti, nilai persahabatan itu macam air laut. Macam curahkan air ke daun keladi. Macam taik ayam, panas sekejap saja. Atau yang paling tepat, macam jahanam. Stage ini adalah paling susah nak kendali. Lebih susah dari nak kendalikan mesin kuda. Atau nak kendalikan jentera KYB. Ia melibatkan emosi dan psikologi. Time ini la nak kena ada kebolehan ambil hati orang, pujuk orang, tahan marah, tahan maki dan macam-macam sifat mahmudah untuk menjadikan nilai persahabatan itu terus kekal, bagi yang mahu ianya kekal la.

Penat sudah aku jaga hati orang. Nak layan orang yang tiba-tiba moody, padahal bukan jenis yang datang bulan pun. IMS tak tentu pasal. Gila.

Bersahabat ni macam bercinta juga. Tak guna bertepuk sebelah tangan tak tentu hala. Kalau tak suka, kena la cakap. Kalau diam, mana nak tahu. Tahu? Kalau tak suka duduk sama, cakap. Faham? Nak aku ajar ke? Nak?

Nanti aku buka kelas "Friendship 101" untuk murid-murid yang yang benar-benar 3M; Mengong, Munguk, Moody. Free je.

Suckest friendship ever. Yes, it's true.

Tuesday, August 25, 2009

TATKALA MEREKA...







Tatkala mereka bersuka-suka di rumah, berbuka puasa bersama sanak keluarga, kami juga ada rancangan (akhir minit) bagi mengisi masa 1 Ramadhan yang penuh kengantukkan. Buka puasa yang biasa-biasa sahaja di sini. Penuh gaya bujang akhir bulan.

Namun kami tetap rindu pada mereka di kampung.

Lapor Nasi Ambeng la pulok!

Thursday, August 20, 2009

OFF-PEAK-PERIOD

Masa peak-period tempoh hari, semua buat kerja tekun sekali.

Dah off- peak, buat kerja macam gampang. Leisure nak mampos.

BILA BOSAN-BOSAN

Bekerja dalam bidang ini ada pasang surut rasa gembiranya. Kadang ada kerja, jadi sibuk sangat. Kadang masa lapang, seluas padang ragut. Sampai jadi mengantuk. Tetapi adalah satu kesilapan besar jika dalam sesebuah firma itu mempunyai segerombolan pekerja atau pelajar praktikal yang imajinasi tinggi dalam sektor pemberian nama. Baik di pejabat mahupun di luar pejabat.

Macam dalam firma aku, ada beberapa nama yang telah beberapa orang dapat daripada gerombolan pekerja atau pelajar praktikal yang berimajinasi tinggi tadi.

1) "Filing Gurlz" - 2 orang pelajar praktikal (wanita) dari sebuah IPTS. Malang bila masuk firma waktu peak-period tempohari. Sampai sekarang bebal nak buat kertas kerja audit. Last-last, dapat kerja mengemaskini fail kekal (permanent file) dan kerja itu berjaya dilengahkan menjadi 3 minggu. Dan nama "Filing Gurlz" tercipta dari itu.

2) Armadi - Seorang pelajar praktikal (wanita) yang lain, mendapat tugas untuk mengaudit sebuah syarikat yang mempunyai perkataan "Armadi" dalam nama syarikat itu. Disebabkan dia menyelesaikan tugasan itu dalam tempoh masa yang agak lama dan telah meng"ammend" laporan audit sebanyak jari.

3) Nasi black - Merujuk kepada nama panjangnya "Nasi Goreng Ayam Black Pepper". Diorder di sebuah warong makan berhadapan dengan KPTM.

4) Sula Kuda - Merujuk kepada variasi ayat mengarut dan mencarut. Tiada makna tersembunyi. Hanya untuk digunakna untuk mengarut dan perkataan alternatif bagi mengurangkan menyebut perkataan "Bodoh" dan "Babi".

5) Lipat - Nama seorang pelajar praktikal (wanita) yang telah tamat praktikal awal bulan ini. Kenapa lipat? Dia suka memakai baju yang ketat walaupun bertudung tetapi menampakkan susuk perut yang berlipat disebalik baju ketat itu. Hilang selera makan....

6) Kuda - Juga nama seorang pelajar praktikal (wanita) yang telah tamat praktikal awal bulan ini. Ketawa seperti kuda dan sangat "annoying".

Kreatif, kan?

Monday, August 10, 2009

BARU NAK BERJINAK JADI SASTERAWAN VILLA MEWAH CAHAYA AMPANG

Sejak dah off-peak ni, tiba-tiba aku terasa macam nak belajar jadi sasterawan. So, dengan berbekalkan duit elaun yang masih berbaki sedikit, aku menggagahkan diri untuk ke kedai buku Konikuniya. Jauh gila nak beli buku weh, beli tempat standard pula tu.

So, aku sedang mahu mengenali hati budi masing-masing. Harap-harap buku yang telah diadjust lama ini sudi menemani aku sepanjang off-peak ini. Hahahaha...

Aku harap aku hebat setara HAMKA? Sudah la weh!

Thursday, August 06, 2009

APA PASAL LAMA TAK KEMASKINI?

Lama rasanya tak mengarut di blog sendiri. Sejak-sejak dah kena pindah ke ibupejabat ni, kerja bukan main keras lagi. Penat memang lain macam. Dalam penat-penat tu, sempat juga la pekena jalan sesak nak mampos hujung minggu lepas. Macam jahanam.

Oh ye, yang aku sibuk sangat macam perdana menteri ini bukan buat apa pun. Nak siapkan kerja-kerja audit syarikat yang tahun perakaunannya berakhir 31 Disember 2008. Buat pengetahuan semua (buat mana-mana yang ingin tambah ilmu bidang perniagaan), mana-mana syarikat yang tahun perakaunannya berakhir 31 Disember 2008, mesti memfailkan akaun syarikat yang telah siap diaudit, di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum atau pada minggu pertama bulan Ogos. Jika tidak, penalti akan dikenakan.

Ha, itu sebab aku sibuk. Sibuk buat audit, sibuk belajar audit dan akaun syarikat lain.

Jangan tahu berniaga nak untung besar-besar sahaja tapi hal-hal pengurusan syarikat yang statutori ini haram tak tahu atau tidak diendahkan.

Ok la, papehal pun aku nak balik rumah la ni jugak sebab nak prepare makan malam. Kita makan lempengggg........

Wednesday, July 29, 2009

SIBUK

Aku sekarang memang sibuk macam lahanat. So, kalau sesiapa yang terniat nak ajak aku dating ke, nak ajak pimpin tangan ke, jangan harap aku nak follow.

Tapi kalau ada yang terniat nak belanja makan kat Bangi ke, boleh call aku lepas waktu pejabat. Kita boleh kau-tim.

Ok, aku nak bagi akaun ini seimbang dulu. Kalau tak, esok kena sembur dengan boss.

Saturday, July 18, 2009

RAHSIA MEREKA DATANG KERJA HARI SABTU?

Hari sabtu di cawangan JB sangat berlainan dari mana-mana tempat kerja aku sebelum ini. Walaupun perlu datang kerja untuk OT tetapi that not a big deal. Aku datang pun bukan buat kerja sangat pun. Bukan aku seorang yang bukan buat kerja sangat. Staff pun sama. Check e-mel la, bukan website itu ini la, buka facebook la. Eh, facebook?

Aku tengokkan sahaja dari dalam bilik mesyuarat. Aku pasang telinga.

Eh, aku rasa aku dengar benda yang tak sepatutnya aku dengar la. Sebab aku kan lelaki innocent. Tapi biar benar apa yang aku dengar dan lihat ni? Apasal la aku dengar mereka ulang kali cakap "breast" la, "tetek" la. Gile lucah! Kalau lelaki yang buka topik, boleh la aku mengendeng-ngendeng. Takde la segan sangat. Ni, perempuan yang buka topik. Naik segan aku nak join. Eh, tak nak join la, aku kan lelaki innocent.

Sambil tengok gambar dalam facebook, mereka ulang lagi topik "breast" dan " tetek" tadi. Gelak-gelak. Tawa-tawa. Macam nak menangis. Terbatuk-batuk. Gelak kaw-kaw. Ni tak boleh dibiarkan, aku mesti join juga apa yang mereka gelakkan dari tadi.

Hah! Aku sergah dari belakang. Mereka terperanjat. Aku lihat monitor komputer mereka.

Euww! Rasa nak keluar semula kue teow goreng sarapan aku pagi tadi.

Cilakak! Mereka tengok tetek pondan mana ntah. Macam gampang perangai. Datang opis hari sabtu sebab nak tengok tetek pondan. Buduh.

Euuww!

Wednesday, July 15, 2009

TERMUNTAH AKU

Pandang Payment Voucher File, aku muntah.
Pandang Check Bud, aku muntah.
Pandang Invoice File, aku muntah.

Dah 2 minggu aku hadap fail syarikat ini. Termuntah aku.

Pandang kiri kanan, aku kesat air liur yang meleleh. Bersemangat macam baru minum air tongkat ali.

Nasib baik ada "bunga" di taman cawangan JB ni, semangat balik nak teruskan kerja....

PLASTIK

Selaku "tuan rumah", aku bawa Muaz jalan-jalan cari makan di sekitar Kampung Melayu Majidee. Sambil berjalan (menaiki motor) ronda-ronda, aku beritahu sedikit sebanyak kedai-kedai di sekitar situ.

Aku : Ni pos opis, sebelah tu klinik kerajaan. Haa...yang ni kedai plastik, kalau kau nak beli baldi ke gayung ke apa-apa yang berkaitan dengan plastik, beli la kat sini. Ada macam-macam saiz, murah plak tu.

Muaz : Oooo....kalau gitu, Muffler beli dekat sini la.

Aku : Eh, jauh benar Muffler beli barang plastik dekat sini. Dia beli apa?

Muaz : Tu ha, muka plastik yang dia dok pakai dekat kampus tu.

Aku & Muaz : Hahahahaha. (Sepanjang perjalanan pulang ke rumah - atas motor).

***Muka Plastik = Berpura-pura

Monday, July 13, 2009

JOM JALAN-JALAN PERGI JB, KUTAK!


Dalam kesibukkan menempuhi peak period ini, kami berkesempatan untuk berjalan-jalan rehatkan minda, luangkan masa dengan kawan-kawan dan spend sikit duit elaun untuk proses menjadi dewasa.

Kutak, you should come to JB and feel the excitement by yourself.

Lagi gambar-gambar lain.

Tuesday, July 07, 2009

WARKAH BUAT KUTAK BERSAUDARA, SUPIR BARU KEPADA KEKACANG.



Kepada Kutaq,

Mungkin gambar ini bukan gambaran keseluruhan keseronokan kami di sini tetapi inilah serba sedikit, mungkin 2%, daripada keseronokan yang kami kecapi di sini, di cawangan JB.

Mungkin kau akan cakap, "Eleh, bukan best pun.", sebab aku tahu kau akan cakap macam ini.

Gambar 1, ikut duit elaun kami. Ya, elaun kami baru terima. Tak sempat pun nak pergi Sunway Lagoon yang kau teringin sangat itu. Lagi pun kau dah pun bergembira suka suki dengan Kude dan Lipat. Ala, mereka itu budget lawa sahaja. Ops, jangan lupa kau kira jumlah helaian not RM100 itu. Tak, ia tak-lah banyak sangat, cuma amat berharga untuk kami, budak praktikal.

Gambar 2, kami tak akan habiskan duit elaun kami semata-mata untuk membeli buah-buahan tempatan ini. Rasanya macam tak berbaloi pula. Ini ada buah tangan dari bos. Maksudnya, bos belikan untuk kami makan. Percuma, tanpa claim any single cents dari kami. Oh, rasanya kau pasti suka barangan percuma, sebab kau orang Malaysia juga, kan?

Itu sahaja berita dari cawangan JB. Jumpa lagi di lain warkah :p

Monday, July 06, 2009

TARIK FEEL KAIT BUAH.

Hujung minggu yang menyeronokkan bila mana pulang ke kampung untuk tarik feel musim rambutan di Pontian, Johor.


Lama dah tak kait rambutan. Last dulu aku kait buah durian je. Tu pun 2,3 tahun lepas.

Kutak, buah rambutan kait sendiri dengan buah rambutan beli kat pasar malam, lain rasanya tau.

Lagi gambar.

APA BEZA?

Al-kisah 3 pemuda dari kampung yang berbeza baru tiba ke ibu kota Kuala Lumpur penuh kesesatan. Datang dari jauh untuk menimba ilmu yang tidak terhingga. Ada pun salah seorang dari mereka dikatakan sudah masak dengan suasana jalanraya dan penipuan kota ini.

Suatu hari, dibawanya 2 pemuda yang lainnya bersiar-siar menaiki motokar milik si kekasih. Sambil berjalan dia menerangkan serba ringkas nama dan sejarah sesuatu lokasi itu. Setiap keterangan penuh dengan keyakinan.

Tiba di suatu lokasi berhampiran dengan tempat mereka menumpang teduh.

1 Pemuda : Ini la MRR2 yang fofuler tu.

2 Pemuda : OooOOOooo....

1 Pemuda : MRR2 tu stand for "Middle Ring Road" atau dalam bahasa yang lebih korang faham, "Lebuhraya Lingkaran Tengah".

2 Pemuda : OOoooOOOoo... So, apa beza MRR1 dengan MRR2?

1 Pemuda : Errr... Ok. Senang je. Kalau kau tengok tiang tu (sambil memuncung menunjuk tiang bawah jalan), kalau yang retak itu-lah MRR2. Kalau yang elok je, ok je, itu-lah MRR1.

2 Pemuda : OOOooOOoooo....

Thursday, July 02, 2009

SAJA LA NAK INGATKAN PADA DIA

Ya, kami tahu kau dah jadi staff. Dah bukan taraf kami lagi. Kerja kau pun sudah jadi lebih banyak. Tanggungjawab yang perlu digalas juga berat. Lebih-lebih lagi bila tiba waktu sibuk (peak period) macam ini. Kami tahu kau tertekan.

Tapi kau kena ingat, dulu kau juga pelajar praktikal. Macam kami juga. Kau mesti tahu bagaimana hati pelajar praktikal, kan? Perlu diajar, rasa takut-takut, kurang yakin, kurang mesra. Kau pernah melalui semua ini sejak 6 bulan lepas, kan? Jadi, apa salahnya jadi seorang yang faham situasi ini.

Ya, kau dah jadi staff. Perlu rasa macam lebih sedikit dari pelajar praktikal. Kami akui itu. Kau ada pengetahuan (lebih dari kami) mengenai firma audit ini. Kami akui itu. Tapi selaku staff, adakah semua kesalahan kau perlu kami tanggung juga? Kena potong gaji ke kalau kau mengakui kesalahan kau? Jadi makin bodoh ke kalau kau akui kesalahan kau?

Ini la masalahnya kalau muda-muda lagi dah dapat jawatan "Juruaudit" dan kena supervise seseorang yang junior, practically, tetapi usia lebih tua darinya, technically.

Dan. Kami gubah lagu ini untuk kamu.


Benci Betul (Bencinta - Faizal Tahir)
Benarkanku tuk berbicara
Bicara trus ke hatimu…..hatimu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus marah tanpa mendengar ku
Begitu mudah untuk kau terus berlalu nanti dulu
Berikanlah waktu untuk aku untuk kamu

ingatkah lagi waktu kau tak mahu ngaku
kaku aku dimarah mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku benci padamu, benci padamu, menyampah denganmu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu tentang mati kamu
Aku tahu engkau tahu apa yang mataku tahu
Apa yang kau tunggu mahu aku bagi tahu!

Ingatkah lagi waktu kau menengking ku
Kaku aku melihat mu
Sedangkan aku mahu kau tahu
Dengar kata ku,
Aku benci padamu,
Benci padamu, benci padamu

Sakitnya aku membenci kamu
Sakit lagi hatiku dimarah kamu
Dan aku pergi tapi kembali
Puas aku menbenci dirimu
Aku benci…. kamu…
Benci betul….kamu…

Ingatkah lagi waktu kau menengking ku
Kaku aku melihat mu
Sedangkan aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku benci padamu
benci betul padamu
padamu…..

Ingatkah lagi waktu kau menengking ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
Aku benci padamu
Benci betul padamu
Aku benci, benci betul
Padamu

Ingatkah lagi waktu kau menengking ku
Dengar kata ku
Aku benci padamu
Benci betul padamu
Aku benci, benci betul!

Tuesday, June 30, 2009

DAN KAMI MEMERIAHKAN HUJUNG MINGGU KAMI DENGAN..............





.....majlis perkahwinan berbudayakan masyarakat Johor, di mana ini amat baru buat Muaz yang selama ini hanya menghadiri majlis perkahwinan berbudayakan masyarakat Kedah.

Satu pengalaman baru buat Muaz dan satu pengalaman berulang buat diri aku sendiri.

Selama aku merantau ke belantara Sintok untuk jangkamasa 3 tahun setengah, banyak majlis perkahwinan sepupu sepapat yang aku terpaksa lepaskan. Terpaksa memilih samada ponteng kelas dan menghabiskan duit tiket (yang mahal nak mampos) untuk pulang ke Johor (dan menghadiri majlis perkahwinan sepupu sepapat), atau menghadapi kemungkinan dihalang ke peperiksaan akhir akibat ketidak-cukupan peratusan kehadiran ke kelas.

Ini adalah yang pertama dalam jangkamasa 3 tahun ini. Mana mungkin aku lepaskan peluang untuk membantu bersama-sama rewang pada majlis ini. Lalu aku bawa Muaz bersama.

Oleh kerana ramai sanak saudara yang hadir, maka sedikit sebanyak kami menggunakan beberapa perkataan jawa yang sempat juga aku ajarkan kepada Muaz seperti Centong (Senduk), Mentong (Makan 2nd time), Rewang (Bantu di pada majlis) dan 2,3 perkataan lain.

Satu pengalaman baru juga bagi Muaz bila penanggah (pembantu majlis) akan diberikan rozet yang diselitkan duit kertas RM5. Ini adalah kebiasaan bagi masyarakat Johor sebagai penanda bahawa dia adalah pembantu majlis selain RM5 itu sebagai sedekah. Muaz tak biasa, dapat je rozet tu terus dia simpan dalam poket. Takut hilang, katanya.

Selain itu, Muaz juga baru mendapati bahawa masyarakat Johor akan beri nasi berkat kepada para tetamu terpilih. Berlainan sama sekali dengan masyarakat di tempatnya.

Hari minggu kami amat penat sekali. Woh!

Friday, June 26, 2009

ROAD TO JOHOR BAHRU (PROLOG)




Perjalanan kami bermula seminggu yang lalu. Dengan hati yang patah tetapi apa kan daya, itu perintah Big Boss. Kena akur untuk dapat keputusan cemerlang dalam subjek Latihan Industri. Belum sampai sebulan kami mula berpraktikal, kami dah kena outstation 2 bulan. Gila tak gila la.

Tapi dalam keadaan kami yang sedih, ada lagi yang lebih sedih. Kena duduk Villa Mewah Cahaya Ampang sorang-sorang.

Siapa?

Biar la aku, dia dan dia yang tahu.

DINNER SEMALAM.....

....sangat sedap sekali.

Lebih-lebih lagi bila Big Boss yang bayar. Tidak, bukan di cawangan induk tapi di cawangan JB.

Ya, kami makan makanan laut. Ops, perut saya yang besar dan luas ini pun tak tertampung makanan yang banyak dan lazat semalam.

Selain saya dan Muaz, turut diundang ialah 2 pelajar Vietnam, Daniel dan Nhong. Oh, bos-bos kecil cawangan JB turut sama sertai kami. Wah, mereka semua bangsa Cina rupanya.

Mesti awak fikir kami makan di restoren bukan melayu. Oh! Salah sama sekali. Kami makan di Restoren Sayam, Stulang. Makanan ala Thai. Antara semua tetamu, hanya kami berdua sahaja orang Islam dan kami cuma makan makanan halal. In respect of that, Big Boss bawa makan di sini.

Terbayang-bayang juga saya jika Big Boss bawa makan di Restoren Cina. Apa yang saya perlu order ye? Oh!

Ya, semalam kami makan "Butter Prawn", Sotong Goreng Tepung, Kangkung Goreng Belacan, Siakap Stim Ala Thai (Stim je bau ikan enak ini) dan minuman berupa ais kisar (ice blended).

Eh, Kutak, nak tanya sikit. Di Villa Mewah Cahaya Ampang sekarang, awak tonton Keliwon dengan siapa ek? Hati-hati tau. Awak duduk sorang-sorang tahu. Kalau mengigau, tiada siapa yang boleh tengok-tengok, kan.

Thursday, June 25, 2009

PEJABAT TINGGI PUN LETIH JUGA

Di pejabat baru sekarang, segalanya mudah. Segalanya istimewa. Betul. Aku tak kencheng kamu. Ini serius. Jauh sekali keadaannya dengan pejabat induk di Kuala Lumpur itu.

Dah tak perlu panjat tangga 3 tingkat untuk masuk pejabat. Pejabat sini rendah ja, tingkat satu. Dah la tingkat satu, naik lif pula tu. Memang lemak la aku sepanjang 2 bulan di sini.

Lagi satu, pejabat aku ini di dalam bangunan hotel, kiranya pejabat aku ini tinggi la juga. Kira-kira 24 tingkat. Bukan macam di pejabat induk tu, ada 4 tingkat ja. Kena panjat tangga pula tu. Tak senonoh sungguh.

Ha, lagi satu. Surau kami agak istimewa dari pejabat induk. Kalau di pejabat induk, ruang solat cuma boleh muat untuk seorang. Langsung tak boleh nak jemaah. Langsung tak dapat pahala yang afdal itu. Tapi di pejabat ini, surau kami nun jauh di tingkat 24. Kami naik lif, bukan panjat tangga. Langsung tak penat. Ruang solat yang agak luas, boleh la kalau nak jemaah 4,5 orang sambil ber-imamkan Muaz.

Semua buat aku gembira.

Tapi aku sangat naik angin bila ada orang main suis lif. Masa yang perlu diambil dari tingkat 1 ke tingkat 24 yang mengambil masa kurang dari 3 minit, akan mengambil masa yang lebih panjang jika di lif berhenti di setiap tingkat.

Tingkat 1 ke tingkat 24. Kau kira la sendiri berapa lama aku perlu tunggu dalam lif jika lif singgah di setiap tingkat. Kiranya, kalau aku keluar pejabat jam 3.45pm untuk solat Zohor, aku akan sampai tingkat 24 selepas azan Asar.

So, pathetic. Nyampah.

Thursday, June 18, 2009

BAWA PAK LONG JALAN KLCC NAIK STAR DAN PUTRA.


Pak Long yang tengah dok cangkung tu mai dari Penang. Dia dok umah kak dia kat Bandar Tun Razak masa dia dok ngajaq kat sekolah dekat-dekat situ. Oh ya, Pak Long ni cikgu praktikal. Tapi kesian, sepanjang dia dok KL ni, takdak sapa yang nak bawak dia jalan-jalan KL. Dia parpu sorang-sorang dia dalam umah kak dia tu. Oleh kerana kesian, kami pun mai umah kak dia nak bawa Pak Long jalan-jalan tengok KLCC naik STAR dan PUTRA. Kami kan orang KL.

Masa naik STAR dari Bandar Tun Razak tu, Pak Long dok pegang lengan kami ja. "Gayat naik ketapi laju-laju." kata dia tersengih-sengih. Sepanjang perjalanan, mata Pak Long dok usha2 awek seksi dalam STAR la, dok tengok bangunan tinggi-tinggi la. Kesian dia. Dulu kat kampung, benda yang paling tinggi dia pernah nampak cuma hantu galah ja. "La ni, ghumah pon lagi tinggi dari hantu galah naa..." Kata dia lagi.

Kami makan tengahari dekat McDonald depan stesen STAR Masjid Jamek. Alang-alang dah sampai bandaq, ajak Pak Long makan tengahari cara bandaq pulak. Kami pun beratuq la sorang-sorang dekat kaunter. Tiba turn Pak Long..

"Na'aram, kedai makan besaq lagu ni dok ada jual roti dengan dagin ja ka? Nasi kandaq takdak ka?"

Kalut semacam kami tengok Pak Long. Yang kami malu sikit, bila dok pung pang pung pang sembang dengan Pak Long, dia sembang deraih nak mampos. Na'aram, buat McDonald tu macam warong kampung dia tu. Orang dalam tu usha serong ja dengan kami.

Bila tiba KLCC, Pak Long diam ja. Cuma tangan ja bergerak ambil gambar guna telefon henset. Self potrait. Nak MMS bagi pada marka, katanya. Lantak kau la Pak Long, jangan kau dok panjat KLCC tu dah la. Tak pasai-pasai kena ligan dengan makcik jaga tu.

Sebelum balik, kami singgah SOGO dulu. Saja nak bagi Pak Long tengok pasaraya jual baju. Na'aram, kami suruh dia tengok-tengok. Mana tau dia ada banyak duit. Borong sakan beli boxer lukisan pokemon dengan kemeja jalur-jalur. Dari tadi dok pau kami duit tambang LRT, la ni kami tak shopping, dia plak shopping sakan.

Senyap-senyap kami biarkan dia sorang-sorang dia bershopping. Naik LRT terus balik rumah.

Pak Long? Lantak dia la.

Text by : Fikrikacak
Edit by : Kutax