Monday, August 10, 2009

BARU NAK BERJINAK JADI SASTERAWAN VILLA MEWAH CAHAYA AMPANG

Sejak dah off-peak ni, tiba-tiba aku terasa macam nak belajar jadi sasterawan. So, dengan berbekalkan duit elaun yang masih berbaki sedikit, aku menggagahkan diri untuk ke kedai buku Konikuniya. Jauh gila nak beli buku weh, beli tempat standard pula tu.

So, aku sedang mahu mengenali hati budi masing-masing. Harap-harap buku yang telah diadjust lama ini sudi menemani aku sepanjang off-peak ini. Hahahaha...

Aku harap aku hebat setara HAMKA? Sudah la weh!

Thursday, August 06, 2009

APA PASAL LAMA TAK KEMASKINI?

Lama rasanya tak mengarut di blog sendiri. Sejak-sejak dah kena pindah ke ibupejabat ni, kerja bukan main keras lagi. Penat memang lain macam. Dalam penat-penat tu, sempat juga la pekena jalan sesak nak mampos hujung minggu lepas. Macam jahanam.

Oh ye, yang aku sibuk sangat macam perdana menteri ini bukan buat apa pun. Nak siapkan kerja-kerja audit syarikat yang tahun perakaunannya berakhir 31 Disember 2008. Buat pengetahuan semua (buat mana-mana yang ingin tambah ilmu bidang perniagaan), mana-mana syarikat yang tahun perakaunannya berakhir 31 Disember 2008, mesti memfailkan akaun syarikat yang telah siap diaudit, di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum atau pada minggu pertama bulan Ogos. Jika tidak, penalti akan dikenakan.

Ha, itu sebab aku sibuk. Sibuk buat audit, sibuk belajar audit dan akaun syarikat lain.

Jangan tahu berniaga nak untung besar-besar sahaja tapi hal-hal pengurusan syarikat yang statutori ini haram tak tahu atau tidak diendahkan.

Ok la, papehal pun aku nak balik rumah la ni jugak sebab nak prepare makan malam. Kita makan lempengggg........

Wednesday, July 29, 2009

SIBUK

Aku sekarang memang sibuk macam lahanat. So, kalau sesiapa yang terniat nak ajak aku dating ke, nak ajak pimpin tangan ke, jangan harap aku nak follow.

Tapi kalau ada yang terniat nak belanja makan kat Bangi ke, boleh call aku lepas waktu pejabat. Kita boleh kau-tim.

Ok, aku nak bagi akaun ini seimbang dulu. Kalau tak, esok kena sembur dengan boss.

Saturday, July 18, 2009

RAHSIA MEREKA DATANG KERJA HARI SABTU?

Hari sabtu di cawangan JB sangat berlainan dari mana-mana tempat kerja aku sebelum ini. Walaupun perlu datang kerja untuk OT tetapi that not a big deal. Aku datang pun bukan buat kerja sangat pun. Bukan aku seorang yang bukan buat kerja sangat. Staff pun sama. Check e-mel la, bukan website itu ini la, buka facebook la. Eh, facebook?

Aku tengokkan sahaja dari dalam bilik mesyuarat. Aku pasang telinga.

Eh, aku rasa aku dengar benda yang tak sepatutnya aku dengar la. Sebab aku kan lelaki innocent. Tapi biar benar apa yang aku dengar dan lihat ni? Apasal la aku dengar mereka ulang kali cakap "breast" la, "tetek" la. Gile lucah! Kalau lelaki yang buka topik, boleh la aku mengendeng-ngendeng. Takde la segan sangat. Ni, perempuan yang buka topik. Naik segan aku nak join. Eh, tak nak join la, aku kan lelaki innocent.

Sambil tengok gambar dalam facebook, mereka ulang lagi topik "breast" dan " tetek" tadi. Gelak-gelak. Tawa-tawa. Macam nak menangis. Terbatuk-batuk. Gelak kaw-kaw. Ni tak boleh dibiarkan, aku mesti join juga apa yang mereka gelakkan dari tadi.

Hah! Aku sergah dari belakang. Mereka terperanjat. Aku lihat monitor komputer mereka.

Euww! Rasa nak keluar semula kue teow goreng sarapan aku pagi tadi.

Cilakak! Mereka tengok tetek pondan mana ntah. Macam gampang perangai. Datang opis hari sabtu sebab nak tengok tetek pondan. Buduh.

Euuww!

Friday, July 17, 2009

REVIEW YANG TERTANGGUH









2 (TWO) THUMBS UP! TERBAEK!

Aku masih tidak pulih dengan penyakit mengarut. Ini sahaja ulasan filem ini.

Wednesday, July 15, 2009

TERMUNTAH AKU

Pandang Payment Voucher File, aku muntah.
Pandang Check Bud, aku muntah.
Pandang Invoice File, aku muntah.

Dah 2 minggu aku hadap fail syarikat ini. Termuntah aku.

Pandang kiri kanan, aku kesat air liur yang meleleh. Bersemangat macam baru minum air tongkat ali.

Nasib baik ada "bunga" di taman cawangan JB ni, semangat balik nak teruskan kerja....

PLASTIK

Selaku "tuan rumah", aku bawa Muaz jalan-jalan cari makan di sekitar Kampung Melayu Majidee. Sambil berjalan (menaiki motor) ronda-ronda, aku beritahu sedikit sebanyak kedai-kedai di sekitar situ.

Aku : Ni pos opis, sebelah tu klinik kerajaan. Haa...yang ni kedai plastik, kalau kau nak beli baldi ke gayung ke apa-apa yang berkaitan dengan plastik, beli la kat sini. Ada macam-macam saiz, murah plak tu.

Muaz : Oooo....kalau gitu, Muffler beli dekat sini la.

Aku : Eh, jauh benar Muffler beli barang plastik dekat sini. Dia beli apa?

Muaz : Tu ha, muka plastik yang dia dok pakai dekat kampus tu.

Aku & Muaz : Hahahahaha. (Sepanjang perjalanan pulang ke rumah - atas motor).

***Muka Plastik = Berpura-pura

Monday, July 13, 2009

JOM JALAN-JALAN PERGI JB, KUTAK!


Dalam kesibukkan menempuhi peak period ini, kami berkesempatan untuk berjalan-jalan rehatkan minda, luangkan masa dengan kawan-kawan dan spend sikit duit elaun untuk proses menjadi dewasa.

Kutak, you should come to JB and feel the excitement by yourself.

Lagi gambar-gambar lain.

Thursday, July 09, 2009

TAK BOLEH NAK REVIEW

Aku nak sangat-sangat tulis review pasal filem "Transformers 2" yang aku tonton 2 hari lepas. Nak tulis sangat-sangat. Tapi aku kena tunggu hati aku ini tenang sedikit.

Buat masa sekarang aku tak boleh tulis lagi, mungkin esok baru boleh. Kena tunggu line clear sedikit. Amoi-amoi di sini semua lawa-lawa, tapi tak semua boleh percaya. Semua pakat-pakat pakai lawa-lawa sexy-sexy. Tapi aku kena ingat, mungkin tak semua dari mereka itu adalah manusia. Entah-entah makhluk asing robot dari planet mana entah. Nanti tengah comolot tiba-tiba lidah dia jadi panjang gila, siapa nak jawap? Ha....

Aku juga saspek ada yang tak kena dengan kawasan pembinaan sebelah opis aku. Aku syak jentera-jentera di situ semua tengah komplot nak jadi makhluk asing robot yang super besar. Lalu sedut aku masuk mulut dia dan aku hancur jadi kepingan-kepingan daging tak bernyawa.

Aku kena minta Optimus Perdana tolong. Tapi aku takde nombor kontek dia la. Korang ada?

p/s : Aku rasa bila aku tulis review tu nanti, sengal-sengal otak karut-karut akan segera pudar. Tulis review dengan minda manusia yang berdiri atas tanah realiti.

Tuesday, July 07, 2009

WARKAH BUAT KUTAK BERSAUDARA, SUPIR BARU KEPADA KEKACANG.



Kepada Kutaq,

Mungkin gambar ini bukan gambaran keseluruhan keseronokan kami di sini tetapi inilah serba sedikit, mungkin 2%, daripada keseronokan yang kami kecapi di sini, di cawangan JB.

Mungkin kau akan cakap, "Eleh, bukan best pun.", sebab aku tahu kau akan cakap macam ini.

Gambar 1, ikut duit elaun kami. Ya, elaun kami baru terima. Tak sempat pun nak pergi Sunway Lagoon yang kau teringin sangat itu. Lagi pun kau dah pun bergembira suka suki dengan Kude dan Lipat. Ala, mereka itu budget lawa sahaja. Ops, jangan lupa kau kira jumlah helaian not RM100 itu. Tak, ia tak-lah banyak sangat, cuma amat berharga untuk kami, budak praktikal.

Gambar 2, kami tak akan habiskan duit elaun kami semata-mata untuk membeli buah-buahan tempatan ini. Rasanya macam tak berbaloi pula. Ini ada buah tangan dari bos. Maksudnya, bos belikan untuk kami makan. Percuma, tanpa claim any single cents dari kami. Oh, rasanya kau pasti suka barangan percuma, sebab kau orang Malaysia juga, kan?

Itu sahaja berita dari cawangan JB. Jumpa lagi di lain warkah :p