Monday, July 06, 2009

GOOD

Shah dalam persiapan untuk ke peperiksaan. Masa ada dalam 30 minit lagi sebelum bermula peperiksaan. Sambil memakai stokin, dihembus-hembus kepalan asap Malboro light. Melihatkan kawan-kawan lain kebanyakkan baru hendak masuk tidur walaupun waktu tu jam 8 pagi, dia melintasi satu per satu bilik sambil memerhatikan gelagat gamers and movier baru nak masuk tidur. Langkahnya terhenti di suatu bilik gelap yang "gelap"....

Tori : Weh Fler, kau nak pergi exam ke?
Shah : A'ah. (Sambil menghembuskan asap yang lainnya)
Tori : Ooo, ok la, good night!
Shah : Weh, patutnya kau ucap "Good Luck" la.
Tori : Ala, aku tau. Kau masuk dewan nanti mesti tertidur. So, aku ucap "Good night" siap-siap la.
Shah : Palat. (Sambil menenyeh-nenyeh puntung rokok ke lantai.)

BEZA ANTARA PEMINAT DAN PENONTON


Ada seorang awek cuba tunjuk lagak, mentang-mentang la dia dah tonton Transformers 2 terlebih dahulu dari aku. Untuk lagi nampak macam berlagak, dia SMS aku.

Awek : Weh, aku berjaya tengok Transformers2 !
Aku : Tahniah. Aku dengar kena beratur 2,3 jam.
Awek : Takpe ar. Asalkan dapat tengok.
Aku : Jangan bagi spoiler. Aku nak tengok dulu, baru kita bercerita.
Awek : Bole. Tapi paling aku tak sangka si Frisbee dengan Sam tu.

..................

Aku : Frisbee tu yang mana satu?
Awek : Ala, robot kereta kuning tu. Jenama apa ntah. Kau ni, tak "fan" betul la.
Aku : Sayang.... robot kereta kuning tu bukan Frisbee namanya tapi Bumblebee.
Awek : Ala...aku saja je nak tengok kau peka ke tak....

Alahai....penonton cuba jadi peminat fanatik? Huhuhu.

TARIK FEEL KAIT BUAH.

Hujung minggu yang menyeronokkan bila mana pulang ke kampung untuk tarik feel musim rambutan di Pontian, Johor.


Lama dah tak kait rambutan. Last dulu aku kait buah durian je. Tu pun 2,3 tahun lepas.

Kutak, buah rambutan kait sendiri dengan buah rambutan beli kat pasar malam, lain rasanya tau.

Lagi gambar.

APA BEZA?

Al-kisah 3 pemuda dari kampung yang berbeza baru tiba ke ibu kota Kuala Lumpur penuh kesesatan. Datang dari jauh untuk menimba ilmu yang tidak terhingga. Ada pun salah seorang dari mereka dikatakan sudah masak dengan suasana jalanraya dan penipuan kota ini.

Suatu hari, dibawanya 2 pemuda yang lainnya bersiar-siar menaiki motokar milik si kekasih. Sambil berjalan dia menerangkan serba ringkas nama dan sejarah sesuatu lokasi itu. Setiap keterangan penuh dengan keyakinan.

Tiba di suatu lokasi berhampiran dengan tempat mereka menumpang teduh.

1 Pemuda : Ini la MRR2 yang fofuler tu.

2 Pemuda : OooOOOooo....

1 Pemuda : MRR2 tu stand for "Middle Ring Road" atau dalam bahasa yang lebih korang faham, "Lebuhraya Lingkaran Tengah".

2 Pemuda : OOoooOOOoo... So, apa beza MRR1 dengan MRR2?

1 Pemuda : Errr... Ok. Senang je. Kalau kau tengok tiang tu (sambil memuncung menunjuk tiang bawah jalan), kalau yang retak itu-lah MRR2. Kalau yang elok je, ok je, itu-lah MRR1.

2 Pemuda : OOOooOOoooo....

Thursday, July 02, 2009

SAJA LA NAK INGATKAN PADA DIA

Ya, kami tahu kau dah jadi staff. Dah bukan taraf kami lagi. Kerja kau pun sudah jadi lebih banyak. Tanggungjawab yang perlu digalas juga berat. Lebih-lebih lagi bila tiba waktu sibuk (peak period) macam ini. Kami tahu kau tertekan.

Tapi kau kena ingat, dulu kau juga pelajar praktikal. Macam kami juga. Kau mesti tahu bagaimana hati pelajar praktikal, kan? Perlu diajar, rasa takut-takut, kurang yakin, kurang mesra. Kau pernah melalui semua ini sejak 6 bulan lepas, kan? Jadi, apa salahnya jadi seorang yang faham situasi ini.

Ya, kau dah jadi staff. Perlu rasa macam lebih sedikit dari pelajar praktikal. Kami akui itu. Kau ada pengetahuan (lebih dari kami) mengenai firma audit ini. Kami akui itu. Tapi selaku staff, adakah semua kesalahan kau perlu kami tanggung juga? Kena potong gaji ke kalau kau mengakui kesalahan kau? Jadi makin bodoh ke kalau kau akui kesalahan kau?

Ini la masalahnya kalau muda-muda lagi dah dapat jawatan "Juruaudit" dan kena supervise seseorang yang junior, practically, tetapi usia lebih tua darinya, technically.

Dan. Kami gubah lagu ini untuk kamu.


Benci Betul (Bencinta - Faizal Tahir)
Benarkanku tuk berbicara
Bicara trus ke hatimu…..hatimu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus marah tanpa mendengar ku
Begitu mudah untuk kau terus berlalu nanti dulu
Berikanlah waktu untuk aku untuk kamu

ingatkah lagi waktu kau tak mahu ngaku
kaku aku dimarah mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku benci padamu, benci padamu, menyampah denganmu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu tentang mati kamu
Aku tahu engkau tahu apa yang mataku tahu
Apa yang kau tunggu mahu aku bagi tahu!

Ingatkah lagi waktu kau menengking ku
Kaku aku melihat mu
Sedangkan aku mahu kau tahu
Dengar kata ku,
Aku benci padamu,
Benci padamu, benci padamu

Sakitnya aku membenci kamu
Sakit lagi hatiku dimarah kamu
Dan aku pergi tapi kembali
Puas aku menbenci dirimu
Aku benci…. kamu…
Benci betul….kamu…

Ingatkah lagi waktu kau menengking ku
Kaku aku melihat mu
Sedangkan aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku benci padamu
benci betul padamu
padamu…..

Ingatkah lagi waktu kau menengking ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
Aku benci padamu
Benci betul padamu
Aku benci, benci betul
Padamu

Ingatkah lagi waktu kau menengking ku
Dengar kata ku
Aku benci padamu
Benci betul padamu
Aku benci, benci betul!

Wednesday, July 01, 2009

16 AGAIN

Aku tidak di'tag' oleh mana-mana manusia tetapi ini adalah tag pertama yang benar-benar menarik perhatian aku. Tidak seperti tag-tag sebelum ini yang perlu dipaksa beberapa kali sebelum aku sempat menyetelkan tag itu.

Let's start. Masuk dalam laci Nobita. Guna mesin merentas masa untuk ke SMKAS dan letakkan surat ini di dalam locker aku di dorm Muslim.

Kepada Wiwin 16 tahun,

Jangan rasa terkejut dan teruskan membaca. Ini bukan surat dari mana-mana kawan kau yang mengenakan kau, atau bukan dari mana-mana pelajar puteri yang kau selalu tengok dari jauh sambil berangan bukan-bukan. Ini dari kau yang datang 10 tahun akan datang. Yang mana waktu kau lebih berisi dan lebih comel. Surat ini bukannya datang kepada kau sebab nak tolong bagi hidup kau senang, cuma nak bagi sedikit panduan untuk kau jadi lebih bagus.

Wiwin 16 tahun,

Teruskan berlatih main ping pong. Walaupun ada sesetengah pelajar yang langsung tidak mahu kau mewakili sekolah (sebab diorang percaya bahawa budak gemuk tak terer). Tetapi kau teruskan berlatih dengan Balgat. Tak percaya? Bakat dia cuma akan lebih bersinar tahun depan (2000). Percaya cakap aku dan jadilah teman latihan dia. Cuma dia sahaja yang percaya kau layak untuk mewakili sekolah untuk sukan ping pong ini. Keputusan perlawanan? Tak perlu kau tahu. Yang penting, mulakan latihan sekarang.

Wiwin 16 tahun,

Jangan rasa rendah diri dengan badan gemuk kau itu. Cuba hindarkan rasa rendah diri itu. Nanti bila kau dah sampai umur (dan saiz) aku, kau akan jadi lebih rendah diri. Bangga dengan "aset" kau sekarang. Belajar buat muka garang sikit, jangan asyik tidak serius sahaja. Nanti orang tak respek.

Wiwin 16 tahun,

Cepat-cepat la belajar untuk menekel awek. Kalau kau tak bermula awal, kau akan menyesal nanti. Percaya cakap aku. Jangan cakap, masih awal lagi. Biar awal tapi jangan terlambat. Belajar sedikit-sedikit, tak dapat awek masa 16 tahun itu tidak mengapa. Tapi kau kena letak target pada umur 22. Ingat, target tu! Lagi satu, ingat 3K - Karing, Kelakar, Kiut. Kau amalkan 3K ini, aku pasti kau berjaya. Itu petua dari Bujam, kau akan kenal dia 8 tahun lagi.

Wiwin 16 tahun,

Kalau boleh, belajar la rajin sikit. Kalau boleh la, kurang beli dan baca komik. Kalau boleh la..... Kalau kau tak nak rasa memperolehi ijazah sarjana muda dalam jangkamasa 8 tahun, kau perlu belajar rajin-rajin. Aku dah rasa, aku tak nak kau rasa pula. Lama tau! Dalam 8 tahun tu, kawan kau ada yang dah beranak pinak, ada yang dah dapat "master", ada yang dah kahwin 2 kali, ada yang tengah buat PHD lagi. So, belajar rajin-rajin.

Wah, dah banyak sangat pesanan aku pada kau. Manfaat la seeloknya. Mungkin 10 tahun akan datang aku akan bagi nasihat lagi. Tapi masa tu, aku dah tak hantar dalam locker kau. Aku letak dalam blog aku. Ala, blog tu satu fungsi dalam internet. Kau akan tahu nanti. Malas la aku nak terangkan.

Ok, bye.

Tuesday, June 30, 2009

DAN KAMI MEMERIAHKAN HUJUNG MINGGU KAMI DENGAN..............





.....majlis perkahwinan berbudayakan masyarakat Johor, di mana ini amat baru buat Muaz yang selama ini hanya menghadiri majlis perkahwinan berbudayakan masyarakat Kedah.

Satu pengalaman baru buat Muaz dan satu pengalaman berulang buat diri aku sendiri.

Selama aku merantau ke belantara Sintok untuk jangkamasa 3 tahun setengah, banyak majlis perkahwinan sepupu sepapat yang aku terpaksa lepaskan. Terpaksa memilih samada ponteng kelas dan menghabiskan duit tiket (yang mahal nak mampos) untuk pulang ke Johor (dan menghadiri majlis perkahwinan sepupu sepapat), atau menghadapi kemungkinan dihalang ke peperiksaan akhir akibat ketidak-cukupan peratusan kehadiran ke kelas.

Ini adalah yang pertama dalam jangkamasa 3 tahun ini. Mana mungkin aku lepaskan peluang untuk membantu bersama-sama rewang pada majlis ini. Lalu aku bawa Muaz bersama.

Oleh kerana ramai sanak saudara yang hadir, maka sedikit sebanyak kami menggunakan beberapa perkataan jawa yang sempat juga aku ajarkan kepada Muaz seperti Centong (Senduk), Mentong (Makan 2nd time), Rewang (Bantu di pada majlis) dan 2,3 perkataan lain.

Satu pengalaman baru juga bagi Muaz bila penanggah (pembantu majlis) akan diberikan rozet yang diselitkan duit kertas RM5. Ini adalah kebiasaan bagi masyarakat Johor sebagai penanda bahawa dia adalah pembantu majlis selain RM5 itu sebagai sedekah. Muaz tak biasa, dapat je rozet tu terus dia simpan dalam poket. Takut hilang, katanya.

Selain itu, Muaz juga baru mendapati bahawa masyarakat Johor akan beri nasi berkat kepada para tetamu terpilih. Berlainan sama sekali dengan masyarakat di tempatnya.

Hari minggu kami amat penat sekali. Woh!

Friday, June 26, 2009

ROAD TO JOHOR BAHRU (PROLOG)




Perjalanan kami bermula seminggu yang lalu. Dengan hati yang patah tetapi apa kan daya, itu perintah Big Boss. Kena akur untuk dapat keputusan cemerlang dalam subjek Latihan Industri. Belum sampai sebulan kami mula berpraktikal, kami dah kena outstation 2 bulan. Gila tak gila la.

Tapi dalam keadaan kami yang sedih, ada lagi yang lebih sedih. Kena duduk Villa Mewah Cahaya Ampang sorang-sorang.

Siapa?

Biar la aku, dia dan dia yang tahu.

DINNER SEMALAM.....

....sangat sedap sekali.

Lebih-lebih lagi bila Big Boss yang bayar. Tidak, bukan di cawangan induk tapi di cawangan JB.

Ya, kami makan makanan laut. Ops, perut saya yang besar dan luas ini pun tak tertampung makanan yang banyak dan lazat semalam.

Selain saya dan Muaz, turut diundang ialah 2 pelajar Vietnam, Daniel dan Nhong. Oh, bos-bos kecil cawangan JB turut sama sertai kami. Wah, mereka semua bangsa Cina rupanya.

Mesti awak fikir kami makan di restoren bukan melayu. Oh! Salah sama sekali. Kami makan di Restoren Sayam, Stulang. Makanan ala Thai. Antara semua tetamu, hanya kami berdua sahaja orang Islam dan kami cuma makan makanan halal. In respect of that, Big Boss bawa makan di sini.

Terbayang-bayang juga saya jika Big Boss bawa makan di Restoren Cina. Apa yang saya perlu order ye? Oh!

Ya, semalam kami makan "Butter Prawn", Sotong Goreng Tepung, Kangkung Goreng Belacan, Siakap Stim Ala Thai (Stim je bau ikan enak ini) dan minuman berupa ais kisar (ice blended).

Eh, Kutak, nak tanya sikit. Di Villa Mewah Cahaya Ampang sekarang, awak tonton Keliwon dengan siapa ek? Hati-hati tau. Awak duduk sorang-sorang tahu. Kalau mengigau, tiada siapa yang boleh tengok-tengok, kan.

Thursday, June 25, 2009

PEJABAT TINGGI PUN LETIH JUGA

Di pejabat baru sekarang, segalanya mudah. Segalanya istimewa. Betul. Aku tak kencheng kamu. Ini serius. Jauh sekali keadaannya dengan pejabat induk di Kuala Lumpur itu.

Dah tak perlu panjat tangga 3 tingkat untuk masuk pejabat. Pejabat sini rendah ja, tingkat satu. Dah la tingkat satu, naik lif pula tu. Memang lemak la aku sepanjang 2 bulan di sini.

Lagi satu, pejabat aku ini di dalam bangunan hotel, kiranya pejabat aku ini tinggi la juga. Kira-kira 24 tingkat. Bukan macam di pejabat induk tu, ada 4 tingkat ja. Kena panjat tangga pula tu. Tak senonoh sungguh.

Ha, lagi satu. Surau kami agak istimewa dari pejabat induk. Kalau di pejabat induk, ruang solat cuma boleh muat untuk seorang. Langsung tak boleh nak jemaah. Langsung tak dapat pahala yang afdal itu. Tapi di pejabat ini, surau kami nun jauh di tingkat 24. Kami naik lif, bukan panjat tangga. Langsung tak penat. Ruang solat yang agak luas, boleh la kalau nak jemaah 4,5 orang sambil ber-imamkan Muaz.

Semua buat aku gembira.

Tapi aku sangat naik angin bila ada orang main suis lif. Masa yang perlu diambil dari tingkat 1 ke tingkat 24 yang mengambil masa kurang dari 3 minit, akan mengambil masa yang lebih panjang jika di lif berhenti di setiap tingkat.

Tingkat 1 ke tingkat 24. Kau kira la sendiri berapa lama aku perlu tunggu dalam lif jika lif singgah di setiap tingkat. Kiranya, kalau aku keluar pejabat jam 3.45pm untuk solat Zohor, aku akan sampai tingkat 24 selepas azan Asar.

So, pathetic. Nyampah.